Kawan-Kawan

Saturday, January 19, 2013

Awek Pisang Goreng - 15

Sorry for the late update... 

Bab 15.


Mata kupejam rapat bila telinga semakin jelas menangkap namaku dipanggil berulang kali. Sesekali terasa bahu digugah kuat. Perlahan akhirnya aku membuka mata. Terkebil-kebil sebentar memerhati bilik yang terang benderang dan serba putih itu sebelum tangan naik memicit dahi. Terhenti memicit bila menyentuh tampalan di tengah dahi. Aku tekan sikit, sakit.

“Sedaq pun Achik ni...” Aku toleh ke kanan. Hanya ada Anis.

“Mak mana?” Dia yang sedang berdiri tayang muka sugul. Aku telan liur.

“Ada duk rehat kat bilik atas. Anis nak pi dapuq tadi, duk dengaq bunyi dalam bilik ni. Anis masuk-masuk jaa tengok Achik duk meracau. Achik tidoq tak baca doa laa tu. Buat terkejut Anis jaa.” Aku tarik sengih dan bangun dengan perlahan. Jemari melurut rambut, mengemaskan sedikit rambut yang agak kusut. Kaki aku juntaikan ke bawah.

“Achik duk mimpi pasal petang tadi ka?” soal Anis.

“Ya kot. Achik tak ingat pun. Anis dengaq Achik duk meracau apa?” Anis geleng kepala.

“Tak dengaq sangat. Tapi duk tengok muka Achik tu macam cemas gila. Lepaih tu duk dengaq, mak, mak, mak. Buat saspen jaa Achik ni.” Aku ikut ketawa kecil dengan Anis. Sungguh aku tak sedar dan tak ingat pulak aku ada mimpi sampai tahap meracau tadi.

“Achik sakit kepala lagi dak?” Aku diam sekejap. Nak kata sakit sangat tu, tak adalah sakit sangat. Tapi pusing tu, memang terasa sangatlah.

“Awat?” Aku tak rasa nak bagitahu yang sebenar sebab nanti mesti Anis report dekat mak. Sudahlah dari tadi mak tak habis-habis salahkan diri sendiri. Murung terus mak dari petang tadi aku tengokkan. Aku nak naik hantu pun tak jadi.

“Tak dak laa. Mak habaq kalau sakit kepala lagi, esok cancel ajelah.” Esok cancel? Esok ada ap... Owh!

“Tak sakit aih. Pusing sikit ja. Sat gi makan Ponstan hat doktor bagi tu, tidoq, esok subuh bangkit dah ok laa tu. Tak payahlaa cancel. Esok Achik boleh pi ambik dia. ” Jawab aku laju. Anis aku tengok dah kulum-kulum senyum.

“Gatai meghela sungguh Achik ni. Anis tak habaq pun cancel apa, laju ja cakap nak ambik kak... Err... Husna... Ish! Anis pun tak tau nak panggil dia apa. Muda lagi pada kami. Tua setahun jaa pada Adik tu. Achik ni pi carik yang muda-muda sangat tu awatlah? Kesian dia tak sempat enjoy hidup bujang lama-lama Achik dah sibuk ajak kahwin.” Anis tampar lengan aku sebelum menghamburkan tawa. Aku sengih dan garu belakang telinga.

“Jodoh tu kan rahsia Allah. Manalaa Achik nak tau.” Jawabku senang.

“Elleh, tak tau konon. Dah lah, Anis nak naik. Ni Achik dah solat Isya’ belum?” Aku angguk dan bangkit berdiri.

“Jomlah. Achik pun nak pi tengok mak sat. Anis naik dulu, Achik cuci muka sat.” Anis keluar lebih dulu. Suis lampu dan kipas aku matikan sebelum menurut langkahnya keluar dari bilik hujung menuju ke sinki di dapur untuk berkumur dan mencuci muka. Sebiji cawan dari rak pinggan aku capai dan menuangkan air sejuk dari dalam peti ais. Sekali nafas je aku teguk habis. Cawan kubasuh, tangkupkan semula atas rak dan berlalu keluar dari dapur. Saat melintasi ruang tengah untuk menaiki tangga menuju ke tingkat atas, Abang Salim panggil aku.

