After a very long hiatus... Mempersembahkan the much anticipated story so far. Hahahahah :D
Part
7
Fawwaz duduk tenang bersandar pada sofa dengan siku
kanannya bertongkat pada arm rest. Sengaja dia menyembunyikan senyuman di
celahan jemari yang menongkat dagunya. Hanya lirikan matanya sahaja yang jelas
pada pandangan semua. Dan jelasnya, pandangan matanya hanya terarah pada Andria
yang terhenyak di hujung sofa seberang sana.
“Cuba kakak cakap betul-betul dengan ibu, dengan Uncle
AJ, Uncle Him. Betul ke kakak lari dengan Fawwaz hari tu? Betul kakak takde
buat apa yang dia cakap tu?” Tinggi suara sang ibu buat si gadis hanya mampu
menggeleng kepala dalam esak tangisnya.
“Kakak! Ibu tanya ni, jawab!”
Andria terus menggeleng tanpa mampu bersuara. Kolam air
matanya terus pecah tanpa dapat dibendung. Lencun sudah hujung kedua lengan
bajunya yang digunakan untuk mengesat pipi.
Fawwaz tarik nafas panjang sebelum membuka silangan
kakinya dan duduk tegak.
“Macam ni ajelah Aunty. Since I... Kind of like her too... Why not kita teruskan ajelah
agenda papa dengan Uncle AJ tu. Case
close. Tak payah kiralah whatever we
have done dekat Cameron hari tu. Boleh?” selamba sahaja Fawwaz kemukakan
cadangannya.
Dato’ Rahim saling berpandangan dengan sahabatnya. “Macam
mana Lil? Ok ke?”
Uncle AJ kerling pada isterinya sebelum menjungkit bahu.
“Tak nak! Kakak tak nak! Ibu... Kakak memang tak pernah
buat apa pun dengan dia, bu. Sumpah! Tolonglah bu, kakak tak nak kahwin dengan
dia, bu. Ibu...” Bersungguh Andria merayu. Lengan si ibu digoncang-goncang.
“Kakak...”
“Babe,” potong
Fawwaz “are you saying that you don’t
remember me now lepas apa yang dah kita buat? That hurts, babe. Hurts deep.” Dada kirinya ditepuk lembut. Kepalanya
tunduk, menyembunyikan senyum yang terukir di bibir.
“Kau jangan nak merepek kat sinilah! Aku tak pernah buat
apa pun dengan kau!” Andria dah berdiri. Tinggi suaranya bersama telunjuk yang
lurus menuding ke arah Fawwaz. Bertukar sudah panggilannya. Tak ada makna nak
beradab sopan dengan lelaki penipu yang seorang ini. Lagipun ini melibatkan
maruahnya. Sampai mati pun dia akan berjuang untuk mempertahankan maruahnya.
Fawwaz ikut berdiri. Kali ini riaknya serius.
“Dah hilang ingatan eh? Yes, I know babe, I was wrong to leave you just like that the next morning. But we kissed and make out
already the other day, kan? Everything’s
good between us already, kan?”
ujar Fawwaz, bersungguh. Memang dia tak peduli lagi dengan orang lain yang ikut
berada di ruang tengah rumah banglo itu. Yang dia tau, dia nak Andria jadi
milik dia. Tak tau sebab apa. Tapi dia nekad mahukan Andria jadi milik
mutlaknya.
“Kau jangan buat cerita boleh tak? Aku tak pernah buat
apa-apa pun dengan kau lah! Gila!” Sebiji kusyen dicampak ke arah Fawwaz sekuat
hatinya namun sempat ditepis. Melihat senyum sinis yang tersungging di bibir
lelaki itu buat Andria betul-betul rasa nak mengamuk.
“Kau tak ingat langsung ke? That night? Kau sendiri yang datang dekat aku. Kau sendiri yang
masuk bilik aku. You basically threw
yourself at me, babe. As a normal guy... Huh. Kucing mana yang tolak ikan,
babe?” sinisnya selamba.
