Kawan-Kawan

Saturday, June 15, 2013

Iced Tea & Scones - Part 2

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu.

Fawwaz sudah mari... Heheheheh







Part 2




Bunyi alarm telefon bimbitnya buat Andria terus tegak di atas katil. Kemudian dia rebah semula dan mengerang. Tekaknya terasa sangat-sangat haus. Kepalanya pula terasa sangat-sangat sakit. Mencucuk-cucuk sakitnya. Kedua belah tangan mula menggenggam dan menarik-narik rambutnya.



Agak kurang sikit sakit kepala, baru dia buka mata perlahan-lahan. Keliling bilik dia perhati sebelum mematikan alarm yang berbunyi sekali lagi. Selimut tebal yang membalut tubuh ditolak ketepi sebelum dia duduk bersila atas katil.



Andria berdehem sekali. Tekak kering. Perit. Liur dikumpul sebelum ditelan, membasahkan tekak. Silap besar betul tak beli air mineral siap-siap standby dalam bilik. Terkebil-kebil sahaja dia memandang ke arah backpacknya di tepi almari.



Dia rasa macam hilang ingatan. Rasa-rasa malam tadi dia ada pergi bilik Hakim. Niat nak minta maaf dan jugak berterima kasih. Masalahnya dia kurang ingat masa bila dia balik bilik. Eh, bukan kurang ingat, memang tak ingat pun. Dan dia ingat-ingat lupa, serasa macam dia ada bermesra dengan Hakim semalam. Err... mimpikah? Mimpi laa kot.



Hmm... confirm mimpi sebab dia sibuk berfikir dan susun ayat macam mana nak bercakap dengan jejaka ice prince tu sampai tertidur lalu bermimpi. Tapi mimpi tu macam explicit gila. Merah pipi Andria tiba-tiba bila dia ingat semula mimpi tu. Macam kebas pun ada. Malu sendiri.



“Apa kes aku sampai mimpi peluk-peluk, cium-cium dia tu eh? Gila betul. Nasib baik tak mimpi lebih-lebih. Tak rela aku. Dahlah ice prince. Eh, bukan. Ice tea prince! Asyik minum teh ais je. Hahahahah.” Andria gelak sendiri lalu menepuk-nepuk pipinya. Menghilangkan rasa kebas.



“Dah, dah, Andria. Bangun! Subuh!” Tengkuknya diurut-urut sekejap sebelum turun dari katil. Tuala dari palang di tepi dinding di tarik dan dia langsung masuk ke dalam bilik air. Melintas depan cermin untuk ke tandas, tiba-tiba dia berhenti. Berundur kembali sampai depan cermin.



“Woih! Besarnya bintat! Jahat punya nyamuk... boleh aku tak sedar kena gigit? Hish!” Tompokan yang merah samar  dekat dengan pangkal dada digaru. Tak gatal, tapi tangan tetap rasa nak garu.



‘Tak sangka nyamuk kat sini bisa betul. Sampai macam ni punya bintat.’ Dibeleknya bahagian tubuh yang lain depan cermin. Nasib baik tak ada. Mungkin sebab tu dia tak sedar bila kena gigit, sebab cuma seekor sahaja yang sempat gigit.



Tuala diletakkan atas sinki. Pakaian ditanggal satu persatu sebelum melangkah masuk ke bawah pancuran. Hot shower? Meh. Dia paling tak tahan mandi air panas. Elok tak pening, boleh jadi pening. Sekarang dah memang pening, harus dia migrain terus nanti. Mandi air sejuk yang terbaik. Lebih segar. Lega sikit sakit kepalanya.



Selesai mandi, Andria kembali berdiri membelek tubuh yang berbalut tuala di depan cermin. Tak tahu kenapa, mimpi itu terbayang-bayang di mata. Rasa macam surreal gila je mimpi tu. Macam terasa-rasa je tangan Hakim merayap hampir ke seluruh tubuhnya. Goosebumps! Terasa tegak bulu romanya.



Andria geleng-gelengkan kepala. Selepas itu menepuk-nepuk pipinya. Malu ok anak dara mimpi yang bukan-bukan. Mimpi yang tidak-tidak. Mimpi yang... err... mengghairahkan macam tu. Nasib baik setakat mimpi berpeluk cium je. Kalau mimpi buat anak? Euuuwww!!



Laju pili air dibuka dan wajah disimbah dengan air sejuk berkali-kali. Lepas tu dia terus keluar dari bilik air untuk berpakaian. Waktu tak menunggu. Dia kunci jam tadi pukul enam setengah. Sekarang mungkin dah dekat jam tujuh. Subuh Andria, subuh!



Tengah lipat telekung, perut Andria berbunyi. Lapar. Laju dia habiskan lipat telekung sebelum menghenyak punggung atas tilam. Telefon bimbit atas meja kecil di sisi katil ditarik. Dah jam tujuh. Matahari tak adalah nampak sangat lagi, tapi dekat luar dah agak cerah. Boleh dah kot kalau nak keluar jalan cari breakfast sekarang. Lepas makan dia ingat nak sambung tidur semula sebab sakit kepala ni semacam tak mau hilang. Dah terasa macam migrain pun ada.



