Kawan-Kawan

Friday, December 28, 2012

Awek Pisang Goreng - 6

Lately rasa tak berapa semangat pulak nak mengarang. 

Apepun, layankanlah dulu bab baru.

Selamat membaca...

Bab 6.




“Siapa jaga gerai pisang goreng hari ni?” Aku mulakan bicara kosong setelah lima minit meninggalkan kawasan parkir Summit. Kena pulak melekat dalam kesesakan lalulintas depan Summit tu. Lambat betul nak lepas masuk KESAS.

“Makcik.” Jawabnya sepatah.

If I may ask, awak buat apa sekarang?” Misi mencungkil latar belakang bermula. Dalam panggung tadi masing-masing senyap. Dah keluar panggung aku baru ingat nak ajak pergi makan, dia dah sibuk nak balik. Ikutkan aje.

“Sekarang saya tengah dalam kereta, driver saya nak hantar balik rumah.” Mendatar je nada dia. Tapi sinis sungguh jawapan yang keluar dari bibir mungil tu. Aku senyum.

Let me re-phrase my question. Sekarang awak tengah buat apa selain dari jual pisang goreng?”

“Sekarang selain jual pisang goreng, dah ada tambah keledek goreng, keladi goreng dengan sukun goreng. Tak lama lagi nak tambah keropok lekor pulak.” Nada dia masih mendatar. Mendidih je aku dengar jawapan sarkastik panjang lebar dia tu. Aku yang salah bagi soalan ke apa ni? Serius rasa macam nak cubit-cubit je pipi tembam pau terlebih yis dia tu. Geram. Geram gila!

“Cempedak goreng takde ke?” Balas aku, sinis.

“Cempedak goreng kena tunggu musim cempedak. Sekarang bukan musim, jadi takde.” Argh! Sakit jiwa pulak aku dengar jawapan nada mendatar dia tu. Sarkastik gila Senah ni. Bercakap relax je, tapi makan dalam punya.

Fine. Lupakan jelah soalan tu.” Kataku akhirnya. Dan saat aku mengilas pandang ke arahnya, aku menangkap senyum kemenangan terukir sesaat di bibir itu sebelum dia tiba-tiba tayang muka tak ada perasaan. Aku tarik senyum.

“Nama.”

“Ha?” Aku kilas padanya sekali lagi kemudian kembali ke lebuhraya di hadapan.

“Nama awak laa.”

“Senah laa. Kan dah tau?” Dia merengus.

I want your real name. Full name kalau boleh.” Aku kilas padanya lagi. Dia tengah tarik muncung. Aku senyum dan geleng-geleng.

“Buat apa?” Soalnya kemudian, garang.

“Sebab Senah tu tak ada makna. Your real name mesti sedap maksud dia, kan?”

“Sibuk je.” Gumamnya perlahan kemudian mengalih pandangan ke kiri. Hampir seluruh tubuhnya dikalih menghadap ke sebelah kiri. Aku senyum dan geleng lagi. Nak tergelak pun ada, tapi aku tahan je. Aku biarkan dia melayan perasaan sendiri. Hanya lagu-lagu dari USB player sahaja yang kedengaran sayup-sayup. Sengaja pasang perlahan. Ingat nak borak tadi, tapi dah dia buat sombong, takpelah. Kita layankan aje.

“Awak duduk mana?” Dekat-dekat nak sampai ramp Exit Kota Kemuning tu aku buka mulut.

“Hantar kat Masjid An-Naim tu.”

“Jalan Kebun? Awak duduk dekat dengan masjid tu ke?” Dia angguk, kemudian geleng. Aku jungkit sebelah kening.

Meaning?”

“Iye, Jalan Kebun. Tak, bukan dekat situ.” Sarkastik je nada dia. Aku sengih.

“Habis tu awak duduk mana?” Dia diam. Lama aku tunggu dia bagi jawapan, tapi dia tetap diam. Sampai dekat dengan traffic light berdekatan Econsave tu, dia masih diam.

“Kalau awak tak nak jawab, saya pusing balik pergi Summit.” Dan bahu aku terus kena tumbuk. Tumbuk bukan main-main pulak tu. Nasib baik memang tengah berhenti. Kot tak, ada jugak yang terkemalangan. Aku gosok-gosok bahu kiri yang sakit.

“Apasal awak ni garang sangat?” Rungut aku.

“Takde. Dengan awak je. Sebab awak gila.” Mendatar je, tapi berbisa menyengat. Aku gelak.

I’m sorry but I can’t help it, sebab awak comel sangat.” Tajam matanya memandang aku penuh kemarahan. Berkerut-kerut kening dia. Terketap-ketap giginya. Serius comel.

“Susahlah cakap dengan orang gila nih. Huh!” Dia silangkan tangan di dada dan terus berkalih menghadap ke kiri. Aku ketawa kecil.

“Cepat Senah, tell me. Kalau tak saya u-turn. Lampu dah hijau dah kat depan tu.” Dia merengus kuat.

