Kawan-Kawan

Wednesday, January 02, 2013

Awek Pisang Goreng - 8

Since hari ni dah start kerja di tempat baru, updates can't be as frequently macam dulu. Sekarang lagi banyak membanting tulang empat kerat berbanding dulu banyak lepak dalam opis bilik sendiri. Haha~

The challenges of bekerja dengan orang dan bekerja untuk diri sendiri ni memang lain bebeno... Hoho~

Anyways, let's continue on with Daus & Senah punya story... :)


Bab 8.


Telunjuknya lurus tepat kepadaku. Aku cuma senyum. Gabra toksah cakaplah, memang gabra habis. Tapi mesti maintain tenang. Harus bertenang.

“Una! Don’t be rude!” Tu dia, mak dia cakap English! Hebat ustazah ni.

I’m not!” Bantahnya keras. Siap dengan mimik muka tak puas hati, kening berkerut dan bibir sedikit muncung. Comel. Heh.

“Una.” Semudah itu sang ayah bersuara dan tangannya yang lurus menuding ke arah aku diturunkan perlahan. Aku berdehem sekali.

“Err... pakcik, makcik. Don’t blame her for her reactions. Err... sebab memang saya yang salah.” Pandangan Husna mencerun pada aku. Terketap-ketap bibir mungil itu. Mak dan ayah dia ikut memandang ke arah aku. Aku telan liur.

“Terus terang cakap, saya yang mintak dia tunjuk-”

“Mintak tunjuk?” pangkas Husna. Terjungkit kening lebat itu sebelah. Aku hela nafas panjang. Fine.

“Err... kind of paksa dia tunjukkan-”

Kind of?” pangkas dia lagi. Dia ni laa kan... Ada jugak yang aku cium terus kat sini kang, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Baru berbaloi kalau aku kena belasah dengan mak ayah dia pun. Hiisshh... Geram betul.

Aku hela nafas panjang sekali lagi dan menolak rambut yang berjuntaian di dahi ke belakang.

“Ok. Saya terus terang cakap, saya memang kebetulan jumpa dia dekat Summit tadi. Tapi lepas tu saya paksa dia balik dengan saya. Saya paksa dia tunjuk mana rumah dia. Saya...” Aku tengok Husna dah tarik senyum. Siap bersilang tangan di dada. Mak dengan ayah dia masih terlihat tenang menunggu penjelasan aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Ok, relax Daus, chill. Jangan cepat sentap. Not at this moment. Not at this time.

Aku kalih pandang pada si ayah. Memandang tepat ke wajahnya. Kira man to man laa ni.

“Saya mengaku saya salah sebab paksa Husna dan saya minta maaf pasal tu. Betul-betul minta maaf. Niat saya buat macam tu, macam yang saya cakap tadi. Sebelum saya kenal dia lebih lanjut, lebih afdhal saya berkenalan dengan wali dia dulu, dengan pakcik.” Aku berhenti. Mak dengan ayah dia masih diam, sedang menghadam penjelasan aku mungkin. Dari ekor mata aku nampak Husna menjulingkan matanya ke atas dan menggeleng. Kau tak percaya eh? Siap kau, aku goreng cukup-cukup sampai jadi jugak. Heh.

First time jumpa je hati saya dah jatuh berkenan. Kali kedua pulak saya dah jatuh suka. Kali ketiga, saya yakin dan pasti, Allah yang aturkan pertemuan demi pertemuan tu yang membuatkan saya akhirnya sampai kat rumah pakcik petang ni. Niat saya cuma satu. Saya nak minta izin dan restu dari pakcik, dari makcik, untuk mengambil Husna sebagai pendamping saya yang sah di dunia dan akhirat nanti.” Mak ayah dia tersenyum lebar. Tapi Husna aku tengok dah melopong besar. Pandang semula pada si ayah.

“Saya mengaku cara saya salah. Tapi kalau saya tak buat macam tu, saya pun tak tau bila saya dapat jumpa dengan pakcik, dengan makcik. Sekarang ni, semuanya terpulang pada pakcik, pada makcik, pada Husna. Apa saja pun cakap pakcik, saya terima.” Aku tamatkan hujah bela diri dengan helaan nafas panjang. Ayah dia berdehem sekali. Cawan teh ditarik ke bibir dan diteguk perlahan. Aku telan liur. Aiseh, main jeda-jeda macam ni yang aku tak gemar ni. Dahlaa tengah saspen gila nih. Aku kilas pandang pada Husna yang aku rasa juga tengah tak senang duduk menunggu jawapan dari ayah dia. Pakcik, cepat sikit cakap boleh tak? Saya dah rasa nak terkucil ni. Heh.

