Kawan-Kawan

Monday, December 24, 2012

Awek Pisang Goreng - 3

Short update. Kejar masa nak tido. Esok takleh online, kena pegi site. :D

Enjoy reading! :)

Bab 3.




“Cepat sikitlah kemas tools tu! Terhegeh-hegeh!” Aku dah merengus kuat. Gigi kuketap-ketap rapat. Memang menyirap betul. Dalam nak cepat ni, budak-budak ni buat lambat-lambat pulak. Bukan aku tak pernah pesan, lepas guna terus masuk dalam kotak, jangan tangguh-tangguh, jangan letak sepah-sepah. Sekarang dah jadi satu hal nak pergi trace semula kat mana diorang tinggalkan tools. Apa selama nih aku bercakap dalam meeting tu, aku bercakap dengan dinding ke apa? Pesan sekali tak cukup ke? Bukan budak-budak kecik lagi pun nak kena ulang-ulang benda sama macam tape rosak. Memang bikin panas betul diorang ni.

Sebatang spanar atas lantai aku kutip dan baling masuk dalam toolbox. Apa saja yang dapat aku kutip atas lantai, aku baling sahaja ke dalam toolbox. Sungguh tak ada kuasa dah nak pergi letak elok-elok. Aku tahu diorang tahu aku dah mula marah. Aku bukan selalu tinggi suara macam ni. Biasanya aku bagi body language je. Kalau nampak aku buat kerja mula hentak-hentak, kasar-kasar, main baling-baling tu, insyaAllah, automatik semua jadi pekerja yang baik. Macam sekarang, masing-masing dah macamkan lipas kudung tak menang tangan mengemas semula peralatan yang berteraburan atas lantai.

“Relaxlah Daus. Kau nak marah-marah ni apasal?” Saiful pegang bahu aku. Aku tarik nafas panjang lalu menggeleng. Beristighfar berulangkali dalam hati, menghalau amarah yang datang bertandang.  Sedikit lega walau tidak sepenuhnya.

“Kemas tools, angkat masuk lori. Aku tunggu kat kereta.” Kaki pantas aku hayunkan keluar dari kawasan kilang ke tempat parkir dengan toolbox kecil milik aku. Remote kutekan dan pintu kubuka. Enjin kuhidupkan kemudian memasang pendingin hawa. Safety helmet putih aku letakkan di kerusi belakang. Tubuh aku sandarkan pada dinding kereta setelah memasukkan toolbox ke dalam but. Aku mendongak memandang ke langit yang cerah. Terik sungguh matahari memancar hari ini. Macam tak terkesan je hujan yang turun di awal pagi tadi.

Butang jaket keselamatan aku tanggalkan satu persatu. Kemudian poket kiri seluar kargo kuseluk, mengeluarkan sekotak rokok yang dah kemek-kemek kotaknya. Sebatang rokok kuselit ke celah bibir dan menyimpan semula kotak ke dalam poket. Selepas itu meraba-raba mencari pemetik api. Jumpa, dan rokok kunyalakan. Asap racun penawar jiwa itu aku sedut dalam-dalam dan menghembus kembali perlahan. Dalam proses berhenti sejak-sejak keluar fatwa merokok tu haram. Ingat senang nak berhenti? Dah bertahun-tahun dari zaman sekolah dulu menghisap, bukan senang nak tinggalkan terus macam tu je. Mau mati terkejut sistem badan aku nanti. Pelan-pelan. Ustaz kata yang penting usaha, pelan-pelan pun tak apa. Janji ada usaha tu.

Jam di pergelangan tangan kukilas. Dah pukul lima suku. Memang sahih sangat tak sempat nak sampai sebelum jam enam. Walau aku drive Civic macam nak terbang sekalipun, memang tetap tak sempat. Aku geleng kepala dan mengeluh. Tak apalah, esok masih ada. Senah, sila tunggu ye? Rokok yang masih tinggal suku aku buang ke tanah.

“Dah siap, jom.” Saiful terus masuk ke  sebelah kiri. Aku ikut masuk dan menutup pintu. Brek tangan kuturunkan.

“Diorang dah keluar ke?”

“Tuuu... baru keluar.” Sebuah lori dua tan melintas  di depan. Aviator kukenakan, masuk gear dan tekan minyak. Civic hitam kupandu beredar.

“Esok cuti, kan?” Saiful yang memecah sunyi setelah lima minit berada atas jalanraya. Aku angguk.

“Cutilah. Tak kuasa dah aku nak kerja esok. Penat gila kot dah berapa minggu tak cuti-cuti ari Ahad. Dahlah masuk pagi, balik tengah malam. Hari-hari pulak tu. Lembu pun balik kandang pukul tujuh.” Rungut aku. Saiful gelak.

“Aku ingat hang tak reti penat.” Kata dia sebelum menyambung gelak.

“Apahal pulak tak reti? Kau ingat aku mesin? Mesin pun ada operating time dia jugak apa. Ada cooling off time.” Balas aku tak puas hati. Sesuka hati je mamat ni. ada jugak yang aku tinggal kat tepi jalan ni karang. Menapaklah kau dari PJ ni nak balik Shah Alam. Heh.

“Yelah. Kau siap buat jadual untuk semua, gilir-gilir cuti hari Ahad. Tapi kau pergi pulun datang jugak tiap-tiap minggu tu apahal?” Tempelak dia. Aku diam sekejap. Otak pantas bekerja mencari alasan terbaik nak bidas cakap Saiful tu.

“Aku takpe, bujang lagi. Aku kesian kat orang macam kau laa. Kesian anak-anak kau kang tak kenal pulak ayah dia lama sangat tak jumpa.” Jawab aku.

