Mula-mula sekali nak mintak maaf to Twilight fans... Kenapa? Err... Err... Ah, baca ajalah. Tapi serius ni, mintak maaf ye? :D
Ok, enjoy reading! :)
Bab 5.
Aku bersiul riang sambil menapak ke arah lobi lif The
Summit. Dalam kepala sudah terbayang-bayang rancangan petang nanti. Berpuluh-puluh
pelan aku rancang malam tadi sampai terus tak jadi main game. Bersungguh-sungguh aku rancang sampai tertidur, alih-alih
terjaga dah masuk subuh dah. Asyik duk fikir Senah, Senah. Nasib baik tak ada
mimpi apa-apa. Kot tak, aku pun takut nak pegi jumpa dia petang karang. Takut
terbayang-bayang. Hahahahah
Tak sempat tekan butang, pintu lif dah terbuka dan
beberapa orang keluar. Aku terus masuk dan tekan butang tiga. Pelan untuk hari
ini adalah tengok movie dulu, lepas
tu baru pergi cari Senah. Diari dia aku dah bawa siap-siap, tinggalkan dalam
kereta. Memang nak cari dia lewat-lewat petang. Masa tu confirm dah tak ramai orang nak beli pisang goreng. Senang sikit
aku nak bercakap dengan dia. Dan disebabkan nak menunggu lewat petang tu bakal
membuatkan aku sangap sorang-sorang kat rumah, itulah sebabnya aku datang sini
tengok movie. Killing time kata orang
putih. Hehe
Pintu lif terbuka selepas sampai ke tingkat 3. Aku terus
keluar. Kedua tangan berada dalam poket. Dalam kepala dah set nak tengok Rise of the
Guardians lepas tengok iklan kat tv pagi tadi. Langkah ku atur kemas menuju
ke kaunter jualan tiket. Ramainya anak-anak gadis. Berpinar biji mata. Ni confirm tak ada lain, masing-masing nak
tengok Rob Pattinson dengan budak jadi serigala tu apa entah nama dia aku dah
lupa. Tak kisahlah, janji hasrat aku nak tengok Rise of the Guardians tu tercapai. Cepat-cepat aku beratur di
belakang sekumpulan anak gadis yang baru beratur dan sibuk berborak.
Mata aku menangkap sesorang dalam kumpulan anak gadis
tersebut. Nampak familiar je. Tapi
macam tak berani nak teka itu orangnya. Sebab macam langit dengan bumi kot
perbezaannya. Aku telan liur. Nak tegur tak berani takut salah orang, jadi cuma
boleh perhati sahaja tanpa dia sedar sikit pun. Leka sangat dengan kawan-kawan
dia. Dia tak bersuara pun, cuma senyum dan sesekali ketawa menekup mulut. Betul
ke dia eh? Tapi macam lain gila. Tak macam yang biasa aku nampak.
Biasa nampak? Cheh. Baru dua kali jumpa, dah biasa nampak
konon. Ah, apa-apa ajelah. Yang penting penampilan dia hari ni memang macam
langit dengan bumi punya beza. Berseluar jeans hitam, blaus longgar panjang
sampai ke lutut warna hitam dengan motif bunga ros merah kecik-kecik dan
berkardigan lengan panjang hitam. Siap berselendang lilit-lilit. Tapi walau
selendang berlilit tetap dilabuhkan sampai ke perut. Bahu pun bertutup.
Belakang pun sama dilabuhkan sampai ke pinggang. Serius, aku tak pernah lagi
nampak orang pakai selendang bertutup macam tu. Adik-adik aku pakai selendang pun
semua stok tutup depan, belakang nampak. Tak balance. Tapi yang ini... Ini yang pertama kali aku nampak sangat balance. Dah laa comel gila, makin comel
pulak aku tengok. Nak-nak bila dia senyum-senyum tu. Menggegar iman betul.
Longgar skru lutut nih rasanya. Fuh fuh fuh fuuuhhh!
“Aku pun nak tengok Edward jugaklah kalau macam tu!”
Tiba-tiba kawan dia jerit excited.
Aku julingkan mata ke atas. Girls and
their obsession for that sparkling gay ass vampire...
“Eh? Tak aci! Tadi kata nak tengok Rise of the Guardians dengan aku. Kenapa tukar last minute pulak ni? Takkan aku nak masuk tengok sorang-sorang
pulak?” Eh, minah comel ni tak nak tengok Twilight?