Cawan teh dikembalikan atas piring lapik. Ditolehnya pada sang isteri, kemudian pada si anak sebelum memandang pada aku. Sekali lagi dia berdehem. Aku telan liur.

“Mak kamu nak datang bila? Hujung minggu depan ye?” Err... Aku angguk perlahan.

“Datanglah. Kami tunggu.” Dia senyum.

“Alhamdulillah... Terima kasih pakcik.” Aku ikut senyum. Lega!

“Abah! Una tak-“

“Pakcik bagi peluang kamu bincang elok-elok dengan Husna dekat luar sana.” Rengekan dia dipangkas laju. Husna tayang muka tak puas. Berulang kali dia pandang aku dengan ayah dia. Aku sekadar senyum dan bangkit berdiri. Dah nak cair sebenarnya dengar dia punya merengek tadi. Merengek marah-marah pun aku dengar manja yang amat. Tak boleh tahan betul. Kalau ayah dia tak potong tadi, confirm aku dah meleleh ke lantai. Heh.

“Saya mintak izin bincang dengan Husna sekejap ye pakcik, makcik?” Mereka mengangguk. Mak dia tolak Husna supaya bangun. Aku keluar lebih dulu dari ruang tamu melintasi ruang tv dan terus ke pintu utama tadi. Sandal kusarung dan terus ke tepi kereta, menunggu. Lebih kurang lima minit kemudian baru Husna muncul dengan muncung panjang sedepa di bibir. Aku bersandar pada dinding kereta, memerhatikannya yang sedang menendang-nendang batu-batu kecil atas tanah. Senyum dan geleng-geleng. Tangan kusilangkan di dada.

“Apa motif awak ni sebenarnya, hah?” Akhirnya dia yang memulakan setelah puas menendang batu-batu kecil. Tubuhnya disandarkan pada tiang besi yang menampung awning rumah. Tangannya ikut bersilang di dada.

“Apa yang saya cakap tadi, itulah motif saya.” Dikecilkan matanya. Skeptiklaa tu, macam aku tak faham.

“Cakap betul-betul boleh tak?” Rengusnya. Aku ketawa kecil.

“Saya cakap betul-betullah ni. Dah siap terus terang lagi dengan mak ayah awak. Apa yang tak betulnya lagi?”

“Main-mainlah awak ni!” KTANG!! Tiang besi disepak kuat. Berdengung bunyinya. Tak padan dengan pakai selipar getah aje. Pergh! Kalau dia sepak keting aku tadi, confirm patah. Garang yang amat budak ni dengan aku. Tapi dengan mak ayah dia, dengan kawan-kawan dia, apasal nada manja tu kedengaran jelas walaupun tengah marah? Tak aci betul... Haisshhh... Aku kuis tanah dengan hujung sandal.

“Husna, I’m dead serious about it. Kalau saya nak main-main, saya tak datang sini hadap mak ayah awak. Saya takkan berani cakap mak saya nak datang next weekend. Saya memang tak main-main bila saya cakap saya nak kahwin dengan awak.” Dia merengus kuat.

“Gila! Siapa yang nak kahwin dengan awak?” Matanya mencerlung tajam pada aku. Aku tarik senyum senget.

“Awaklah. Ayah awak dah setuju apa.” Membuntang terus mata kucing tu sebelum sekali lagi tiang besi yang tak berdosa tu disepak. KTANG!! Sekali lagi tiang itu berdengung.

“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak ni, tau?” Marahnya. Aku gelak.

“Memang saya gila. Gilakan awak. Tak boleh?”

“Eeeiii!! Boleh gila saya cakap dengan orang gila macam awak ni, tau tak?!” Tiang besi dicengkamnya kuat-kuat lalu digegar. Serius aku rasa nak tergelak berguling-guling dah dekat situ, tapi cover macho depan bakal mertua punya pasal, aku kunci keinginan tu kemas-kemas.

“Umur awak berapa eh?” Dia kembali memandang tajam pada aku.

“Dah habis kenal dengan abah saya ke?”

“Err... belum...” Dia tarik senyum sinis.

“Tadi kata sebelum kenal saya, nak kenal dengan wali dulu, kan? Pergi berkenalan dulu habis-habis dengan abah, baru carik saya.” Tegasnya. Aku telan liur. Dia boleh kenakan aku pulak. Chiss... Eh? Dia kata apa tadi? Ahha~ Senyum senget terukir.

“Maknanya awak setuju la ni kan nak kahwin dengan saya?” Serta-merta blusher original terpalit di kedua belah pipinya. Senyum aku semakin lebar.

