Kawan-Kawan

Wednesday, January 09, 2013

Awek Pisang Goreng - 11

Assalamualaikum.

Sorry for the late update. Saya memang selalu blank bila tiba bab yang serius. Hence the late update. Bagus tak alasan? Haha~

Anyways, enjoy reading! :)


Bab 11.


Aku sekadar sengih tayang gigi, tak tau nak jawab apa. Abah dia dah geleng-geleng kepala. Kepala lutut aku macam ada rasa goyang sikit. Maunya tak goyang? Kantoi dengan abah dia aku tengah mengacau anak dara dia. Dalam hati dah siap berdoa supaya kedatangan mak malam ni bukan satu kerja sia-sia. Fuhhh~ Aaamiinnnn...

“Dah, Una kemas cepat. Esok tak meniaga, angkat semua tu masuk kereta. Cepat sikit. Malam ni abah nak pergi dengar ceramah dekat padang masjid sana.” Macam lipas kudung aku tengok Husna terus buat kerja. Bagus. Memang ciri-ciri isteri mithali ni. Tak kekok buat kerja. Maknanya kalau mak tiba-tiba nak buat ujian kelulusan bakal menantu ni memang lulus dengan cemerlang laa kiranya ni. Hahahahah

Aku ikut sama membantu mengangkat perkakas-perkakas yang berat masuk ke dalam Avanza abah dia. Sesekali pandangan melirik pada Husna yang masih tekun mengemas-ngemas. Rasa seronok je dalam hati ni tak tau sebab apa.

“Terima kasihlah Firdaus. Ni kamu nak balik terus ke ni?” Kata abah dia setelah aku menutup but Avanza. Aku seka peluh di dahi. Nak dating ngan anak pakcik lepas ni boleh tak? Haha~ :P Ok Daus, tak kelakar. Kau kantoi kacau anak dara dia pun dia dah bagi can, nak lebih-lebih pulak. Nak merasa kena pelangkung ke hapa? Heh.

“Err... karang nak punggah barang lagi, kan? Takpelah, saya tolong sekali. Lepas tu saya baliklah.” Aku senyum. Abah dia ikut senyum. Dan tanpa berkata apa-apa, dia terus naik Avanza dia. Husna pun dengan laju naik ke sebelah penumpang hadapan. Cheh. Gaya macamlah aku nak ajak dia naik kereta aku pulak. Chiss... Tapi, err.. Memang ada niat pun. Hahahah :P

Aku mengekor sahaja Avanza merah di hadapan. Laluannya berlainan. Bukan semacam laluan ke rumahnya yang dia tunjuk Ahad lalu. Laluan lain ke? Tapi aku rasa lalu jalan hari tu lagi dekat kot dengan gerai. Tapi ni kenapa lalu ikut lain? Memang macam-macam betul laa dia ni. Misteri sangat.

Akhirnya Avanza berhenti di hadapan sebuah rumah kayu. Tidaklah usang, tapi tak adalah cantik sangat juga. Biasa-biasa. Macam rumah kampung. Macam rumah mak dekat kampung. Hmm... macam tu lah. Aku parkir kereta di sebelah Avanza dan keluar.

“Rumah siapa ni, pakcik?” soalku sambil menyelitkan Aviator ke kolar baju.

“Adik makcik. Dia yang meniaga sebenarnya. Kami tolong-tolong aje. Berapa hari ni dia tak sihat. Sementara Husna tengah cuti ni, dia tolonglah lebih sikit.”

“Ooo...” Aku angguk perlahan. Rupa-rupanya...

But Avanza dibuka. Aku segera membantu mengangkat perkakas yang berat ke bawah rumah. Husna dah menghilang masuk ke dalam. Selesai mengangkut barang, abah dia ajak aku duduk di atas pangkin di bawah pokok mempelam yang sedang lebat berputik. Kalau mempelam telur ni, cicah garam sedap ni. Fuuhhh~ Terliur! Tiba-tiba terbayang mempelam telur yang selalu lebat bergayut atas pokok di halaman rumah mak di kampung. Ergh! Lupa nak pesan suruh mak bawak. Aku telan liur sendiri.

