Kawan-Kawan

Friday, January 11, 2013

Awek Pisang Goreng - 12

Sorry for the late update. Biasalah, orang busy katekan.. Haha~

Anyways, jemput baca. :)


Bab 12.


“Husna? Err... Kenapa ni? Err.. Husna?” Aku buka tali pinggang keledar. Tak senang duduk bila dia masih tak berhenti menangis. Jelas kedengaran sedu-sedannya walau dia menekup muka pada lengan atas dashboard kereta. Teragak-agak aku nak menyentuh bahunya. Akhirnya kedua belah tangan naik meraup kepala. Serius aku tak pasti nak buat apa. Aku tak biasa!

“Husna, stop crying please. Saya... Saya tak ada niat pun nak buat awak menangis. Stop crying Husna, please?” Permintaan aku dibiar tak berjawab. Aku garu kepala. Serabut weh! Tak pernah-pernah lagi seumur hidup aku berdepan dengan orang perempuan menangis ni. Kalau adik-adik tu, biasalah, sebab memang aku sendiri yang sakat sampai menangis. Tapi ni lain! Nak buat macam mana ni? Hish!

“Tolonglah Husna. Please. Janganlah menangis macam ni. I’m sorry if what I’ve said earlier hurt your feelings. But trust me, it never crossed my mind for even once to hurt you.” Dia masih tak bersuara. Hanya sedu-sedannya sahaja yang kedengaran. Aku mengeluh berat. Husna... Awak nak saya buat apa ni? Nak saya buat macam mana ni supaya awak berhenti menangis? Tolonglah Husna, tell me what should I do for you to stop crying, please!

“Husna...” Esakannya dah berkurang. Lega.

“Kita bincang elok-elok? It was never my intention to make you cry.” Dia tegakkan badan dan mengesat muka dengan lengan baju kedua belah tangannya. Aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri. Tengok dia buat macam tu pun hati aku masih boleh kata apa yang dia buat tu comel. Memang sahih gila kau ni Daus, gila angau!

Jemarinya disulam sesama sendiri sebelum dia angkat muka memandang pada aku. Mata kucing itu masih sedikit basah dan merah. Hidungnya juga merah. Aku hulurkan senyum.

“Kenapa mesti macam ni?” lirih suara dia yang dah tertunduk, tekun menekur lantai kereta.

“Kenapa macam ni, macam mana? I don’t get you, Husna.” Aku terus pandang dia yang terus kekal berdiam diri.

“Husna-“

“Kenapa? Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Soalnya tiba-tiba. Dia merenung tepat ke arah aku. Aku tarik nafas panjang kemudian merenung tepat ke dalam anak matanya, biar tembus sampai ke dasar hati.

Why the same question over and over again, Husna? Saya dah cakap dengan awak, dengan ayah awak, dengan mak awak the other day.” Sengaja jeda. Husna diam tak berkutik, masih terus merenung tepat. Tak ada tanda-tanda mahu membalas mahupun membidas.

I’ll tell you one last time, Husna. Nothing’s a coincidence dalam dunia ni. Semuanya Allah dah atur cantik-cantik dalam Luh Mahfuz. Contohnya macam pertemuan kita. Saya dah jatuh sayang kat awak daripada kali yang pertama kita jumpa. And with each day passing by, it only grows stronger. There’s nothing I could do about it other than asking you to marry me. Biarlah saya teruskan rasa ni dalam landasan yang betul. Dalam hubungan yang sah. Tak larat nak tanggung dosa, tahu?” Dia mencebik sebelum mengalihkan pandangan ke depan. Tubuhnya disandarkan pada seat kereta dan tangan disilangkan ke dada.

“Paksa orang tengok wayang hari tu, tak ingat dosa pulak?” tempelaknya. Aku tayang sengih.

“Ingat jugak. Tapi kalau tak buat macam tu, entah bila saya dapat jumpa mak ayah awak tu, kan?” Dia sekadar merengus perlahan.

