Kawan-Kawan

Friday, January 04, 2013

Awek Pisang Goreng - 9

Haha~ Ye ye je kata dua tiga hari lagi baru boleh apdet, tup-tup selang sehari je. hehe~

At the moment tak berapa nak sibuk lagi, bolehlah. Sementara sempat tu, apdet sajalah. :)

Malas cerita panjang. Kita sambung baca. :)



Bab 9.


Are you nuts?!” Dia dah terjerit. Aku gelak. Dulu masa dia bukak cerita dengan aku, tak ada pun aku punya refleks melampau macam tu. Cool je. Even masa dia kecoh-kecoh telefon aku dari hospital pasal kena balun dengan steering lock dulu pun, aku cool je tolong uruskan apa yang patut. Dia ni, baru aku bukak cerita sikit, over pulak reaksi tu.

You think?” Aku jungkit kening sebelah.

“Memang gila tak pernah dibuat orang, bang chor. Serius aku habaq hang, memang patutlah dia duk cakap hang gila. Pasai hang memang gila! Agak-agaklah kot ya pun nak jumpak mak ayah dia. Gila keji dol main paksa-paksa!” Aku gelak lagi.

“Hang toksah nak mengata aku. Hang pun sama keji pedajal skuter Kak Maira dulu.” Dia ikut gelak.

“Hat tu lain. Aku guna cara halus.” Dalihnya.

“Hangguk hang laa cara halus. Cara halus tu laa lagi keji hang tau? Tak pasai mendapat tang kepala tu sekali. Sapa susah? Ni, adik hang ni jugaklah yang susah. Nasib baik aku pun duk tengah cuti time tu.” Sekali lagi tawa bersatu menggegarkan kereta.

“Gila lah hang ni, Daus. Memang gheja gila betui.” Dia dah geleng-geleng kepala.

“Lepaih balik tu aku buat istikharah dah. Jawapan dia pun aku dapat dah. Memang confirm. Lagipun ayah dia dah habaq kata go ahead. Aku go ahead sajalah ni.” Stereng kuputar membelokkan kereta ke kiri.

“Hang serius? Like, seriously serious?” aku tarik sengih dengan soalan itu.

Damn right I am. Hang ingat hang sorang jaa boleh buat gheja gila lagu tu?” Tawanya meletus semula.

“Tapi aku tak adalah gila macam hang! At the very least aku kenai kak hang tu dah lama jugak sebelum aku dengan penuh sopan santun datang dengan mak pak aku pi masuk minang dia behind her knowledge. Ini hang main aci pakai terjah takdak warning, takdak pesan. Baru seminggu jaa kenai kot, terus ajak kahwin. Gila desperado ka apa hang nih?” Bahu kiri aku ditepuk kuat. Berkerut muka aku tahan sakit.

“Hoi, hoi. Kan aku dah habaq kata bahu aku ni tak baik lagi. Hang ni aku humban keluaq kereta jugak satgi, hang tau lah.” Haziq ketawa lagi.

Sorry, sorry, aku lupa. Dahsyat rupanya penangan awek pisang goreng tu na? Sampai-“

“Husna. Nama dia Husna.” Tekan aku.

“Yalah, yalah. Husna. Dahsyat penangan dia sampai hang teruih masuk minang sendiri tak tunggu mak lagi dah.”

Tawa Haziq meledak lagi. Kemain lagi sampai tertunduk-tunduk menekan perutnya. Aku sekadar sengih. Pandangan tetap fokus pada jalanraya di hadapan. Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan waktu sudah mencecah jam tujuh suku malam. Sepatutnya jam lima lagi sudah selesai buat site evaluation, tapi sebab site engineer tu beria ajak lepak bersama, tu yang jadi lambat keluar tu. Bukan orang lain, orang kampung jugak. Itu yang jadi banyak cerita tu. Haha~

So Saturday ni kira confirm laa ni?” Aku angguk.