Baru dia nak bangun capai tudung ekspress yang disangkut dalam almari, pintu biliknya diketuk. Siapalah datang pagi-pagi ni? Tudung ekspress disarung. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.



“Hey...” tegur Fawwaz.



Andria terus bukak pintu luas-luas. Lepas tu menyesal sendiri. Pedih matanya dengan cahaya lampu dari koridor yang sangat terang. Dalam bilik tadi pun dia cuma biar lampu tidur sahaja yang terpasang.



Melihat Andria yang kepedihan mata, Fawwaz terus berdiri di depan gadis itu, menghadang cahaya. Dia tahu apa rasanya di pagi hari setelah mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak. Dia dah pernah lalui. Selalu.



Plastik di tangan diangkat separas dada. Andria terpinga-pinga.



Breakfast,” sebut Fawwaz bersama senyuman di bibir.



Andria rasa macam nak melompat gembira. Lelaki di hadapannya ini memang hebat. Boleh membaca fikirannya. Tahu keinginannya. Andria senyum meleret.



Thank you...”



Plastik bertukar tangan. Isi dalam plastik terus diperiksa. Ada satu bekas polisterin, ada sebotol besar air mineral, sebotol besar 100plus, sekotak besar jus oren... Lepas tu... Ada dua biji telur? Err... Andria angkat muka, pandang jejaka di hadapan yang terlihat tenang.



“Err... telur... rebus?”



Half boil. Makan semua. Minum semua. And...” Sepapan panadol dikeluarkan dari poket jaket kulit yang dipakai lalu diserahkan pada Andria.



“Huh?” Andria sepetkan mata, sedikit skeptik.



For your headache.”



Hampir Andria terlentang ke belakang. Dahlah bagi air sikit punya banyak macam tu, macam tau-tau je dia memang haus gila. Ni siap bagi panadol sebab dia sakit kepala? Mamat ni ada telepathy ke ada kuasa minda psikik?



“Ok. Saya nak kena balik sekarang.” Fawwaz terus berpusing dan beredar.



“Eh, Hakim.” Langkah Fawwaz terhenti. Dadanya sudah mula berombak. Janganlah Andria sedar dan tahu. Janganlah Andria ingat apa jadi malam tadi. Dia tarik nafas dalam-dalam dan berpusing kembali.



Yes?”



“Kita breakfast sekali? Saya nak belanja awak. As a token of appreciation.”  Andria senyum lebar. Sakit di kepala harus diketepikan. Tak boleh jadi orang yang pentingkan diri sendiri.



I’ll take a rain check. Awak makanlah, then rehat. Don’t forget untuk makan buah sekali. Strawberi semalam ada banyak, kan? Good for your headache. Bilik awak saya dah bayar sampai esok. Saya balik dulu. Bye.”



Tak tunggu jawapan Andria, Fawwaz terus berpusing dan melangkah laju.



“Hakim!” Laung Andria yang cuma membuatkan dia rasa bingit di telinga sendiri, siap berdengung terus rasanya dalam kepala. Namun jejaka itu langsung tidak menoleh. Anak tangga dituruni dengan laju. Andria hanya mampu memandang sehingga kelibat Hakim menghilang.



Dia masuk semula ke dalam bilik dan menutup pintu. Tudung ditarik dan diletak di hujung katil. Plastik berisi makanan diletakkan atas meja. Jus oren dalam kotak diterjah lebih dulu. Haus sangat. Lepas tu, bekas polisterin putih yang ringan dibuka.



“Mak, gelapnya roti bakar ni...” komen Andria melihatkan roti bakar sebanyak empat keping itu hampir coklat warnanya. Dia letakkan roti ke tepi kemudian telur separuh masak dipecahkan ke dalam polisterin. Ada seplastik kecil kicap dan satu lagi dia kira lada sulah. Sudu plastik pun ada.



Andria tarik senyum sampai ke telinga. “Considerate sungguh mamat ni. Every detail dia observe. Tak padan dengan kepala angin dia tu.” Kicap dituang, kemudian lada sulah. Sudu plastik dicapai dan telur dikacau. Wangi. Kecur liur jadinya. Roti bakar dipandang.



“Haih... Rentung pun, rentunglah... Asalkan dapat makan, tak payah keluar, boleh terus sambung tidur, dah alhamdulillah dah. Bismillah...” Roti dikoyak, dicelup, kemudian disumbat ke dalam mulut. Aaahhh... Sedapnya...



