Kawan-Kawan

Friday, December 21, 2012

Awek Pisang Goreng - 1

Kah kah kah kah title tak boleh blah!!

Idea tercetus due to an incident semalam. Tima kaseh Kimi suruh kembangkan buat cerita. I owe you one. Gua belanja lu top up kredit sepuluh ringgit. Keh keh keh :P

Tak mau cerita panjang. Meh baca meh, first chapter. :)



Bab 1.

“Daus!” Aku buat-buat tak dengar panggilan itu, terus tekun menulis di atas job sheet sehinggalah bahuku ditepuk kuat. Terconteng sedikit atas kertas dek tepukan kuat tu.

“Apahal?” soalku sedikit marah. Saiful sengih.

“Relax ah bang chor. Nak marah je kerja hang.” Dia masih sengih. Aku diam dan kembali menghabiskan menulis laporan atas job sheet.

“Daus, esok jadi ke site work kat Nilai tu?” Aku sekadar angguk. Pen aku selitkan dalam poket di dada kiri sebelum mengepit helaian job sheet di ketiak dan mencangkung untuk mengambil kotak-kotak alat pengukur yang aku gunakan tadi. Beberapa naskhah job sheet lagi aku ambil dari atas meja. Nak bawak naik, untuk siapkan laporan dan emel kepada pelanggan.

“Aku naik dengan hang esok. Hang ambik aku kat rumah.”

“Haa.” Jawabku pendek. Kotak alat pengukur aku kepit di sebelah kiri, sekali dengan job sheet tadi.

“Motor Alcom ni aku dah measure cover dengan shaft dia. Cover hantar kat Madurai, shaft tak payah. Lepas tu hang suruh Arip dengan Jowel basuh siap-siap, masuk oven. Esok nak varnish.” Lepas je Saiful angguk tanda faham arahan, aku terus jalan menuju ke pejabat yang berada di tingkat atas. Safety boot yang tersarung di kaki aku tanggalkan dan menolak daun pintu pejabat. Udara sejuk menerpa tubuh yang kepanasan. Lega.

Sir, tadi En. Haziq call. Dia kata call handphone tak dapat. Dia suruh Sir return call.” Belum sempat aku masuk bilik aku lagi, Renu dah sampaikan pesan. Aku sekadar mengangguk. Pintu bilik pejabatku aku kuak luas dan kotak alat pengukur aku simpan kembali dalam almari. Job sheet tadi aku lemparkan atas meja dan menghempas punggung atas kerusi. Penat!

Sepagi tadi cuma berada di workshop kerana separuh daripada budak-budak workshop aku hantarkan untuk kerja-kerja preventive maintenance di sebuah kilang dekat Kapar. Yang tinggal dekat workshop adalah beberapa kerat sahaja. Itupun tenaga kurang mahir. Nak tak nak, memang aku pun kena ikut buat kerja sebab nak kejar delivery schedule.

Kerusi aku rapatkan ke meja. Aku menggeliat sekali sebelum mencapai tetikus. Baru saja membuka folder report, tangan terhenti. Eh, call dulu mangkuk ayun sorang tu. Galaxy Ace yang dah bercalar balar aku keluarkan dari poket kargo. Cheh, padanlah mamat tu tak dapat call, aku letak dalam flight mode rupanya. Aku aktifkan talian semula, cari nama dan dail. Lalu telefon kutekap ke telinga. Sebaik panggilan berjawab, aku terus bagi salam.

“Waalaikumussalam bang chor. Hang awat main katup telefon pulak ni? Aku tibai jugak satgi, hang tau laa.” Aku ketawa.

“Hek eleh, kecoh laa hang nih. Ha, ada apa hang carik aku?” Telefon bimbit aku kepit dengan bahu. File report dalam komputer aku buka. Job sheet atas meja aku selak-selak.

“Langkawi bukak tender. Aku nak ajak hang pi site visit duapuluh haribulan satni.” Jari aku dah mula menaip report.

Job besaq sangat ka sampai nak panggil aku ni?”

“Besaq tak besaq sangatlah. Tapi sebab laa ni company aku duk tengah banyak gheja. Depa nak suruh sub kat hang la. Duapuluh ni, buleh dak?”Aku angguk sahaja. Mata masih tertancap pada monitor komputer dan jemari masih pantas memasukkan data.

“Woi! Aku tanya nih! Duapuluh ni buleh dak?!” Terkejut dengan jerkahan Haziq, Galaxy Ace jatuh atas meja. Aku sapu-sapu telinga yang terasa pekak sekejap. Kurang asam punya member. Aku ambil balik telefon dan pandang skrin, talian masih belum putus. Telefon kutekap kembali ke telinga.

