Kawan-Kawan

Wednesday, November 06, 2013

#Damien - Part Dua

Sebagai menyahut cabaran Que Sera Sera dan Farah Husain untuk apdet sebelum jam 12.30 tengah malam. Heheheheheh


Part Dua

Handbrake ditarik naik sebelum gear dibebaskan. Dia berjeda seketika di dalam kereta. Nafas panjang ditarik sebelum dahi didaratkan pada stereng Proton Wira pinjam itu. Letih berurusan di balai polis tadi. Macam-macam soalan dia dapat. Kena pulak dengan entah mana-mana datangnya tukang tarik kereta tawarkan servis untuk ditarik ke workshop mereka. Memang sahihlah dia takkan terima. Penat dia tunggu pomen kepercayaannya si Amir datang.
“Kau ni dah kenapa pulak buat drama sedih dekat sini? Cepatlah sikit, karang aku nak balik workshop balik.”
Damien angkat kepala dan toleh pada Amir di sebelah. Sengih ditarik.
“Yelah. Yelah. Kau nak apa tadi?”
“Dunhill biru sekotak,” balas Amir.
Damien sekadar angguk tanda faham. Pintu kereta dibuka dan dia terus keluar, menapak laju menuju ke arah kedai serbaneka di hujung blok bangunan. Masuk dalam 7Eleven, terus dia hala ke mesin slurpee. Nak tarik cup, tangannya berlaga dengan tangan orang lain yang kebetulan mahu mencapai cup yang sama.
“Eh, sorry!” serentak bersuara, lalu serentak berpandangan. Dan serentak juga masing-masing pasang muka cemberut.
“Aku tak tau laa apa suwey nasib aku kali ni pulak,” selamba tutur Damien buatkan si gadis membesarkan mata yang dah sedia besar.
“Encik Haid, awak-“
“Hyde laa! Hyde!” marah Damien.
“Apa-apa ajelah! Hide ke, haid ke, hait ke...”
“Hyde! Kau sebut nama aku tu elok-elok sikit!” Makin berang Damien rasa. Telunjuk dah tegak dengan tegang depan muka si gadis, buatkan si gadis terdiam sekejap. Ikutkan hatinya yang tengah marah, nak angkat jari tengah je. Tapi sebab fikir yang dekat depan dia ni perempuan, keinginan yang membuak-buak tu ditahan sahaja.
Si gadis tarik nafas panjang, herotkan bibir dan menjeling tajam. Tangan Damien depan muka ditepis dan cup Slurpee ditarik.
“Malas layan awak. Saya dahaga ni, tau? Tepi sikit, saya nak ambik Slurpee,” bentaknya garang.
Damien pandang tajam pada si gadis yang masih tegak berdiri di hadapannya sebelum berganjak ke tepi sedikit. Setiap gerak laku si gadis diperhatikan bagai sang helang sedang memerhati mangsanya.
Dari mula si gadis mengisi cup sehingga penuh sampailah si gadis bergerak menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran, mata Damien tak lepas dari memerhatikannya dengan sorotan matanya yang tajam.
Selepas membuat bayaran dan menerima wang baki, si gadis mengangkat gelas plastik tingginya dan menghadap pada Damien di belakang.
“Encik Hyde,” dia buat muka, “Saya harap lepas settle hal kereta tu, saya takkan jumpa lagi dengan encik yang sombong, angkuh, bongkak, berlagak ni.” Tajam jelingan dihadiahkan buat sang jejaka.
Damien yang mendengar rasa sedikit tercabar. Terjongket keningnya sedikit sebelum senyum senget ditarik. Tangan kiri menyeluk poket slack manakala tangan kanan menyapu-nyapu belakang leher sambil dia melangkah tenang mendekati si gadis.
“Cik Vina sayang,” tangan kiri disilang di dada sementara tangan kanan mengurut dagu, renungan tajam sudah berganti dengan renungan yang lembut dan menggoda, senyum tipis menghiasi bibirnya, “... it’s a bit of a pity that I’m unable to show you the other side of me since you don’t want to see me ever again...” ujarnya dengan nada yang rendah. 