Habis empat keping roti semua dia belasah. Jus oren pun dah tinggal separuh kotak. Sampah dibuang dan dia masuk bilik air untuk berkumur. Lepas tu dia kembali ke katil, terus berbaring. Siling dipandang terkebil-kebil. Lambat-lambat kemudian dia senyum sendiri. Dia berkalih baring, mengiring menghadap meja kecil tempat berdirinya botol-botol air. Senyum di bibir tak mampu dilupuskan. Andria rasa macam... Hah! Tiba-tiba senyumannya mati sendiri.



“Alamak. Tak teringat langsung nak mintak nombor phone dia. Memang bukan rezeki aku laa kot... Haiihhh...”



Dia terlentang semula. Tangan disilang atas dahi. Tidur ajelah. Dah melepas, nak buat macam mana lagi...



Fawwaz terus memandu Mitsubishinya dengan tenang. Siku kanan menopang pada birai pintu kereta dan memanggung kepala. Hanya tangan kiri memegang stereng. Sesekali ada keluhan kecil keluar dari bibirnya. Lepas hantarkan ‘hangover remedies’ pada Andria tadi, dia tak terus balik, tapi pergi melepak dekat sebuah taman dulu, tenangkan diri sendiri. Berbaring di atas rumput dengan berbantalkan backpacknya, dia tertidur. Hampir jam sepuluh setengah, dek sengitnya sinaran mentari, baru dia terjaga. Kelam kabut dia bangun dan terus beredar.



Ingatannya kembali ke peristiwa lewat tengah malam tadi. Masih terngiang-ngiang di telinga desahan Andria setiap kali jemari dan bibirnya menyentuh tubuh Andria. Masih jelas di mata tubuh yang genit penuh dengan lekuk-lekuk yang mengghairahkan itu. Masih terbau di rongga hidungnya betapa wangi dan manisnya aroma yang terbit dari gadis itu yang benar-benar menggegar naluri lelakinya. Manisnya bibir Andria masih terasa di bibirnya.



Memang dia hampir tewas. Hampir tewas dengan nafsu gila yang datang membadai. Sesuatu yang dia tak pernah rasa sebelum ini dengan mana-mana wanita yang pernah dia tiduri. Hampir sahaja dia menggauli gadis itu kalau tak kerana dia tersedar sendiri.



Bukan begitu caranya. Ini sudah jauh menyimpang dari prinsipnya. Ini bukan mutual consent. Andria jadi macam tu di bawah sedar, di bawah pengaruh alkohol. Lagipun, bukannya dia jumpa Andria sedang mabuk dekat tempat tak elok untuk memungkinkan dia ambil kesempatan. Dia tak mungkin akan ambil kesempatan macam tu. Lama dia hanya kaku merehatkan kepalanya di celah leher Andria tanpa merungkaikan pelukannya sehingga gadis itu akhirnya tertidur.



Lalu sweater Andria dizipkan semula. Tudung yang dibuka sendiri oleh Andria lebih awal dicapai sebelum tubuh si gadis dicempung dan dihantar ke biliknya semula. Andria dibaringkan dan diselimutkan. Mata gadis itu masih terpejam. Sesekali keluar keluhan halus dari bibir mungil itu.



Wajah polos yang sedang lena itu dielus lembut dan ditatap lama. Perlahan dia tunduk dan sekali lagi menjamah bibir mungil itu sebelum dia keluar dan kembali ke biliknya sendiri. Menerjah terus masuk ke dalam bilik air dan pili pancuran air dibuka. Cold shower to turn down the heatiness. Mujur saja dia tak demam pagi-pagi ni.



Bibirnya disentuh kemudian dikemam sekejap. Seakan masih terasa lembut dan manisnya bibir si gadis bertaut di bibirnya. Fawwaz tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan. Stereng diputar membelok ke kanan. Kereta diparkir dan dia keluar. Teahouse itu sudah mula penuh dengan pelanggan. Sekali lagi dia hela nafas panjang sebelum menutup pintu kereta dan menapak perlahan masuk ke dalam teahouse itu.



Iced passion fruit tea... And a set of scones.” Not RM50 terus dihulur. Pesanannya disiapkan dan duit baki diletakkan ke dalam dulang bersama pesanannya. Fawwaz terus beredar menuju ke sebuah meja di hujung teahouse yang masih kosong dan melabuhkan duduk. Meja yang sama diduduki semasa bertemu Andria semalam buat kali yang pertama. Aviator ditanggalkan dan diletak atas meja.



Scone dibelah, disapukan mentega, krim dan jem, lalu digigit. Manis. Semanis Andria yang takkan mungkin dia temui lagi selepas ini....



****************************



Seriously, bro?” Fawwaz jungkit kening. ‘Sex on the Beach’ yang dah tinggal separuh di dalam gelas tinggi disisip sedikit.



Serious gila. I was there. Kelam kabut aku cakap kau.” Fawwaz dah tarik senyum sinis.



Then? Batal habislah?” soalnya sebelum meneguk koktel sehingga habis.



Don’t know, bro. I had to leave early, ada hal. Mak bapak kau takde cakap apa-apa ke?”