“Firdaus.” Abah dia berdehem sekali. Aku pandang wajah serius itu. Tiba-tiba lutut rasa goyang. Abah dia ni memang boleh tahan handsome, tapi muka garang. Bila buat muka serius macam ni, menampakkan dia macam marah sangat dan buat aku rasa kecut perut sungguh.

“Err... ye pakcik?”

“Abah, teh.” Husna muncul dari belakang dengan dulang di tangan. Dua cawan teh yang masih berasap diletakkan atas pangkin kemudian dia menghilang semula ke dalam. Aku hanya mampu memandang dengan ekor mata sahaja. Abah dia berdehem sekali lagi, buat aku spontan menarik gelas dan membawanya ke bibir, kemudian menjauhkannya semula  sebelum sempat menyisip teh. Gila panas. Cawan kuletak kembali atas piring.

“Jadi mak kamu nak datang esok?” Aku angguk laju.

“InsyaAllah, lepas Zohor. Esok saya kerja lagi, half day. Lepas saya balik kerja tu lah.” Abah dia mengangguk-angguk.

“Pakcik lupa nak bagitau kamu hari tu.” Aku kerut kening sikit.

“Bagitau apa pakcik?” Janganlah bagitau kata budak tu dah ada orang lain yang masuk minang, sudah. Tapi kalau ada pun, selagi dia tak bagi kata putus, peluang aku masih tetap ada, kan? Hehe~

“Kalau kata betul kamu nak kahwin dengan Husna tu, kamu langkah tiga bendul tu.” Tig... tiga bendul? TIGA?? Mak ooiii... Sampai tiga??

“Kakak-kakak dia ada tiga orang lagi belum kahwin ye pakcik?” Seriau pulak aku rasa. Tiba-tiba teringat-ingat masa adik aku nak kahwin. Adik ipar aku tu pun langkah bendul jugak tu. Kakak dia seorang belum kahwin lagi. Tak semena, semuanya serba dua nak kena sediakan. Ini kali, aku, sampai tiga bendul sekali. Masak aku, masaaakkkk nak siapkan semua serba empat... Waahhh~ Berat ni!!

“Eh, tak, tak. Kakak dia dua je, abang dia sorang.” Err... Lelaki pun kira langkah bendul jugak ke? Tak pernah dengar lagi ni.

“Eh, yelah, kira dua bendul sajalah. Pakcik lupa pulak lelaki tak kira.” Abah dia ketawa. Aku ikut ketawa, tapi tak bersungguh. Memangla rasa lega sikit, tapi masih juga terasa ada sesuatu yang lebih berat sebenarnya yang abah dia nak cakapkan ni.

“Sebenarnya macam ni...” Diam. Cawan teh diangkat dan disisip sedikit, “Husna ada cakap dengan pakcik. Kata dia, disebabkan kamu pun datang secara mengejut... Dia pun tak pernah kenal dengan kamu, tak pernah berkawan, tiba-tiba datang...” Diam lagi. Aku telan liur. Rasa-rasa macam boleh agak je apa abah dia nak cakap ni.

“Abang dia yang paling tua pun umur baru 28. Kakak dia yang sulung tu pun empat tahun muda dari kamu.” Teh disisip lagi. Aku rasa macam nak melayang je dengar. Berapa sebenarnya umur budak ni kalau kakak dia yang sulung pun baru 26? Tapi kata dia dah nak habis belajar... Siap nak konvo dah pun. Ambil apa? Diploma? Sijil? Aduh... Serabut!

“Dia kata dia segan dengan kakak-kakak dia. Dia mintak-“

“Err... Saya nak mintak izin dengan pakcik, saya nak bincang dengan Husna pasal hal ni, boleh?” Aku terus potong cakap abah dia. Darah dah mula rasa nak mendidih. Budak ni memanglah nak kena dengan aku. Sesuka hati dia je nak lencongkan niat baik aku tu kepada orang lain. Chiss. Abah dia jeda sekejap, dan mengangguk-angguk lambat kemudian. Aku terus bangkit dari pangkin.