Andria hampir jatuh terduduk. Jantungnya terasa seakan
berhenti berdegup. Dia pandang keliling. Hampir semua orang melopong mendengar
cerita lelaki itu. Dia sendiri tergamam. Maknanya mimpi tu... betul...? Tapi...
kenapa dia tak sedar langsung? Tak... Tak mungkin... It was just a dream. Tak mungkin dia buat sesuatu yang tak masuk
akal macam tu. Tak mungkin!
“Penipu! I would
never do something like that!” jeritnya.
Fawwaz geleng kepala. “Babe, please, enough with being angry. Aku tau aku salah. So Uncle, Aunty, since I’m the first one who
touched her, I’m willing to bear the responsibility. Macam mana?” Pandangan
dihalakan pada pasangan suami isteri yang kelihatan agak bingung itu.
“Hoi! Gila! Kau jangan nak memandai reka cerita, ok? Apa
bukti kau ada nak memandai cakap itu ini, hah?!”
Jerkahan Andria buat Fawwaz diam. Kotak memori ligat
diselongkar. Tak lama, dia pandang Andria dan menarik senyum sinis.
“Betul kau nak aku bagi bukti?” Dan dia perasan, semua
pasang mata tertumpu ke arahnya.
“Bagilah! Kalau kau ada,” sinis Andria. Betul yakin dia
tak salah.
“Kalau aku cakap, kau jangan menyesal.” Fawwaz cuba
bermain tarik tali. Andria merengus.
“Kau memang tak ada bukti apa pun, kan? Tu pasal kau nak
main tarik tali dengan aku, kan? Lupakan jelah niat kau tu. Mati hidup balik
pun aku takkan kahwin dengan lelaki macam kau ni, tau?!”
“Sudah! Tak payah nak bukti-bukti semua!” tinggi suara ibu mematikan kata-kata semua.
Fawwaz rebahkan badan semula ke sofa dan silangkan tangan ke dada sambil
memandang sinis pada Andria. Yakin benar keadaan bakal berpihak pada dia.
“Abang Him, seminggu dari hari ni, kita nikahkan Liana
dengan Fawwaz,” putus ibu.
“Ibu!!”
Fawwaz tarik senyum kemenangan. Dato’ Rahim dan Uncle AJ
saling berpandangan.
“Tak apa ke, Lil?” soal Dato’ Rahim.
Uncle AJ hela nafas panjang. Wajah sang isteri dipandang
seketika sebelum memandang pada Andria, kemudian pada Fawwaz dan akhirnya pada
sahabat lamanya.
“Aku rasa, inilah yang terbaik untuk diorang,” putusnya.
Fawwaz pandang Andria yang sudah menangis teresak-esak
tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Entah kenapa, timbul pula simpati dalam
hatinya. Tapi segera dibuang jauh-jauh perasaan itu. Ini adalah akibat untuk
gadis itu yang sebegitu lancang berkata-kata tentangnya.
“Ibu...” esak Andria.
Ibu tak bersuara. Tubuhnya kaku. Meruntun hatinya melihat
si anak menangis sedih seolah sudah tiada lagi hari esok. Tapi dia keraskan
hati. Apa yang berlaku di depan matanya tadi lebih merobek perasaan.
“Ibu... Kakak tak nak... Kakak tak-“
“Kenapa tak nak?”
Andria geleng. Airmata yang berjuraian diseka dengan
belakang tangan.
“Kakak tak buat apa-apa pun-“
“Tak buat apa kata kakak? Tak buat apa?!” Ibu mula
menyinga. “Depan mata ibu dia cium kakak, kakak tak melawan sampai ibu mencelah
tu, apa?! Hah?! Itu depan ibu. Belakang ibu? Kakak.. Ibu dah tak kenal kakak
lagi. Anak ibu dah berubah.”
“Ibu! Kakak tak-“
“Sudah. Ibu tak nak dengar sebarang alasan lagi daripada
kakak. Abang, abang Him, muktamad. Minggu depan kita nikahkan budak-budak ni,”
tegas ibu.
“Ibu... Kakak tak nak... Dia... Dia... Dia tak layak
untuk kakak...” ngongoi Andria bersungguh-sungguh.