Nope. Aku pun baru je on balik phone a few minutes ago. In fact, kau first person yang contact aku.” Wang diselit bawah gelas koktel dan Fawwaz bangkit dari highstool depan bar itu. Fedora atas bar dipakai semula.



Dua hari lepas balik dari Cameron, baru inilah dia keluar dari rumah. Sepanjang-panjang masa cuma mengurungkan diri dalam unit kondonya. Memutuskan hubungan dengan dunia luar. Pejabat tak pergi, telefon tak on, email tak dibuka, Facebook tak dijenguk. Ayah dengan abang sendiri datang mengetuk pintu rumah pun dia buat tak dengar. Sengaja.



“Ni nak suruh aku rasa honoured ke apa ni?” Fawwaz ketawa.



You should. Hot stuff ni bro. Bukan senang kau nak dapat contact.”



“Woi! Blah la! Perasan nak mampus!” Tawa mereka berpadu.



“Ok Mike. Thanks for the heads up. I owe you. Esok-esok aku belanja kau. Sebut je mana, aku ikut.” Langkahnya diatur tenang menuju ke pintu keluar.



“Hah! Kalau kau nak belanja, aku teringin nak pergi FAME!”



“FAME? Kat Penang tu?”



Yups!”



No prob. Kawtim. Weekend ni kita pergi.”



Great! You’re the best lah bro! Weh, kau bawak Kyra. Aku nak pinjam.” Langkah Fawwaz terus terhenti. Bukan sebab Mike cakap nak pinjam Kyra, tapi sebab Kyra betul-betul ada di depan sana. Sedang bersandar di dinding, dengan sebelah tangan melintang di dada sambil sebelah lagi memegang gelas berkaki tinggi.



“Kau nak Kyra sekarang pun aku boleh bagi. Rootz, now. Dia ada sini. I have to leave, ada hal.”



“Hah! Aku datang sekarang! Kau tunggu jangan bagi dia lari sampai aku datang.”



No can’t do, bro. Aku ada hal ni. At most, fifteen minutes. Lambat, kau melepas.” Tangan dilambai pada Kyra. Gadis itu terus senyum dan melambai semula.



“Kau ingat kereta aku tu pakai enjin jet ke apa nak sampai Rootz in fifteen?!” Fawwaz ketawa.



“Kalau kau pakai Cagiva tu boleh sampai cepat. Dah, jangan nak membebel lebih. Aku tolong securekan dia untuk kau.” Punat ditekan, mematikan talian terus. Gajet disimpan ke dalam poket jeansnya sambil langkah diatur santai mendekati Kyra yang terangguk-angguk menghayati muzik yang berdentum kuat.



Hey handsome. Mana you pergi over the weekend? I call pun tak dapat.” Dengar suara Kyra pun dia tau gadis itu sedang high. Untunglah kau malam ni, Mike.



Fawwaz senyum nipis, “Aku pergi holiday. Kau sorang aje ke ni?”



Kyra angguk. Gelas di tangan diletakkan atas meja berdekatan. Tubuhnya didekatkan pada tubuh Fawwaz sebelum berjengket sedikit. Stiletto lima incinya masih tak mampu untuk menjadikan dia separas sama tinggi dengan jejaka di depan ini.



You pergi dengan siapa?” bisiknya.



“Sorang.”



Kyra larikan jarinya atas dada bidang Fawwaz. “Kenapa tak ajak I? Kesian you tidur sorang-sorang. Mesti boring, kan? Kalau I ada, boleh I hilangkan boring you tu...”



Pergelangan tangan Kyra dipegang kejap. Fawwaz tarik senyum sinis.



“Aku pergi memang sorang. Tapi dekat sana, I’m not alone.”



Kyra ketawa. “Aaahhh... You ni... Suka buat I jealous... Emmm... You ada nak pergi mana-mana sekarang? Jom? My apartment?” Kyra jeling tajam pada Fawwaz. “I miss YOU.” Bisiknya, keras.



Naaahhh... Sorry, woman. Aku ada hal. But Mike will be here in a few minutes time. Kau boleh ajak dia. Ok? Ciao.” Fawwaz cuba untuk pergi, tapi Kyra peluk lengan dia erat.



You tak jealous ke kalau I screw around dengan Mike?” Tajam pandangan Kyra, namun Fawwaz hanya ketawa sinis. Pelukan Kyra dilepaskan mudah.



You can go and screw whomever you like, Kyra. I don’t give a damn. Ok? Understood?” Kening dijungkit sedikit. Sinis sekali riak wajahnya buat Kyra rasa nak meletup.



“Fawwaz!” Tangan yang melayang tergantung di udara, dicengkam kejap. Dengan sebelah lagi tangan yang bebas, dia dongakkan wajah Kyra dengan telunjuknya.



Too bad, Kyra. Too bad. Sepatutnya we should still be ok after Mike.  Or even after whomever you like. Tapi kau buat perangai macam ni... Tsk... Tsk... Tsk... Just too bad, Kyra. You no longer interest me now.”



