Ampun beribu lemon sebab lambat gila apdet chapter baru. Tersangkut sikit gara-gara cerita main aci pakai belasah je taip tanpa sebarang plot. Haha~
Dah, malas cakap banyak. Jemput baca. :)
Bab 2.
Jari-jemari mengetuk-ngetuk meja mengikut rentak drum
lagu Starlight nyanyian kumpulan Muse yang bergema dalam kepala menerusi earpiece yang aku pakai. Tumit ikut
terhentak-hentak ke lantai. Sesekali aku mengilas pada jam di pergelangan
tangan. Dah pukul sembilan suku dah pun. Lambat sungguhlah mamat sorang ni.
Milo ais atas meja dah separuh aku sedut pun dia tak sampai-sampai jugak lagi. Dahlah
kata nak jumpa malam kelmarin dia sendiri cancel, malam ni boleh buat lambat
pulak. Janji melayu betul. Ni dia sampai ni harus aku belasah dulu sampai puas.
Pandangan aku lemparkan ke sekitar kawasan restoran mamak
yang hampir penuh sambil jemari masih tak berhenti bergendang. Kelibat orang
yang ditunggu-tunggu masih tak muncul. Aku seluk poket kargo, mengeluarkan
telefon bimbit. Dan saat aku mengangkat pandangan, tiba-tiba mata aku menangkap
kelibat seseorang. Aku tarik senyum senget. Dua hari ni aku tak sempat nak
pergi cari dia. Dan hari ni dia menyerah diri dekat sini. Hati ni rasa
mengeletat je nak pergi sapa dia, tapi melihatkan dia beramai-ramai dengan
kawan-kawan, aku hanya mampu tahan sabar.
Gelas milo ais kutarik. Perlahan menyedut minuman sambil
mata tak lepas dari memandang ke arahnya. Aku tengok awek pisang goreng haritu
sedang berbual dengan tiga-empat orang kawan-kawan dia sambil mengepit beberapa
buah buku. Kawan-kawan dia semua dressing biasa perempuan sekarang, baju t
lengan panjang, tudung yang diselimpangkan ke bahu dan berseluar panjang. Tapi
dress up awek pisang goreng masih sama macam kelmarin. Tudung besar, berbaju
kurung tanpa kainnya dan berseluar track. Serius, macam kelakar pun ada. Andai
kata itu orang lain, harus aku dah bantai gelak berguling-guling atas lantai.
Tapi tak tau kenapa aku tak boleh nak gelak tengok dress up dia tu. Tengok
macam comel je.
Dia dan kawan-kawan dia berjalan masuk dalam restoran dan
masa tulah dia baru perasankan aku. Aku sekadar jungkitkan sedikit sebelah
kening. Dia pulak dah berkerut-kerut kening. Tak tunggu, terus berbisik-bisik
dengan member kat sebelah. Kawan dia dah gelak-gelak sambil tutup mulut. Lepas
tu pegi cuit kawan-kawan sebelah depan pulak, bisik-bisik lagi. Masing-masing
pakat gelak-gelak tutup mulut. Pergh! Tak agak-agak budak ni nak mengumpat aku
pun. Depan-depan, terang-terang. Mendidih je aku tengokkan. Tambah mendidih
bila nampak mangkuk ayun sorang tu baru sampai dan tersengih-sengih tayang muka
tak bersalah datang lambat. Grr! Double
grrr!!
“Sorry Daus.
Sangkut pulak kat rumah. Amir meragam pasaipa tak tau. Lama ka hang tunggu?” Aku
tak jadi marah bila dia petik nama budak kecik tembam tu. Dia tarik kerusi
depan aku dan terus duduk. Aku kilas semula pada awek pisang goreng dan nyata
dia dah hilang dengan kawan-kawan dia tadi. Huh. Takpe, lain kali gua balas
balik! Ipod aku matikan dan tarik earpiece
lalu sangkut ke bahu. Telefon bimbit di tangan aku selit semula masuk poket. Sebuah
folder plastik berisi dokumen tebal Haziq
letakkan atas meja beserta Macbook Air Pro nya. Manager merangkap engineer
kat international company, bolehlah pakai barang-barang
mahal camtu. Aku ni setakat ‘enjin nyior’ cabuk dekat syarikat swasta
kecil-kecilan, boleh menganga ajelah tengok.
“Sampai tinggal suku aku telan milo ni, kira lama
jugaklah aku tunggu hang. Denda!” Dia sengih. Aku ikut sengih. Gelas milo ais
aku tolak ke tepi.
“Tu ka tender?” Aku tunjuk pada folder plastik dan dia angguk. Folder
plastik tu aku capai dan dokumen aku keluarkan. Gelas milo ais aku tarik
semula, sambil baca skop kerja, sambil perlahan menyedut milo.