Fawwaz tarik nafas panjang. Panas telinganya mendengar
kata-kata Andria itu.
“Tak layak?” suaranya sinis. Pandangan sudah mencerun ke
arah Andria.
“Memang tak layak! Mati hidup balik pun kau tak akan
layak!” bentak Andria. Sakit sungguh hatinya melihat lelaki itu tersenyum sinis
sambil menggeleng.
“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Huh?” Fawwaz
ketawa mengejek.
“Masa kau peluk cium aku tu, tak rasa pulak tak layak,
huh?” sekali lagi dia ketawa mengejek.
“Jangan nak buat cerita lah!” bangkang Andria.
Berganda-ganda sakit di dalam hatinya bila Fawwaz tetap ketawa.
“Buat cerita? Siapa yang buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku
cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?” Fawwaz jungkit sebelah
kening.
Membuntang mata Andria. “No...”
“There’s one... no,
two on your right chest...”
Andria pekup mulut. “No...”
Ibu urut dada.
“Ada a few
dekat perut...”
“Astaghfirullah... Kakak...” lirih suara ibu sambil
memandang pada si anak dengan dada yang terasa berat. Sebak tak terkata.
Kedua tangan Andria menekup telinga. Kepala
tergeleng-geleng tidak percaya. Tak mungkin... Tak mungkin... Tak mungkin! Tak
mungkin!!
“But what I love
the most is the placing of your birthmark...” Fawwaz tarik senyum sinis.
“Allahuakbar...” ibu urut dada perlahan. Uncle AJ tolong
usap belakang.
“No...” suara
Andria lemah. Bahkan seluruh tubuhnya sudah terasa longlai.
“Fawwaz.” Dato’ Rahim memandang si anak. Serius.
“Apa?” Fawwaz acuh tak acuh sahaja. Tubuh disandar malas
pada sofa.
“Stop it.
Cukup,” tegas Dato’ Rahim.
Fawwaz tak menjawab. Hanya senyum sinis tersungging di
bibirnya. Dia terus bangun dari sofa dan mengaut kunci keretanya dari atas
meja.
“Confirm minggu
depan, kan Uncle? Aunty? Papa? Confirm,
kan? Then I’ll take my leave now. Ada banyak urusan nak
diselesaikan sebelum tukar status ni.” dia ketawa sendiri. Terasa lucu. Macam
tak percaya pun ada. Gila punya kerja. Bukan main mengelak sebelum ni, tapi
tiba-tiba hari ini pula nekad. Memang betul-betul gila punya kerja.
“Jangan buat kami menyesal-“
“Ye, pa. Saying it
once is enough. Fawwaz tak pekak lagi. Belum nyanyuk lagi, pa. Dahlah,
Fawwaz pergi dulu. See you at home.”
Dato’ Rahim terdiam. Hanya mampu melihat Fawwaz mengatur
langkah santai menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.
“Uncle, Aunty,” dia berhenti depan pintu dan menoleh
semula ke belakang. Senyuman dilemparkan pada kedua ibubapa Andria, “... saya
balik dulu.”
Pandangan dialih pula kepada Andria yang terduduk di atas
lantai, menyembamkan wajah pada sofa.
“Babe, aku balik
dulu. See you later on.”
Dan tanpa menunggu sebarang jawapan, dia terus keluar dan
menyarung kasut sebelum bergegas mendapatkan keretanya.
Mitsubishi Lancer Evolution merah itu terus laju meluncur
di atas lebuhraya. Fawwaz mengetuk-ngetuk stereng mengikut rentak lagu. Senyuman
tanda kemenangan yang sedari tadi terukir di bibir tak mampu dihapuskan.
“I’ll make you
regret saying all those words you said, Andria. You just wait and see, you
little miss goodie two-shoes...” ujarnya penuh dendam.
**************************
“Ria? Ria, bukak
pintu ni aku nak masuk. Ria?” Pintu bilik itu diketuk bertalu-talu. Sesekali
digegarkan sekuat hati.