Kyra ketap gigi. Tangannya direntap kembali dari cengkaman Fawwaz.



You-“ suara Kyra tenggelam bila bibir Fawwaz melekap di bibirnya. Dia cuba meronta, tapi Fawwaz kilas kedua tangannya ke belakang. Lama-lama dia lemas sendiri.



Menyedari Kyra tak lagi melawan, Fawwaz lepaskan tangan gadis itu lalu merehatkan tangannya atas pinggul Kyra sebelum menariknya rapat ke tubuh sendiri. Tangan Kyra mula melata. Fedora atas kepala jatuh ke lantai bila Kyra meramas rambutnya. Terus bibir Kyra dilepaskan.



Mata Kyra kuyu memandang Fawwaz bersama nafas yang tidak lagi teratur. Sesekali bibirnya digesip. Menunggu tindakan Fawwaz selanjutnya, tetapi lelaki itu kekal kaku sahaja.



“Fawwaz...” rengeknya.



“Bro.” Bahu Fawwaz ditepuk dari belakang. Belum kalih pandang lagipun dia dah tahu siapa. Pinggul Kyra dilepaskan dan belitan tangan Kyra dilehernya dirungkaikan. Lepas tu dia pandang belakang.



“Lambat.”



“Aku pecut dah macam lari dekat litar Sepang, tau? Saman nanti semua kau bayar.” Mike sengih. Fawwaz ikut sengih. Salam dihulur dengan gaya tersendiri sebelum diakhiri dengan melagakan bahu.



Fedora atas lantai dikutip dan ditepuk-tepuk membuang habuk. “Warmed her up for you. Aku blah dulu bro. Have fun.” Belakang Mike ditepuk sebelum berlalu pergi.





Mitsubishi Lancer Evolution merah menyala itu terus membelah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya menuju ke Bandar Kinrara. Berita yang Mike sampaikan tadi memang buat dia rasa nak tarik senyum paling sinis dia boleh buat untuk papa.



Sampai depan rumah milik orang tuanya, Fawwaz tarik nafas dalam-dalam. Memang nekad dia nak pulangkan paku buah keras pada papa. Decent woman with quality wife material? Hah! In your face, pa! In your face!



Pntu kereta ditutup dan dikunci sebelum dia melangkah menuju ke pintu utama yang bertutup rapat. Tombol dipulas dan dia terus masuk ke dalam rumah. Baru nak ke dapur mengambil air, namanya terlebih dahulu diseru dari ruang menonton.



“Dari mana?” Fawwaz tarik senyum, sinis. Tengok dia dressing macam ni patutnya papa dah tau jawapan kepada soalan tu. Langkahnya santai menuju ke ruang menonton sebelum menghenyak tubuh atas sofa tunggal kegemarannya dengan kaki terjuntai dari armrest.



“Dari mana?” soal Dato’ Rahim sekali lagi.



“KL.” Jawabnya acuh tak acuh sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Skrin diaktifkan dan aplikasi game dibuka.



“Fawwaz pergi mana menghilang? Telefon tak dapat. Email tak reply. Mesej pun sama tak reply. Pergi mana?”



“Takde mana. Ada je kat rumah,” balasnya, masih lagi tidak serius.



“Papa datang dengan Fai pergi rumah, tak menjawab pun?”



“Saja. Tak ada mood nak jumpa orang.”



Dato’ Rahim geleng kepala tengok Fawwaz. Rasa sebal bertimpa-timpa di dalam dada. Sungguh dia tak tahu di mana silapnya. Anak ini dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh. Diberikan segala didikan untuk duniawi dan ukhrawi setakat yang termampu dari kecil lagi. Tapi bila meningkat remaja, dia mula menyimpang. Berbeza sungguh dari sikap si abang.



“Mama mana?” tanya Fawwaz tiba-tiba. Dato’ Rahim sandarkan tubuh dan menghela nafas panjang.



“Ada dekat atas. Sakit kepala.”



Fawwaz sudah tarik senyum sinis. Permainan game ditangguh sementara. Dia pandang pada sang ayah yang berwajah kecewa, menonton warta berita di kaca televisyen.



“Sakit kepala? Kenapa?” sengaja dia cuba memprovok.



“Tak ada apalah. Darah tinggi mama naik sikit. Fawwaz lah punya pasal. Buat apa tak fikir orang lain. Tak kesian dekat mama ke?” Fawwaz ketawa sinis.



“Fawwaz punya pasal? Hah! Papa jangan buat lawaklah. Ada sebab lain, kan?” Fawwaz sudah duduk tegak di atas sofa, menghadap Dato’ Rahim yang masih tenang bersandar.



“Sebab apa pulak?” Fawwaz tarik senyum sinis dan gelengkan kepala sebelum bersandar.



Nice, decent wife material huh, pa?” Sinis nadanya. Dato’ Rahim diam tak menjawab.