Si gadis sudah terdiam, terkelip-kelip mata yang besar dan galak itu memandang sang jejaka di hadapan yang tiba-tiba berubah kelaku. Liur kelat ditelan bila lelaki itu tiba-tiba menunduk, merapatkan wajahnya.
But then again,” Senyum Damien terus terhapus. “... you’re not worth it...” Pandangan tajamnya kembali.
“Eeeiiii!! Mental!! Ingat kau bagus sangat?!” marah Vina dari celahan gigi yang diketap rapat. Bulat matanya. Turun naik nafasnya laju.
“Bagus laa jugak daripada kau tu,” balas Damien selamba dan berjalan melepasi gadis itu menuju ke kaunter. Sengaja dia melanggar bahu si gadis yang tinggi lampai sampai terjatuh gelas Slurpee menghempas lantai.
Damien berhenti dan berkalih ke belakang. Pandangan turun ke lantai yang dah bersepah dengan Slurpee hijau sebelum naik kembali ke wajah si gadis yang sedikit melopong.
“Oopss! Did I do that?” Kening dikerut sambil menghulur pandangan konon simpati.
“Kau...” Vina kancing gigi rapat-rapat. kalau boleh dia nak letak jari mamat berlagak nak mati yang seorang ni dekat dalam mulut dan kacip bagi putus. Geram! Sakit hati! Arrggghhh!!
Sorry... Tak sengaja...” ujar Damien sebelum terus berkalih pandang pada budak-budak cashier yang dari tadi setia menonton di kaunter. Dompet dikeluarkan dari poket belakang seluar slacknya.
“Dunhill biru sekotak. Ni, tolong gantikan slurpee kakak tu,” dua keping not merah diletak atas kaunter.
“Dan ni,” sekeping not seratus dilayang sekali sebelum diletak atas kaunter juga, “... upah tolong bersihkan lantai tu nanti. Terima kasih,” ucap Damien selamba dan terus mencapai kotak rokok yang dihulurkan lalu keluar tanpa mengambil sebarang wang baki.
Keluar sahaja dari kedai serbaneka itu, Damien dah kulum-kulum senyum. puas hati dapat kenakan orang. Memang silap betul gadis tu cari pasal dengan dia masa dia tengah tak ada mood. Masa dia tengah penat. Masa dia tengah bengang. Memang silap besar sangat-sangat.
“Woi!”
Tak jadi Damien buka pintu kereta bila dipanggil begitu. Saat dia berkalih ke belakang, secawan penuh slurpee hijau terbang melayang. Spontan dia mengelak ke tepi. Cermin depan Wira pinjam yang jadi mangsa.
Damien kalih pandang semula. “Kau...”
Si gadis terus berlari pecut meninggalkan kawasan itu.
“Woi! Woi! Ni apahal kereta aku jadi mangsa pulak ni?” Amir kelam kabut keluar dari kereta.
Damien tak menjawab. Pandangan masih terhala pada arah si gadis berlari tadi. Bergerit-gerit gigi dilagakan. Geram. Nafas panjang dihela keluar melalui celahan gigi yang terkancing rapat sebelum dia berpusing menghadap kereta semula.
“Apahal ni? Siapa tu tadi? Perang apa kau ni tiba-tiba kereta aku kena mandi dengan air hijau ni?” Bertubi-tubi soalan Amir.
“Itulah budak perempuan gila sengal yang langgar kereta pinjam aku tu,” jawab Damien acuh tak acuh sambil masuk ke dalam kereta. Pintu ditarik kasar melampiaskan rasa yang mendongkol dalam hati.
“Gila ganaaasss main serang-serang orang. Nasib baik dia baling cawan air. Kalau dia baling batu-bata tadi? Fuuuhhhhh!” Amir dah geleng-geleng kepala.
What do you expect laa Mir? Perempuan kan lebih emosi dari rasional? Fikir guna hati, tak pakai akal,” cemuh Damien sambil memandu Wira beredar dari situ.
“Eh, kau jangan label semua perempuan macam tu, bro. Cuma sebab kau jupa kebanyakannya macam tu, tak bermakna semuanya macam tu.” Amir goyang telunjuk.
“Aahh! Sama je semuanya. Aku tak pernah jumpa laa perempuan yang rasional. Semua jenis emosi lebih. Tu tadi tu, contoh paling besar laa tu. Suka hati baling Slurpee tu kat aku. Kalau aku cedera, macam mana? Itulah perempuan. Buat dulu, dah jadi apa-apa kang baru terfikir baik buruk. Huh!”
Amir diam. Malas nak campur. Dia faham sangat kenapa Damien agak skeptik dalam hal ni. Dah lama dia kenal lelaki berdarah campuran di sebelahnya ini. Mungkin dia tak rapat, tapi dia tahu serba sedikit tentang lelaki ini.
Damien ikut diam bila Amir tak menjawab. Masing-masing senyap sehingga tiba ke bangunan pejabat tempat kerja Damien.
“Ok, bro. Thanks for the ride. Nanti kereta dah siap call aku. Buat cepat-cepat sikit. Aku kalau boleh nak settle cepat dengan budak perempuan kerek tu. Buat mendidih je,” rengusnya seraya keluar dari perut kereta.
Alright bro. Sepantas kilat aku siapkan kereta kau. Aku balik dulu... Eh? Rokok aku tadi mana?” Amir yang dah berginjak ke tempat duduk pemandu hulurkan tangan ke luar tingkap.
Damien ketawa. “Lupa pulak aku.” Poket diseluk dan kotak rokok jenama Dunhill berwarna biru diletak atas tapak tangan yang terngadah itu.
“Ok, aku blah dulu. Again, thanks a lot.”
No sweat, bro. Aku jalan dulu.” Tangan diangkat sekali dan Amir terus memandu pergi.
Damien hela nafas panjang. Jam di pergelangan tangan kiri dikilas sekali. Dah hampir tengahari. Padanlah tekaknya rasa kering gila. Ini semua sebab budak perempuan gila tu tadi. Kalau tak, dah tentu-tentu boleh layan brain freeze dengan secawan besar Slurpee dari tadi. Memang suwey nasib dia hari ni. Memang suwey gila-gila!
Sekali lagi nafas dihela. Kaki mula membawa langkah memanjat anak tangga untuk memasuki bangunan empat tingkat itu.


