Kawan-Kawan

Monday, December 31, 2012

Awek Pisang Goreng - 7

Salam semua. 

MAaf, agak lambat.

Jemput baca sambungan kisah Daus. :)

Bab 7.




“Err... dia sekolah lagi, makcik?” Makcik tu dah kerut-kerut kening.

“Kamu tak tau ke?” Laju aku menggeleng. Lagi sekali dia kerut kening.

“Sekolah lagi... Tahun depan dalam bulan... Bulan empat kalau tak silap makcik, dia habislah.” Bulan empat habis? Err... sekolah apa habis bulan empat? Hmmm... Budak U kot... Aku tarik senyum. Keyakinan yang sekejap tadi terbang menghilang, kembali semula.

“Pakcik ada tak makcik?” dia mengangguk, tapi tayang riak pelik. “Kalau tak keberatan, saya nak jumpa dengan pakcik, boleh?” masih menayangkan riak pelik, tapi tetap mengangguk.

“Sekejap makcik pergi panggil dekat atas.” Dan dia terus memanjat anak tangga yang berada dekat dengan pintu utama. Aku bersandar sambil berpeluk tubuh pada dinding, menghayati pemandangan di luar rumah. Senyum di bibir masih tak lekang. Gabra macam mana sekalipun, senyum jangan lupa.

“Awak buat apa lagi kat sini?” soalan siap pakej dengan tumbukan di bahu. Aku mengaduh perlahan sambil menggosok bahu yang perit. Dah empat kali bahu kiri ni menerima tumbukan, aku bajet tak payah tunggu esok, sekarang pun dah naik kesan lebam dah ni rasanya. Senah yang bercekak pinggang depan muka pintu aku pandang. Tak sempat buka mulut, ada derap kaki menuruni anak tangga. Senah mendongak dan aku ikut memandang ke arah yang sama.

“Husna, pergi buatkan teh.” Husna. Husna. Husna. Nama tu bergema dalam kepala. Sangat indah kedengaran di telinga. Indah lagi bila disebutkan di bibir. Aku pandang dia yang masih melopong memandang ke arah kedua mak ayah dia.

“Husna...” bisik aku sebelum menarik senyum senget. Terus dia berkalih memandang aku. Membuntang mata kucing itu tak berkelip memandang aku. Auh... comel. Comel sangat. Tahap confidence aku naik 150% walaupun perasaan gementar tu masih terus ada.

“Pergi buatkan air, Husna.” Mak dia tegaskan suara, dia merengus dan hentakkan kaki sekali sebelum mencicit berlari masuk ke dalam.  Aku kulum senyum. Sumpah comel nak mati perangai tu.

“Haa, nama kamu apa tadi?”

“Err... Firdaus, pakcik.”

“Haa... Firdaus... Meh, jemput masuk, kita pi duduk kat depan.” Sandal aku buka dan dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk. Perlahan mengekor di belakang mak ayah Senah... eh, err... Husna. Ye, belakang mak ayah Husna menuju ke ruang tamu.

“Jemputlah duduk. Mintak maaflah, pakcik baru balik mesyuarat JKKK tadi, penat sikit.” Aku geleng dan senyum.

“Tak apa. Patut saya yang minta maaf, mengganggu pakcik berehat petang-petang ni.” Elok habis aku bercakap, dia masuk dengan menatang sebuah dulang. Dituangkan teh ke dalam cawan sebelum di agihkan. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam semula. Itupun dia sempat hadiahkan jelingan membunuh lebih dulu pada aku siap dengan menjelir lagi. Nak tergelak, tapi aku tahan. Aku berdehem sekali.

“Dah lama kenal anak pakcik?” Tak sempat aku tarik nafas lagi, ayah dia dah tanya soalan maut tu. Aku telan liur sebelum menarik nafas dalam-dalam. Perlahan kepala kugeleng. Ayah dia nampak sedikit terkejut. Wajah serius lelaki berusia lebih dari separuh abad di depan aku pandang. Mata bertentang. Harus. Yakin. Diri.

“Saya baru kenal dia. Baru pertama kali jumpa lebih kurang seminggu lepas dekat gerai pisang goreng tu.” Mak dia dah melopong. Ayah dia pun ikut melopong.

Second time saya jumpa dia secara kebetulan dekat restoran mamak kat Kota Kemuning. Dan hari ni, juga secara kebetulan, dekat Summit.” Sambung aku lagi. Membuntang mata mak dia memandang aku. Ayah dia juga pandang aku dengan riak penuh ketidakpercayaan. Aku berdehem lagi.

“Kamu tau tak anak pakcik tu sekolah lagi?” Aku geleng.