“Ria! Bukaklah!” Jemari sudah naik merah mengetuk pintu,
namun masih tak ada respond.
“Ibu ada kunci
spare?” soal Gina.
Ibu hela nafas kesal dan menggeleng lambat. “Ibu tak
ingat ada dekat mana. Nanti ibu cuba tanya dekat uncle.”
“Ok,” jawab Gina, pendek, lalu menyambung kembali
mengetuk pintu sebaik ibu bergegas pergi.
“Ria! Bukaklah! Jangan buat aku macam ni, Ria!” Tombol
dipulas-pulas kasar, namun tak juga terbuka. Gina dah rasa hampir hilang akal.
Risaunya bukan main lagi. Dia yakin Andria kuat orangnya. Tapi kalau dah jadi
macam ni? Bimbang juga kalau-kalau Andria buat perkara bodoh. Larikan diri tu
tak apa lagi. Tapi kalau Andria cuba bunuh diri? Oh, tidak! Na’udzubillaahi
minzaaliq!!
“Andria!” Tak berjaya gegar pintu sampai terbuka, Gina
cuba rempuh pula. Sekali, tak berjaya. Kali kedua mahu mencuba, pintu terbuka
perlahan.
“Gina...”
“Ria!” Tubuh gadis itu terus dirangkul. Lega bukan
kepalang!
Andria tak bersuara. Rangkulan Gina dibalas erat.
Tersedu-sedan dia menghamburkan tangis di bahu Gina.
“Kakak...”
Teguran ibu buat Andria kaku. Gina leraikan pelukan dan
menyebak rambut Andria yang kusut ke belakang. Pipi Andria dipegang kemas.
Matanya tajam menikam wajah Andria yang sangat sugul, langsung tak berseri.
“Kau ok, babe?”
Andria menjeling pada ibu sebelum kembali memandang
sahabatnya. “How could I be, Gina? Macam mana aku nak ok kalau family sendiri belakangkan aku? You tell me, Gina. You tell me,” balasnya.
Ibu mengeluh perlahan. “Kakak... Ibu-“
Andria terus masuk semula tanpa sempat ibu menghabiskan
kata-kata. Gina yang tertinggal di luar dah jadi serba-salah. Bahu ibu
dipegang.
“Takpelah ibu, Gina cuba pujuk dia, ye?”
Ibu tak menjawab, sekadar mengangguk sahaja.
Gina melangkah perlahan masuk ke dalam bilik yang gelap
dan kelam itu. Lampu tak dibuka. Langsir yang tebal sudah diseret menutup
langsung pintu gelongsor keluar ke balkoni itu. Yang ada hanyalah sedikit
cahaya lampu yang menerobos masuk dari jubin kaca lutsinar di atas pintu
gelongsor.
“Ria...” Gina labuhkan punggungnya di atas tilam.
Andria yang asalnya meniarap, berkalih menelentang pula
di atas katilnya. Pipi yang masih basah dengan sisa air mata dikesat dengan
belakang tangan sebelum dia memeluk tubuh. Mata memandang pada bilah kipas yang tidak bergerak di
siling.
“Macam mana boleh jadi macam ni, Ria?” soal Gina sambil
menarik tudung yang tersarung di kepala dan dibentang di sebelah. Perlahan dia
merebahkan diri ikut baring di sebelah sahabatnya itu.
“Aku tak tau, Gina. Aku betul-betul rasa confused sekarang ni.” Andria mengeluh
berat. Mata dipejamkan. Sisa air mata di hujung kelopak dikesat dengan jari
sebelum menggesel hidung yang merah.
“Habis tu, apa plan kau?”
Sekali lagi Andria mengeluh sebelum berkalih mengiring
menghadap Gina.
“Aku keliru, Gina.
I don’t know whether he’s telling the truth or not. Aku... I don’t know... I just
don’t know!” dia terlentang semula. Turun naik dadanya menahan sebak yang
datang sekali lagi.
Gina meniarap dan menopang kepala memandang Andria di
sebelah.