“Sudah order
ka?” seorang macha berdiri tegak sebelah Haziq, sedia nak ambil pesanan.
“Milo ais.” Jawab Haziq.
“Dua.” Tambah aku. Milo ais aku dalam gelas dah selamat
sejahtera dah, tinggal ais je.
“Makan?” Dia pandang aku.
“Aku makan dah kat rumah tak sat ni. Hang?” Aku geleng
sahaja sambil mengunyah ketul ais dan menunjukkan pinggan kosong di meja
sebelah yang aku letakkan lepas habis makan tadi.
“Tunggu hang, dan mati kebuloq dulu aku.” Dia gelak dan
bagi signal ok. Macha tu berlalu
pergi.
“Sorrylah Daus.
Elok lepas makan sat tadi, Amir mengamuk sakan pulak. Kalau tak sebab Khamis ni
nak pi dah, memang aku tak mai dah ni. Kesian kat kak hang tu.” Dia bagi
alasan. Memang terbaik sangatlah alasan tu. Asal dengan aku je memang tak ada
alasan lain, Kak Maira dengan Amir je alasan dia. Nasib baiklah aku ni memahami
orangnya. Haha~ Masuk lif, picit button
tingkat paling tinggi.
Aku diam tak menjawab lagi. Tak payah cakap pun, buang
karan je. Ada je kang jawapan dia. Banyak alasan, sama macam aku. Daripada
menyesakkan nafas berlawan cakap dengan klon diri sendiri, baik aku baca je
skop kerja ni.
“Milo ais dua aa?” Aku toleh ke sebelah. Dua gelas milo
ais diletakkan atas meja. Bil atas meja diambil dan dicatit tambahan pesanan. Bil
diletakkan semula.
“Alright, thank you
macha.” Aku tolak segelas pada Haziq sebelum menyambung membaca dokumen.
Haziq diam menikmati milo aisnya sampailah aku masukkan kembali dokumen dalam folder. Bila aku hulurkan folder semula padanya, dia geleng.
“Hang punya copy.
Balik sat ni, study.” Katanya. Aku
letakkan folder atas kerusi sebelah.
“Sibuk sangat hang laa ni, Daus?” Aku pandang Haziq dan
jungkit kening. Soalan tak terduga sungguh nih.
“Boleh tahan laa. Awat?”
“Berapa lama dah hang tak balik kampung?” Aku sengih. Gelas
milo ais aku tarik dan mengacau-ngacau dengan straw.
“Hang jumpa mak aku ka?” soalku sebelum menyedut sedikit
minuman. Haziq sengih dan angguk. Aku ketawa kecil. Confirm mak mengadu domba kat dia ni cakap aku dah lama gila tak
balik kampung. Achik bukan sengaja laa mak. Achik sibuk ni. Nak cuti hujung
minggu pun payah, inikan pulak nak ambil cuti panjang balik kampung. Memang
azab laaa sementara nak dapat tu, kena kerahan tenaga berlipat kali ganda
jawabnya.
“Bila hang balik SP?”
“Dua minggu lepaih. Tak sempat-sempat aku nak masuk
ghumah lagi mak hang mai datang tanya hang.” Dia ketawa kecil. Aku kulum
senyum. Dah faham sangat dah perangai mak yang seorang tu. Bukanlah aku ni
satu-satunya anak mak, adik beradik aku ada tujuh orang kot. Tapi aku jadi satu-satunya
anak mak yang berada di luar dari wilayah utara Malaysia. Itulah punca mak
sangat kepochi bila sampai hal yang membabitkan aku. Nak-nak pulak Haziqlah
orang yang bertanggungjawab membawa aku ke tempat aku sekarang ni. Haruslah
bila nampak dia tapi tak nampak aku, mak akan jadi kepochi. Haihlaa mak...
mak...
“Mak kata apa?”
“Biasalaa. Duk tanya awat hang tak balik-balik lama
sangat. Macam kan aku gheja sama tempat ngan hang dia punya tanya tu.” Aku
gelak.
“Hang habaq kata apa?” Dia geleng.
“Nak kata pa lagi? Aku habaq jaa laa hang sibuk sangat
laa ni duk banyak gheja tak buleh nak cuti. Lepaih tu suruh aku
tengok-tengokkan hang lah, apalah. Haih, sejak bila hang jadi anak dara pun aku
tak tau nak kena aku tolong tengok-tengok pulak. Sejak bila aku naik pangkat
jadi abang hang pun aku tak tau jugak tu.” Aku gelak lagi. Adoilaa mak yang seorang
ni pun.
“Bukan hang memang abang aku ka?” Dia pulak gelak.
“Tak ndak aku aih! Tak dak hasil!” dan tawa aku ikut
meletus kuat. Tak lama gelak, Haziq tiba-tiba buat muka serius. Apahal pulak
mamat ni?