**************************


P/s : masa kena cabar entry tinggal sikitttt je lagi nak abes, memanglaa kusahut cabaran itu... Cuba kalau baru start dua tiga perenggan? Haruslah ku diaaaammmm sahajaaaa... Muahahahahahah :P

P/s 2 : Cerita ni part dia pendek2 je unlike ITS. Tu yang senang sikit tu.. Hahahahahah :P

P/s 3 : Masih belum dapat tajuk yang sesuai.... Ada sebarang cadangan? :D


31 comments:

ONE MOMENT IN TIME said...

hahahaha....giler berlagak si damien ni eh..rasa macam nak baling je slurpee tu kat muka dia...awak berjaya menaikkan marah saya...superb n3...hahahaha...cool down...fuh fuh fuh

hk said...

oooo... kete wira pinjam ehh?? sebenarnya dia pakai kete apa?? **aku still tak puas hati sehingga aku tau kete dia.. hahaha

bkn ke dulu hang mcm nk kasi tajuk drink tu kerrr????

Unknown said...

Ku cadangkan tajuk...
MINAH BRUTAL n Slurpee...
kiki

Unknown said...

Ku cadangkan tajuk...
MINAH BRUTAL n Slurpee...
kiki

hk said...

atau tragedi slurpee terbang.... kikiki

Fiza Zainal Abidin said...

Nice one...boleh letak tajuk mr brainfreeze slurpee

meeka42 said...

Blh ltak tjuk yg da kaitan ngn slurpee...heeee.

nor aisyah ismail mj said...

suruh 'minah' tu belajar main basketball syah; next time gerenti a hit on damien in the face...kahkahkah. can't wait nak tau sapa menang dlm 'showdown' nanti

hk said...

atau minah slurpee hijau... syok jugak mengarut ni.. :P

Syah Shah said...

