Kawan-Kawan

Wednesday, December 26, 2012

Awek Pisang Goreng - 5

Mula-mula sekali nak mintak maaf to Twilight fans... Kenapa? Err... Err... Ah, baca ajalah. Tapi serius ni, mintak maaf ye? :D

Ok, enjoy reading! :)

Bab 5.


Aku bersiul riang sambil menapak ke arah lobi lif The Summit. Dalam kepala sudah terbayang-bayang rancangan petang nanti. Berpuluh-puluh pelan aku rancang malam tadi sampai terus tak jadi main game. Bersungguh-sungguh aku rancang sampai tertidur, alih-alih terjaga dah masuk subuh dah. Asyik duk fikir Senah, Senah. Nasib baik tak ada mimpi apa-apa. Kot tak, aku pun takut nak pegi jumpa dia petang karang. Takut terbayang-bayang. Hahahahah

Tak sempat tekan butang, pintu lif dah terbuka dan beberapa orang keluar. Aku terus masuk dan tekan butang tiga. Pelan untuk hari ini adalah tengok movie dulu, lepas tu baru pergi cari Senah. Diari dia aku dah bawa siap-siap, tinggalkan dalam kereta. Memang nak cari dia lewat-lewat petang. Masa tu confirm dah tak ramai orang nak beli pisang goreng. Senang sikit aku nak bercakap dengan dia. Dan disebabkan nak menunggu lewat petang tu bakal membuatkan aku sangap sorang-sorang kat rumah, itulah sebabnya aku datang sini tengok movie. Killing time kata orang putih. Hehe

Pintu lif terbuka selepas sampai ke tingkat 3. Aku terus keluar. Kedua tangan berada dalam poket. Dalam kepala dah set nak tengok Rise of the Guardians lepas tengok iklan kat tv pagi tadi. Langkah ku atur kemas menuju ke kaunter jualan tiket. Ramainya anak-anak gadis. Berpinar biji mata. Ni confirm tak ada lain, masing-masing nak tengok Rob Pattinson dengan budak jadi serigala tu apa entah nama dia aku dah lupa. Tak kisahlah, janji hasrat aku nak tengok Rise of the Guardians tu tercapai. Cepat-cepat aku beratur di belakang sekumpulan anak gadis yang baru beratur dan sibuk berborak.

Mata aku menangkap sesorang dalam kumpulan anak gadis tersebut. Nampak familiar je. Tapi macam tak berani nak teka itu orangnya. Sebab macam langit dengan bumi kot perbezaannya. Aku telan liur. Nak tegur tak berani takut salah orang, jadi cuma boleh perhati sahaja tanpa dia sedar sikit pun. Leka sangat dengan kawan-kawan dia. Dia tak bersuara pun, cuma senyum dan sesekali ketawa menekup mulut. Betul ke dia eh? Tapi macam lain gila. Tak macam yang biasa aku nampak.

Biasa nampak? Cheh. Baru dua kali jumpa, dah biasa nampak konon. Ah, apa-apa ajelah. Yang penting penampilan dia hari ni memang macam langit dengan bumi punya beza. Berseluar jeans hitam, blaus longgar panjang sampai ke lutut warna hitam dengan motif bunga ros merah kecik-kecik dan berkardigan lengan panjang hitam. Siap berselendang lilit-lilit. Tapi walau selendang berlilit tetap dilabuhkan sampai ke perut. Bahu pun bertutup. Belakang pun sama dilabuhkan sampai ke pinggang. Serius, aku tak pernah lagi nampak orang pakai selendang bertutup macam tu. Adik-adik aku pakai selendang pun semua stok tutup depan, belakang nampak. Tak balance. Tapi yang ini... Ini yang pertama kali aku nampak sangat balance. Dah laa comel gila, makin comel pulak aku tengok. Nak-nak bila dia senyum-senyum tu. Menggegar iman betul. Longgar skru lutut nih rasanya. Fuh fuh fuh fuuuhhh!

“Aku pun nak tengok Edward jugaklah kalau macam tu!” Tiba-tiba kawan dia jerit excited. Aku julingkan mata ke atas. Girls and their obsession for that sparkling gay ass vampire...

