Ikutkan nak apdet esok malam je. Haha~
Tapi atas dasar sayangkan kekawan, here's a new apdet for you guys to feast on... :)
Bab 10.
Clip file yang berisi maklumat dari site
evaluation semalam aku pandang lama. Pensil tekan di tangan aku
putar-putarkan. Rasa blank je kepala
tengok maklumat tu semua. Tiba-tiba rasa tak pandai nak buat costing padahal dah bertahun buat kerja
yang sama. Hujung pensil aku ketuk-ketuk di pelipis pula. Nafas panjang aku
hela. Bukan tak reti, tapi malas sebenarnya. Nak-nak pulak dah waktu
petang-petang macam ni. Kepala otak dah tepu.
Pensil aku lepaskan dan bersandar pada kerusi. Jam di
dinding luar bilik aku kerling sekali. Sudah lima belas minit waktu pejabat
habis. Rasa-rasanya mak jauh lagi nak sampai ni. Pagi tadi Acaq ada bagitau
diorang bertolak lepas solat Jumaat, dalam pukul tiga. Abang Salim tu bawak
kereta sopan santun gila. Lagi-lagi pulak mak pun ada sekali. Lagi bertambah
sopan laa dia pandu. Heh. Confirm
tengah malam karang baru sampai. Baru je ingat nak ajak mak pegi jenguk gerai
pisang goreng petang ni. Cuci mata. Itupun kalau dia ada laa... Haha~
“Husna!” Aku petik jari sekali. Serius lupa. Malam tadi
sampai rumah pun dah lewat tengah malam. Dah lebih dari jam dua belas pun. Tak
ada ampun lagi, aku terus terjun tiruk atas katil. Gila punya mengantuk. Ada
klien telefon lebih kurang pukul dua pagi pun aku tak sedar dah. Cuma tersedar
bila alarm bunyi subuh tadi.
Tengok-tengok ada tiga panggilan tak berjawab. Klien besar pulak tu. Nasib baik
masa aku call balik bos dah tolong
selesaikan masalah dia. Siap tolong kelentong kata aku masih dekat Langkawi.
Terima kasih incik bos. Hehe~
Handphone di tepi monitor LCD aku capai. Skrin aku aktifkan dan terus ke phonebook. Namanya ku cari lalu terus
masuk mode new message.
- Rindu.
Send. Sending... Sent. Aku tarik senyum senget. Baru nak letak semula telefon atas meja, dah
terima balasan. Senyum di bibir makin lebar.
- Sorry. Awak dah salah nombor ni.
Aku ketawa kecil. Sahih dia tak ada nombor aku. Ni yang
rasa nak tumbuh tanduk kat kepala ni.
- Saya rindu awak, Husna. :)
Sepuluh saat lepas hantar aku dah dapat jawapan. Serius
laju dia ni. Mesti selalu main sms. Biasalah, budak-budak, kan? Macam aku ni,
agak terkial-kial jugaklah. Selalu terus telefon je, tak kuasa nak taip-taip
sms. Buang masa. Segera aku periksa sms balasannya.
- Memang salah nombor. Saya bukan Husna.
Kening aku dah terjungkit tinggi, kemudian aku kerut dahi
pulak. Eh, takkan abah dia nak troll aku
pulak kasi nombor salah? Ke dia yang nak main-mainkan aku? Tak boleh jadi ni.
Telefon terus aku sisip masuk dalam poket seluar. Segala
file yang terbuka aku save dan tutup.
Komputer aku matikan. File-file atas
meja aku kemas ala kadar. Beg galas bawah meja aku tarik. Selepas mematikan
pendingin hawa dan memadam lampu, aku terus keluar dari bilik. Renu di depan
pun sedang mengemas barang nak balik.
“Saya balik dulu.” Ujarku berbasa-basi lalu terus keluar
dari pejabat tanpa menunggu jawapan darinya. Safety boot segera aku sarungkan sebelum menuruni anak tangga
dengan laju dan terus keluar dari bangunan pejabat menuju ke kereta di tempat
parkir. Kunci ku buka dan terus masuk. Beg galas kuletakkan di atas kerusi
sebelah. Enjin kuhidupkan, Aviator di atas dashboard aku capai dan kenakan, masuk
gear dan terus beredar.