So I heard, the girl also ran. Dengan boyfriend dia pulak tu. Lagi teruk dari Fawwaz. Decent wife material eh, pa?” Sekali lagi dia ketawa sinis.



Dato’ Rahim matikan televisyen dan berdiri. Poket seluar slack diseluk dan secebis kertas dikeluarkan lalu dihulur kepada sang anak yang masih bersandar malas. Di bibirnya ada senyuman sinis terukir. “Baguslah, sama-sama lari. Fawwaz sendiri pun bukan baik, at least dapat yang baik sikit, jadilah. By the way, ini nombor dia. Go and meet her someday. Papa yakin, you will love her. She’s really something.”



Fawwaz terus melompat dari sofa. “What? Papa cakap apa ni?”



Dato’ Rahim tarik senyum sinis. Bukan Fawwaz je boleh buat sesuka hati. Dia pun boleh.



“Memanglah dia lari. But she’s still a decent woman.”



Fawwaz henyak tubuh kembali ke sofa. “Huh. Yeah, right. Decent sangatlaa lari dengan boyfriend tu. Memang mimpilah Fawwaz nak perempuan macam tu. You also wouldn’t want to tarnish your name dengan menantu yang macam tu, kan?” Kening dijungkit sebelah pada Dato Rahim sebelum dia kembali menghadap Lumia 920nya. Aplikasi game dilanjutkan semula.



“Oh, memang tak. Tak mungkin kot. Sebab tu tak jadi tunangkan Fawwaz dengan dia...” Fawwaz dah senyum megah. Menang tanpa bertanding.



“Papa tunangkan Fawwaz dengan adik dia instead.”



You did what?! Pa!!”



Dato’ Rahim tarik senyum sinis pada si anak yang dah membuntang memandangnya. Api kemarahan jelas terbayang dalam anak matanya.



She’s a very nice girl, Fawwaz. Papa syukur things turned out the way it went. Go and meet her, you’ll know why I said that. Ok? Papa naik dulu.” Bahu si anak ditepuk-tepuk sebelum dia melangkah meninggalkan ruang menonton itu.



Sampai di anak tangga yang pertama, dia berhenti dan berpaling semula pada Fawwaz yang masih sedang meramas dan menarik rambutnya berkali-kali. Dato’ Rahim hanya senyum simpul, menyembunyikan tawanya.



“Fawwaz.” Si anak berpaling menghadapnya. Dato’ Rahim senyum, “Jangan buat yang bukan-bukan dengan dia. Satu jari Fawwaz sentuh dia sebelum sampai masanya, I will make you regret it for the rest of your life. Faham?”



“Pa...”



“Faham tak?!” jerkah Dato’ Rahim. Fawwaz telan liur. Tak pernah dia tengok papa seserius itu. Lambat-lambat dia angguk.



Good. Papa naik dulu. Lock the doors if you’re coming up or if you’re leaving. Night.” Langkah terus dibawa naik ke tingkat atas.



Fawwaz hela nafas panjang dan berat. Berkali-kali rambutnya diraup.



“Masalah! Masalah! Masalah!!” Lumia di tangan dibuka. Cari nama Mike. Berkali-kali di dail, berkali-kali juga gagal disambung. Asyik masuk voice mail. Baru dia rasa nak mencarut, baru dia teringat. Dah tentu-tentu Mike tengah berseronok-seronok dengan Kyra sekarang.



“Arrgghh!! Tension!!” Langkahnya deras. Pintu utama dihempas kuat sewaktu keluar. Enjin kereta dihidupkan dan dengan pantas dia beredar dari kawasan rumah. Sakit hatinya perlu dilampiaskan. Cari siapa? Siapa-siapa pun boleh. Hala tuju? Vertigo, Mid Valley.



*******************



Sorry bro. Serius aku tak tau.” Mike susun sepuluh jari minta ampun. Fawwaz sekadar merengus. Tangan kanannya sibuk menguis-nguis salad di dalam pinggan dengan garfu. Tangan kirinya pula sibuk memicit dahi. Sakit kepala yang dicari.



“Rilekslah bro. Kahwin je bro. Bukan bapak kau suruh kau bunuh diri.” Laju dia kalih pandang pada Mike di sebelah. Berkerut keningnya, marah. Tajam pandangannya, membunuh. Tapi Mike tak perasan semua tu sebab terselindung dengan cap dan Aviator hitam pekatnya. Sudahnya dia merengus dan kembali memandang pinggan di atas meja.



“Aku tak suka terikat. Lagi-lagi dengan satu perempuan. Jemu.” Seekor udang dicucuk dan disuap masuk ke dalam mulut.



Mike ketawa. “Bro, yang dulu kau confess dengan aku pasal Irdina tu, tak ingat?”



Garfu dihentak atas meja. Mencerun pandangannya pada Mike yang masih ketawa.