Confirm laa. Esok mak aku sampai dengan Acaq dengan Abang Salim. Petang ka malam ka, camtu laa... Tumpang rumah hang laa, macam biasa.” Aku tayang sengih.

“Tu laa hang. Beli ghumah, pi sewa kat oghang. Lepaih tu hang pi sewa bilik pulak. Kot dak, kan senang mak hang nak datang tidoq.” Tempelak Haziq.

“Halamak... Kalau hang tak sudi bagi tumpang, hang habaq. Aku boleh pi carik hotel.” Tukas aku laju.

“Aku bubuh penampaq jugak sat lagi budak ni. Bila pulak aku kata lagu tu?” Kepala aku disekehnya sekali.

“Woi, woi. Aku duk driving ni. Terjun laut satgi, tak sempat hang nak kejaq masa afdhal hang tu. Baru hang tau.” Aku dah gelak dulu.

“Sebelum hang terjun laut, aku terjun keluaq dulu, lari pi airport. Tinggai la hang sorang. Esok baghu aku mai balik carik hang.” Dia pulak gelak.

“Barua punya member! Sampai hati hang nak tinggai aku!” Aku sambung gelak. Serius tak boleh blah betul mamat ni sejak-sejak kahwin. Gila punya merenyam sampai aku tak tau nak kata apa dah.

“Setakat hang, apa pulak tak sampai? Sampai sangat.”

“Mangkuk ayun hang!” Tawa terus bergema dalam kereta sewa yang sedang kupandu menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Sampai di depan perkarangan pintu departure, aku hentikan kereta dan matikan enjin lalu keluar. Beg galas dari seat belakang ku ambil dan kugalas di bahu kanan. Clip file yang penuh dengan kertas aku kepit celah ketiak sebelum menutup pintu.

“Op! Op! Jangan tepuk bahu kiri dia, Haji! Satgi ada yang meraung tang ni satgi!” Kata-kata Haziq buat aku laju berpusing ke belakang. Bos syarikat kereta sewa yang aku biasa ambil tersengih dengan tangan yang terangkat. Aku ikut sengih.

“Awat bahu hang?” Soalnya setelah aku hulurkan salam dan kunci kereta.

“Haa? Err... Tak dak pa aih. Lebam bengkak skit jaa.” Jawabku.

Accident ka hapa buleh lebam bengkak pulak? Tapi kalau accident, takkan tang bahu jaa kot?” Haziq dah ketawa lebih dulu. Chiss.

“Bergaduh laki bini, Haji. Tu yang berlebam tang tu, tu.” Dia sambung ketawa. Lelaki hampir separuh abad depan aku ni ikut ketawa. Aku sekadar tayang sengih.

“Aih, menikah dah ka hang? Dia aih, tak jemput habaq pun.” Lagi kuat Haziq ketawa. Barua betul. Mengenakan aku nombor satu mamat ni.

“Haji percaya sangatlah cakap mamat gelong tu. Mana ada saya menikah lagi pun.”

“Tahun depan tu, insyaAllah.” Tokok Haziq, laju. Nasib baik dia kat sebelah sana kereta. Kot tak, memang aku dah kepit kepala dia lepas tu sekeh laju-laju dah ni.

“Oklah tu. Umuq pun sedang elok nak menikah tu. Nanti jangan lupa hantaq kad. Setakat SP tu, insyaAllah.” Dia senyum. Aku ikut senyum. Tak boleh nak kata apa dah.

“InsyaAllah, Ji. Oklah, Ji. Kami masuk dulu na? InsyaAllah bulan depan jumpak lagi.” Salam kuhulur sekali lagi.

“Ok, ok. Assalamualaikum.” Salam kujawab dan terus membawa langkah masuk ke tengah-tengah ruang legar lapangan terbang itu. Jam di pergelangan tangan ku kilas sekali. Baru pukul tujuh setengah. Masih ada banyak masa lagi.

