Kawan-Kawan

Friday, June 21, 2013

Iced Tea & Scones - Part 3

Assalamualaikum dan Salam petang Jumaat.





Part 3



Fawwaz sedang tekun memeriksa dokumen bila pintu bilik pejabatnya diketuk sebelum terus dibuka. Dia angkat muka. Fai sudah menjengukkan separuh tubuhnya.



Busy bos?”



Fawwaz buat tak endah, meneruskan kerjanya memeriksa dokumen yang disediakan setiausahanya sekejap tadi.



Busy sangat ke?” Fai dah masuk dan menutup pintu. Dia berjalan mendekati meja kerja Fawwaz.



As you can see la. Malas aku nak jawab.” Balasnya acuh tak acuh. Sesekali jam di pergelangan tangan dikerling. Dia ada lebih kurang empat puluh lima minit lagi sebelum kena keluar pergi jumpa client dekat Kota Permai Golf & Country Club pasal pembinaan perumahan dekat Bukit Rimau.



“Papa cakap, coming weekend papa nak buat makan-makan sikit. Nak introduce kau dengan Lily formally.”



Terus terhenti tumpuannya. Fawwaz pandang Fai pelik. “Lily? Siapa Lily?” kening sebelah sudah terjungkit tinggi.



Fai senyum dan geleng. Kerusi di depan meja Fawwaz ditarik dan duduk dilabuhkan. Kedua tangan ditongkat atas meja.



“Tunang kau lah.”



“Hah? Tunang aku?” Dia ketawa sinis. Pen di tangan diketuk-ketuk atas permukaan meja kerjanya. “Jangan buat lawak, boleh? Aku tak pernah setuju pun nak bertunang.” Serius.



Fai senyum senget. “Kau boleh cakap apa je Fawwaz. Tapi memang muktamad kau dah bertunang dengan anak kawan papa tu.”



Fawwaz geleng kepala. Refusing to believe. Papa ni buat kerja gilalah!



“Aku ada hal weekend ni. Tak ada kat sini.” Fail atas meja ditutup kasar. Kak Fiza buat kerja memang tip top, tak ada masalah. Boleh bawa pergi dengan senang hati sekejap lagi. Dia bangkit dan kerusi ditolak masuk ke meja.



“Papa buat hi-tea je. So that you can be home sober by that time after attending whatever birthday party thrown at you the night before,” suara Fai kedengaran jengkel. Fawwaz tarik senyum senget. Sumpah, dia sendiri tak teringat kalau Fai tak cakap.



Bahu Fai yang sedang duduk ditepuk-tepuknya. “Baguslah kau sekarang, kan? Bini dah lembut, kau dah keras. Kira tak sia-sia laa kerja ‘bodoh’ aku tu, kan? Kalau tak, entah sampai bila kau jadi sotong, aku pun tak sure,” ujarnya, sinis. Tawa ikut dihamburkan. Jelas kedengaran dibuat-buat.



Fai tarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Dia ikut bangkit berdiri sebelum menarik senyum sinis. Bahu Fawwaz pula ditepuk-tepuk.



“Memang. Bagus sangat kerja ‘bodoh’ kau tu. Thanks bro. Tapi aku kesian dekat kau.” Jeda.



“Tak payah nak kesian dekat aku Fai. I’ve plenty of fishes in the sea. Semua aku boleh cuba. Unlike you. Huh.” Balas Fawwaz, sarkastik bersama tawa yang sinis.

Fai paut bahu Fawwaz erat. “Yeah, right. Masalahnya, all those fishes in the sea yang kau selalu cuba tu, tak ada satu pun yang betul-betul mengisi that hole here in your heart.” Dada kiri Fawwaz ditepuk perlahan.



Fawwaz terdiam buat beberapa saat sebelum menepis Fai dengan kasar. Fail atas meja dikepit ke badan dengan tangan kiri, sementara tangan kanan menarik kot dari coat hanger. Belum sempat dia keluar dari bilik, Fai panggil.



“Apalagi?” soalnya kasar.



Let her go, Fawwaz. Please.”



Fawwaz pandang Fai dengan seribu satu macam rasa. Dia masih belum lepaskan tangan ke? Dia masih menyimpan angan-angan untuk bersama ke? Rasa-rasanya macam... tak... kot...