“Budak-budak bujang tu kau boleh bagi cuti jugak, apasal kau tak cuti sekali?” Argh! Tak habis lagi rupanya dia nih!

“Aku kesian dol kat budak-budak tu. Kang ada yang kena cerai dengan awek kang, asyik kerja je. Tak pasal kang mandom je datang kerja, takleh perform. Lagi semak kepala aku tengokkan.” Alasan sekonkrit batu bata aku bagi sebelum ketawa. Saiful ikut ketawa.

“Dahtu, kau duk kerja tiap-tiap hari, awek kau tak marah?”

“Takpe, stok aku ramai. Sorang pergi, sepuluh mari.” Aku sambung gelak lagi. Memanglah ramai kawan perempuan, tapi itu zaman belajar dulu, sebelum aku start kerja sini. Sekarang aku tak taulah kemana semua dah pergi. Memang tak ada masa nak hang out lepak-lepak sangat. Asyik kerja, tapi tak kaya-kaya. Hahahahah

“Sepuluh mari konon. Satu pun tak ada, cakap besar.” Tempelak dia lagi.

“Kau jangan banyak bunyi, aku tinggal kau tepi jalan kang. Kau jalan laa kaki balik rumah.” Dia masih sakan gelak. Memang nak kena betul mamat ni.

Aku kilas cermin pandang belakang. Jalan agak clear. Ada sebuah bas selang tiga biji kereta di belakang aku. Di depan ada sebuah hentian bas, dengan seorang perempuan sedang mengangkat tangan menahan bas. Aku bagi signal ke kiri. Saiful terus terdiam. Dia pandang aku dengan muka cuak.

“Oi, relaxlah oi. Gurau-gurau aje kot.” Katanya dengan nada cemas. Aku sekadar senyum senget. Civic aku hentikan depan hentian bas itu. Betul-betul depan perempuan yang menahan bas tu. Muka dia pun dalam kategori boleh tahan. Boleh buat cuci mata sekejap. Haha

“Ok, ok, sorry. Aku tarik balik.” Memang muka dia dah cuak habis. Tingkap disebelahnya aku turunkan dan aku tunduk sedikit ke arahnya.

“Hai! Nak tumpang ke?” Saiful ikut pandang ke luar. Perempuan tu menunduk tengok ke dalam kereta. Aku tarik senyum sebelum menanggalkan Aviator. Berkerut-kerut kening dia.

“Apadia?” Tanyanya dengan nada marah. Aku sengih.

“Nak tumpang ke? Hop in.” Aku masih tayang sengih. Saiful di sebelah diam tak terkata apa-apa.

“Awak gila ke?” Marah perempuan tu lagi. Aku ketawa kecil.

“Mana ada. Awak tahan kereta saya tadi kan?” Membuntang mata dia pandang aku. Aku sedekahkan senyuman paling manis bergula berlori-lori padanya.

“Mana ada... Orang tahan bas kat belakang sana tu lah.” Nada suara dia dah sedikit kendur. Aku buat-buat terkejut.

“Eh? Bukan awak tahan saya ke?” Dia geleng-geleng. Saiful dah cuit-cuit bahu aku, tapi aku buat dia macam tak wujud. Tawa aku kunci kemas-kemas. Hanya senyuman yang terukir di bibir.

“Tak adalah lah.” Nafi perempuan tu lagi. Aku buat muka kecewa.

“Jadi tak nak tumpang lah ni?” Aku buat-buat tanya lagi.

“Tak, tak. Saya naik bas.” Serentak tu hon panjang berbunyi dari bas di belakang. Aviator aku kenakan semula sebelum menekan minyak meninggalkan hentian bas itu. Saiful naikkan semula tingkapnya.

“Cilakak lu bang chor! Buat aku cuak je!” Marah Saiful. Aku dah ketawa terbahak-bahak. Dia ikut ketawa kemudiannya.

“Aku takdelah kejam sangat nak tinggal lu kat situ. Aku kan baik hati.” Kataku dalam tawa yang masih tak henti.

“Blah laa lu. Baik hati konon, puihh!” Saiful dah gelak sambil tekan-tekan perut. Melampau ni. Aku buat betul-betul kang, tau laa kau langit tu tinggi ke rendah.

“Kau jangan lebih-lebih bai. Kang aku tinggal betul kat tepi jalan kang. Meraunglaa lu sorang-sorang kat situ.” Ugut aku dengan riak yang sengaja aku seriuskan.

“Aku tak percaya laa bai... Kau kan baik hati, sopan santun, budi pekerti tinggi... Lelaki melayu terakhir katakan...” Ayat trademark yang selalu aku gunakan Saiful ulang.

“Tau takpe.” Balas aku selamba. Saiful sengih.

“Kau lain kali nak buat kerja gila macam tu bagi aku warning dulu boleh tak? Tak adalah aku jadi bodoh je macam tadi. Boleh jugak tumpang sekaki.”

“Tak boleh. Kang sian Kak Yan. Aku takpe, muka telus, boleh dipercayai.” Macam biasa, masuk lif dan tekan button tingkat paling tinggi. Aku dah mula terbahak-bahak.

“Pigiraaahhhh!! Perasaaaannn!!” Bahu aku ditumbuk sebelum dia ikut menghamburkan tawa.

*****************


Err... Brek mengejut sangat eh? Sorry. Ketandusan idea tiba-tiba. Hence the emergency brake. Haha~ :P

And s I said earlier, just a short update. Nanti dah settle site work boleh bagi update lain lagi... :)

Ok, silakan mengomen sekarang. :)



Post a Comment