“Eh? Tak aci! Tadi kata nak tengok Rise of the Guardians dengan aku. Kenapa tukar last minute pulak ni? Takkan aku nak masuk tengok sorang-sorang pulak?” Eh, minah comel ni tak nak tengok Twilight? Aku tengok kening dia dah berkerut-kerut. Membuatkan hati aku bertambah yakin memang dialah orangnya. Orang yang sama. Dan ketidakmahuan dia menonton cerita Twilight buat aku rasa dia semakin intriguing. Lain dari yang lain.

“Alaa Senah, kita tengok Twilight laa... Aku memang nak tengok sangat ni. Kan ni cerita final dia.” Yes, confirmed. Memang Senah! Yes! Yes! Lompat bintang lima kali! Eh, kejap. Twilight cerita final? Means there will be no more sparkling gay ass vampires after this? Alhamdulillah! Balik kang aku nak buat sujud syukur! Aku tengok Senah dah tarik muncung. Auh... comelnya muncung... rasa nak ikat reben. Heh.

“Aku tak suka laa cerita tu. Afi tadi dah janji dengan aku. Tak aci laa kau ni...” Aish, manjanya cakap... Nasib baik bukan cakap dengan aku. Inipun aku rasa macam dah nak meleleh ke lantai dah.

“Alaa Senah, lain kali laa kita tengok cerita tu, eh? Hari ni kita tengok Twilight, eh?” Pujuk kawan-kawan dia lagi sambil menarik dia ke kaunter kosong. Senah geleng. Dia buat keras depan line. Kawan-kawan dia pandang aku macam mintak pengertian supaya tak marah ada adegan tarik-menarik macam tu. Kaunter sebelah lagi dah kosong dan jurutiket dah menggamit aku. Aku pandang Senah yang membelakangkan aku, kawan-kawan dia dan kemudian ke kaunter tiket.

“Tu laa... Abang dah cakap diorang mesti tak nak tengok cerita tu. Diorang mesti nak tengok Twilight. Nasib baik abang datang jugak, ikut jugak. Tengok dengan abang ajelah cerita Rise of the Guardians tu, ye?” Laju dia berpusing menghadap aku. Matanya membuntang, mulutnya ditekup. Kawan-kawan dia ikut sama melopong. Aku bagi senyuman yang paling manis aku boleh bagi. Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka, sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis.

“Abang pinjam Senah hari ni ye?” Aku tanya kawan-kawan dia. Pelan-pelan diorang mengangguk.

“Awak...” Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Aku terus tarik hujung lengan kardigannya membawa dia ke kaunter bila jurutiket dah menjerit suruh cepat.

Rise of the Guardians, dua.” Aku terus pilih seat kemudian membayar harga tiket.

“Terima kasih.” Kataku setelah tiket diserahkan. Aku berkalih pada Senah yang nyata masih terkejut. Aku tarik lagi hujung lengan kardigannya dan membawanya ke tepi, jauh sikit dari kawasan kaunter tiket. Menyemak je lama-lama kat situ kang buat orang lain marah. Dan bila dah sampai baru dia sentap balik tangan dia. Eleh, macam aku pegang tangan dia je lagaknya. Aku tarik lengan baju aje kot. Itupun secubit je.

“Gila!” Bentaknya. Alahai. Marah pun comel, tak marah lagi comel. Tapi kalau senyum, laaaaagi comel. Aku tarik sengih.

“Tak baik panggil orang gila.” Membuntang matanya memandang aku.

“Dah awak buat kerja gila, takkan saya nak cakap awak waras? Memang awak gila pun! Eeiii!” Dia dah berpeluk tubuh. Pandangannya di halakan ke arah lain. Aku ketawa kecil.

“Bukan nak berterima kasih pun orang belanja dia tengok wayang ni. Marah pulak lagi.” Dia berpaling semula pada aku. Memang jelas dia marah. Berapi pandangan mata dia. Tapi tak taulah kenapa aku rasa macam mata anak kucing je. Bulat memandang aku. Geramnya... Roar! Rasa nak terkam! Eh? Hold your horses, Daus! Tak halal! Aku berdehem sekali.

“Awak...”

“Err... Senah. Err... Bang...” Senah diam bila kawan-kawan dia datang menegur. Takut-takut je diorang pandang aku.

“Firdaus. Panggil Abang Daus je, cukup.” Aku senyum. Dan kawan-kawan dia ikut senyum.

“Abang Daus dah beli tiket sekali untuk Senah ye?” Aku angguk sahaja. Senyum masih tak lekang dari bibir.

“Err... tiket kitorang pukul dua empat puluh lima ni. Tiket korang pukul berapa?” Aku periksa masa semula di tiket dalam tangan.