Mind your own business, Fai. Jangan sibuk hal aku.” Pintu dibuka dan dia terus melangkah keluar meluru ke lobi lif. Punat turun ditekan berkali-kali dengan perasaan jengkel.



Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk. Melihatkan muka bos macam nak telan orang, masing-masing tak berani untuk masuk sekali. Yang dekat dalam terus keluar, yang dekat luar tak berani masuk. Fawwaz terus tekan butang dan pintu lif tertutup.



Tubuhnya disandarkan ke dinding lif. Tiba-tiba dadanya rasa sakit. Dah lama dia tak rasa. Sungguh dia dah hampir lupa, tapi kenapa Fai mesti mengungkit tentang rasa yang satu itu?



Pintu lif terbuka dan dia terus keluar menuju ke kotak parkir khas untuknya. Punat remote ditekan dan dia masuk ke dalam. Fail dan kot diletakkan atas seat sebelah sebelum menghidupkan enjin. Belum sempat dia tukar gear lagi, Lumia dalam poket seluar sudah berbunyi. Handbrake ditarik naik semula.



“Fawwaz.”

“Encik Fawwaz, meeting hari ni dengan Rania dah kena cancel. Diorang baru je call ni.” Suara Kak Fiza menerpa ke gegendang telinganya. Fawwaz hela nafas panjang.



“Ok. Fine. So, apa agenda saya lepas tu?” Jam dekat dashboard dikerling sekilas. Masih panjang lagi waktu pejabat.



“Kalau ikut schedule, lepas meeting tu Encik Fawwaz dah free. Tapi... err... sekejap tadi Dato’ ada inform nak jumpa dengan Encik Fawwaz lepas encik balik dari meeting. Since meeting dah cancel ni, err... nak akak inform Dato’ sekarang ke macam mana?”



Sekali lagi dia hela nafas panjang. Berkira-kira mahu naik ke pejabat semula.



“Encik Fawwaz?”



“Ok, akak inform papa dalam lima belas minit lagi saya pergi jumpa dia,” jawab Fawwaz akhirnya.



“Ok.” Dan talian diputuskan. Enjin kereta dimatikan semula. Fail dan kot atas seat sebelah diambil dan dia keluar dari kereta menuju ke lobi lif semula. Entah apa sajalah yang papa nak bincangkan. Harap-harap bukan isu yang Fai bawa sekejap tadi.



Fawwaz hela nafas panjang. Butang naik ditekan dan dia sabar menanti pintu lif terbuka.




***************




“Orang tak nak balik.” Andria genyeh hidung yang dah mula memerah.



“Kakak jangan degil, boleh tak? Cukup-cukuplah malukan ibu buat perangai macam tu. Balik sekarang!”



Bibirnya digigit kuat, menahan rasa sebak yang dah mula membadai. “Kalau orang balik, ibu dengan uncle jangan paksa orang. Boleh?”



“Kakak. Kakak ingat dah buat perangai macam tu, ada orang suka ke? Dah, jangan nak buat perangai lagi. Ibu kata balik, tolong balik. Jangan sakitkan hati ibu lagi.”



Andria telan liur. Owh? Maknanya dah tak perlu lari lagi? Tapi... Err... Macam mana dia nak jelaskan semula ye?



“Nanti orang dah sedia, orang balik. Bye ibu. Kirim salam dekat uncle.” Laju-laju dia matikan talian sebelum sempat ibunya menambah bebelan. Oh. Sungguh dia tak sanggup nak dengar. Dia cuma sempat dengar ibu jerit panggil dia saja sebelum talian putus. Maaf ibu. Nanti orang dah betul-betul ready dengan alasan, baru orang balik.



Langkah dilajukan menuju ke gerai makan di hujung jalan. Tempat lepak kebiasaannya dengan sahabat sehati sejiwa. Dari jauh dia dah nampak kelibat dua manusia sedang bercerita sambil ketawa mesra. Dia tarik senyum. Penyelamat. Penyelamat.



Sorry babe, aku lambat.” Bahu Gina ditepuk lembut. Sahabatnya itu sekadar sengih. Tak kisah laa tu pasal buah hati ada dekat sebelah ikut tunggu sekali.



Andria tarik kerusi sebelah Gina manakala backpacknya diletakkan atas kerusi sebelah lagi. Sekali dengan beg Gina.