“Woi! Hang ingat aku pekak?!” Haziq dah ketawa berdekah-dekah. Memanglah dia ni teringin sangat nak makan sepak terajang aku. Dah lama jugak kot aku tak belasah dia. Last aku belasah dia masa buat kerja dekat Pasir Gudang setahun lebih yang dulu. Apa punya sengal mamat sorang ni aku pun tak taulah. Baru kahwin tak sampai seminggu, boleh pulak tinggal bini dia yang cantik comel tu sorang-sorang kat rumah. Kalau aku, tak payahlah. Bagi je alasan apa pun, aku buat bolayan je. Habis je kenduri, tutup telefon terus sampai habis cuti. Naik kerja baru on semula. Hahahahah

“Dah tu on tak duapuluh ni? Tiket semua fully paid. Kita pi pagi first flight, balik malam last flight.” Pergh! Pergi balik hari. ‘Dekat’ gila Langkawi tu. Well, kira dekat jugaklah bila naik flight tu, kan. Tak sampai sejam pun.

“Hang nak kejaq apa pi balik hari nih?”

“Kejar masa. Hang tengok kalendar laa sikit duapuluh tu hari apa.” Spontan aku toleh ke arah kalendar kuda yang tergantung di dinding bilik.

“Hari Khamis. Awatnya?” Aku sambung taip report. Haziq dah gelak. Lain macam aje bunyi gelak dia tu. Something wrong somewhere sungguh.

“Kejar masa afdhal laa bai.” Tawa dia meletus, memekakkan telinga aku. Mula-mula aku blur jugak, lepas tu baru dapat tangkap. Barua punya member. Tercemar otak aku yang suci murni nih. Aku gelak juga kemudiannya.

“Duapuluh ni ok kan?” Aku angguk lagi buat kesekian kalinya.

“Aku ok jaa. Hang laa. Satgi duk kelam-kabut, tak sempat pulak nak naik flight. Lepaih laaa waktu afdhal hang. Kesiaannn...” Aku sambung ketawa.

“Takdak. Takdak. Dua jam sebelum departure aku heret hang pi airport dah. Hang dah siap ka, hang belum siap ka, aku tak pedulik. Aku heret jugak.” Aku dah tekan-tekan perut. Memang tak boleh blah betul mamat ni.

“Yalah, yalah. Dah, aku nak buat report nih. Nanti sembang len. Malam ni aku jumpak hang kat Ameer Ehsan kat Kota, bincang len. Hang bawak sekali dokumen aku nak tengok scope. Ok?”

“Ok, ok. Jumpak hang malam satgi. Lepaih Isya’ ok?”

“Ok, ok. No problem. Aku anytime jaa habaq nak jumpa, terus on. Bukan macam hang.” Sekali lagi tawa meletus.

“Oklah, aku nak sambung buat report ni. Jumpak malam ni. Assalamualaikum.” Haziq jawab salam dan matikan talian. Telefon aku letakkan di hujung meja. Baru nak sambung kerja, perut aku dah berkeriut. Alamak, potong betullah. Jam di pergelangan tangan kanan aku kilas sekali. Mak, padanlah lapar lain macam, ada dua puluh minit lagi nak pukul tiga rupanya. Aiseh, Zohor pun aku belum buat lagi. Chiss! Aku save dan tutup file. Telefon aku selit semula masuk poket. Semua job sheet aku angkat lalu keluar dari bilik.

“Renu, you taip report ni semua. Dah siap letak balik atas meja saya. Saya nak keluar lunch.” Tak tunggu dia angguk, aku terus melesapkan diri turun ke surau di tingkat bawah. Gila lah boleh tak perasan time pulak. Rosak, rosak. Hish!

Usai fardhu Zohor, aku terus keluar dari bangunan pejabat. Dah parkinson dah tangan aku ni lapar sangat. Dari pagi tak makan apa. Pagi tadi cuma bersarapan dengan secawan milo suam. Sarapan seorang juara katanya. Juaralah sangaattt... Pffrrttt!!

Punat remote kutekan lalu aku masuk ke dalam kereta. Aviator bercermin hitam pekat atas dashboard aku capai dan kenakan. Enjin kuhidupkan dan terus beredar dari kawasan pejabat menuju ke kedai makan terdekat. Tak sempat masuk parkir lagi, tuan kedai dah tunjuk isyarat yillek. Aiseh. Kecewa betul. Perut masih terus menyanyi riang ria. Aku kerling pada jam di dashboard kereta, dah pukul tiga. Haduiii... Mana laa nak carik nasik nih? Dah tentu-tentu tak ada. Pasrah ajelah aku terpaksa makan kuih je hari ni. Adeh, gila sedih.