@ONE MOMENT IN TIME : rileks kak.. jangan marah-marah. hahahahah :P



@hk : iye, kete pinjam. kan part satu aritu kata kete dia eksideennngggg... heheheheh

memang nak bagi tajuk drink tu, cuma tak jumpa padanan perkataan yang sesuaiiii... heheheheh



@Sarinah Aini : Tak brutal pun. tu konon2 je tu. hahahahah




@hk : Kah kah kah kah kah takleh blah tajuk kau... kih kih kih kih




@Fiza Zainal Abidin : macam bess je.. nanti nak olah lagi tajuk tu. heheheheh




@lman_nafi@ : Memang nak letak tajuk berkaitan slurpee pun.. heheheheh



@nor aisyah ismail mj : hahahahah kak, masalahnya Damien yang terel mengelak. camne kira? hahahahahah :P




@hk : ting tong sudah kau ni.. hahahahah Nexxxtttt~~ kikikikikiki

Anonymous said...

Errr... nama heroin memang Vina je ek?? Ada fullname dia dak? Eheh.

-sj- said...

Mr and mrs slurpee ...pendeknya mms,hehehehe

Unknown said...

Suka3

Unknown said...

Syah....kalo 'tragedi slurpee'

Unknown said...

Syah....kalo 'tragedi slurpee'

Iz said...

Mamat vs minah slurpee

lalalalaa said...

Baru cheq perasan.. lagu dah bertambah lagi...
i luv u JT ..!!!
Kekekekekee

Anonymous said...

Syah..cara cite cam penah kena baling ngan slurpee jerk..ehhehee..len kali soh si hyde..emm..haid..err..hait..tu bukak mulut luas2 klu nak kene baling ngan slurpee lg..susah gak nk sebut nama mamat tu ek..hahaha..:p

h2o said...

letak "ShrewD Slurpee"

Unknown said...

Encik Haid?? kahkahkah



Anonymous said...

Mr Brainfreeze & Ms Slurpee...hentam sj la..hahaha.. -Lisha -

kak na said...

next n3 jgn ler tunggu sebulan
seminggu boleh kot.....

Fiza Zainal Abidin said...

Hik hik hik mr brainfreeze tu gelaran saya utk incik suami masa zaman dulu2...sentap kalau dia tau ni...ahaksss

jha said...

WAH!!!
lama gila x komen kat sini... tukang komen pun dah ramai dah...

*err.. nak komen ape ni ek?? lupe plak bila tengok pengkomen yang ramai nih.. heheh...

-jha-

Anonymous said...

Err.. slurpee ijau.. kahkah

Anonymous said...

Dear encik SS, much that i like ur story ni but please janganlah gender bias sangat bro...., yeah obviously i m a lady.

Anonymous said...

Ops...My Slurpee atau pun Oh My Slurpee!
Ok tak Mr.SS?

Syah Shah said...

@Anonymous : Nama penuh Vina tengah fikir ni. hahahahah



@-sj- : kali ni nak tulis pendek2 je.. fenattsss... hahahahah




@Azizah Zain : Saya pun suka.. heheheh



@Sarinah Aini : Tragedi? apakah tragedi itu?? hahahahahah



@Iz : Hmm... bleh dipertimbangkan.. heheheh



@lalalalaa : Chesss.. itu yang hang perasankan. hahahahah



@ctrain7474 : tak penah laa.. kite budak baik tau... hahahahahah



@h2o : Sounds interesting enough! :D



@fadz lina : janganlaa gelak kat dia.. sian dia tau.. hahahahahah



@Lisha : mr brainfreeze? macam sesuai je.. hhahahah

Syah Shah said...

@kak na : takdela sampai sebulan.. hahahahah



@Fiza Zainal Abidin : ok.. tak bitau sesapa.. dendiam je kat sini.. hahahahahh



@jha : alhamdulillah... heheheheh
chesss.. boleh pulak camtu......



@Anonymous : Eh, bukan saya yang gender bias ye? Damien tu haa... hahahahah :P




@Anonymous : Ada jugak fikir camtu.. nanti kena tengok kesesuaian dulu. heheheh

Anonymous said...

si vina 19 thn ke..well u know taste en penulis yg muda2, hihi


Syah Shah said...

@Anonymous : Dalam Part Satu ada mention, dua belas tahun lepas dapat IC. jadi patutnya 24 laa umur dia... dapat IC masa umur 12 kan? betul kan?