Aku tengok kening dia dah berkerut-kerut. Membuatkan hati aku bertambah yakin
memang dialah orangnya. Orang yang sama. Dan ketidakmahuan dia menonton cerita Twilight buat aku rasa dia semakin intriguing. Lain dari yang lain.
“Alaa Senah, kita tengok Twilight laa... Aku memang nak tengok sangat ni. Kan ni cerita final dia.” Yes, confirmed. Memang
Senah! Yes! Yes! Lompat bintang lima kali! Eh, kejap. Twilight cerita final? Means there will be no more sparkling gay ass vampires after this?
Alhamdulillah! Balik kang aku nak buat sujud syukur! Aku tengok Senah dah tarik
muncung. Auh... comelnya muncung... rasa nak ikat reben. Heh.
“Aku tak suka laa cerita tu. Afi tadi dah janji dengan
aku. Tak aci laa kau ni...” Aish, manjanya cakap... Nasib baik bukan cakap
dengan aku. Inipun aku rasa macam dah nak meleleh ke lantai dah.
“Alaa Senah, lain kali laa kita tengok cerita tu, eh?
Hari ni kita tengok Twilight, eh?”
Pujuk kawan-kawan dia lagi sambil menarik dia ke kaunter kosong. Senah geleng. Dia
buat keras depan line. Kawan-kawan
dia pandang aku macam mintak pengertian supaya tak marah ada adegan
tarik-menarik macam tu. Kaunter sebelah lagi dah kosong dan jurutiket dah
menggamit aku. Aku pandang Senah yang membelakangkan aku, kawan-kawan dia dan
kemudian ke kaunter tiket.
“Tu laa... Abang dah cakap diorang mesti tak nak tengok
cerita tu. Diorang mesti nak tengok Twilight.
Nasib baik abang datang jugak, ikut jugak. Tengok dengan abang ajelah cerita Rise of the Guardians tu, ye?” Laju dia
berpusing menghadap aku. Matanya membuntang, mulutnya ditekup. Kawan-kawan dia ikut
sama melopong. Aku bagi senyuman yang paling manis aku boleh bagi. Bukan
setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula
melaka, sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis.
“Abang pinjam Senah hari ni ye?” Aku tanya kawan-kawan
dia. Pelan-pelan diorang mengangguk.
“Awak...” Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Aku
terus tarik hujung lengan kardigannya membawa dia ke kaunter bila jurutiket dah
menjerit suruh cepat.
“Rise of the
Guardians, dua.” Aku terus pilih seat kemudian membayar harga tiket.
“Terima kasih.” Kataku setelah tiket diserahkan. Aku
berkalih pada Senah yang nyata masih terkejut. Aku tarik lagi hujung lengan
kardigannya dan membawanya ke tepi, jauh sikit dari kawasan kaunter tiket.
Menyemak je lama-lama kat situ kang buat orang lain marah. Dan bila dah sampai
baru dia sentap balik tangan dia. Eleh, macam aku pegang tangan dia je
lagaknya. Aku tarik lengan baju aje kot. Itupun secubit je.
“Gila!” Bentaknya. Alahai. Marah pun comel, tak marah
lagi comel. Tapi kalau senyum, laaaaagi comel. Aku tarik sengih.
“Tak baik panggil orang gila.” Membuntang matanya
memandang aku.
“Dah awak buat kerja gila, takkan saya nak cakap awak
waras? Memang awak gila pun! Eeiii!” Dia dah berpeluk tubuh. Pandangannya di
halakan ke arah lain. Aku ketawa kecil.
“Bukan nak berterima kasih pun orang belanja dia tengok
wayang ni. Marah pulak lagi.” Dia berpaling semula pada aku. Memang jelas dia
marah. Berapi pandangan mata dia. Tapi tak taulah kenapa aku rasa macam mata
anak kucing je. Bulat memandang aku. Geramnya... Roar! Rasa nak terkam! Eh? Hold
your horses, Daus! Tak halal! Aku
berdehem sekali.
“Awak...”
“Err... Senah. Err... Bang...” Senah diam bila
kawan-kawan dia datang menegur. Takut-takut je diorang pandang aku.
“Firdaus. Panggil Abang Daus je, cukup.” Aku senyum. Dan
kawan-kawan dia ikut senyum.
“Abang Daus dah beli tiket sekali untuk Senah ye?” Aku
angguk sahaja. Senyum masih tak lekang dari bibir.
“Err... tiket kitorang pukul dua empat puluh lima ni.