“Pukul dua suku.” Jam tangan kukilas sekali. “Lebih kurang sepuluh minit lagi. Dah boleh masuk dah ni rasanya.” Aku pandang Senah dan senyum lagi. Dia sekadar menjeling tajam.

“Nanti dah habis... Err... Nak balik tu... Err... kau tunggu kitorang ke macam mana?” takut-takut je kawan dia bertanya.

“Bagi can abang date dengan Senah hari ni, boleh? Abang asyik busy je dengan kerja berapa minggu ni. Tak sempat nak jumpa dia. Hari ni baru ada kelapangan. Nanti abang hantar dia balik rumah terus. Boleh ye?” Dari ekor mata aku boleh nampak Senah terkejut. Aku tau dia mesti tengah bagi pandangan tajam yang boleh membunuh dekat aku sekarang sebab aku rasa macam tersiat-siat je sisi kiri aku ni. Tapi depan kawan-kawan dia aku buat cool. Kawan-kawan dia saling berpandangan sesama sendiri.

“Err... Ok, kitorang bagi can kat abang. “ Aku pandang Senah yang terkejut dengan respond kawan-kawan dia. Melopong dia pandang kawan-kawan dia. Aku ketawa sakan, tapi dalam hati. Serius rasa riang ria. Lain yang aku plan, lain yang jadi. Memudahkan kerja aku pulak tu. Alhamdulillah banyak-banyak. Balik ni aku kena buat sujud syukur banyak-banyak kali.

“Ok Senah, Abang Daus. Err... enjoy korang punya movie. Kitorang nak pergi jalan-jalan dulu.” Kawan-kawan dia melambai. Aku balas.

“Eh, korang!” Senah dah mula melangkah, nak mengikut kawan-kawan dia.

“Diari awak ada kat saya.” Suara aku perlahan, tapi cukup kuat untuk dia dengar. Langkahnya termati. Lambat-lambat dia berpusing menghadap aku. Muka dia merah.

“Ma... Macam mana boleh ada... Ada kat awak?” Aku senyum dan mendekatinya.

“Masa kat Ameer Ehsan tu, masa kawan awak tarik awak, diari awak jatuh. Saya nak panggil awak masa tu tak tau nama. Takkan nak oi, oi je. Kang lagi laju awak lari daripada saya.” Bertambah merah pipi dia. Blusher original, comel naik lima puluh kali ganda. Fuh, relax Daus. Relax.

“Awak... Err... Awak ada baca tak?” Aku ketawa kecil.

“Ada.” Terus membuntang biji mata dia. Tegak-tegak habis badan dia.

“Awak-“

“Saya baca sampai personal bio je. Cari maklumat. Saya tak selak lebih dari tu.” Dia kecilkan mata. Skeptikal laa tu. Jahat-jahat aku, takdelaa nak baca-baca diari orang ni. Diari adik-adik lainlaa cerita. Boleh jugak aku buat bahan sepanjang tahun. Silap-silap seumur hidup jadi bahan aku. Hahahahah

“Tak sempat nak pulangkan. Memang niat nak pulangkan, tapi tak sempat. Saya sibuk sangat-sangat. Sorry.” Dia merengus. Aku kilas jam tangan. Ada lebih kurang lima minit lagi wayang nak mula.

“Cerita dah nak start. Kita masuk dulu? Nanti saya bagi balik diari tu. Memang niat nak bagi hari ni. Ada dalam kereta. Tapi kita tengok movie dulu ye?” Senah gigit bibir bawahnya.

I promise you I am not a bad guy. Kalau saya jahat, awal-awal lagi saya dah buat macam-macam. Sekarang ni saya janji dengan awak. Lepas tengok movie ni, saya hantar awak balik terus. Saya pulangkan balik diari awak. Serius ni. No more joking around.” Aku angkat tangan kanan. Teragak-agak, tapi dia jalan juga akhirnya menuju ke kaunter masuk. Aku hela nafas lega.

“Popcorn? Sweet corn? Drinks? Anything?” soal aku sebaik melepasi check-in tiket. Dia geleng. Aku beratur jugak dekat kaunter makanan ringan tu. Nak tak nak Senah mengikut je.

“Bagi kombo yang ni. Soft drink tu bagi grape eh?” Aku pandang Senah yang tayang muka tak ada perasaan di sebelah. Pandangannya tepat pada papan menu di depan. Aku tarik senyum. Kalau orang dah comel, buatlah muka macam mana pun, tetap comel.