“Apa cerita kau nak jumpa aku sekali dengan Eddy ni?” soal Gina, direct tak ada mukaddimah langsung. Andria tarik sengih. Eddy yang tengah sedut minumannya dipandang sekilas.



“Aku nak mintak tolong korang back up aku laa,” ujarnya sambil mengangkat tangan, memanggil pelayan gerai makan tu.



Back up kau? Back up ken... Babe! Kau tak balik rumah parents kau lagi ke lepas balik dari Cameron?” Gina dah terjerit kuat sikit. Andria muncungkan sikit bibirnya sebelum menggeleng.



“Nescafe ais eh?” pesannya pada pelayan gerai sebelum kembali memandang pada Gina. “Aku seramlah. Mau teruk kena tibai nanti. Kat dalam phone aje pun dah kena bebel panjang.”



Gina pandang Eddy. Dua-dua dah geleng kepala.



“Itula... Lain kali lepas final tu balik rumah dulu. Bukan pergi merayap merata dulu,” komen Eddy selamba. Andria tarik muka.



“Aku punya suka laa...” rungutnya sendirian sambil tangan mencapai garfu dari pinggan Gina. Sepotong tauhu bakar dicucuk dan disuap ke dalam mulut.



“Yelaa... Memang kau punya suka. Lepas tu family kau punya suka jugaklah diorang nak marah ke nak bebel ke pun, kan?” tempelak Eddy lagi.



Gina dekat sebelah dah kulum-kulum senyum. Nak gelak tak sampai hati bila tengok muka cemberut Andria kena perli. Sudahnya dia tarik gelas fresh orangenya dan sedut air laju-laju. Andria yang jeling-jeling dekat dia dengan isyarat mintak tolong pun dia buat tak nampak je.



“Yelah. Yelah. Aku tau laa aku salah. Tapi aku ada alasan sendiri kenapa aku buat apa yang aku buat.” Andria menggumam sendiri di hujung ayat.



“Dah tau salah, jangan merungut.” Eddy hela nafas dan menggeleng. Gina singgung lengan dia. Dia pandang si buah hati dengan kening berkerut. Gina main isyarat mata saja, menyuruh Eddy supaya tak terus bagi ayat-ayat pedas. Baru Gina nak buka mulut, budak pelayan tadi datang dengan gelas minuman di tangan.



“Terima kasih,” sebut Andria perlahan. Nescafe ais yang baru dihantar ke meja dikacau dengan straw. Riaknya sugul semacam. Gina rasa serba salah pula nak menegur.



“Ria.” Lengan gadis itu disentuh ringan. Andria angkat kepala memandangnya dengan muncung di bibir.



“Gina... Aku nak mintak tolong kau ni.... Boleh?” Andria tayang muka kesian. Sambil-sambil tu dia melirik pada Eddy yang buat donno saja dekat sebelah Gina tu.



Gina sepetkan mata, skeptik. “Kau nak mintak tolong apa ni? Semacam je ni? Suspicious dah aku rasa ni, tau?”



Andria urut-urut batang lehernya. Sesekali mengetap bibir, sesekali menggigit pula. Serba salah. Tak tahu macam mana nak mulakan cerita.



“Cepat laa Ria. Jangan buat suspence lebih, boleh tak? Drama laa kau ni, babe. Geram aku.” Bahu Andria ditampar perlahan. Geram je Gina rasa. Dahlaa tak cerita lagi, boleh pulak buat jeling-jeling Eddy. Ingat tak membara ke perasaan ni? Hish! Nasib baik laa mamat ni buat derk je. Kot dia pun main jeling-jeling jugak, memang sahih dua-dua aku korek-korek biji mata tu. Geram!



“Sebenarnya... Aku... Bukan tak balik lagi...” ujar Andria, tersekat-sekat memulakan hikayat. Gina dah bulat mata. Eddy masih macam tu, buat tak tau, padahal duk sibuk pasang telinga.



“Bila kau balik?” soal Gina tak sabar bila Andria melengah-lengahkan cerita. Sekejap sedut air, sekejap lagi curi tauhu bakar dari pinggan miliknya. Ada jugak yang aku ikat kaki tangan tu nanti, baru tau. Ceritalah bagi habis dulu. Hish!