“Yelah sangat tu. Entah-entah memang selalu buat macam tu. Tengok pun tau, buaya darat. Huh.” Aku ketawa kecil.

I may look like some kind of buaya tembaga, buaya darat type, Husna. But trust me, I’m not. Kalau saya buaya, saya takkan berani pergi hadap mak ayah awak, mintak nak kahwin dengan awak. Kalau saya buaya, awak rasa awak masih selamat ke sekarang?” Ayat terakhir aku buat dia tersentak lalu memandang tajam ke arah aku. Aku hanya tersenyum tenang.

“Percayalah Husna. Saya bukan buaya. Nakal tu iye, but definitely not a buaya.” Dia merengus perlahan sekali lagi. Pandangannya kembali menghala ke hadapan. Memerhatikan orang ramai yang lalu lalang keluar dan masuk bangunan Carrefour itu.

“Awak boleh bagi saya explanation tak Husna? Saya tak paksa awak terima saya. But at least let me have an explanation, please?” Dia tarik nafas panjang.

“Saya tak tau nak cakap macam mana...” Spontan tangan kiri naik ke dahi, memicit kepala yang tak sakit sebelum akhirnya kedua belah tangan meraup wajah. Aku pandang dia semula yang masih berada dalam kedudukan yang sama.

Then tell me, what’s your feeling towards me? Awak rasa apa yang saya rasa, atau memang saya sorang je yang rasa macam ni?” Dia tunduk. Jemarinya disulamkan sesama sendiri.

“Saya... Saya tak rasa apa-apa pun...” Macam sedih je suara dia. Serak semacam nak menangis.

Sure?” Dia angguk. Perlahan tangan kanannya mengesat pipi. Aku hela nafas panjang.

Then look at me in the eyes and say it again like you really mean it so I can buy your lies.” Perlahan dia angkat muka. Mata kucing itu sudah basah. Ada sisa linangan air mata di pipinya. Terasa semacam ringan aje tangan aku ni nak tolong kesatkan pipi dia, peluk dia, pujuk dia, tapi aku tahan. Kedua penumbuk aku kepal erat atas riba sendiri.

Say it again, Husna. Say it like you really mean it.” Dia ketap bibir. Aku nampak takungan air matanya dah naik semula, menanti masa untuk pecah. Aku senyum dan geleng.

You can’t, right? Because you don’t mean it. Because you feel the same way that I’m feeling, I presume. Tapi kenapa, Husna? Kenapa awak nak deny? Saya tak faham.”

“Saya adik, kakak-kakak saya patut kahwin dulu. Saya takut orang mengata kalau saya langkah kakak-kakak saya.” Spontan aku menghentak stereng kereta.

My God! Damn it, Husna! That’s not the issue! Siapa awak, siapa saya, siapa diorang nak pertikaikan soal jodoh siapa yang sampai dulu?” Suara aku naik satu oktaf. Darah dah rasa mendidih. Rasa-rasa macam dah nak naik hantu dah. Kalau ikut hati, dah selamat aku bertukar jadi Incredible Hulk dah ni. Aku pandang dia yang masih menayang muka kesian. Beristighfar berulang kali dalam hati, cuba untuk memadamkan api kemarahan yang semakin menjulang tinggi.

“Boleh ye?” Katanya tiba-tiba. Aku kerut kening.

“Apa yang boleh?”

“Pinang kakak saya, bukan saya.” Aku bersandar pada seat kereta dan tarik nafas panjang. Kedua belah tangan mencengkam stereng dengan kuat. Astaghfirullahal’adziim... Why are you doing this to me Husna? Kenapa? Sekali lagi aku lepaskan keluhan berat sebelum menggeleng dan menegakkan badan kembali. Aku pandang tepat pada raut wajah comel tu lama-lama.

“Kenapa awak nak seksa saya sampai macam tu, Husna?” Kening dia berkerut.