“Sakit lagi ka kepala hang tu?” Aku raba dahi yang bertampal. Hasil luka terhantuk pada stereng kereta petang tadi selepas aku terus halakan Civic ke bahu jalan yang lebar di sebelah kanan lalu menekan brek mengejut sebab ada tiang elektrik. Nasib baik sempat berhenti sebelum melanggar tiang. Lega gila.

Yang tak seronoknya mak yang tak pakai talipinggang keledar dekat belakang terdorong menghentam seat aku mengakibatkan dahi aku mencium stereng. Memang terus nampak bulan dan bintang je masa tu. Tau-tau je aku dah tukar tempat duduk dengan Haziq dan dalam perjalanan pergi klinik.

Aku sengih dan geleng perlahan.

“Tak sakit dah. Pusing sikit ja.” Dan aku berpusing dan mula memanjat anak tangga.

“Pi mana?”

“Tengok mak sat.” Jawabku tanpa berhenti, melangkah dua anak tangga sekaligus. Sampai di anak tangga terakhir, aku nampak Haziq sedang menutup pintu biliknya.

“Kak Maira dengan Amir ok ka?” Tergerak dalam hati hendak menyoal. Haziq sengih dan datang rapat. Bahu aku dipaut.

“Ok ja. Bukan ada apa pun. Hang macam mana?” soalnya kembali. Aku sengih dan angkat dua ibujari.

“Jom, ngeteh.” Ajak aku selamba.

“Ni? Camna cerita?” Dia tunjuk dahi aku yang bertampal. Aku ketawa.

“Bukan nak pi jauh pun. Pi sat jaa. Lama tak ngeteh sekali bertiga.”

“Ha’ah lah. Selalu aku dengan hang ja. Kalau balik sana, selalu hang takdak, aku dengan Salim ja. Dah alang-alang tiga-tiga ada ni, kan?” Dia sengih dan aku ikut menyengih.

“Aku nak tengok mak sat. Hang turun dulu lah habaq kat dia.” Haziq lepaskan pautan pada bahu aku dan mengangguk sebelum terus turun ke tingkat bawah. Aku ketuk pintu bilik yang menempatkan mak bersama Anis dan Ina. Pintu bilik aku kuak perlahan dan melangkah masuk.

“Mak...” aku memanggil sebelum mengheret langkah perlahan menuju ke katil. Raut wajah tua itu nampak tenang sahaja dengan mata yang terpejam rapat.

“Mak...” Sekali lagi aku memanggil. Anis ke tepi memberi ruang untuk aku duduk di sisi katil itu. Tangan kanan aku naik menyentuh pipi mak. Sejuk.

Aircond kuat sangat ni Nis. Sejuk mak ni.” Anis terus capai remote pendingin hawa dan menaikkan sedikit suhu. Aku berpaling semula pada mak. Matanya sudah celik. Digenyehnya beberapa kali sebelum menarik senyum dan bangun untuk duduk bersandar di kepala katil.

“Achik baru bangkit ka?” Aku senyum dan angguk.

“Esok Achik boleh bawak kereta ka?” Angguk lagi.

“Kalau kata tak boleh bawak, takpalaa. Mak telefonlah kat mak Husna habaq kata tak jadi.”

“Tak dak pa laa mak. Achik ok jaa ni. Achik kan anak mak yang paling tough.” Tak semena Anis yang ketawa dulu. Mak pandang aku lalu ikut ketawa. Aku sengih.

“Achik ni kuat perasan betui laa.” Sampuk Anis yang sedari tadi hanya memasang telinga.