“Lepas final tu aku dah balik... Tapi... Lepas tu...” Jeda lagi. Kali ini Andria tonyoh-tonyoh meja dengan jari telunjuknya. Nasib baik meja bersih. Kalau tak, confirm keluar daki. Euuwww....



“Lepas tu apa?!” Andria hampir melompat disergah sebegitu.



Gina pandang Eddy yang pamer riak serius. Ingatkan mamat ni tak ambil port tadi. Rupanya sibuk jugak. Dia pandang Andria semula yang sedang mengurut dada. Padan muka. Kan dah kena sergah serentak. Siapa suruh cerita sangkut-sangkut?



“Nak cerita tu, cerita laa bagi habis cepat. Ni sangkut sana, tangguh sini. Aku balik kang. Jom Gina.” Eddy dah angkat punggung dari kerusi. Gaya nak tarik Gina pergi pun ada dah. Kelam kabut Andria tarik tangan Gina lebih dulu.



“Aduh! Kot ye pun, janganla tarik tudung aku sekali weh! Senget dah tudung aku. Kau ni.. Ish!” Gina tampar lengan Andria, lepas tu betulkan tudung dia yang dah senget letaknya. Bikin malu depan Eddy ajelah minah ni.



“Jom Gina.” Eddy dah hulur tangan.



“Eh, janganlah! Aku ceritalah ni! Duduk! Duduk!” Kalut Andria jadinya. Bersungguh dia pegang tangan Gina, tak bagi bangun.



Eddy tak jadi pergi, duduk semula bila Gina pun bagi isyarat mata suruh duduk. Bukanlah nak pergi sangat pun, memang saja gertak minah kalut seorang ni. Nak tergelak pun ada rasanya tengok muka cuak bestfriend buah hatinya tu.



“Ok, kitorang tak pergi. Sekarang, spill. Cerita sampai habis. Jangan sangkut-sangkut.” Garang suara Eddy. Andria jeling geram.



“Cepatlah cerita, babe. Macam mana kitorang nak tolong kalau kau tak cerita bagi habis.” Gesa Gina.



Andria tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu sedut sikit nescafe aisnya. Tangan Gina digenggam erat. Pinjam kekuatan kononnya.



“Aku memang dah balik lepas final. Tapi lepas tu aku lari dari rumah.”



“Kau lari?!” jerit Gina. Serentak dengan Eddy. Andria mencebik. Sehati sejiwalah sangat. Menyampah.



“Kau lari kenapa babe? Kau jangan main-main weh.” Gina dah tukar mode risau.



“Ibu... dengan Uncle... diorang nak tunangkan aku dengan anak kawan Uncle.” Bulat habis mata Gina.



Eddy dah ketawa. “Macam drama swasta dekat tv!” Dia sambung ketawa. Gina tumbuk lengan Eddy bila tengok Andria dah mula buat muka. Eddy ni pun, gelakkan orang tak agak-agak.



“Kenapa kau lari? Apasal tak bincang elok-elok dengan ibu?” tanya Gina, prihatin. Serasa dia, ibu tak adalah jenis mak yang akan paksa anak buat ikut kemahuan dia. Mungkin sebab... Uncle yang paksa kot? Ayah tiri si Andria ni dia pun tak kenal sangat. Takut nak kenal. Garang gila kot. Seram!



“Aku bukan kisah sebab nak kena paksa kahwin. Kalau ibu suruh, aku ikut. Masalahnya, calon dia tu. Anak kawan Uncle tu...”



Eddy sedut limau aisnya sebelum berdehem sekali. “Kenapa dengan lelaki tu?” Tiba-tiba rasa berminat nak ambil tahu.



“Mamat tu terkenal dengan sifat buaya darat dia, ok? Memanglah bagus kerja muda-muda dah jadi bos. Tapi aku dengar dia tu kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan, kaki... kaki... macam-macam jenis kaki lagilah! Memang mintak simpanglah aku nak kahwin dengan orang macam tu. Hish!” Tergeleng-geleng kepala Andria. Tak sanggup dia nak memikirkan masa depan hidupnya kalau kahwin dengan orang macam tu. Eeeiiiii.... memang tak laaaa...



“Mana kau dengar mamat tu macam tu?” tanya Eddy tak puas hati. Orang perempuan ni kadang memang cepat sangat percaya khabar angin.