That was history! Kau jangan nak ungkit-ungkit depan aku, boleh tak?” suaranya sudah naik setakuk. Fawwaz betul-betul rasa macam nak dibelasah sahaja sahabatnya yang seorang ini. Kalau Malaysia ni tak ada undang-undang, memang dia dah rodok-rodok perut Mike dengan garfu saladnya. Sakit hati! Sudahlah kepalanya sakit, Mike buat dia jadi lagi sakit kepala saja.



Minuman teh sejuknya disedut sekali. “Aku blah dululah. Kau ni bukan nak menyelesaikan masalah aku. Menambahkan lagi, ada.” Dia bangkit.



“Alamak bro... Relaxlah. Kau ni cepat sangat naik angin laa.” Mike ikut bangkit dari kerusinya.



“Kepala aku ni tengah sakit. Kau nak buat lawak bangsat macam tu, memang silap timinglah bro. Aku blah dululah.” Kunci kereta atas meja dikaut dan dia terus melangkah keluar meninggalkan Mike sendirian.



Langkah diatur pantas menuju ke arah keretanya. Kedua tangan menyeluk poket jeans. Kepala tunduk, mengelak dari memandang mentari yang terik memancarkan cahaya. Cap ikut ditarik turun menutup muka. Sungguhlah dia tersalah langkah malam tadi. Stress tak lepas, sakit kepala pula yang mendapat pagi-pagi ni.



“Aduh!”



Fawwaz berhenti sekejap. Belakang perempuan yang hampir tersembam atas jalan itu sekadar dipandang sekilas. “Sorry.” Dan dia meneruskan perjalanannya.



Masuk sahaja dalam kereta, dia terus hidupkan enjin dan menolak tuil aircond ke full blast. Tangan kanan memanggung kepala sambil memicit-micit pelipis. Mata dipejam. Sesaat kemudian dia celik semula.



“Andria. She smelled like Andria.”



Pintu kereta dibuka dan dia keluar. Pandangan terarah ke tempat dia terlanggar perempuan tu tadi. Agak hampa bila tak ada kelibat seseorang yang dia kenali di situ. Perempuan tu pun mungkin dah berlalu pergi. Dia mengeluh panjang.



Fawwaz masuk semula dalam kereta. Rasa kecewa menjengah dalam hati tak tau kenapa. Sedangkan dari awal lagi dia dah tau gadis itu takkan mungkin dia temui lagi. Sekali lagi dia mengeluh panjang sebelum memasukkan gear dan mula memandu keretanya beredar...



Andria letakkan sling bagnya atas kerusi sebelah. Tapak tangan yang memerah dikesat-kesat. Mujur sahaja tak terluka bergeser dengan jalan tar. Memang tak ada adab sopan sungguh lelaki yang melanggarnya tadi. Macam sengaja pun ada. Tapi... macam ada sesuatu pada lelaki itu yang buat dia rasa dejavu. Cuma dia tak pasti apa.



Babe, sorry lambat.” Bahunya ditepuk dari belakang sebelum kerusi di sebelah kirinya ditarik.



“Takpe. Aku pun baru je sampai ni,” jawab Andria.



“Fuiyo babe. Hot stuff. My one o’clock.”



“Kau ni Gina. Sampai-sampai je terus cari hot stuff dulu. Mana? Tak nampak pun.”



“Aku sekeh kau, free je. Bukan main je cakap aku, tapi sibuk nak tengok jugak.” Gina ketawa. Andria ikut ketawa.



“Nak jugak cuci mata sementara kita single and available ni... Eh, eh, tak, tak. Re-phrase. Sementara kita single ni.”



Re-phrase apasal pulak? Betullaa tu, single and available. Ke kau dah kena cop ni?” Gina dah senyum penuh makna siap jungkit-jungkit kening.



“Eh, aku pulak. Kau laa. Available konon. Tu Eddy tu nak taruh mana?” Gina sengetkan badan ke arah Andria, siap senyum dengan bibir bawah digigit.



“Takde mana. Dalam hati aku je...” siap pakej muka gatal.



“Eeuuuuwww! Jiwang! Jauh sikit! Berjangkit miang kau dekat aku karang!”



“Eleh! Dengki laa tu!” Tawa mereka pecah.



“Ehem. Emm... Our menu, miss.” Dua buku menu diletakkan di atas meja depan masing-masing sebelum pelayan itu pergi.



Buku menu diselak. Mata menatap satu demi satu gambar makanan yang biasanya mampu menarik minatnya, tapi otak melayang mengingat kembali kepada lelaki yang melanggar dia tadi. Sungguh dia rasa dejavu. Ada getar dalam hati saat dia mendengar lafaz kata maaf dari lelaki itu. Dingin. Tak ada perasaan. Macam... Andria telan liur. Mata dipejam. That voice... That tone... That arrogance...



“Ria.”



“Hakim...”



“Hakim?” Dengar suara Gina, spontan mata Andria celik.



“Siapa Hakim?” soal Gina. Kening sebelah dijungkit tinggi.



Andria gigit bibir sendiri. Kantoi.



“Err...”