“Ibu kata... dia... dia tau semua tahi lalat kau. Kau
punya birthmark pun...” Takut-takut
Gina bersuara.
Andria pekup kedua belah telinganya dan menggeleng. Air
matanya berlinang lagi tanpa dipaksa.
“I don’t know what
happened! Aku tak tau macam mana dia tau!” bentaknya sebelum meniarap dan
menyembamkan wajah ke tilam pula. Cadar yang asalnya tegang sudah habis
tertanggal diramas dan ditariknya.
“Mimpi kau make out
dengan dia tu...? Memang mimpi... Kan?”
Andria angkat kepala memandang Gina.
“Sekarang aku dah tak tau sama ada that was just a dream, or it really did happen. Aku... Aku rasa
samar-samar. Blur...” keluhnya.
“Jangan-jangan he
spiked your drinks? Or drugged you? Apa yang last sekali kau ingat sebelum tu?”
Andria bingkas duduk bersila di atas katilnya. Gina ikut
duduk. Bahu Andria dipegang.
“Pelan-pelan kau cuba ingat balik the last thing sebelum tu.”
“Aku ingat... Aku dalam bilik aku, feeling guilty sebab buat perangai padahal dia banyak dah tolong
aku...” Lambat-lambat Andria mulakan cerita.
Gina angguk-angguk. “Then?”
“Lepas tu... Aku rasa macam aku ada decide nak pergi mintak maaf dengan dia, so aku pergi bilik dia...”
“Rasa?”
“Sebab aku tak pasti aku betul-betul pergi atau itu cuma
mimpi...” bibirnya digigit kuat. Empangan air mata dah mula nak bertakung
semula.
“Hmmm... Ok, tak kiralah. Kau cerita je dulu,” pujuk
Gina.
Andria tarik nafas panjang.
“Aku ingat... Aku ada nak minta maaf, tapi bila depan
dia, jadi speechless. Then all of a sudden, aku nampak ada fruit punch... Aku haus, aku mintak
sikit. Mula-mula dia hesitant nak
bagi. Tapi lepas tu dia kata ok. Dia limit
segelas je. And since he went to the loo,
dan aku rasa dia tu kedekut gila bagi segelas je, sengaja aku minum lebih...
Lepas tu... aku rasa... badan aku panas... Lain macam...”
“Kau yakin ke fruit
punch tu Ria?” tanya Gina, lain macam.
Andria diam. Merenung kosong ke ruang udara sebelum dengan
perlahan dia pejamkan mata. Sebutir mutiara jernih mengalir lesu menuruni lekuk
pipinya. Perlahan kelopak mata dibuka. Gina di hadapannya direnung sayu.
“Salah aku sendiri ke Gina? Salah aku ke? Aku tak tau
itu... He was... Aku...” bicaranya
sudah tersangkut-sangkut. Sudahnya bibir yang mula menggeletar digigit kuat. Dadanya
rasa berat sangat.
“Andria... Aku...”
“Ginaaa...”
Andria terus merangkul sahabat baiknya itu dan
menghamburkan tangis semahu-mahunya.
*********************************
“Woah! Biar betul kau ni, bro?” Berkerut hebat kening
Mike mendengar bicara tanpa perasaan teman rapatnya itu.
Fawaz sekadar menjungkit sebelah kening sambil menyisip
koktelnya dari dalam gelas tinggi itu.
“What drove you to
take that decision, bro? Soal masa depan kot. Yours. And hers. Kahwin tu. Ingat macam budak-budak kat kampung ke
main kahwin-kahwin selalu kau tengok kat iklan tv tu?”
“I’m dead serious
about it, bro. Kalau aku cakap aku nak, pernah aku tak dapatkan?”
Mike diam. Riak serius lelaki di sebelahnya itu dipandang
lama.
“Tak pernah... Tapi
not everything you want, you can get.”
“Hah!” sangkal Fawwaz, sombong sekali bunyinya.
“Don’t make me
start listing, man. Tak terjawab kau karang,” sela Mike semula sambil
mengangkat gelas vodkanya ke bibir.
Giliran Fawwaz pula diam.
