Kawan-Kawan

Wednesday, November 20, 2013

#Damien - Part Empat

Stress sungguh menaip cerita budak Damien ni. Macam-macam hal... Hahahahah










Part Empat


Isi fail berwarna kuning terang itu dilihat sekilas lalu. Tangan pantas mencapai gagang telefon dan menekap ke telinga. Nombor didail dan dia tunggu panggilan disambung sambil terus meneliti maklumat yang tertera dalam fail itu.
 Hello, Mr. Tan’s office,” sahut suara seorang wanita dari talian sebelah sana.
Hi, good afternoon. My name is Ervina and I am calling from Rastow Chemicals...” Vina mulakan sesi pengenalan syarikat macam biasa. Bagi mukaddimah sikit sebanyak sebelum menyentuh isi sebenar punca menelefon.
We have the experience of catering for other big companies as well in our 30 years of business. So I would like to introduce you our product ranges that you can choose. If you can spare me some times or if we could make an appointment for me to come over and have a discussion.” Vina tamatkan kata-kata dengan senyuman. Supaya suaranya kedengaran ceria dan menarik minat potential customer.
“Hmm... How do I put this? I’m sorry Miss Ervina, but Mr. Tan is not around at the moment. Dia dah keluar dari pagi lagi. Esok pulak dia outstation. Tapi lepas tu jadual dia agak pack. Dalam seminggu lagi baru dia ada free slot kalau tak silap akak. So... Macam mana?”
Laju Vina angguk. “Boleh! Boleh! Tak ada masalah! Tolong slotkan appointment untuk saya jumpa dengan Mr. Tan ye?”
“Hmm... 16 haribulan. Lepas cuti raya haji. Time tu je dia ada free. Boleh?”
Vina diam sekejap, memandang kalendar di atas meja. 16 hari Rabu... Bolehlah. Dia pun bukan beraya sangat. Lagipun setakat balik Banting je. Tak ada hal lah.
“Boleh. Tak ada masalah. Tolong tetapkan appointment saya pada tarikh tu, ye? Err... Jam berapa agak-agak?”
“Hmm... Pukul tiga, ok?”
Lebar senyum Vina. Sempatlah kalau dia bertolak dari Banting pagi tu. Sempat sangat. Tak adalah bapak bising sangat nanti.
“Boleh, boleh. Terima kasih ye? So, 16 haribulan Oktober, pukul tiga petang. Dekat ofis dia, ye?”
“Haa, ye, ye. Dekat sini.”
“Ok, terima kasih ye, Cik....”
“Puan Sari.”
“Ha, Puan Sari. Maaf, cik pulak. Err.. Terima kasih ye Puan Sari? Assalamualaikum.”
“Err... Waalaikumussalam.”
Vina tarik senyum dan meletak gagang telefon. Selesai kerja cari potential customer untuk hari ini. Nafas panjang dihela. Saat matanya mengerling pada waktu yang tertera di hujung sudut monitor leper komputernya, dia teringat pada janji temunya petang ini. Dia mengeluh berat.
Setelah hampir seminggu berlalu, hari ini sampai juga. Harapannya ini kali yang terakhir dia jumpa dengan mamat PMS tu. Tak sanggup lagi dah rasanya walau cuma sekali itu sahaja mereka bertemu. Laci tempat menyimpan beg tangannya ditarik dan beg tangan diangkat keluar. Kunci kereta atas meja dikaut sekali dengan cawan Slurpeenya.
“Kak, saya keluar dulu. Tak masuk pejabat dah rasanya. Lepas jumpa customer saya nak settle pasal kereta haritu,” beritahunya pada teman sepejabat sebelum mengatur langkah keluar dari pejabat menuju ke tempat parkir.
Enjin Gen2 dihidupkan dan dia terus beredar dari situ. Temu janji dengan pelanggan dekat –dekat sini je. Tapi nak kena travel jauh sampai ke Kuala Lumpur nak selesaikan hal kereta. Tension... Tension... Petang-petang nanti nak keluar dari KL, seksa!
USAI urusannya dengan pelanggan, Vina pecut Gen2 merah menghala ke Ampang pula. Dalam hati berharap sangat semoga tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Setakat jem sikit-sikit tu, biasalah.
Sampai depan bengkel tempat kereta diperbaiki, Vina terus turun. Dari luar bengkel dia dah nampak kelibat mamat berlagak tu sedang duduk membongkok menongkat tangan pada lutut sambil bermain dengan telefon bimbitnya di atas sebuah sofa di ruang menunggu. Terus sahaja Vina atur langkahnya ke situ.