“Hah! Spill! Siapa Hakim?” Gina ginjak kerusi rapat dengan Andria.



“Errr... Someone I met masa aku pergi Cameron hari tu.” Andria tayang muka bersalah. Gina bulatkan mata.



“Hensem tak? Baik tak? Kau ada nombor dia? Ada gambar? Nak tengok!” bertubi-tubi Gina menyerang.



“Takde gambar... Aku lupa langsung nak snap gambar dia.” Andria mengeluh panjang.



“Takde gambar? Babe! Selalunya kau paling pakar ambik gambar curi. Ni tak ambik langsung?” Andria geleng. Berkerut-kerut kening Gina, tak percaya.



Seriously babe, kau apasal macam mandom semacam je ni? He’s taken ke?”



Soalan Gina dibiar sepi. Buku menu terus dibelek sebelum memanggil pelayan. Gina tayang muka tak puas hati, tapi menurut sahaja. Makanan dan minuman dipesan. Sebaik pelayan berlalu bersama dengan pesanan dan buku menu, Gina tarik tangan Andria.



“Nombor dia kau ada?”



“Alaa Gina... Janganlaa tanya. Sedih ni... Aku lupa nak mintak nombor phone dia...” Gina tergelak tengok mimik sedih Andria.



But he has your number... Kan?” Tangan Gina digenggam.



Sadly... No. Dia tak mintak dan aku pun tak bagi. Sedih gila aku wei!” Gina gelak lagi. Ditepuk-tepuknya tangan Andria yang masih erat menggenggam sebelah tangannya.



“Alaa.. Takpela.. Bukan rezeki kau, nak buat macam mana,” Pujuk Gina. Andria tarik muncung dan lepaskan tangan sahabat baiknya itu.



“Entahlah.” Dia mengeluh.



“Nama dia apa?” Gina keluarkan Iphone5 nya.



“Hakim.” Andria acuh tak acuh.



“Yelah, Hakim apa?”



“Hakim lah. Nak Hakim apa lagi?”



“Nama penuh dialaa. Kau ni...” Gina dah siap buka laman Google. Google Images lagi.



“Alaa... Aku terlupa nak tanya...” serentak, bahunya ditampar Gina.



“Ya Allah Ria! Sejak bila kau slow ni? Selalu kau cekap gila! Love struck much?” ejek Gina. Andria sekadar menjeling.



“Takdelah. Holiday fling aje. Buat apa nak sibuk korek semua cerita dia? Janji ada orang teman aku jalan-jalan holiday, sudah.”



Yeah right. Selalu kau simpan detail all your previous holiday flings. Tiba-tiba pulaklah yang ini terlepas. Nampak sangat.” Andria kecilkan mata memandang Gina yang bermain dengan Iphonenya.



“Nampak sangat apa?” soalnya bila lama Gina biar ayatnya tergantung.



“Nampak sangat Hakim ni plain tak best punya orang sampai kau tak teringin nak masukkan dia dalam list contact. Hahahahah.” Gina galak ketawa.



“Haha. Kelakar sangat.” Sarkastik. Gina masih ketawa. 



Andria pandang kedua tapak tangannya yang masih merah kemudian menongkat dagu. Plain? Tak best? Rasanya lelaki tu yang paling menarik minatnya. Hakim ada aura yang tersendiri. That arrogance... That-



Babe, tepi sikit tangan tu, orang nak letak pinggan ni. Berangan pulak.” Gina perhatikan sahaja gelagat sahabatnya yang seorang tu. Memang nampak muka kecewa sungguh-sungguh. Seriously? Selama ni kalau Andria pergi bercuti dan flirt around dengan siapa-siapa, memang tak pernah pun dia macam ni. Tapi kali ni?



“Ria.” Bahu Ria disentuh.



“Apa?”



Gina geleng dengan riak muka tunjuk kesian.



I think you got it bad this time. Rugi betul aku tak follow kau backpacking pegi Cameron hari tu.”



“Eh, nasib baik kau tak follow tau? Kalau kau follow, memang tak jumpa la aku dengan mamat sombong tu.”



“Cheh! Nak makan sorang je. Bagilah kat aku sikit.”



“Eh, mestilah. Kau pun makan Eddy sorang-sorang. Mana ada aku mintak sikit pun.” Bulat mata Gina dibuatnya.



“Wei! Gila! Bila pulak aku makan Eddy? Belum lagi!” Gina gelak. Andria ikut tergelak.



“Kau dah makan ke belum Eddy tu, aku tak nak tau. Sekarang aku tau aku nak makan bruschetta nih.” Sekeping wild mushroom bruschetta diangkat dari pinggan.



Bonne appetit!” Gina ikut berbuat perkara yang sama.



Sambil mengunyah bruschetta, Andria memutar kembali memori percutiannya kepada Gina yang tekun mendengar...



********************

Ok, ending mediocre je. 
Dipersilakan menghentam sekarang.. :)
Post a Comment