“Seksa? Bila pulak-“

You’re torturing me Husna, by asking me to marry one of your sisters. How could I when here,” tapak tangan kanan aku lekapkan pada dada kiri dan telunjuk tangan kiri naik ke kepala, “and over here, are filled up to the brim with your name, your voice, your face... Filled full with you?” Kedua tangan jatuh semula atas stereng. Dia gigit bibir bawah. Matanya dah kembali berkaca tetapi pantas dikesat dengan belakang tapak tangan lalu dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku hela nafas panjang dan menggeleng juga.

“Saya dah tak ada benda nak cakap. Terpulang pada awak Husna. Awak fikirlah. Mak saya sampai malam ni dari kampung. You have time until 12 noon tomorrow untuk awak bagi jawapan awak.” Jeda. Aku pandang dia yang menunduk dan bermain dengan jemari sendiri. Aku terus masuk gear dan menurunkan brek tangan. Civic hitam kupandu beredar dari situ.

Whatever it is going to be, saya terima je. Though I obviously would be hoping that you would say yes, but still, apa saja yang awak putuskan nanti, saya terima.”

“Saya-“

Don’t tell me now. Awak fikir dulu. Masih ada masa. Mak saya tengah malam nanti baru sampai sini. I’ll call you tomorrow noon.”

“Hmm...” Gumamnya perlahan. Aku telan liur. Terasa perit di tekak. Jujurnya aku dah mula rasa kecewa. Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa. Bohonglah kalau aku kata aku tak kecil hati. Aku mengeluh perlahan. Aku terus memandu menuju ke rumahnya semula.

Sampai depan rumah dia, Husna terus keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam. Aku hela nafas panjang sebelum mematikan enjin dan ikut keluar. Mak dia dah menunggu di depan pintu dengan dua orang perempuan lain. Kakak-kakak dia mungkin, walau gaya penampilan jauh berbeza dari Husna, tapi iras wajah tu menguatkan jangkaan aku.

“Macam mana?” Aku cuma senyum tawar dan menggeleng.

“Tak taulah nak cakap macam mana, makcik.” Mak dia mengeluh dan menggeleng.

“Awak serius ke dengan dia?” Aku pandang pada salah seorang kakak dia yang bersuara. Matanya dikecilkan memandang pada aku. Skeptiklah tu. Yang seorang lagi dah mencuit-cuit, tapi tak diendahkannya. Aku senyum.

“Kalau tak serius, would I be doing what I’m doing now?” Aku sedar suara aku tegang semacam. Tapi aku serius tak suka cara dia pandang aku. Macam aku ni jahat gila nak main-mainkan adik dia.

“Huda.” Mak dia dah menjeling pada kakak yang bertanya. Huda rupanya. Yang mencuit-cuit tadi dah tentulah Huraiyah.

“Huda tanya je Ma, nak make sure.” Balasnya sebelum berbisik-bisik dengan Huraiyah di sebelah yang terangguk-angguk.

“Takpelah makcik, saya balik dulu. Assalamualaikum.” Aku angkat tangan dan berpusing untuk kembali ke kereta.

“Waalaikumussalam. Err.. Firdaus.” Langkah pegun dan aku kembali memandang ke arah mak dia.

“Ye makcik?” Dia kelihatan teragak-agak.

“Esok... Esok macam mana?” Soalnya tersangkut-sangkut. Aku senyum dan jungkit bahu.

“Saya tunggu jawapan Husna. Baik jawapan dia, sampailah mak saya ke sini tengahari esok. Kalau tak... Pandai-pandai sayalah nak cakap macam mana nanti. Makcik jangan risaulah.” Mak dia mengangguk dan aku berpusing semula.

“Firdaus.” Aku pusing lagi, kali ini memandang pada kakak Huda dia.

“Nanti kitorang pujuk dia.” Dia senyum. Huraiyah di sebelah mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum juga. Sikit sebanyak menaikkan kembali semangat aku yang dah hampir-hampir flat tadi.

“Terima kasih. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Sekali lagi memberi salam dan terus melangkah kembali ke kereta. Civic kupandu pulang terus ke rumah sewa.