“Yelah. Sibuk je.” Omelnya dan akhirnya memberikan arahan jalan. Aku sengih. Sampai di sebuah simpang dia suruh aku berhenti tiba-tiba. Berdecit tayar Civic dipaksa berhenti mengejut. Sudahlah jalan penuh pasir. Tau-tau je aku terhidu bau getah terbakar. Aku pandang dia minta penjelasan.

“Saya turun kat sini. Bukak kunci pintu ni.” Dia rungkaikan tali pinggang keledarnya.

“Saya cakap saya hantar awak sampai rumah tadi, kan?”

“Dah sampai laa ni.” Balasnya selamba lalu menadah tangan. Aku pandang tapak tangan dia, kemudian pandang dia semula. Kening kujungkit.

“Apa?” Dia merengus.

“Diari saya lah. Buat-buat lupa pulak. Cepatlah. Bak diari, lepas tu bukak kunci pintu ni. Saya nak turun.” Hampir aku menepuk dahi sendiri. Memang terlupabetul pasal diari tu. Aku seluk poket di pintu sebelah aku. Diari berkulit hitam itu aku keluarkan. Baru nak buka kunci pintu, tiba-tiba aku rasa tak jadi. Senyum senget aku tarik.

“Saya turunkan awak betul-betul depan rumah awak. Kalau tak, saya tak bagi diari ni, tapi awak boleh turun kalau awak nak turun sekarang.” Merah padam terus muka comel tu. Berkerut-kerut kening dia. Aku masih sengih. Dan penumbuknya hinggap lagi di bahu. Tak sempat aku nak mengelak. Bahu yang sakit aku usap perlahan.

“Dah tiga kali awak tumbuk bahu saya ni. Esok-esok kalau lebam, saya claim medical expenses kat awak.”

“Huh. Memang padan dengan muka tu. Dengan orang gila macam awak ni, kekadang cakap pun tak guna, kena bagi sekali, baru paham. Sekarang ni, awak nak bagi ke tak diari saya tu?” Mulut awek pisang goreng ni memanglah sangat-sangat tajam.

“Saya bagi bila dah sampai depan rumah awak.” Dia pegang kepala.

“Argh!! Degil!!” Jeritnya. Aku ketawa kecil. Macam dah nak menang aje ni.

“Tu, masuk simpang ni. Jalan terus sampai hujung.” Arahnya, garang. Lepas tu bibir tu terkumat-kamit merungut. Aku gelak. Sumpah comel. Diari aku kembalikan ke poket di pintu dan memandu perlahan memasuki simpang yang dikatakannya. Sampai hujung jalan, sebuah rumah banglo dua tingkat tersergam indah. Biar betul? Kalau macam gini punya mewah, apa motif dia meniaga pisang goreng?

“Rumah ni?” soal aku inginkan kepastian. Dia angguk. Aku parkirkan kereta di sebelah sebuah Toyota Avanza. Sebaik mematikan enjin, kunci terbuka secara automatik. Senah terus berpaling pada aku dan menadah tangan. Aku tarik diarinya kemudian membuka pintu lalu keluar. Aviator aku tolak ke atas dan memerhati sekeliling kawasan rumah itu.

Tiba-tiba diari dalam tangan aku dirampas. Terkejut aku. Tak perasan pulak masa bila dia datang depan aku. Senah terus meluru ke depan pintu rumah. Laju aku mengekor juga. Tapi langkahku terhenti lebih kurang semeter dari pintu utama.

“Assalamualaikum!” Senah terus pulas tombol pintu dan masuk. Err... aku patut masuk terus sekali ke tercongok je depan pintu ni?

“Waalaikumussalam. Ni apasal balik-balik je nak marah-marah ni?” aku dengar suara seorang wanita menegur.

“Jumpa orang gila tak faham bahasa, mau tak marah-marah? Sakit hati betul!” Amboi, kemain lagi. Tak habis-habis cop aku orang gila. Sikit punya hensem macho macam gini pun kena cop gila. Kesian aku.

“Dah masuk tak reti-reti nak tutup pintu. Biar je terpelohong camtu. Budak ni... Hish!” Ada derap kaki menghampiri pintu. Aku tegakkan badan, betulkan baju t dan kemaskan seluar.

“Assalamualaikum makcik.” Sesopan mungkin aku bagi salam pada wanita yang aku kira berusia sudah separuh abad depan aku ni. Siap pakej dengan senyuman penambat hati bakal mak mertua. Err... Confident je. Haha~

Terkejut mungkin, dia terus menyorok balik pintu. Eh, apasal? Aku ada rupa macam perompak penyamun ke tetiba melompat terus menyorok belakang pintu ni?

“Eh, waalaikumussalam. Err... Nak cari siapa ye?” Wanita itu bersuara dari balik pintu.

“Err... Saya Firdaus. Saya yang hantarkan Senah balik tadi... Err.. Mintak maaf ye makcik, dah hantar balik baru bagitau. Patut masa keluar tadi lagi saya minta izin dulu.”