Susuk tubuh si jejaka yang sedang leka itu diamati dengan lama. Segak memang segak. Kacak memang kacak. Tampan memang tampan. Tapi sayang, mulut tak boleh tahan. Elok-elok boleh lulus dengan warna berterbangan, terus gagal dengan maha dahsyatnya. Merudum-rudum jatuh tergolek dari carta.
Ada dekat dua minit tegak di depan pun masih tak disedari si jejaka buat Vina naik angin. Dia berdehem sekali, tapi lelaki itu masih leka dengan telefon bimbitnya. Vina merengus perlahan.
“Assalamualaikum.” Suara dikeraskan sedikit.
Mendengar suara yang memberikan salam, terus Damien hentikan aplikasi game pada telefon bimbitnya. Wajah diangkat, dan senyum dihulur. Malang, si gadis bermuka masam.
Damien bangkit berdiri. Note II diseluk masuk ke dalam poket slacknya.
“Lambat,” omelnya perlahan.
“Jalan sesak. Sorry,” balas Vina, dingin.
Whatever. Nak settle sini or some place else?” Damien ikut bertukar jadi ketul ais batu.
“Sini ajelah. Nak pergi mana lagi?” Vina dah kerut dahi.
“Manalah aku tau. Aku tanya tu, kan?  Soalan mudah macam tu pun tak boleh faham ke?”
Vina kancing gigi rapat-rapat dan hembus nafas panjang. Terbakar je rasanya bila bercakap dengan mamat dekat depan ni. Sabar Vina, sabar.
“Saya taknak gaduh. Saya datang nak selesaikan hal kereta tu je. So, encik Haid..”
“Aku tak pernah pukul perempuan selama ni. Jadi aku mintak jasa baik kau jangan jadikan diri sendiri orang yang pertama dalam sejarah hidup aku,” potong Damien tanpa sebarang nada mahupun perasaan. Tapi riaknya sangat serius.
Melihatkan wajah yang sudah merah padam dengan rahang yang bergerak-gerak tanda sedang mengetap-ngetap gigi buat Vina kecut perut. Apa lagi bila melihat penumbuk yang terkepal erat. Err... Takkanlah dia nak pukul perempuan pulak? Tak gentle nya?
“Ye, sorry, sorry. Encik Hyde. Maafkan saya, tersasul. Payah sangat nak sebut pun. Cuba bagi nama lain ke, nama penuh ke. Senanglaa sikit,” sempat lagi Vina merungut dalam takut-takut pun.
Damien pandang Vina kecik besar kecik besar je. Kalau bukan sebab perempuan, memang dia dah debik je. Mulut tu, dia tak boleh tahan. Sedap-sedap mendiang daddy bagi nama, sesuka hati je budak ni tukar-tukar sebutan tu.
“Kau ada niat nak jumpa aku lagi ke nak mintak-mintak nama penuh aku ni?” sinis Damien.
Bulat mata Vina jadinya. “Choiii! Memang tak laa! Tak hingin pun! Saya mintak nama penuh, nanti senang nak buat report polis kalau ada apa-apa hal!”
Damien baru nak menjawab bila Amir datang mencelah.
“Wei, wei, ni tempat aku carik makan, ok? Nak gaduh, tunggu dekat luar nanti. Ni orang semua dah mula pandang-pandang korang dah ni,” tegas Amir.
Damien merengus. Dipandangnya Vina tajam. Dan sebelum sempat dia membuka mulut lagi, Amir lebih dulu mencelah.
“Pergi bincang dalam ofis aku. Senang, tak ada orang nampak,” cadang Amir.
Damien tak tunggu lagi, terus sahaja berjalan menonong menuju ke pejabat Amir di bahagian belakang bengkel. Vina yang mengekor dari belakang terpaksa berlari anak memandangkan langkahnya tak sepanjang langkah lelaki itu. Dalam hati sudah menyumpah-nyumpah geram.
Sebaik Vina tanggalkan kasut dan masuk ke dalam ruang pejabat berhawa dingin itu, Damien terus tutup pintu dan menekan kunci sebelum melabuhkan duduk di atas sofa tunggal tak jauh dari pintu. Renungannya tajam menikam ke arah si gadis.
Vina dah rasa kecut perut tiba-tiba. Terasa macam terperangkap pun ada. Liur kelat ditelan. Perlahan dia labuhkan punggung atas sofa bertentangan. Beg tangan terus dipeluk dengan erat. Mujur gugusan kunci kereta dan kunci rumah dari tadi masih di dalam tangan. Dari celah jari, muncung-muncung kunci yang tajam dikeluarkan. Persediaan awal.
So...”
So, ini bil yang pomen bagi. Pass it to your insurance agent. Or you can pay on your own first. Whatever. I don’t care. Yang penting, aku tau masalah ni selesai dan aku boleh ambik balik kereta tu hari ni,” ujar Damien lalu menghulurkan sehelai resit.