Tiket korang pukul berapa?” Aku periksa masa semula di tiket dalam tangan.
“Pukul dua suku.” Jam tangan kukilas sekali. “Lebih
kurang sepuluh minit lagi. Dah boleh masuk dah ni rasanya.” Aku pandang Senah
dan senyum lagi. Dia sekadar menjeling tajam.
“Nanti dah habis... Err... Nak balik tu... Err... kau
tunggu kitorang ke macam mana?” takut-takut je kawan dia bertanya.
“Bagi can abang date
dengan Senah hari ni, boleh? Abang asyik busy
je dengan kerja berapa minggu ni. Tak sempat nak jumpa dia. Hari ni baru ada
kelapangan. Nanti abang hantar dia balik rumah terus. Boleh ye?” Dari ekor mata
aku boleh nampak Senah terkejut. Aku tau dia mesti tengah bagi pandangan tajam
yang boleh membunuh dekat aku sekarang sebab aku rasa macam tersiat-siat je
sisi kiri aku ni. Tapi depan kawan-kawan dia aku buat cool. Kawan-kawan dia saling berpandangan sesama sendiri.
“Err... Ok, kitorang bagi can kat abang. “ Aku pandang
Senah yang terkejut dengan respond
kawan-kawan dia. Melopong dia pandang kawan-kawan dia. Aku ketawa sakan, tapi
dalam hati. Serius rasa riang ria. Lain yang aku plan, lain yang jadi.
Memudahkan kerja aku pulak tu. Alhamdulillah banyak-banyak. Balik ni aku kena
buat sujud syukur banyak-banyak kali.
“Ok Senah, Abang Daus. Err... enjoy korang punya movie.
Kitorang nak pergi jalan-jalan dulu.” Kawan-kawan dia melambai. Aku balas.
“Eh, korang!” Senah dah mula melangkah, nak mengikut
kawan-kawan dia.
“Diari awak ada kat saya.” Suara aku perlahan, tapi cukup
kuat untuk dia dengar. Langkahnya termati. Lambat-lambat dia berpusing
menghadap aku. Muka dia merah.
“Ma... Macam mana boleh ada... Ada kat awak?” Aku senyum
dan mendekatinya.
“Masa kat Ameer Ehsan tu, masa kawan awak tarik awak,
diari awak jatuh. Saya nak panggil awak masa tu tak tau nama. Takkan nak oi, oi
je. Kang lagi laju awak lari daripada saya.” Bertambah merah pipi dia. Blusher original, comel naik lima puluh
kali ganda. Fuh, relax Daus. Relax.
“Awak... Err... Awak ada baca tak?” Aku ketawa kecil.
“Ada.” Terus membuntang biji mata dia. Tegak-tegak habis
badan dia.
“Awak-“
“Saya baca sampai personal
bio je. Cari maklumat. Saya tak selak lebih dari tu.” Dia kecilkan mata.
Skeptikal laa tu. Jahat-jahat aku, takdelaa nak baca-baca diari orang ni. Diari
adik-adik lainlaa cerita. Boleh jugak aku buat bahan sepanjang tahun.
Silap-silap seumur hidup jadi bahan aku. Hahahahah
“Tak sempat nak pulangkan. Memang niat nak pulangkan,
tapi tak sempat. Saya sibuk sangat-sangat. Sorry.”
Dia merengus. Aku kilas jam tangan. Ada lebih kurang lima minit lagi wayang nak
mula.
“Cerita dah nak start.
Kita masuk dulu? Nanti saya bagi balik diari tu. Memang niat nak bagi hari ni.
Ada dalam kereta. Tapi kita tengok movie
dulu ye?” Senah gigit bibir bawahnya.
“I promise you I am
not a bad guy. Kalau saya jahat, awal-awal lagi saya dah buat macam-macam.
Sekarang ni saya janji dengan awak. Lepas tengok movie ni, saya hantar awak balik terus. Saya pulangkan balik diari
awak. Serius ni. No more joking around.”
Aku angkat tangan kanan. Teragak-agak, tapi dia jalan juga akhirnya menuju ke
kaunter masuk. Aku hela nafas lega.
“Popcorn? Sweet corn?
Drinks? Anything?” soal aku sebaik melepasi check-in tiket. Dia geleng. Aku beratur jugak dekat kaunter makanan
ringan tu. Nak tak nak Senah mengikut je.