“Mana ada perasan. Memang kenyataan kot. Dulu hangpa kecik-kecik kat sekolah kena buli sapa yang tolong? Achik lah. Arwah ayah pi gheja, mak pi meniaga kuih, sapa yang jaga hangpa? Achik jugak. Mak duk rumah, sapa pi meniaga kuih? Achik jugak. Atap kopak, dinding cabut, paip pecah, sapa yang repair?”

“Achiiikkk jugaakkk!” Serentak mak dengan Anis memotong sebelum ketawa sekali lagi. Aku ikut ketawa. Lega tengok mak dah boleh ketawa semula. Kalau tak asyik murung je macamkan ada kematian. Heh.

“Achik nak keluaq sat ni dengan Abang Salim dengan Haziq. Mak ada nak pesan apa-apa ka?” Kataku selepas tawa reda. Berkerut dahi mak pandang aku.

“Dengan dahi berjendui lagu tu, nak keluaq malam jugak lagi?”

“Entah Achik ni. Duk ghumah ja laa. Kata nak tidoq tadi?” Tokok Anis.

“Keluaq sat jaa. Lama dah tak lepak bertiga sekali dengan Abang Salim. Asyik duk berkepit dengan Haziq ja, mana laa mak tak cop Achik gay. Hahahah” Mak tampar paha aku sebelum mengekek ketawa sekali dengan Anis.

“Jangan duk lewat sangat balik tu.” pesan mak akhirnya. Aku angguk sahaja.

“Takdak nak pesan apa-apa?” Mak geleng. Aku pandang Anis.

“Achik belikan kat Anis nescafe ais.” Aku gelengkan kepala.

“Tengah malam dah, nak minum nescafe lagi buatpa? Nak tidoq dah pun.” Bantah aku sambil menggoyangkan telunjuk ke kiri dan ke kanan. Mak angguk-angguk tanda bersetuju dengan aku. Yes! Mak memang terbaik. Hahahahah

Anis tarik muncung.

Next order please.” Kataku.

“Tak mau lah.” Anis dah berlunjur sebelah mak atas katil sambil tayang muka cemberut. Aku gelak.

“Elleh, merajuk konon.”

“Tak pun. Anis nak tidoq dah. Malaih layan Achik.” Ditarik sedikit comforter menutup kakinya. Aku berdiri dan berjalan ke hujung katil.

“Betui ni? Tak menyesal?” bucu comforter aku tarik-tarik sikit. Anis buat sombong, sikit tak memandang pada aku. Direbahkan kepala atas bantal sebelah mak dan tarik semula comforter sampai ke dada.

“Sibuklah Achik ni. Anis nak tidoq lah.” Marahnya. Mak dah geleng-geleng kepala.

“Merajuk, macam budak kecik!” Aku rentap terus comforter sampai ke bawah kemudian terus lari keluar dan turun. Jeritan Anis memekik nama aku kedengaran sampai ke bawah.

“Achik ni mengusik ja gheja.” Marah Ina bila aku sampai ke ruang menonton tv. Aku habiskan sisa tawa sebelum menepuk dada dan berdehem.

“Mana ada mengusik. Tu nama dia bergurau senda antara adik dengan abang. Ina nak ndak jugak ka?” Aku dah tarik senyum senget. Abang Salim dengan Haziq dah sengih-sengih. Ina terus lari duduk sebelah Acaq.

“Achik ni, tak padan sakit nak mengusik orang ja gheja. Hish!” Marah Acaq. Ina angkat ibu jari dan jelirkan lidah.

“Mana pulak Achik sakit Caq? Achik sihat ni. Tengok, tough, ok?” Siap flex muscle lengan depan Acaq yang terus mencebikkan bibir. Ina juga sama. Abang Salim dengan Haziq dah mula gelak dan aku ikut gelak akhirnya.

“Eii... Tolonglah! Perasan gila Achik nih! Naik loya nak termuntah Caq dengaq, tau?” Acaq siap buat gaya.