“Aku nak mandi tukaq baju dulu. Lepaih jamak, baru kita masuk.” Haziq sekadar angguk. Langkah terus dibawa menuju ke tandas lelaki terlebih dahulu untuk membersihkan diri dan mengganti pakaian. Bukanlah kotor sangat pun, cuma ada terlekat sedikit debu-debu pasir dan simen je. Kebas sikit, hilanglah. Lagipun cuma buat evaluation dekat site je, bukan buat kerja buka motor. Tapi sebab nak menghadap Tuhan yang Maha Esa, rasanya lebih afdhal aku menghadap dengan pakaian yang serba bersih.

Usai mandi dan ganti baju, aku terus berjalan menuju ke surau dengan Haziq mengekor di belakang. Sampai depan pintu surau, aku berhenti. Dan Haziq terus merempuh aku. Aku pandang dia atas bawah. Galaxy Note II nya terus diselit ke dalam poket seluar. Dia sengih lalu membawa tangannya ke dahi.

Sorry bos. Aku tak sempat brek.”

“Tak lari kemana laa bini hang tu. Nak lari pun dah tak larat, hang laju sangat. Gelojoh.” Sikit lagi penumbuknya nak mendarat ke bahu kiri aku namun terhenti serta-merta bila aku menjegilkan mata. Tawanya pecah, namun perlahan. Hormat, depan surau kot.

“Satgi lepaih solat kita pi makan sat. Aku rasa lapaq gila pulak dah.” Ujar Haziq. Sandal aku tanggalkan dan susun atas rak kasut.

“Tak payah. Hang peghabih jaa coklat melambak hang beli tak sat tadi.” Balasku laju.

“Hat tu kak hang yang order, ok? Aku punya hat Kinder Buenos tu jaa sekotak.”  Dia gelak. Aku ikut gelak. Pintu surau aku kuak sedikit. Tak ramai yang berada di dalam sementelah waktu maghrib pun dah tinggal hujung-hujung je. Aku tinggalkan beg galas di tepi dinding dan terus ke tempat mengambil wudhu’. Selepas mengambil wudhu’ aku angkat beg dan mengambil tempat rapat ke dinding di sebelah kiri. Sengaja rapat sikit dengan dinding supaya tak ada orang berada disebelah kiri aku. Takut berlaga bahu. Serius sakit. Ngilu sampai ke tulang sum-sum rasanya. Kaki seluar aku lipat sedikit sebelum berdiri. Kemudian bahu kanan terasa ditepuk lembut. Aku toleh kebelakang.

“Imam eh?” Aku kerut kening.

“Hang laa lagi afdhal. Lagi tua pada aku.”

“Dah hang duk rapat dengan dinding, aku nak jadi imam lagu mana? Duk tengah-tengah dalam dinding pulak?” Aku ketawa kecil. Dia juga. Aku angkat beg dan berganjak tiga langkah ke kanan.

“Hek eleh, mengelat. Hang nak kahwin lagu mana suruh jadi imam pun mengelat lagu ni?” Rungut Haziq sambil melangkah. Aku tepuk belakangnya sekali. Haziq terhenti dan berpusing kembali menghadap aku.

“Aku tak habaq apa pun. Aku ginjak sikit ja pun. Takkan aku nak duk rapat dengan dinding pulak? Tapi kalau hang nak jadi jugak, by all means, please, be my guest.” Aku depakan tangan ke depan. Haziq sengih lalu ke belakang semula.

“Aku ingat hang nak mengelat. Takpa, aku dah lama tak merasa jadi makmum hang ni.” Katanya selamba. Mamat ni, nak je aku sekeh. Suka sangat buat assumption sendiri. Aku pandang ke hadapan. Nafas panjang ku tarik dan menghembusnya perlahan. Bismillaahirrahmaanirraahiimm...