“Bagi kombo yang ni. Soft
drink tu bagi grape eh?” Aku
pandang Senah yang tayang muka tak ada perasaan di sebelah. Pandangannya tepat
pada papan menu di depan. Aku tarik senyum. Kalau orang dah comel, buatlah muka
macam mana pun, tetap comel.
“Sepuluh ringgit.” Aku hulurkan not merah.
“Terima kasih.” Kotak popcorn
aku jinjit di tangan kanan sekali dengan air mineral. Minuman bergas aku pegang
dengan tangan kiri.
“Ok, let’s go.
Movie dah dekat nak start sangat
dah ni.” Senah jalan menonong depan aku. Selamba dia je, macam tau hall mana
nak masuk.
“Sayang oi, hall tiga laa. Sayang nak kemana tu? Sebelah
sini laa.” Senah berpusing laju dan sebaik tiba sebelah aku, bahu aku
ditumbuknya. Membuntang mata aku pandang dia. Dia balas semula, berani. Spontan
aku tak jadi marah. Senyum senget terukir.
“Takpelah. Sayang punya pasal, abang redha je.” Bertambah
bulat mata dia. Aku sengih.
“Dah, jom jom. Lambat-lambat nanti dah start.” Aku terus jalan. Aku dengar dia
merungut, tapi masih juga mengikut. Hai laa Senah... Senah...
* * * * * * * * * * * * * * *
Sekali lagi to Twilight fans, sorryyyy~~
Ok, boleh hentam sekarang. Hahahahah :P
13 comments:
nakal la bad boy ni.jaga2 anak dara org tu.. nape pendek sgt syah?? senah pn comel je.. bg diorng gaduh2 manja lama2 sikit tau...cam biasa best jer.. tq syah
@sharifah muda : Daus nakal tapi baik, don't worry. hahahahah
Akan dipertimbangkan gaduh lelama tu. haha :P
Tima kaseh Sharifah. :)
comel sungguh la. huhuhuhu... wat org t'sengih jer.
Assalamualaikum. bulan jatuh ke riba cam gini. ekeke. ciput sangat laa. kasi panjang2 laa n3.
sikit je.......tapi saye suka! hehehe... berani sungguh la si senah tu ikut strangers tu... bahaya.. bahaya...
-jha-
@:anne: : Comel? Terima kasih.. :)
@eifa yusof : Waalaikumussalam. Betullaa tu. Daus kena sujud syukur banyak-banyak ni. hahahah :P
Tak sempat la nak taip panjang-panjang kak. sibuk.
@jha : Saya suka bila anda suka. HAha~
Berani-berani takut je Senah tu. Haha~
Salam Syah Shah,
Sorry lambat komen, internet kat Sabah ni low amat. Sabo ajelah.
Yeay! Yeay! Jumpa juga Senah kat panggung. Wah... nak tgok movie sesama lak tu. Daus-Daus, panjang sgt akal tu. Amboi Daus, x baik tenung lelama Senah tu, kang kena flying kick baru tau.
Btw, best! Keep it up bro! ^_^
@Fatrim Syah : Salam. Tak apa, aku tak kisah. Hehe :)
Mana ada Daus tenung lama-lama. Sekejap-sekejap je. Hahahahah
awat senah tak tgok breakin dawn part 2...? besttt woo...hahahah...btw, nk lagi mlm ni..hahaha...siyes daus stedy beb...selamber gila ngorat senah..kakaka
@Kimi Ue : Senah tak minat Twilight. Harry Potter takpe. Haha~
Malam ni? Tengok camna. Gua sibuk prepare report.
Nak ngorat mesti kena steady, takleh gelabah-gelabah. hahahah :P
so sweet.....
hehehehe....
nek blushing pipi ni bla bc...
hehehehehe...
go shah go shah...
nxt n3....
=)
@Hanya aku... : Blushing? KEnapa blushing? Haha~
Suruh pergi mana ni? Hahahahah :P
Next entry esok malam plak. :D
haishh...hahahha
ayat mengorat dak daus ni tk agak2..
"Bukan setakat gula berlori-lori aje, siap madu lebah, gula kabung, gula merah, gula melaka, sirap mapel semua sekali aku taruh. Sangat-sangat manis."
bkn takat cair meleleh terus kena diabetes pas ni....hahaha
baca balik APG...terhibur dan tersengih dgn ke'sempoi'an dak Daus nih...
*ilang jap jiwa kacau*
terbaek... (-__^)
>>Leen<<
Post a Comment