“Lagi satu mak hang tanya, hang duk ada girlfriend dak gi. Bila nak mai bawak
jumpak. Dia tak sabaq dah tu.” Aku julingkan mata ke atas dan mengeluh sebelum
menggeleng. Mak ni, sejak-sejak umur aku dah masuk three series enam bulan yang lepas, tak habis-habis dengan soalan
tu. Naik tuli kot telinga aku ni dengar. Tak cukup tanya melalui telefon, dia
sms lagi. Achik muda lagi mak oi. Life
begins at forty!
“Dah, hang goreng apa kat mak aku?” Aku sedut milo ais.
“Aku habaq takdak, hang gay.” PUURRR!! Bersembur milo ais atas meja sebelum aku batuk tersedak-sedak.
Milo yang meleleh di dagu aku kesat dengan belakang tangan. Sungguh kurang
didikan betul mangkuk hayun sorang nih.
“Mangkuk hayun hang!” Bersungguh-sungguh dia gelakkan
aku. Chett. Aku pelupuh kat sini satgi, hang tau laa...
“Yang lawak tu, mak hang jawab, oh, takpalah. Gelak
guling-guling aku tang tu!” Tak jadi marah, aku ikut ketawa. Mak oi, awat blur sangat nih? Achik straight macam pembaris, ok? No bengkang-bengkok!
“Hang mentang-mentang mak aku jenis blur, suka-suka hang
pekena dia na? Aku buh penampaq jugak satgi, baru hang tau.” Haziq masih ketawa
tak berhenti. Aku berdehem sekali dan mengesat leher bila terasa-rasa macam ada
milo yang meleleh di situ. Kemudian aku pandang baju. Nasib baik warna baju pun
serupa warna milo. Kalau ada kena pun, balik nanti ajelah aku uruskan. Aku terus
ke sinki membasuh tangan dan kembali semula ke meja.
“Aku tak boleh lama sangat ni. Aku keluaq tadi pun Amir
tak diam lagi.” Haziq habiskan milo aisnya. Bil atas meja dicapai.
“Hang tak habaq. Kot dak aku pi ambik kat rumah hang jaa.
Bukan jauh mana pun.” Dia dah berdiri.
“Issokay laa
der.” Dia ke kaunter menyelesaikan bil kemudian kembali semula.
“Nanti Khamis pagi tu pegi dengan aku. Flight pukul tujuh lebih. Pukul 5 paling
lewat kena gerak pi airport. Hang tinggal
kereta kat rumah aku.” Aku angguk.
“Ok, jumpa nanti. Assalamualaikum.” Dia jawab salam dan terus
beredar. Aku bersandar pada kerusi. Milo ais yang masih berbaki suku dalam
gelas aku kacau dengan straw. Jam di
pergelangan tangan aku kilas sekali. Dah dekat pukul sepuluh. Alang-alang hari
ni dapat keluar awal, balik rehat sajalah. Penat gila kot hari-hari balik kerja dekat
tengah malam. Milo ais aku habiskan, capai folder
dari atas kerusi dan terus bangun.
“Aduh!” tergamam sekejap aku melihat buku-buku dan
kertas-kertas yang berterbangan di udara sebelum mata menangkap tubuh kecil itu
sudah terduduk di atas lantai dengan muka berkerut. Err... kenapa aku tak
perasan pun aku langgar orang? Dia ni ringan sangat ke sampai boleh
terpelanting macam tu?
“Err... Sorry.
Tak sengaja. Awak ok?” Buku-buku dan kertas yang dah berterabur tu aku kutip
semula.
“Kalau tak buat buku orang terbang, tak sah. Benci betul.”
Sempat telinga rimau aku ni menangkap rungutan perlahan dia tu. Aku tarik
senyum senget. Tiba-tiba rasa tanduk dah naik kat kepala.
“Kan? Menunjukkan berapa punya suka awak kat saya, sampai
terbang-terbang habis semua buku-buku awak.” Membuntang biji mata dia memandang
aku. Cepat-cepat dia bangun dan menarik buku-buku dalam tangan aku.
“Tolonglah. Tak ada makna, ok? Kenal pun tak. Huh.” Dia mencebik,
menoleh ke sebelah lain. Aku ketawa kecil. Kedua tangan aku masukkan ke dalam
poket.
“Eh, tak kenal lagi ye? Fine, nama saya Firdaus. Awak?” Laju dia memandang aku semula. Aku masih
macam tu. Tayang muka selamba, riak tak bersalah.
“Siapa yang nak kenal dengan awak? Gila!” bentaknya. Aku senyum
sahaja.
“Awaklah. Kalau tak, takdelah awak buat-buat terlanggar
saya tadi, kan?” Membuntang lagi biji matanya.