Civic hitam meluncur laju atas jalan. Destinasi sudah
dikenal pasti dari dalam pejabat tadi lagi. Tak puas hati punya pasal. Sama ada
aku yang tersalah salin nombor, atau abah dia salah bagi nombor, atau memang
dia yang tak nak mengaku. Dalam kepala dah siap plan dah nak buat apa sejak
masuk dalam kereta lagi. Haha~
Kereta aku parkir di hujung deretan gerai. Orang tak
berapa ramai. Dah dekat pukul enam kot. Sekarang waktu orang sibuk balik kerja.
Dari dalam kereta lagi aku dah nampak kelibat dia sedang melayan dua-tiga orang
pelanggan. Aku keluarkan telefon bimbit dan mendail.
“Assalamualaikum. Hah, awat? Depa sampai dah ka?”
“Waalaikumussalam. Dak gi. Hang tolong call aku balik dalam seminit dua lagi,
boleh?”
“Ni hang dah call
aku, cakap teghuih lah.” Aku keluar dari kereta dan mengunci pintu. Perlahan
langkah kuatur menuju ke gerai, memastikan supaya pelanggan terakhir beredar
terlebih dulu sebelum aku sampai di situ.
“Hang call lah.
Aku ada hal ni. Call sekarang.”
Arahku, sedikit garang.
“Yalah, yalah. Aku call
sekarang.”
“Ok, thanks.”
Talian terus kumatikan dan menyisip telefon ke dalam poket. Langkah pegun
betul-betul depan gerai, bibir melakarkan sebuah senyuman. Dari balik Aviator
hitam likat, anak mataku memandang tepat ke wajahnya. Aku perasan dia buat selamba
sahaja macam tak ada perasaan.
“Nak apa?” soalnya kasar. Aviator aku tanggalkan. Baru
nak buka mulut, aku terasa telefon aku bergetar dalam poket seluar.
“Pisang goreng dua ringgit.” Jawabku dan terus mengeluarkan
telefon dan berjalan sedikit menjauh sebelum menjawab panggilan.
“Hello.”
“Hah, ada apa?” Soalnya. Garang sekali. Aku ketawa.
“Takdak apa, saja nak buat excuse nak keluaq sat.”
“Meeting boring laa
tu. Kurang asam hang. Mempergunakan aku.” Tawanya pecah.
“Ok, ok. Thanks.
Aku ada benda lain nak settle ni.”
“Sat, sat. Mak hang sampai pukui beghapa?”
“Lewat kot. Depa bertolak lepaih Jumaat tadi. Nanti
apa-apa aku call hang balik. Aku ada hal lain nak settle ni.”
“Yalah, yalah. Assalamualaikum.” Salam kujawab dan terus
matikan talian. Lepas tu cepat-cepat mencari nama Husna dan mendail. Telefon
kutekap kembali ke telinga seolah masih belum tamat berbual sambil berjalan
semula ke gerai. Elok aku sampai depan gerai, aku dengar lagu Big Girls Don’t Cry dari meja belakang.
Husna aku tengok semacam teragak-agak je nak angkat phone. Aku matikan talian.
Kemudian mendail semula. Sekali lagi lagu yang sama berkumandang. Dia dah
jeling-jeling. Ding! Ding! Ding! Ding! Bingo!
Talian aku matikan, telefon kusimpan ke dalam poket lalu menarik senyum senget.
“Saya-“
“Nah. Dua ringgit.” Pangkasnya tanpa sebarang senyuman.
Sebungkus plastik berisi pisang goreng diletakkan di hadapan aku. Aku seluk
poket baju di dada dan mengeluarkan sekeping not biru kehijauan lalu kuhulurkan
padanya. Dia dah buat muka.
“Duit besar lagi takde?” Sindirnya. Huluran aku masih tak
bersambut. Aku ketawa kecil.
“Ada, nak?” balasku sambil berpura-pura mahu menyeluk
poket sekali lagi. Dia mencebik sekejap kemudian membasahkan bibir. Auuhhh...
Berdetak hebat jantung ini. Wang kertas di tangan ditariknya kasar dan terus
dimasukkan ke dalam bekas wang. Lepas tu dia terus pusing ke belakang dan
mengemas. Amboi? Aku berdehem sekali. Dia buat tak reti.