“Sepuluh ringgit.” Aku hulurkan not merah.

“Terima kasih.” Kotak popcorn aku jinjit di tangan kanan sekali dengan air mineral. Minuman bergas aku pegang dengan tangan kiri.

“Ok, let’s go. Movie dah dekat nak start sangat dah ni.” Senah jalan menonong depan aku. Selamba dia je, macam tau hall mana nak masuk.

“Sayang oi, hall tiga laa. Sayang nak kemana tu? Sebelah sini laa.” Senah berpusing laju dan sebaik tiba sebelah aku, bahu aku ditumbuknya. Membuntang mata aku pandang dia. Dia balas semula, berani. Spontan aku tak jadi marah. Senyum senget terukir.

“Takpelah. Sayang punya pasal, abang redha je.” Bertambah bulat mata dia. Aku sengih.

“Dah, jom jom. Lambat-lambat nanti dah start.” Aku terus jalan. Aku dengar dia merungut, tapi masih juga mengikut. Hai laa Senah... Senah...

* * * * * * * * * * * * * * *


Sekali lagi to Twilight fans, sorryyyy~~

Ok, boleh hentam sekarang. Hahahahah :P

13 comments:

Unknown said...

nakal la bad boy ni.jaga2 anak dara org tu.. nape pendek sgt syah?? senah pn comel je.. bg diorng gaduh2 manja lama2 sikit tau...cam biasa best jer.. tq syah

Syah Shah said...

@sharifah muda : Daus nakal tapi baik, don't worry. hahahahah

Akan dipertimbangkan gaduh lelama tu. haha :P

Tima kaseh Sharifah. :)

Hushu said...

comel sungguh la. huhuhuhu... wat org t'sengih jer.

eifa yusof said...

Assalamualaikum. bulan jatuh ke riba cam gini. ekeke. ciput sangat laa. kasi panjang2 laa n3.

jha said...

sikit je.......tapi saye suka! hehehe... berani sungguh la si senah tu ikut strangers tu... bahaya.. bahaya...
-jha-

Syah Shah said...

@:anne: : Comel? Terima kasih.. :)



@eifa yusof : Waalaikumussalam. Betullaa tu. Daus kena sujud syukur banyak-banyak ni. hahahah :P

Tak sempat la nak taip panjang-panjang kak. sibuk.




@jha : Saya suka bila anda suka. HAha~

Berani-berani takut je Senah tu. Haha~

Fatrim Syah said...

Salam Syah Shah,

Sorry lambat komen, internet kat Sabah ni low amat. Sabo ajelah.

Yeay! Yeay! Jumpa juga Senah kat panggung. Wah... nak tgok movie sesama lak tu. Daus-Daus, panjang sgt akal tu. Amboi Daus, x baik tenung lelama Senah tu, kang kena flying kick baru tau.

Btw, best! Keep it up bro! ^_^

Syah Shah said...

@Fatrim Syah : Salam. Tak apa, aku tak kisah. Hehe :)

Mana ada Daus tenung lama-lama. Sekejap-sekejap je. Hahahahah

Akim Halim said...

awat senah tak tgok breakin dawn part 2...? besttt woo...hahahah...btw, nk lagi mlm ni..hahaha...siyes daus stedy beb...selamber gila ngorat senah..kakaka

Syah Shah said...

@Kimi Ue : Senah tak minat Twilight. Harry Potter takpe. Haha~

Malam ni? Tengok camna. Gua sibuk prepare report.

Nak ngorat mesti kena steady, takleh gelabah-gelabah. hahahah :P

aunee chot said...

so sweet.....
hehehehe....
nek blushing pipi ni bla bc...

hehehehehe...

go shah go shah...
nxt n3....

=)

Syah Shah said...

@Hanya aku... : Blushing? KEnapa blushing? Haha~

Suruh pergi mana ni? Hahahahah :P

Next entry esok malam plak. :D

Anonymous said...

haishh...hahahha
ayat mengorat dak daus ni tk agak2..

"Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka, sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis."

bkn takat cair meleleh terus kena diabetes pas ni....hahaha

baca balik APG...terhibur dan tersengih dgn ke'sempoi'an dak Daus nih...

*ilang jap jiwa kacau*

terbaek... (-__^)

>>Leen<<