“Loya? Nak termuntah? Haa... Laili pun tak besaq lagi, rezeki hang lagi laa bang.. Ekspress! Tak habaq mai pun kat aku... Macam ni laa abang ipaq...”

“Aku pun baru nak tau hang habaq ni.” Sahut Abang Salim, membuatkan tawa meledak dengan lebih kuat.

“Oi! Mandailaa hangpa nih! Mana ada! Abang ni... ” Marah Acaq. Dia dah berdiri siap bercekak pinggang, mencerlung tajam pada Abang Salim yang galak ketawa.

“Habihlaa hang Lim, malam ni tidoq luaq.” Haziq menggiat.

“Takpa, takpa, aku tidoq dengan Daus.”

“Tak hingin aku tidoq dengan hang laa bang! Satgi hang ingat aku Acaq, hang pi peluk cium pulak. Aku suci lagi bang!” Balas aku laju.

“Choiii!! Takdak selera aku aih nak peluk hang! Semua serupa ja, takdak feel langsung!” PAP! Sekali Acaq tampar lengan Abang Salim. Haziq dah tekan-tekan perut. Aku kesat mata yang dah berair. Abang Salim gelak dah tak keluar suara, tapi siap tekan-tekan perut. Tak boleh blah.

“Abang ni... Eii! Kalau dah kumpul sekali bertiga ni, bukan main lagi. Boleh runtuh rumah! Dah, pi keluaq laa kata nak keluaq sangat tadi.”

“Ha, greenlight dah tu Lim, apa lagi? Jom lah gerak.” Haziq dah capai kunci kereta dari tempat kunci yang tergantung di dinding rumah. Aku dah ready nak bukak pintu rumah.

“Sat, sat. Aku nak bagi ayat-ayat cinta dulu. Satgi jenuh aku balik satgi.” Dia gelak. Aku dengan Haziq sambung gelak. Acaq dah tayang muka cemberut. Nasib hang laa Caq... Kau kahwin dengan best friend kitorang siapa suruh, kan? Merasa laa kau kena sakat dengan kitorang. Hahahahah

“Ok, ok. Kasi ayat cantik-cantik sikit, senang hang balik sat ni. Aku tunggu dalam kereta. Jom Daus.”

“Eh, sat. Aku pi ambik phone dengan wallet sat.” Aku berlari ke bilik belakang dan mencapai telefon bimbit dan dompet atas meja dan sumbat masuk poket seluar. Kotak rokok dan lighter juga tak dilupakan kemudian berlari ke depan semula.  Aku buka pintu dan sarung selipar lalu terus membuka pagar. Sementara menunggu Abang Salim keluar, sebatang rokok aku nyalakan.

“Hang bila nak berenti? Hang sorang ja tinggal laa ni.” Tegur Haziq yang berdiri sedikit jauh. Aku jungkit bahu. Asap putih berkepul-kepul aku hembuskan ke atas sebelum mencampak rokok yang masih banyak berbaki ke tanah.

“Hang buat macam mana dulu?” Aku soal dia balik.

Nicotine gum.” Jawabnya mudah.

Gum? Are you serious? Gila tak sedap kot. Nak termuntah aku wei!” Memang pernah cuba. Dan rasanya... Tak boleh aku nak terangkan. Gila punya tak sedap langsung!

“Sekarang banyak cara bang chor. Nak tak nak jaa. Tak lalu kunyah gum, hang guna patch. Rokok letrik pun ada. Banyaklah.” Aku diam. Betul. Memang banyak cara nak berhenti merokok. Nak dengan tidak je. Ok Daus, starting malam ni, azam mesti lebih kuat. Esok pagi sebelum ambil Husna mesti pergi farmasi beli nicotine patch! Nekad!

****************


Ok, takde menda nak menceceh. Cuma sedikit kurang puas hati dengan hasil sebenarnya. :)

Anyways, boleh kasi hentam sekarang. :D


Post a Comment