Lambat-lambat Vina sambut. Terketar-ketar sahaja dia nak tengok jumlah yang tertera. Masak dia kalau banyak. Sebaiknya dia tak mahu guna insurans sebab tak mahu kacau NCD. Lagipun baru setahun sahaja Gen2 tu dia pakai. Nilai insurans masih tinggi. Kalau dia masih guna Kancil lama tu, tak adalah rasa ralat sangat. Haiihhh...
Bulat mata Vina tengok jumlah yang tertera. Rasa macam nak meraung pun ada. Sudahlah tengah bulan. Mana dia nak cekau duit? Bibir bawah digigit kuat. Lama dia tenung resit tu dengan harapan figura yang tertulis akan berubah. Tapi... memang mustahil lah, kan?
Damien yang memandang riak Vina, dah tarik senyum senget. Sengaja menggertak sebenarnya tadi. Dia sedar kemalangan jadi bukan semata-mata salah gadis tu. Dia sendiri pun bersalah. Tapi dia tak boleh tahan diri sendiri daripada berubah jadi rimau jadian depan gadis ini. Nak-nak bila nama dia yang sikit punya sedap tu dah jadi apa-apa je di bibir gadis tu. Memang terasa-rasa macam perlu dia buat sesuatu supaya si gadis tak salah sebut lagi.
“Err... Saya... Saya bayar sikit-sikit dulu, boleh?” Vina bersuara takut-takut.
“Kalau bayar sikit-sikit, masa bila aku boleh ambik kereta tu? Kau ingat ni kedai runcit? Logik sikit soalan tu, boleh tak?” sinis Damien.
Vina gigit bibir. Nak bayar sekaligus, memang makan pasirlah dia jawabnya for the rest of the month. Nak korek duit dalam akaun ASB rasa macam sayang sangat. Belum masanya. Dia nak tunggu bonus. Jadi, macam mana ni? Aduh... Dilema... Dilema...
Damien tegakkan badan. Resit dalam tangan Vina ditarik dan diletak atas meja.
“Aku tak kejam sangatlah. Since partially it was also my fault, aku bayar separuh, kau bayar separuh. Boleh?”
Bersinar terang terus mata Vina. Laju dia angguk. “Boleh, boleh, boleh!” dah serupa macam kartun budak kecik botak dekat tv gayanya. Logik tak logik, belakang cerita. Yang penting dia tak terbeban dengan jumlah sebesar itu.
Damien tarik senyum. Baru dia nampak Vina tu comel. Sebelum ni, disebabkan mulut tu, sepanjang masa dia nampak Vina macam nenek sihir yang menyakitkan hati. Dompet dikeluarkan dan sejumlah wang diletakkan di tepi resit.
Vina pandang sahaja. Tengok duit tu dia rasa macam lelaki tu letak lebih dari jumlah separuh. Tapi dia diamkan sahaja. Harap-harap lelaki tu tak perasan dia letak lebih dari yang sepatutnya. Itulah padahnya kalau berlagak main keluarkan duit aci pakai letak je tak payah kira.
'Setakat bawak Wira je pun, tapi berlagaknya mengalahkan orang bawak BMW!’ cemuh Vina dalam dati.
“Tak, aku tak silap letak. Memang aku bagi lebih. Kesian kat kau,” ucap Damien selamba sambil bangkit dari duduknya.
Vina terdiam terus. Err... dia boleh baca fikiran aku ke?
“Err... Terima kasih, encik Ha... Encik Hyde! Encik Hyde, terima kasih!” Cepat-cepat dia betulkan sebutan bila lelaki itu sudah mula menjegil marah.
Damien tak menjawab, sebaliknya dia datang ke depan Vina.
“Mulut kau ni, kan...” Damien geleng.
Vina bangun. “Sorry... Tak sengaja... Nama awak tu sus... Umph!”
Buntang biji mata Vina bila lelaki itu tiba-tiba menarik dagunya dan mengucup bibirnya tanpa sebarang amaran. Sekuat hati dia menolak bahu lelaki itu sebelum mengesat bibir dengan lengan blaus.
“Hoii!! Gila! Kau ingat apa?!” Hilang sudah saya-awak. Berapi pandangan Vina mencerlung pada lelaki itu yang berlagak selamba membetulkan kemejanya.
Damien tarik senyum sinis sambil menjilat bibirnya. “Sweet. Macam ada rasa tutty fruit sikit. Emm... Slurpee I presumed? Yummy! Slurpee slurps kind of yummy!” Galak Damien ketawa.
Vina ketap gigi rapat-rapat. Marah sangat sampai tak tau nak kata apa lagi. Dalam kepala dah sepuluh kali ulang tayang scene dia hempuk kepala lelaki tu dengan tukul besi.
“Aku harap lepas ni kau dah tak tersasul nama aku lagi.” Damien kenyit mata, “If we ever meet again that is...” sambungnya sambil tersenyum mengejek. Tombol dipulas dan dia terus keluar dengan hati yang puas.
Vina yang masih tinggal terus menjerit tak puas hati.

******************************



Dah abis baca? Terima kasih... Sekarang bolehlah menghentam saya... :D
Post a Comment