“Pakcik tak kisah pun yang mana-mana dulu. Dah kalau jodoh dia yang sampai dulu, biarlah. Kakak-kakak dia pun dah setuju. Cuma dia je menolak suruh lepaskan kepada kakak dia dulu.” Abah dia masih tenang duduk di atas pangkin sambil memerhati anak-anak kecil yang masih bermain di halaman. Aku tarik nafas panjang.

“Masalahnya pakcik, yang saya berkenan bukan kakak-kakak Husna. Tapi dengan Husna.” Abah dia hela nafas panjang dan berat.

“Benda sama kami dah cakap dengan dia. Tapi dia degil jugak.” Degil ye? Fine. Nanti kau.

“Izinkan saya bincang hal ni dengan Husna, pakcik. Saya cakap sendiri dengan dia. Biar settle malam ni jugak.”

“Dah dekat maghrib ni... Macam ni lah, Firdaus. Kamu balik dulu, mandi apa semua. Lepas maghrib nanti datang rumah pakcik.” Aku tarik nafas panjang sekali lagi.

“Kalau dah pakcik cakap macam tu, oklah. Nanti lepas maghrib saya datang. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum.” Sebaik tautan tangan terlerai, aku terus masuk ke dalam kereta. Enjin aku hidupkan dan tuil pendingin hawa aku tolak kepada full blast, suhu paling minimum. Cubaan menyejukkan kembali darah yang dah mendidih. Masuk gear, turunkan brek tangan dan Civic terus kupandu beredar pulang ke rumah sewa.

Selesai menunaikan fardhu maghrib malam tu, lama aku berteleku atas sejadah. Merenung sejadah sampai tembus ke bawah. Memang berat sangat ke jodoh aku dengan dia ni? Aku dah istikharah dah. Sampai sekarang aku masih beristikharah. Dan jawapan demi jawapan yang aku dapat masih jelas menunjukkan dialah orangnya. Tak ada muka lain. Tak ada nama lain. Hanya ada dia. Hanya ada Husna.

Ye, cuma Husna. Aku tarik senyum lalu bingkas bangun. Sejadah aku sidai semula pada rak kayu sebelum menurunkan lipatan kaki seluar. Dompet, kunci kereta dan telefon bimbit atas meja kerja aku capai sebelum mematikan kipas dan memadam lampu.

“Aku keluar dulu.” ujarku pada teman-teman serumah yang sedang melepak di depan tv tanpa sedikitpun memperlahankan langkah. Aku dah nekad ni. Nekad habis. Kunci kupulas dan Civic mengaum garang.

Sampai depan rumah dia aku nampak ada beberapa buah kereta lagi sudah terparkir cantik di ruang yang ada. Aku selitkan Civic di ruang antara sebuah Persona dan sebuah Saga FL. Keluar dan berhati-hati menyusur deretan tiga biji motorsikal dekat dengan pintu rumah. Ada apa lah malam ni sampai banyak pulak kereta dengan motor depan rumah dia ni?

“Assalamualaikum!” Aku melaungkan salam depan pintu utama yang terbuka luas. Hanya grill sahaja yang berkunci.

“Waalaikumussalam.” Husna tiba-tiba terpacul di depan dan membuka grill. Dah tukar fesyen sikit. Dia pakai baju-t lengan panjang, seluar jeans dan tudung besar.

“Mama, Daus dah sampai ni.” Daus? Amboi? Sesedap anak tekak dia panggil aku Daus je? Mak dia datang dekat pintu.

“Haa... Bincang elok-elok. Jangan balik lewat sangat.” Eh? Bukan bincang kat sini ke? Husna angguk-angguk.

“Jangan nak bertumbuk pulak lagi.” Aku kulum senyum pandang Husna yang dah tarik muka empatbelas dengan pesanan mak dia tu. Cepat-cepat dia sarung selipar dan terus berlalu ke kereta. Aku pandang mak dia.