“Eh, mamat tu memang notorious B.I.G. kot dekat Lembah Klang ni. Muka wanted semua orang kenal tu.” Bersungguh Andria menjawab. Buat Eddy tergelak lagi.



“Muka wanted? Kau kenal ke muka dia macam mana?” Andria geleng. “Dahtu? Cakap bukan main. Sesuka hati je cop orang itu ini. Siasat betul-betul dululah.” Tempelak Eddy lalu merengus. Belum tentu sahih lagi, dah jatuh hukum. Ikut emosi lebih dari rasionalisasi. Orang perempuan memang macam tu lah.



Bukan Andria je tayang muka tak puas hati, Gina pun ikut sama. Memanglah orang lelaki ni kalau boleh nak menangkan kaum dia je. Dah terang-terang salah pun nak bela jugak. Huh. Menyampah! Tajam-tajam Eddy dijeling dek dua pasang mata itu. Eddy buat tak reti saja.



“Dahtu sekarang kau nak kitorang tolong macam mana ni Ria?” Gina bagi tumpuan penuh pada Andria.



“Err... Masa lari tu... Aku cakap... Aku lari dengan boyfriend aku...”



Boyfriend? Kau dah ada boyfriend ke? Kenapa aku tak tau?” Laju Andria geleng.



“Takde! Mana ada! Aku terlepas cakap sebab nak suruh diorang cancel.” Gina hela nafas dan geleng-geleng kepala. Eddy pun sama.



“Dahtu kau nak kitorang tolong apa?” soal Gina akhirnya.



Andria sengih-sengih sambil jeling-jeling dekat Eddy. Gina dah rasa lain macam.



“Pinjam Eddy this weekend. Nak introduce dia as my boyfriend...”


“Kau gila?!!” Pasangan sehati sejiwa tu dah serentak menjerit. Andria senyum-senyum buat muka cute sambil tayang simbol ‘peace’ dekat tepi pipi kanan.


**********************



Fine Pa, fine. Nanti esok tengahari I’ll be here already,” rengus Fawwaz. Tak puas hati diarah itu dan ini. Lebih tak puas hati lagi bila menyentuh perkara yang dia tak pernah setuju dan tak pernah terlintas pun nak buat lagi untuk masa ni.



“Jangan pandai cakap fine, fine, je. But then tomorrow, by the time majlis nak mula. Fawwaz tak ada. Mana papa nak letak muka?”



Wherever you like, Pa,” jawabnya tanpa nada.



“Fawwaz!”



“Apa?” Balasnya acuh tak acuh. Sedikit pun tak sedar pandangan si ayah sudah mencerun ke arahnya. Tumpuannya masih fokus pada gajet di tangan. Seruan demi seruan diterima di akaun Facebook miliknya. Menyuruh agar bersegera.



Dato’ Rahim urut dada. Hampir mati kutu tak tahu apa lagi nak dibuat dengan anak yang seorang ini. Dia marah, anak ini marah semula. Dia naik suara, benda sama juga dibuat dek anak bujang yang ini. Nak dipukul, dah besar. Tapi degilnya... Allahuakbar... Dato ‘ Rahim hela nafas panjang.



“Pukul duabelas tengahari esok, sharp. Mesti dah ada dekat rumah. By hook or by crook. Papa tak peduli. Ingat!” Akhirnya Dato’ Rahim beri kata putus.



Fawwaz terus tarik senyum sinis dan bangkit. Telefon di tangan terus diseluk masuk poket. Jaket atas penyandar kerusi ditarik dan disidai ke bahu. Tombol pintu dipegang. Sebelum memulasnya, dia berpaling menghadap si ayah yang terduduk bersandar sambil memicit dahi di atas kerusi di belakang meja kerjanya.



“Pa.” Panggilnya. Dato’ Rahim mendongak memandang Fawwaz.



“Apa?”



“Kalau papa tak arrange benda bodoh ni, sure papa tak sakit kepala sampai macam ni.” Sinis nadanya. Dato’ Rahim cuma diam, menyabarkan hati sendiri.



Seriously pa. What made you think I would change just because I’m getting married? Huh?” ada tawa sinis di hujung bicaranya. Tombol pintu terus dipulas dan dia memboloskan diri keluar tanpa memperdulikan panggilan sang ayah.