“Eh, takde maknalah saya nak buat macam tu. Jangan perasan,
boleh tak? Awak yang langgar saya. Mata letak kat lutut!” marahnya. Aku ketawa.
“Mata saya elok je kat sini. Mana ada kat lutut. Tak percaya?
Nak tengok?” Kening dia dah berkerut-kerut dengan bibir diketap rapat.
“Tapi tak bolehlah saya nak tunjuk. Lutut tu aurat. Kalau
awak nak tengok jugak, jom kita kahwin. Nak?”
“Argh! Boleh gila lah kalau cakap dengan awak ni!” Tawa
aku meletus. Serius seronok tengok muka bengang dia tu, comel satu macam. Dia dah
berpusing nak beredar.
“Eh, tunggulah sekejap. Awak tak cakap lagi nama awak
siapa. Tak adillah macam tu. Awak dah tau nama saya.”
“Saya tak tanya pun, awak yang tak malu pegi bagitau.” Dia
terus melangkah laju. Aku mengekor dari belakang. Baru aku nak melaung menyuruhnya
menunggu sekali lagi, seorang kawan dia dah menerpa ke arahnya dan menarik dia
pergi. Sebuah bukunya jatuh. Aku tak sempat panggil, dia dah jauh dibawa lari
dek kawan dia. Buku yang tergeletak atas kaki jalan tu aku kutip. Diari ni. Aku
telan liur. Kulit buku aku selak.
‘Senah Punya’ tertera di muka paling hadapan. Kulit buku
aku tutup pantas. Senah? Senyum senget terukir di bibir. Siapla kau esok, Senah.
Hutang kau mengumpat dengan kawan-kawan kau tadi akan aku tuntut. Hahahahahahah
* * * * * * * * * * * *
Harap-harap menepati piawaian. Haha~
Comments please... :)
18 comments:
duk gelak sensorang....kakakakaka...seanh pulak dh...kakakaka...oh senah...
Salam. berbaloi-baloi nunggu. ekeke. Amir tu anak sapa eh.. blur sikit. cepat2 sambung lagik. kasi perangat . hahha
@Kimi Ue : Sok-sok kau mintak nak peluk Senah pulak aku tak tanggung. hahahahahah
@eifa yusof : Anak Esah laa... First chap kan kata dah setahun lebih diorang tu kawen. hahahah
Sabaq naa kak? PEning tak abih lagi nih. hahahahah
Nice.. berjaya membuat saya gelak gile pg ni.. hahaahaha
Senah???oh mai! Tak agak2 nama!hahaha
Best syah!
Dulu esah skang senah ? Amboii namaa . Hahahaha
@Gina : Thank you! Thank you! Haha~
@missz nur : Best apa nama Senah tu. Akakakakakakak :P
Thank you! :D
@umairah ha-neul : I love classic names! Akakakakakak :P
Salam. huaaaaa... tgh2 layan Esah, tiba2 ilang laa pulok. x dan abis baca laa dik ooiiii.
@eifa yusof : Cepat abiskan, saya kasik can nih pegi publish balik. heheheheh
Haziq da ade anak name amir???? Wah!!! Suke suke suke.....
-Jha-
@jha : Amboi, memasing pakat tak habis angau lagi ke kat Haziq? Hahahah
Haruslah... cinta pertama tu.... cewah....
-Jha-
@jha : Iyelah tu... Hahahahah
Salam Syah,
Sorry naa lambat komen. Aku gelak je sepanjang baca, ada part2 tu memang nak berguling2 aku baca. Part G aku malas sebut, three series, macam2 lagilah.
Nakal tul Daus ngan Amir. Tak baik Daus ketawakan awek goreng pisang tu punya fesyen, tapi aku pun gelak, ish2 tak baik! Dosa gelakkan orang.
Eh! O... nama dia Senah ya. Diari jatuh lak..
@Fatrim Syah : Salam. Takpa, takdak hal. :)
Daus ngan Amir? Wei, Haziq laa.. NAmpak sangat kau masih pening tak kebah demam lagi. Hahahahah
JAtuh diari dia... Nak dijadikan cerita... MAcam tu ah... Haha~ :)
hemm hny bc bab 1 dan 2 d penulisan2u... so long time... jmpe plak novel ni.. so worth it..n that's it.. hope 2 c awek pisang goreng 2 yg lbh thrill... nice writing after anis ayuni.. it's so you...
Dh lama pndang novel kt psrn tp xlnts dht nk beli...tp bila dh bc kt blog punyelah akk gelak sorang2....best rupanya....thniah...gerenti beli....
assalamualaikum....baru terjumpa blog ni ;-)
bila baca...dok gelak sorang2... terbaik la
Post a Comment