“Takde maknalah saya nak kahwin dengan awak. Tak hingin!” Dalihnya. Tangannya disilangkan ke dada. Riaknya serius walau rona merah jambu itu masih jelas terlihat di pipi.

“Maknanya awak nak tolak tanggungjawab laa ni, ye?” Keningnya berkerut.

“Tanggungjawab apa pulak? Awak jangan mengarut boleh tak?” Silangan tangan dileraikan. Kedua belah tangan jatuh ke sisi dan aku nampak penumbuk sudah terkepal.

“Awak jangan buat-buat lupa pulak apa awak dah buat kat saya dalam panggung tadi.” Kepalan penumbuk terlepas. Merah padam terus wajahnya. Kening berkerut-kerut dengan gigi diketap rapat. Malu campur marah. Confirm. Haha~

“Itu orang tak sengajalah!” Bentaknya. Aku kunci tawa kemas-kemas dalam hati dan buat muka kesian.

“Tak sengaja ke, atau awak memang saja ambil kesempatan? Tak pernah lagi ada orang perempuan sentuh saya kat situ tau selama ni? Kecik-kecik dulu adalah mak saya ke, makcik ke... Dah besar-besar ni, memang tak ada. Awak orang pertama. Awak dah calarkan kehormatan saya. Sebab tu saya ajak awak kahwin. Saya nak awak bertanggungjawab.” Kataku serius.

“Saya tak sengajalah...” Dia tunduk. Hujung seliparnya menguis-nguis tanah. Aku sembunyi senyum.

Memang aku tau dia tak sengaja. Walaupun panggung dah gelap masa tu, bukan aku tak nampak ada orang terlanggar dia masa dia baru nak duduk. Dalam dia nak terjatuh tu, entah macam mana tangannya menekan paha aku, menahan diri dari terus tersungkur ke bawah. Sikit lagi nak kena kat situ. Tak kena pun, tapi memang sikit je lagi nak kena. Terlompat jugaklah aku pun, terkejut punya pasal. Berpuluh kali jugaklah budak yang langgar dia tu minta maaf bila tengok muka garang aku masa tu. Terpaksa buat muka garang pasal nak cover malu. Itu yang masing-masing senyap sunyi je sepanjang cerita ditayangkan. Kalau aku rasa malu, dia dah tentu-tentu rasa berkali-kali ganda malunya.

“Kalau tak sengaja, at least say sorry once. Ini sampai sekarang tak ada awak sebut apa-apa pun. Sekarang ni, awak sengaja ke, tak sengaja ke, belakang kira. Yang saya tau, you have to bear the responsibility. Kalau tak, saya cakap kat ayah awak apa awak buat.” Dia angkat muka, memandang tepat pada aku. Auh... mata kucing tu... Argh! Chill Daus, chill! Kuatkan semangat Daus, kau nak kahwin kan? Nak tergoda ke, nak cair ke, meleleh ke apa, tunggu kemudian. Sekarang ni kena keraskan hati dulu.

“Tapi saya tak nak kahwin lagi...” nada suaranya dah lembut. Sejuk je telinga ni mendengar. Aku senyum dan mendekatinya.

“Saya bukan ajak awak kahwin this instant. Saya tunggu sampai awak habis final. Kalau nak tunggu sampai awak habis konvo pun saya sanggup. It’s not like I’m pregnant or something like that yang perlu kita nikah instant to cover things up.” Dan aku rasa seolah menjerat diri sendiri seusai melafazkan ayat terakhir tu bila melihat dia dah mencerlung marah pada aku.

“Memanglah tak pregnant! Awak gila ke apa?” Dan tumbukannya hinggap di bahu kiri aku menyebabkan aku sedikit terdorong ke belakang. Cukup lima kali sudah dan aku sangat yakin lagi pasti, tulang bahu aku dah patah remuk sebab tumbukan dia kali ini sangat-sangat padu lagi jitu. Tangan kanan memegang kejap bahu yang berdenyut sakit.

I think you broke my shoulder already this time around...” ujarku dengan kening berkerut menahan sakit.

“Husna Binti Samsudin!!” Aku toleh ke arah pintu utama. Ayah dia dah bercekak pinggang dengan muka bengis. Aku pandang Husna semula. Dia dah pucat lesi. 

***************************




Lepas ni apdet will be around 2-3 days gap kot. Habis-habis pun mungkin seminggu. Dengan nak mengejar menyelesaikan si Esah yang masih tergantung tu. Haha~

Okaysss... Silakan menghentam sekarang. :)

Post a Comment