“Bro,” panggil
Fawwaz setelah lama berdiam diri.
“Apadia?” jawab Mike acuh tak acuh. Kacang di dalam
mangkuk disumbat satu demi satu ke dalam mulut sambil mata tak lepas memandang
lantai tari yang penuh sesak dengan anak-anak muda sedang menari. Alunan muzik
yang kuat diputar oleh DJ dan MC yang bertugas malam itu benar-benar
membangkitkan suasana.
“Aku... Eh, Kyra is
coming over laa pulak. Kau tolong cover
aku. Aku nak blah.”
Fawwaz dah sedia nak bangkit dari duduknya bila melihat
kelibat Kyra yang sedang berhati-hati melangkah membawa gelas koktelnya menuju
ke arah tempat yang diduduki mereka.
“Too late laa bro. Dia nampak kau tu. Kalau nampak aku
je, takdenya nak datang sini. Ni kalau dia tau kau nak kahwin ni, confirm mau bergegar satu KL ni dia
meraung ni,” seloroh Mike selamba menghamburkan tawa buat Fawwaz ikut gelak
sama.
“Bro, aku
dengan dia casual friends with benefits
je bro. You know that too damn well, kan?”
“Aku tau. Masalahnya, dia tu tau ke tak?”
“Awal-awal dulu lagi aku dah cakap. Kalau dia anggap aku
lebih, memang silap besar laa. Aku takde masa nak layan benda-benda melibatkan
perasaan ni. Melainkan perasaan seronok dan mengujakan, bolehlah nak make time.”
“Cakap jangan berlagak sangat bro. Ni nak kahwin ni, esok-esok tersungkur menyembah dekat kaki
bakal bini kau tu, jangan kata aku tak warning.”
Fawwaz ketawa besar. Terasa lucu sekali kata-kata Mike
itu pada pendengarannya.
“Aku ingat warning
kau tu, Mike. Thank you,” ujarnya
lalu menyambung tawa.
“Hey boys. Fancy
seeing you guys here malam ni... Ladies
night ni biasanya tak nampak korang kat sini,” sapa Kyra yang baru tiba. Gelas
berkaki tinggi berisi koktelnya diletakkan atas meja dan duduk terus dilabuhkan
di sisi Fawwaz. Lelaki itu berginjak sedikit menjauh.
“There’s always a
first time,” jawab Fawwaz selamba sambil meneguk koktelnya.
“Bukan main lagi you
ketawa tadi, Fawwaz. Apa yang kelakar sangat?” tanya Kyra.
Fawwaz cuma diam tak menjawab. Masih perlahan meneguk
koktel di dalam gelasnya.
“Nothing. Just
boys’ talk.” Mike yang tolong jawab bila dilihatnya Kyra dah mula nak tarik
muka.
“Ooohhh...”
Kyra segera merubah mimik mukanya. Dia senyum menggoda
sambil melirik manja pada Fawwaz. Tas tangannya diletak di belakang sebelum
menyengetkan tubuh menghadap sang jejaka idaman hati yang sehingga kini masih
dingin dengannya walau dah berulang kali dia menghangatkan tubuh itu.
“You...” jari
telunjuknya dilarikan mengikut jalur kemeja dari bahu turun ke lengan dan
berhenti di pelipat siku Fawwaz sebelum lelaki itu menepisnya perlahan.
“Apadia?” soal Fawwaz acuh tak acuh. Pandangannya sedikit
pun tak terarah pada si genit di sebelah. Sebaliknya tajam memerhatikan
pengunjung kelab yang masih asyik menari di tengah lantai tari.
Mike yang memandang dari sofa seberang, mengulum senyum.
Lucu. Kyra yang tergedik-gedik dengan lenggok lemah gemalai di sisi Fawwaz yang
keras dan kaku macam bongkah kayu. Ooppss! Bongkah ais lebih tepat kerana
lelaki itu sangat dingin dan beku.
Vodka di dalam gelasnya terus disisip perlahan sambil
terus memerhati the odd couple di
depannya. Senyum terus disimpan kemas.