“Eh, bukan dia keluar dengan kawan-kawan dia ke tadi? Ya Allah budak bertuah ni. Ha, sekejap ye, makcik ambik tudung sekejap.” Owh, sebab dia tak bertudung tadi, jadi itu pasal melompat tiba-tiba. Bukan sebab aku serupa monster. Fuh, lega. Tapi, refleks yang melampau tu memang sebijik macam Senah. Aku senyum sendiri.

“Haa... Kamu cakap apa tadi? Dia keluar dengan kamu? Bukan dengan kawan-kawan dia?” Alamak, mak dia ni ustazah ke apa? Bertudung labuh siap ha. Masaklah kau Daus kena gulai sat lagi. Adeehhh... Eh, ye ke mak dia? Aviator atas kepala aku tarik, lipat dan selitkan pada kolar baju.

“Err... Memang dia keluar dengan kawan-kawan dia. Terserempak.” Dia kerut kening. Ya Allah, saling tak ubah. Serius sama.

“Terserempak aje takkan sampai balik sekali?” Err... nak kelentong macam mana ni eh?

“Err.. terserempak, lepas tu saya join sekali. Alang-alang saya nak balik, saya hantarkanlah sekali.” Jawab aku separa jujur.

“Ooo...” Terangguk-angguk kepalanya. Sembunyi-sembunyi aku hela nafas lega.

“Dah keluar berjalan apasal marah-marah pulak tu?” Err...

“Dia marahkan saya. Nak jumpa tapi asyik tak sempat. Sibuk dengan kerja. Itulah tu.” Auta yang tak berapa nak auta. Betul apa? memang hakikatnya macam tu. Cuma sebab apa nak jumpa tu je yang aku tak bagitau. Nak mampus? Haha

“Tak pernah pulak dia bagitau dia ada kawan...” Gumamnya perlahan tapi masih boleh ditangkap telinga lintah aku ni. Aku tarik senyum.

“Beria je budak ni konon kata selagi tak habis sekolah...” Gumamnya lagi. Senyum aku terus mati. Gulp! Selagi tak habis sekolah? Memang hangit rentunglah kau Daus! Budak sekolah lagi! Kau umur dah berapa Daus? Aduh, ini memang betul-betul gila ni! Masak aku, masak!

Peluh dingin mula merenik di dahi.

*********************


Lepas ni nak cuti lama sikit dari apdet cerita. 

Nak settle hal-hal peribadi yang tertunggak. Nak culik mem bawak lari pergi bercuti jauh-jauh sikit, lama-lama sikit... Lepas tu baru boleh mulakan kerja di tempat baru dengan perasaan yang lebih riang ria. Hehe.

Ok, silalah mengomen dulu. I'll see you when I see you... :)


11 comments:

Hushu said...

sukaaaaaaaa!!!! tq². :)

eifa yusof said...

Salam. Haa abis laa ko Daus. pepandai anta anak dara org blk ghumah. haha tak tahu. mak Senah ker tu? hehe

jha said...

Hamboi... x ape2 lagi dah jumpe bakal mak mertua.... bagus... bagus... ni la yang bakal-bakal merrua cari.....


En. Syah nak bercuti???? Wah.. bestnye... kim salam kat mem yer.. selamat bercuti!!

-jha-

umairah ha-neul said...

ayooo dauss.. Tau takutt.. Hehehe . Btw janganlah hilang semangat nak mengarang.. nnt sape nak update new entry.. Heheheh . Selamat bercuti yer !

Syah Shah said...

@:anne: Sama-sama. TErima kasih sebab suka. :)




@eifa yusof : Haha- Padan muka Daus. Over-confident sangat. Heheheheh :D




@jha : Lelaki harus berani. Hehe~ :D

Thank you. Haah, bercuti untuk clearkan kepala sebelum mula kerja di tempat baru.. :)




@umairah ha-neul : Tulaa, baru padan muka Daus. KAlau tak kemain over-confident je. Haha~

I need a break laa for a while. InsyaAllah will come back with fresh and new ideas. :)

Akim Halim said...

cayalah daus..kakakaka

Fatrim Syah said...

sori bro lambat komen dan baca, entah napa aku ketinggalan keretapi padahal baru je naik keretapi dua hari lepas.

Bab 6 APG,

Suka! Suka! Suka! Amboi Daus memang aku tabiklah berani hantar anak dara orang.. jumpa plak bakal mak mertua, nasib baik tak dijamu ngan penyapu.. ke mak Senah stand by tu..

anyway, suka! suka! Sambung baca bab 7. ^___^

Syah Shah said...

@Kimi Ue : Hebat kan Daus tu? Hahahahah :P



@Fatrim Syah : Hamboi, kemain. HAha~

Huish, cakap secara baik, konfem tak kena jamu dengan penyapu. hehe. Ni aku bagi tips ni... Kakakakak :P

Unknown said...

Hahaha.. Bijak u senah .. Hihi..

Syah Shah said...

@Kucing Cat : Senah cakap tengkiyu. hahahah :P

Anonymous said...

asal la dorang ni comel sesangat ek?
sungguh aku tersengih ja baca n3 ni.
tk jemu tuk dibaca walaupun berulang kali...
terbaek..

>>Leen<<