Langkah diatur santai menuruni anak tangga. Sampai di anak tangga terakhir, dia berhenti. Di ruang menonton, sepasang merpati sedang seronok memadu kasih. Dia julingkan mata ke atas. Sesakit mata yang melihat, sakit lagi di dalam hati yang memendam rasa. Dia tak jadi terus keluar, sebaliknya menuju ke ruang menonton.



“Nak beromen pergi masuk bilik laa,” ujarnya tanpa nada. Kelam-kabut si kakak ipar menarik tubuh dari terus didakap sang suami. Rambut yang sedikit kusut diperbetulkan.



Fawwaz tarik senyum sinis. Jaket atas bahu disidai atas penyandar sofa dan dia terus merebahkan diri atas sofa tunggal itu. Kedua kaki berjuntai dari arm rest. Telefon ditarik keluar dan aplikasi Facebook dibuka. Sorry guys, lambat sikit, ada perhitungan.



“Kau nak keluar ke ni?” soalan Fai hanya dibalas dengan anggukan. Riak si kakak ipar dilihat cuma dengan ekor mata. Dan dia menangkap riak kurang senang dari wajah itu.



“Papa ok with it?” sekali lagi dia cuma mengangguk. Betul-betul tak rasa nak menjawab. Hanya komen rakan-rakan dalam Facebook yang dia gigih menjawab.



“Ke mana malam ni?”



“Bukit Bintang. Lepak dulu. Lepas tu pergi rumah Mike, sambung agenda.” Tiba-tiba dia ramah bercerita.



“Bawak-bawaklah berubah cara hidup tu, Fawwaz. Kau bukan makin muda. Dua tiga tahun je lagi nak tiga puluh dah. Itupun kalau sempat.”



ZRAAPPP!! Menyirap terus dia rasa. Sikit lagi gajet di tangan hendak dibaling ke kepala Fai. Dada sudah mula berombak kencang. Turun naik nafasnya menahan marah. Fawwaz bangkit dan senyum, sinis.



“Terima kasih tolong ingatkan. Tapi sebelum sibuk hal aku, tu, bini kau tu jaga dulu. Elok sikitla pakai. Bukan korang berdua je dalam rumah ni.” Telunjuknya menuding tepat ke arah kakak ipar yang hanya mengenakan baju-t longgar dan bermuda separas lutut. Pakaian yang sama juga dikenakan oleh Fai.



“Kalau berdua je, korang nak bogel pun aku tak kisah.” Sambungnya lagi. Melihat wajah si kakak ipar sudah merona merah, senyum sinisnya makin lebar. Puas hati.



“Dahlah. Aku blah dulu.” Pandangan dialih dan ditumpukan pada si kakak ipar. “Bye, sexy. Rawwrr...” Jeling menggoda siap gaya nak terkam orang.



“Fawwaz!!”



Tawa Fawwaz pecah melihat reaksi marah milik Fai. Menggeletar seluruh tubuh abangnya itu menahan marah. Jaket ditarik dari sofa dan handphone disimpan masuk poket.



Sorrylah, tak boleh tahan tengok. Sexy sangat,” tuturnya selamba sambil menjeling pada si kakak ipar yang sudah menikus di belakang sang suami.



“Kau jangan samp-“



Sorry Fai. Aku takde masa nak bergaduh dengan kau hari ni. Gotta get going now. Can’t be late for my party. See ya.” Dia terus beredar dengan selamba seolah tak ada apa yang berlaku.



Fai ketap gigi rapat-rapat. Fawwaz memang benar-benar mencabar kesabarannya malam ini. Penumbuknya memang dah ringan sangat nak dilayangkan ke muka Fawwaz. Mujur saja adiknya itu beredar terlebih dulu.



“Fai...”



Fai tarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya perlahan. Tangan sang isteri yang mengurut dadanya dicapai lalu dikucup perlahan sebelum dia memeluk erat wanita itu.



I’m sorry, Irdina.” Ubun-ubun isterinya dicium sekali.



Irdina tarik tubuh dari dakapan Fai. Matanya tunak memandang wajah lembut milik sang suami. Dia senyum.



“Salah Din sampai Fai pun terpalit sama. Maafkan Din, eh?” lembut dia bersuara. Fai ikut senyum. Pipi sang isteri diraih dengan dua tangannya sebelum dia tunduk, menemukan dahinya dengan dahi Irdina.