Fawwaz sudah mula rimas bila Kyra tak henti-henti meleser
di sebelahnya. Menggesel manja mengalahkan kucing parsi. Berkali-kali ditepis
pun, masih seperti langau yang masih juga terus datang menghinggap.
Dikerlingnya tajam pada Mike di depan yang nampak jelas sedang menyimpan tawa.
Isyarat minta tolong tanpa lisan terus dihantar tak berhenti. Dia tahu Mike
nampak, tapi sahabatnya itu terus buat tak tahu.
“Fawwaz...” rengek Kyra, tak jemu.
Fawwaz berdiri tiba-tiba, buatkan Kyra yang sedang asyik
meleser hilang imbangan dan terus terjatuh di atas sofa. Mike yang dari tadi
mengulum senyum, terus menghambur tawa.
“Aku blah dulu Mike.” Blazer coklat gelap di atas arm
rest ditarik dan disidai ke bahu.
“Ok, bro.”
Penumbuk dilagakan.
“You nak pergi mana?” Kyra cepat-cepat ikut berdiri
sambil menarik sedikit mini skirt
sendatnya ke bawah.
“Balik. Aku ada meeting
pagi-pagi esok.”
“I ikut you?” Kyra kelip-kelipkan mata sambil
menggigit bibir gaya menggoda.
“Kau gila, Kyra?” sela Mike tiba-tiba sebelum Fawwaz sempat
membuka mulut pun.
“Apa?”
“Kau lupa? Fawwaz and
his principles? No ladies allowed in
his house?” Mike jungkit kening dan menghabiskan vodkanya dengan sekali
teguk sebelum bangkit.
Kyra nampak agak terpinga-pinga. Mike pandang Fawwaz, dan
Fawwaz pandang Mike. Masing-masing faham keadaan Kyra yang nyata sedang khayal.
“You can have her
bro. Aku memang nak kena balik. Esok pagi-pagi memang aku ada meeting,” ujar Fawwaz.
“Naa’ah. Kau
lupa aku masuk meeting yang sama esok
pagi?” balas Mike pula.
Fawwaz hampir menepuk dahi. Terlupa walau mereka bukan
dalam satu syarikat yang sama, tapi hubungan kerjasama masih ada. Bidang yang
sama, cuma penawaran yang berbeza,
membolehkan dua sahabat sejak dari bangku sekolah itu tetap berhubungan
rapat.
“Fawwaz, please. I
nak ikut you...” rengek Kyra sambil
berpaut pada lengan lelaki itu.
Segera Fawwaz meleraikan pautan gadis itu dan menjauh
sedikit.
“Sorry Kyra. Can’t play with you tonight. Have fun
eh? Jom Mike,blah,” ajak Fawwaz.
Mike terus capai blazer hitamnya dari penyandar sofa dan
memeluk bahu Fawwaz, sama-sama beriringan keluar dari kelab itu tanpa
memperdulikan suara Kyra yang nyaring memanggil nama mereka.
“Alright bro. See
you tomorrow kat Kementerian.” Sekali lagi penumbuk dilagakan.
“Right. See you.”mereka
mula berpisah menuju ke arah kenderaan masing-masing.
“Weh! Fawwaz!” laung Mike tiba-tiba.
Fawwaz berhenti dan berpusing. “Apa?”
“So, it would be
next week... Hari apa?” soal Mike.
Fawwaz jungkit bahu. “Beats
me. Hujung minggu depan kot. Whatever.
Apasal?”
Mike tarik senyum senget. “Bachelor party this weekend?” Dia sudah ketawa.
Fawwaz ikut ketawa. “Of
course! Make it a blast!”
“Kau find out
tarikh dulu. Aku nak buat on the eve of
your wedding. Biar kau drained out, tak boleh perform on wedding night!” Tawa Mike makin galak.
“Siot lu bro!”
Fawwaz juga ketawa.
“Last day of
bachelorhood, bro. Mesti kasi baeeekkk punya!”
Fawwaz tunjuk penumbuk. “Marriage won’t tie me down, bro.”
Mike senyum. “I
hope it will, bro. For your own good,” gumamnya sendirian.