Sapaan teman-teman serumah saat aku melangkah masuk aku jawab ala kadar sahaja. Sebaik mengunci pintu bilik, aku terus merebahkan diri atas katil. Keluarkan telefon dan dompet letak atas meja di sisi katil kemudian kedua lengan kuletakkan belakang kepala. Merenung siling putih sampai tembus ke langit.

Macam ni rupanya rasa putus cinta. Tak pernah aku rasa selama ni. Selama ni cuma pandai mengetawakan kawan-kawan bila diorang putus cinta. Selama ni cuma pandai mengata kawan-kawan bila diorang putus cinta. Sekarang kau rasalah sendiri, Daus. Lagi kelakar, tak mula pun lagi, kau dah kecundang. Lagi teruk! Padan muka kau, Daus! Selama ni angkuh dan berlagak konon mudah sahaja nak bercinta, sekarang? Huh.

Aku berkalih mengiring ke kiri. Bantal golek aku tarik dan mendakapnya erat. Perut dah mula berbunyi, tapi aku tak terasa nak makan. Kepala ligat memikirkan alasan yang akan diberikan pada mak esok andainya Husna terus memberikan ‘TIDAK’ sebagai jawapan...

Lagu Super Mario Brothers yang terusan bergema dalam bilik mengejutkan aku. Tangan menggenyeh mata yang terasa berpinar memandang lampu bilik yang cerah. Sibuk berfikir, tak sedar aku tertidur terus. Galaxy Ace atas meja aku capai setelah lagu berhenti. Dah hampir jam dua pagi.  Baru nak periksa siapa yang menelefon, lagu yang sama berkumandang lagi. Mak.

“Hello, mak. Assalamualaikum.” Aku berdehem sekali, membetulkan suara yang serak.

“Waalaikumussalam. Achik tidoq dah ka?”

“Haa... Ni mak baru sampai ka? Awat lambat sangat?” Aku duduk atas katil.

“Dak aih. Sampai pukul sebelas lebih tadi lagi. Duk borak sakan, mak lupa nak habaq kat Achik.”

“Ooo... Ok. Mak, takpalah. Achik nak tidoq ni. Esok Achik gheja lagi. Lepaih gheja sok Achik mai na?”

“Haa.. Yalah, yalah. Assalamualaikum.” Aku jawab salam dan terus melontar telefon atas katil. Tubuh kupaksa bangkit, tarik tuala dan keluar dari bilik menuju ke bilik air.

“Aik? Aku ingatkan dah tidur? Aku ketuk pintu tadi senyap je?” Aku senyum sambil menggaru belakang kepala mendengar sapaan teman serumah yang masih setia di depan tv. Orang tak kerja esok, bolehlah.

“Tidoq dah tadi. Terjaga. Belum Isya’.” Dia diam, tumpuan kembali pada skrin tv LCD yang menayangkan perlawanan bola Liga Inggeris. Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Usai menunaikan fardhu Isya', aku bangkit menunaikan solat hajat pulak. Dalam sujud aku meminta supaya segalanya dipermudahkan walau apa sahaja pun jawapan dari Husna yang bakal aku terima. Selesai semuanya, aku sidai semula sejadah yang aku gunakan dan terus menutup lampu bilik. Telefon bimbit atas katil aku capai dan aktifkan skrin nak check masa. Eh, ada sms. Laju aku buka. Husna.

-    Ok, saya terima niat baik awak. Datanglah esok.
Nafas aku rasa semacam tersekat-sekat. Rasa macam nak lompat bintang lapan puluh kali. Rasa macam sekarang jugak nak pergi. Rasa macam nak jerit sekuat-kuat hati. Aku lafazkan syukur dalam hati berulang kali.

Telefon aku letak kembali atas meja dan rebahkan diri atas katil. Senyum lebar yang terukir di bibir dah tak mampu aku hapuskan. Lambatnya nak tengahari!

**************************


Haha~ Rasa ada kureng sikitlah towards the end. I seriously tak pandai buat cerita serius. Hehe.

Ok, silakan menghentam sekarang... :)



Post a Comment