“Ok, sama-sama salah. Takpe, kita pun masih belajar, kan? Belajar jadi-“



“Isteri soleh, suami solehah, kan?” Irdina kenyitkan sebelah mata. Fai sudah ketawa.



“Dahlah, jom naik. Kita tengok baju elok sikit nak pakai esok.” Telivisyen sudah dimatikan. Irdina mula melangkah sambil menarik tangan Fai. Tapi Fai tarik semula tangan isterinya.



“Kenapa?” soal Irdina sambil memandang wajah berkerut sang suami.



“Awalnya nak tengok baju?”



Irdina sengih.



“Yelah. Nak bukak, lepas tu nak pakai balik. Kan makan masa tu.” Keningnya sudah terjungkit sebelah. Lambat sikit baru Fai tarik senyum senget.



“Aaaa... Ok, I’ll be glad to help you with it. Sangat.” Dan tawa mereka pecah sambil berpimpin tangan mendaki anak tangga menuju ke kamar beradu.



Fawwaz terus memecut keretanya menuju ke Bukit Bintang. Sudah berjanji dengan Mike dan beberapa orang kawan lagi untuk makan-makan dulu dekat Twenty One Kitchen + Bar sebelum bergerak ke penthouse milik Mike untuk parti harijadinya yang dianjurkan sahabat baiknya itu.



Dia tarik senyum senget. Tempohari dia ada terdengar Mike buat arrangement kejutan untuknya di penthouse itu nanti. Dari perbualan Mike tu dia dah boleh agak. Four strippers? Perfect. More than perfect. Dan dia dah rasa sangat teruja untuk hadir ke parti itu. Can’t wait!

Strippers! Here I come!! 



Telefonnya bergetar dalam poket seluar. Volume radio yang sedang memutarkan lagu rentak techno diperlahankan sebelum punat pada bluetooth headsetnya ditekan.



“Fawwaz.”



Bro! Mana kau?” suara Mike deras memasuki gegendang telinganya. Bersama dengan iringan muzik dan suara-suara di belakang yang sedang berborak dan ketawa dengan kuat. Sahih Mike dah sampai Twenty One. Agaknya. Boleh jadi juga masih dalam kereta.



On the way! On the way! Kau dah sampai ke? Tunggu aku laa sekejap!” Dia ikut menguatkan suara. Bimbang kiranya Mike tak mendengar dek kerana bingitnya suasana di sebelah sana.



Direct pergi rumah aku wei! Budak-budak dah tak sabar nak start! Nanti aku order delivery kalau kau belum makan lagi!” Delivery? Alamak. Ini yang dia tak berkenan ni. Dia bukan jenis yang suka menghadap makanan segera. Malah dah jadi kepantangan pula.



“Bukan kau ada booking caterer ke? Sekali open bar?”



“Aku order finger foods je, mana ada caterer! Kalau ada, buat apa pegi Twenty One dulu?”



Fawwaz dah merengus perlahan. Ni yang dia tak suka ni.



“Ha, oklah. Go ahead. Nanti aku sampai.”



Alright birthday boy! Jangan lambat!”



Fawwaz terus matikan talian. Lari sudah moodnya. Mike ni boleh buat lupa pulak kepantangan dia yang satu tu. Otaknya ligat berfikir. Sebolehnya dia tak mahu terlepas surprise yang dah diatur Mike, tapi pada masa yang sama, perut perlu diisi terlebih dahulu. Minum tanpa mengalas perut dulu nanti mabuk cepat. Apa pun tak sedar nanti, tak enjoylah.



Dan akhirnya kereta dibelokkan memasuki perkarangan Radius International Hotel. Kopitiam dekat situ dibuka 24 jam. Hotel ni pun tak jauh dari rumah Mike. Enjin dimatikan dan Fawwaz keluar dari kereta. Cepat makan, cepat boleh beredar. Tak sabar nak jumpa strippers. Bibirnya sudah menguntum senyum kembali.

*******************


Ok, dah makin merepek. Kepala weng dan ting tong dah berapa hari. Hehhehhehheh.
Malas cerita banyak dah. Silakanlah menghentam apa yang patut.
Sekian. Haha~
Post a Comment