“Una tu memang degil sikit. Bincanglah nanti elok-elok.” Aku angguk.

“Saya mintak diri dulu, makcik. Assalamualaikum.” Selepas salam dijawab, aku terus beredar ke kereta. Aku tengok Husna berdiri menopangkan dagunya atas bumbung Civic sambil tayang muka boring. Tak ada masalah pun. Yang jadi masalahnya adalah sebab mata aku nampak comel je dia buat macam tu. Sebaik punat remote aku tekan untuk membuka kunci, dia terus memboloskan diri ke dalam. Amboi, kemain. Tak menyabar betul.

“Esok tak payah datang.” Elok aku keluar simpang, dia bersuara. Tak ada tona. Tak ada nada. Mendatar je. Aku diam.

“Awak dengar tak saya cakap ni?” soalnya bila lama aku diam.

“Dengar.” Jawabku sepatah.

“Kalau nak datang jugak, pinang Huda. Atau Huraiyah.” Sambungnya lagi.

“Siapa Huda? Siapa Huraiyah? Tak kenal. Tak mau.” Balasku acuh tak acuh. Fokus pada pemanduan kononnya. Padahal sibuk menenangkan hati sendiri yang dah mula ada tanda-tanda nak naik hantu.

“Huda nombor dua. Huraiyah nombor tiga.” Jawabnya senang. Aku tarik nafas panjang. Chill Daus, chill.

“Senarai calon isteri saya cuma ada seorang. Tak ada Huda nombor dua, tak ada Huraiyah nombor tiga. Tak ada nama lain, tak ada orang lain. Satu nama, satu orang. Cuma satu. Husna Binti Samsudin.” Tegasku. Dia merengus.

“Awak ni gila, tau tak? Awak tak kenal saya pun, tapi sibuk nak kahwin dengan saya. Memang gila!” Dia merungut. Bingo! Ada point untuk aku bidas. Aku tarik senyum senget.

“Huda dengan Huraiyah tu laaagi saya tak kenal. Kan lebih gila tu namanya kalau awak suruh saya kahwin dengan diorang?” Dia merengus sekali lagi lalu menyilang tangan ke dada. Aku gigit bibir supaya senyum tak bertambah lebar.

“Sama je. Takde bezanya pun.” gumamnya perlahan. Aku hentikan kereta dalam petak parkir bawah bumbung Carrefour Bukit Rimau. Dah tak tau nak menghala ke mana bawak anak dara orang malam-malam macam ni. Aku pandang dia yang masih berpeluk tubuh. Dia hanya memandang ke hadapan dengan muka tak ada perasaan.

“Banyak bezanya, Husna. Banyak sangat.”

Fine. Memang banyak bezanya. Sebab tu saya suruh awak pinang salah seorang dari diorang, bukan saya.”

“Masalahnya Husna, saya berkenan dengan awak. Bukan dengan kakak-kakak awak tu.” Dia menggeleng kemudian mengeluh.

“Tak boleh. Saya tak boleh. Awak pilih je diorang. Any one of them will do.” Aku pulak menggeleng.

Nope. No one else would ever do because you see, I’ve got a very stubborn heart for you. You can call me crazy Husna, but it is true, I’ve fallen in love with you...” Dia pandang tepat pada aku. Rahang dia bergerak-gerak bila dia mengetap-ngetapkan gigi. Nafas dia ikut turun naik dengan laju. Mata kucing tu nampak berkaca. Tiba-tiba dia buat muka sedih.

“Tapi saya tak layak...” Tangisannya pecah. Aku terus gelabah. Alamak Daus! Apa kau dah buat ni???

*************************


I failed miserably buat bab serius nih. Haha~
Berdoalah semoga next chapter yang bakal serius jugak tak mengambil masa yang lebih lama dari ni. Heheheheh

Ok, boleh hentam sekarang. :)


Post a Comment