“Husna.” Aku panggil dia, lembut. Tapi dia tetap buat
derk, terus mengemas perkakas di meja belakang. Dia ni kang... Isshhh... Aku
toleh ke gerai sebelah. Makcik tu dah senyum-senyum semacam je pandang aku. Aku
senyum balik. Takkan takde angin, takde ribut nak masam muka dekat orang pulak,
kan? Yang depan aku ni lainlah, memang pesen dia gitu. Dengan orang lain aku
tengok kemain senyum. Sampai kat aku je, haa... berjela-jela muncung tu. Aku
cium jugak karang, baru dia tau erti penyesalan. Hahahahah Eh?
Astaghfirullaahal’adziimm... Ehem!
“Husna.” Sekali lagi aku panggil. Dia menunduk, mencapai
sebuah bakul dari bawah meja. Masih tak mengendahkan aku. Dia ni laa kan...
Haiiissshhhh... Geram aku.
“Husna sayang...” Meleret aku panggil. Tak taulah dia
terkejut ke, marah ke, excited ke,
Bungkusan tepung yang sedang dipegang terus jatuh atas tanah. Puk! Pecah. Dan
tepung berterbangan. Putih sebelah kaki seluar track dia yang berwarna gelap tu. Aku ketap bibir menahan tawa.
“Awak ni laa kan...” Dia berpaling menghadap aku. Merah
padam muka dia. Riak marah dia tayang pada aku. Aku selamba bagi senyuman
manis.
“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya
skru dalam kepala supaya tak lupa.” Jari telunjuk buat gaya memutar skru di
pelipis kanan, jungkit kening dan senyum lagi. Dia julingkan mata ke atas dan
kemudian menarik nafas panjang.
“Jangan sampai saya lumur awak dengan tepung lepas tu
goreng dalam kuali ni.” Tuturnya mendatar tanpa sebarang nada.
“Sampainya hati?” balasku.
“Sampai sangat.” katanya acuh tak acuh sambil menyambung
mengemas meja.
“Try sekarang?” aku mencabar. Tak puas hati betul dia
cakap macam tu. Dia berhenti mengemas dan memandang tajam pada aku.
“Sinilah!” Ui, melawan! Fine! Aku terus berpusing nak join dia di sebelah sana meja. Bila
aku masuk bawah khemah tu, aku tengok dia macam goyang sikit. Aku tarik senyum
senget sambil melangkah perlahan mendekatinya. Tiba-tiba dia menunduk laju
dan... PUFF! PUFF! Tepung berterbangan di udara!
“Husna!” Aku dah terbatuk-batuk. Sebelah tangan menekup
hidung dan mulut manakala sebelah lagi mengipas-ngipas sisa-sisa tepung yang
masih di udara. Saat telinga ini menangkap suaranya sedang tertawa lepas, aku
berhenti mengipas dan membuka mata. Indah betul pemandangan. Cantik je tengok
dia sedang ketawa sukahati dengan tepung yang masih berada di udara. Macam
salji pulak. Memang betul-betul pemandangan yang cantik.
Lama aku pandang dia, sampai dia tersipu-sipu sendiri cuba
berhenti ketawa. Dia berdehem beberapa kali sambil menepuk-nepuk tangan,
menghilangkan saki baki tepung yang dibaling pada aku tadi.
“Seronok nampak?” Aku menyindir sambil kibas-kibas baju
dan seluar sebelum memandang tepat ke arahnya. Dia senyum. Ikhlas. Manis. Manis
sangat. Aku. Rasa. Nak. Pengsan. Sekarang. Auuhhh... Relax Daus... Relax... Chill...
“Err... Awak...” Dia bermain dengan jari sendiri. Aku sekadar
diam, menunggu baris kata selanjutnya.
“Err... Awak.. Emm.. Esok tu... Err... Awak serius?”
“Awak rasa?” Dia tunduk. Hujung selipar getahnya
menguis-nguis longgokan tepung di tanah. Habis putih kaki itu.
“Tapi... Err... Kenapa?” Aku senyum. Comel betul perangai
malu-malu macam ni. Garang comel, malu-malu lagi comel. Ni yang buat lagi tak
sabar menunggu ni. Heh.
“Husna...” Dia angkat muka memandang tepat ke arah aku.
“Do you believe in
love at first sight?” Dia julingkan mata ke atas.
“Cliche...” gumamnya.
Aku ketawa kecil.