Usai solat dan berdoa ringkas, beg segera aku galas dan keluar dari surau. Sandal kusarung kembali dan bersandar di dinding sambil menunggu Haziq . Kedua belah tangan menyeluk poket jeans. Sekejap kemudian Haziq keluar dari surau.

“Hang nak makan kat food court ke, kat luar tu ke, kat cafe belah dalam waiting lounge tu?” Haziq pegang perut.

“Dalam lah. Eh, jap. Dah boleh masuk ke pun?” aku jungkit bahu. Masing-masing mengilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul lapan setengah. Ada dua jam lagi. Flight pukul sepuluh tiga puluh lima minit malam.

Food court je lah. Jom.” Dia berjalan lebih dahulu dan aku mengekor dari belakang.

Skrin penuh calar Galaxy Ace yang aku tarik keluar dari poket aku tatap. Dah berapa hari, tapi aku masih belum ada kesempatan nak call. Itupun nasib baik abah dia baik hati nak bagi nombor. Mintak dekat dia bukan main kedekut lagi. Aku cakap karang senang mak aku nak tanya apa-apa. Haram tak mau dibaginya. Siap jelir lidah lepas tu terus lari masuk. Heiii... Nasib baik abah kau ada kat situ. Kot tak, aku pun tak sure apa aku akan buat. Kejar sampai dapat. Lepas tu? Humban atas katil? Wooo~ Ganasnya imaginasi kau Daus. Rileks Daus, chill. Tak kemana dah tu. Memang confirm insyaAllah dapat tak lama lagi dah tu.

“Hoi!” Angkat kepala pun tak sempat, terus merempuh Haziq di depan. Dia terdorong beberapa langkah ke belakang sebelum sempat berpaut pada railing tangga. Dia dah tayang muka tak puas hati. Aku gelak.

“Awat hang brake tak bagi signal?” soalku dalam tawa.

“Hang yang duk mamun sengih sorang-sorang tengok handphone tu sapa suruh? Aku panggil pun duk tak dengaq.” Marah dia.

“Hang dah nampak aku lagu tu, awat hang tak elak? Salah sendiri, nak salahkan aku pulak.” Aku tak nak kalah.

“Hang laa. Orang berjalan mata pandang depan, bukan duk tengok handphone. Dah laa duk sengih sorang-sorang. Gelong ngat aih!” lagi kuat aku gelak.

“Ooo... Hang buat tadi takpa. Sampai kat aku, tak buleh pulak. Ini tidak adil!” Aku tumbuk tapak tangan sendiri sebab tak ada meja yang boleh ditumbuk. Gaya dah macam Abdul Wahub dalam filem 3 Abdul. Tawa Haziq akhirnya meledak juga.

“Sudahlah. Layan hang, dan mati kebuloq aku tang ni. Memang malang sungguh aih nasib bakal bini hang tu dapat laki gelong macam ni.”

“Hang toksah mengata aku. Hang pun sama dua kali lima, lima kali dua, sepuluh!” Dia tutup telinga dengan tangan buat tak dengar dan terus berjalan meninggalkan aku menuju ke food court. Telefon di tangan aku pandang sekali lagi. Nantilah sampai rumah nanti aku telefon. Sms ke. Rindu pulak nak gaduh-gaduh manja dengan dia lagi. Aku usap perlahan bahu kiri dan tarik senyum.

“Hoi!” Belakang aku ditepuk kuat. Aku pandang Haziq yang entah bila tiba di sebelah sedang tayang muka marah, tapi pada masa sama sedang menahan tawa. Serius lawak.

“Angau tak habih!” ujarnya dan tawa kami terus meledak menggamatkan ruang legar kawasan food court itu.

Woah! Tak sabarnya tunggu hari Sabtu ni!!

*********************



Esok je dah Sabtu, kan? Haha~

Wokeh, boleh kasi hentam sekarang. :)


Post a Comment