Civic hitam kupandu laju menuju ke gerai kuih yang biasa aku singgah. Elok parkir aku baru perasan ada sebuah gerai kecil yang baru di hujung. Ada seorang perempuan sedang menjaga tapi membelakangkan barang dagangan. Ni kalau ada orang lalu copet pisang goreng dia sebutir dua ni, harus tak perasan. Aku matikan enjin dan keluar dari kereta. Dari tempat aku berdiri lagi aku dah dengar sayup-sayup lagu rancak. Bila aku membawa langkah menuju ke gerai kecil itu, aku dengar dengan jelas lagu Holiday nyanyian kumpulan Green Day dari Samsung Champ yang ditegakkan atas meja di hadapannya tu. Pergh, boleh tahan makcik ni. Eh, ye ke makcik? Tengok dari belakang, gaya dressing ala-ala makcik solehah aje nih. Dengan baju kurung, tapi pakai seluar track. Tudung pun besar tahap boleh masuk sorang lagi. Aku kulum senyum.

“Kak.” Aku memanggil dengan gaya sopan santun lelaki melayu terakhir. Tapi sayang tak ada respond. Dia ni pekak ke hapa? Aku berdehem sekali, kuat. Pun masih tak ada respond. Ni kalau budak-budak workshop yang dengar aku berdehem semua dah pakat mencicit lari, makcik ni duk selamba lagi tak perasan? Mencabar kredibiliti aku betul laa.

“Assalamualaikum!”

“Hoi!!” Jeritnya seraya melompat dari kerusi. Aku nampak sebuah buku terbang tinggi melayang lalu jatuh cantik dalam dulang pisang goreng. Terkesima sekejap aku jadinya. Apa ke teruk sangat kau punya refleks nih? Dia berpusing dan aku terkesima lagi buat kali kedua. Subhanallah, indahnya ciptaanMu...

“Eh, sorry, tak perasan ada orang. Abang nak apa?” Cepat-cepat novel Harry Potter di dalam dulang itu dialihkan ke meja belakang, kemudian dia melarik senyum. Aku rasa skru lutut dah longgar. Menggegar iman betul dia punya senyum. Fuh fuh fuh fuh!

“Bang, nak apa?” Suaranya dikeraskan, buat aku tersentak. Aviator aku tanggalkan dan senyuman aku hadiahkan kepadanya. Tiba-tiba dia tarik muka. Aik?

“Nak apa? Cepatlah.” Aik lagi sekali? Dah berubah pulak nada suara dia.

“Pisang goreng dua ringgit.” Laju dia menyepit pisang goreng memasukkannya ke dalam plastik. Elok dia ikat plastik, lagu Holiday habis. Masuk lagu baru,

‘Kini tiba masanya berhari raya,
Muslimin dan muslimat, sembahyang bersama’ 

Sebelah kening aku terjungkit tinggi.

“Aik? Lagu raya?” Dia senyum tersipu-sipu lalu mematikan lagu dari telefonnya.

“Sibuk.”Gumamnya perlahan, tapi masih jelas terdengar di telinga ini. Dua helai not RM1 aku hulurkan padanya. Bila dia menarik, aku pegang kejap.

“Ni apahal pulak nih?” Marah dia. Berkerut-kerut keningnya. Aku geleng dan lepaskan pegangan. Plastik pisang goreng aku ambil.

“Awak tak jawab salam saya awal-awal tadi.” Sinis aku. Berubah terus riak wajah dia.

“Huh, tak perasan! Waalaikumussalam!” Dalam hati aku dah gelak sakan. Pantang kena usik sikit, nak snap je terus. Dah serupa snapping turtle je aku tengok. Muka dia kelat sungguh. Tapi masih terserlah kecomelannya. Pipi tembam gebu macam pau terlebih yis tu buat aku rasa geram nak cubit-cubit.

“Ok, saya beli ye?” Sekali lagi dia tersentap.

“Hah? Aaa.. Yelah, saya jual!” Dia terus membelakangkan aku, duduk dan Harry Potter dibuka. Aku nak beredar, tapi aku perasan sesuatu yang tak kena.

“Pandai awak baca buku terbalik, kan?” PAP! Buku ditutup dan dihempas atas meja. Dia dah berpaling menghadap aku semula dengan muka bengang. Sungguh-sungguh aku gelak, tapi dalam hati. Aku kenakan Aviator semula dan menarik senyum senget.

“Tak baik garang-garang dengan pelanggan. Mahal rezeki nanti.” Dia julingkan mata ke atas dan merengus.

“Takde, ngan awak je. Sebab awak sorang je sengal lebih!” Woah... Feisty! I like... Aku ketawa kecil.