“Kan? Cliche
gila...” Aku hela nafas panjang sebelum menyambung, “ But that’s what happened to me.” Aku senyum bila dia pamer riak tak
percaya.
“Dan macam tu je awak boleh terus nak masuk minang? Awak
tak tau apa-apa pun pasal saya. Macam mana-“
“Yep. Semudah tu. Sesenang tu. Sesimple tu.” Pangkasku.
“Tapi awak tak tau apa-apa pun tentang saya...” Tuturnya
perlahan.
“Awak nak mulakan proses berkenalan sekarang? Saya on je. Anytime.” Dia menjeling tajam. Aku tarik senyum. Baru nak sambung,
ada suara lelaki berdehem. Serentak aku dan dia menoleh. Erks!
“Err... Pakcik... Err... Assalamualaikum. Apa khabar?
Sihat?” Huluran tangan aku disambut. Ada senyum yang tersungging di bibir tua
itu. Aku hela nafas lega sembunyi-sembunyi.
“Alhamdulillah. Hmm... Baru balik kerja ke?” Aku angguk.
“Aaa... A’ah... Err... Tolong Husna kemas-kemas.” Aku
capai dulang-dulang yang dah kosong dari meja depan.
“Kamu tolong apa sampai bertepung atas kepala ni?” Pegun
terus. Aku curi pandang pada Husna yang ikut pegun. Kemudian memandang semula
pada abah dia yang sedang tersenyum, sinis. Alamak... Confirm... Kantoi!!
**********************************
TAkde mende nak cakap dah...
Boleh hentam sekarang. Hehe~ :D
11 comments:
Salam Syah Shah,
Yeay! Yeay! Ada apdet gak. Amboi Daus.. lu memang gentle ah Daus.. Husna oii.. baik ko layan je Daus tu, maintenance okey tu.
Err! Last2 tu.. adehh.. tolong kemas konon. Menantu mithali ke?
Suka! Suka! Suka!
Assalamualaikum. hamboiiiii. ulat bulu dah naik daun.... tak agak-agak dak Daus nih. mandi tepung ko. hahaha. apa yg Husna maksudkan yer
Ewahh2...berchenta main2 tepung plak dah..bajet lomentik ler tu...hahaha
P/s: masih tak bleh lupa ngn haziq..chenta pertama lah katakan...ekeke
@Fatrim Syah : Adaa... Haha~
Daus memang gentle abes.. haha~
Err.. Mi tali ye laa kot. Kakakakak :P
@eifa yusof : Waalaikumussalam. Ehhehhehheh best woo mandi tepung. Hahahahah :D
@missz nur : Lomentik laa jugak sikit-sikit. Kakakakakak :P
Takpe, sok-sok hilanglah HAziq tu. Haha~ :P
Manis sungguh laaa.... risau saye kena diabetis ni..... nampaknye ade perkembangan positif..... harap2 sentiasa positif la kan...
Harap2 ayah husna x marah la kan.... (err.. ayah dia ke yang tegur tu?)
-Jha-
@jha : Auh, setakat baca je, insyaAllah takde.. hehe :D
Ayah dia laa tu. hehe.. MArilah sama-sama kita harap Daus tak kena bambu dek ayah Husna.. hahahah :D
ala sweetnya...
comel sgt..
nk try la jgk kuis2 kaki cam tu..
hahahahahahha... =)
nk lg...
pls nxt n3...
nk tgk reaksi senah & daus yg dh kantoi tu..
huhuhuhuhuhu
MLCA xjd ka nk bt novel???
ala syg gla...
bru excited dok tggu tarikh kua novel tu...
ala bt la jgk..
grnti laris ni...
grnti cek promote kt kgkawan n sedaqa....
@Hanya aku... : Perangai malu-malu memang comel. ahahahahah :P
HEhe~ Coming soon. Sabo aaa... :D
MLCA nak habiskan kat blog dulu kot. haha~ Progress slow amat nih. hehe :D
i do believe in love at first sight daus.. hihihi (tlg jawab tuk husna)
@rahsia hatiku : Amboi amboi amboi....
Hahhahahahah
asal laa dorang ni comel sngat ek..
daus sila la bertabah...jeling2 ja dulu k...
terjatuh hati plak kat dak daus ni...hahahaha
>>Leen<<
Post a Comment