“Blah dulu bro. See
you tomorrow.” Fawwaz angkat tangan, berpusing dan terus ke keretanya.
Enjin dihidupkan dan gear dimasukkan. Enjin Mitsubishinya terus mengaum garang
bila pedal minyak ditekan.
*********************
20 comments:
tak sabar nk baca smbungan yer.. :)
Err... Jahatnya Fawwaz. Kejam. Boleh tak nak debik aje si Fawwaz ni?
memang la tak de manner punya Fawwaz, meh sini nak ajar.. Ria, lepas ni tolong ajarin dia... hehe
1st..tq en writer..lama dh menunggu dak Fawwaz nih.
tup2 dpt n3 yg...ohmaii...asa cam nk cepuk lelaju ja dak Fawwaz nih..geram weh..sengal tolla..
kemain tk nk kawen, tup2 dia plak punya aura gatai terlebey nk mntk kawen cepat..hahahaha
selalu2 la apdet ye encik syah..
>>Leen<<
mujur masih ingat lg jalan cerita ni.. hehe.. banyak sangat baca special entry dah nyaris2 lost sikit.. x sabar tggu next entry.. x puas baca.. haha
sitan fawaz ni...
isk..isk..isk.. Fawwaz....fawwaz
Si fawwaz ni kalau ku lempang laju2 pun bukan dia hengat...
Baik ku bazooka kan j kepala dia
The only one penulis lelaki yg terbaik.... tak skem....
Finally.... *senyum lebar ... ok, next en3 plz jgn lepas rayer haji yea tuan penulis...plz3...
@Anonymous : Harap boleh bersabar lebih sikit. hehehehheh :D
@Sue Isma : Silakan. He really does need to be smacked hard on the forehead. keh keh keh keh
@hk : Hang nak ajaq padia kat Fawwaz tu? Mamat tu terel serba-serbi... Kakakakakak :P
@Leen : Sesama.. Hahahahahah :P
Bukan gatal nak kawen cepat, ada agenda lain tu... Tercabar tu Andria kata gitu kat dia. hahahahahah
@Ixora Riana : Yang tu tak valid. yang nih baru cerita yang valid. haahahahhah
@kak na : Marahnya akak... hahahahahahah
@eifa : Kenapa dengan Fawwaz kak? hahahhah
@alin0ne78 : Sabo kak.. Sabo... Hhahahahah
@noorliyana Shamsuddin : Err... Terima kasih.. Baru belajar menulis.. Kalau ada salah tolong tunjukkan.. heheheheh
@Anonymous : Yeah... finally... InsyaAllah, dah boleh masuk entry dengan konsisten at least once every week kot. atau paling2 lewat pun dua minggu sekali. hahahahah :D
Alrite tuan penulis... mohon janji ditepati yea... ehem...
superb!!!! an outstanding story line. Geram betul dgn perangai Fawwaz...haha
Hmm..boleh tahan jugak cerita ni..
terima kasih sebab aku tertarik..
nanti sambung lagi ye..
wahh... first sekali, nk ckp.. AWESOMEEE!!! haha... siyes, gaya penulisan best, tak mcm penulis lelaki yg lain. serius tak tipu. ;D watak kejam fawwaz sgt menjadi. i like watak lelaki yg kejam. it makes that guy cool. ahah.. good luck penulis. i'll always follow this story. :)
@mariam : ya, harapannya begitulah. :)
@ONE MOMENT IN TIME : Terima kasih. saya masih belajar. :)
Simpan sikit geram tu. Lama lagi ni Fawwaz nak jadi baik. hahahah :P
@Farz Malik : Terima kasih sudi baca. :)
InsyaAllah akan sambung bila ada kesempatan.
@Iman Kyuhee : Terima kasih. Saya masih lagi dalam proses belajar menulis. Alhamdulillah ada orang suka. hahahah :)
tajuk da balik asal ke?
tajuk da balik asal ke?
@kak na : aah kak. rebranding semula. sekaligus rebranding diri sendiri. heheheheh :D
Post a Comment