“Takde, ngan awak je. Sebab awak comel sangat!” Balas aku. Dia menganga. Aku terus angkat plastik dan beredar ke kereta. Dalam hati rasa berbunga-bunga. Ni harus ada yang tiap-tiap petang cari pisang goreng lepas ni, nih. Enjin aku hidupkan dan Civic mengaum garang. Aku turunkan tingkap siap siap, buat pusingan U dan bila melewati gerainya aku perlahankan kereta dan melambai. Dia tunjuk penumbuk. Aku gelak.

Mak, Achik rasa Achik dah jumpa calon menantu mak dah ni... Hahahahahah

* * * * * * * * * * 

Ok, jujur cakap, idea je yang tercetus,  tapi jalan cerita dah jauh menyasar dari kejadian sebenar. Kakakakak :P

Anyways, what say you? Comments please... ;)


24 comments:

eifa yusof said...

Salam. hahaha. report kat mem. gurau jer. lawak laa. menarik jugak cite baru nie. teruskan mengarang yer Syah.

Anonymous said...

Nice one.. keep it up..

missz nur said...

Intro yg best! Tp sbb haziq ada wat cameo lam ni..masih demam ngn haziq..kalah hero..haha

Akim Halim said...

nk reporrt kak mem...hahahahaa...gile siyes duk gelak..sempat lg ngorattt...kantoiiiiiii...hahahaha..best2....esok next n3..kakaka

arina said...

haha,,, lawak2,, nama nya??

nak lagi2,,,,

~arina rifqah

Hushu said...

comel!!!! seriously rasa comel.. :)

Syah Shah said...

@eifa yusof : Tima kaseh kak. Ye, pasti. :)



@Anonymous : Terima kasih. :)



@missz nur : Thank you! Ah, sekejap je tu.. Ni hero baru dah mari. Lepas ni lupa terus kat Haziq. Hahahahahah :P



@Kimi Ue : Gua tak ngoratlaa. Gua tegur pastu terus blah je lepas bayar ok? Hahahahah :P

TEngkiu tengkiu. Ahahahah :D



@arina : Nama siapa? Awek pisang goreng itukah? Keh keh keh Nanti. Nanti. Blom buleh reveal lagi. Hahahahah :P



@anne : Comel cam saya. Eh? Muahahahahah :P

terima kasih. :)

Fatrim Syah said...

Assalamualaikum Syah Shah,

Fuh! Aku suka bahasa hang, teringat masa aku baca novel MURTAD terbitan Buku FIXI, sebab bahasa Kedah tulah aku tertarik. Good job la Syah, tulisan memang santai.. keep it up okey!.

Salam manis,
Fatrim Syah

Unknown said...

Wah Syah..bangga jap coz ada sebut nama tmpt kelahiran akak..heh heh heh Kapar tuu.. adeh kelakar lah minah goreng pisang tu..dok menahan senyum ajo nie... tunggu next n3..

Syah Shah said...

@Fatrim Syah : Waalaikumussalam. Terima kasih. Aku memang cuma boleh menulis dengan bahasa santai. Serius kalu, boleh meletup kepala. Hahahah :P

Serius hanya masa kerja. :)



@Risna Idris : Ye kak, berbanggalah dengan tempat kelahiran kita. Heheheh

Jangan tahan-tahan senyum tu kak, senyum je, saya tak marah punya. Ahahahah :P

Anonymous said...

I loike!! Sila sambung laju2 yer incik syah!!

-jha-

Syah Shah said...

@jha : Glad you liked it. :D

Takleh nak laju sangat, banyak speed bump. Hehe :P

umairah ha-neul said...

Cane boleh selit haziq plak tuuu . Kan dah terkenang2 kat haziq tuu.. Heheheh . Btw best ! Sempoiii jaaa . :D

Syah Shah said...

@umairah ha-neul : Memang saja selit dia sekali. Hahahah :)

Thank you sudi baca. :D

umairah ha-neul said...

Hehehe . Welcome ! karya yang best2 dari syah . Publish laa novel bnyk2 nnt . Ehehehe :D

Syah Shah said...

@umairah ha-neul : TErima kasih lagi sekali. InsyaAllah, saya cuba sedaya upaya. :)

Unknown said...

Hehe... (^______^ sengih2)

Syah Shah said...

@Kucing Cat : Hehe *sengih2 jugak* :)

R'hanida said...

best la...Chapter 1 da suke harus la follow smpi abis kannn

Syah Shah said...

@Arhanida : Terima kasih sudi follow. :)

All in One said...

Lalalalaa syah...lawok2..i like

Syah Shah said...

@alin0ne78 : Terima kasih.. :)

Ayu dzulkarnain said...

:)

dkdkay said...

Suke3