“Saya tak tau apa-apa tentang dia. Nama sebenar dia pun sampai sekarang saya masih tak tau. Err... kecuali Husna, sebab makcik panggil dia tadi.” Jawabku, jujur. Sungguh, aku dah tak kuasa nak berdolak-dalik lagi. Biarlah diorang tahu sekarang daripada aku terjerat sendiri di kemudian hari. Mak dengan ayah dia berpandangan sesama sendiri sebelum saling berbisik.

“Kamu tak tau apa-apa, tapi kamu boleh sampai rumah pakcik ni? Macam mana sampai kamu boleh  hantar dia?” Aku garu belakang kepala. Teragak-agak hendak memberikan jawapan.

“Sebab saya rasa sebelum saya berkenalan dengan dia lebih lanjut, lebih afdhal saya berkenalan dengan wali dia dulu. Itu yang membuatkan saya nekad untuk hantar dia balik.” Ayah dia senyum lalu menggeleng. Teh dalam cawannya disisip perlahan. Mak dia ikut senyum.

“Kerja kat mana?”

“Dekat kawasan perindustrian kat Kota Kemuning tu je.” Setelah itu aku mencapai cawan teh di atas meja dan menyisip sedikit teh yang sudah suam, cuba menghilangkan perasaan gementar yang masih belum pudar.

“Kerja apa?” Cawan kukembalikan atas piring lapiknya kemudian berdehem sekali.

“Saya kerja biasa-biasa je, pakcik. Buat maintenance dekat kilang-kilang.” Ayah dia mengangguk-angguk. Teh dalam cawannya disisip lagi.

“Dah lama ke kerja situ?” Mak dia pula menyoal setelah sekian lama berdiam diri. Aku mencongak dalam kepala.

“Adalah dalam enam tahun dah saya dekat situ.”

“Haa, nama kamu apa tadi?”

“Err... Firdaus, pakcik.”

“Kamu masih ada mak ayah?” soal ayah dia lagi.

“Mak ada lagi. Ayah saya dah meninggal empat tahun lepas.” Dia mengangguk-angguk. Aku angkat cawan teh dan membawanya ke bibir. Teh yang dah semakin sejuk aku teguk perlahan.

“Husna tu dah nak habis sekolah dah. Tahun depan, kan? Bulan berapa?” Berkerut-kerut dahi mak Senah. Eh, eh, bukan Senah. Husna...

“Kalau tak silap haritu dia kata bulan empat dia habis final. Konvo bulan sembilan.”

“Lepas bulan empat, kalau kamu masih ada niat yang sama, datanglah bawak mak. Kita bincang.” Ayah dia dah senyum lebar.

“Err... Awal lagi saya dah cakap dengan mak saya. Hujung minggu depan dia kata nak datang.” Terjungkit kening ayah dia. Sekejap kemudian dia bangun dan terus duduk di sebelah. Bahu aku dipeluk erat. Tiba-tiba aku rasa sebak. Teringat-ingat pada arwah ayah dulu yang selalu duduk di sebelah aku, memeluk bahu sambil bercerita dan memberi pelajaran hidup. Meminjamkan kekuatan saat aku hampir rebah menongkah kehidupan.

“Jujur pakcik cakap, walaupun pakcik tak kenal kamu lagi, tapi pakcik suka dekat kamu. You’re one fine gentleman. Pakcik yakin kamu serius dengan anak pakcik tu. Kalau tak, tak mungkin kamu berani datang macam ni walaupun kamu tak kenal dia siapa sebenarnya, kan? Keberanian kamu ni, bukan calang-calang orang ada. Tapi, pakcik tak boleh nak bagi kata putus. Semuanya terpulang pada dia. kamu faham, kan?” Aku tarik senyum dan mengangguk perlahan.

“Saya faham, pakcik. Apa sahaja jawapan dia, saya terima. Tak ada sebarang paksaan dari pihak saya.” Bahu kiri aku ditepuk-tepuk. Adeh, sengal kesan tumbukan Senah tadi terasa mencucuk-cucuk, tapi aku tahankan sahaja. Pandangan si ayah terhala pada mak dia.

“Pi dalam sat, abah ada hal nak bincang. Sat lagi abah panggil lain,  panggil dia mai depan ni sekali.” Arahnya. Eh? Dia ni satu family orang utara jugak ke? Mak dia akur dan terus ke dalam.

Aku terus rasa kecut perut. Aisehmen... Apa lagi yang tak kawtim ni? Tadi gaya-gaya macam dah lulus temuduga dah. Isk... Dijarakkan sedikit duduknya dari aku. Aku telan liur. Seram gila pulak tengok riak serius ayah dia ni.

“Berapa umur kamu tahun ni, Firdaus?”

“Err... Saya dah tigapuluh dah pakcik.”

“Ramai adik beradik?”

“Err... tujuh orang. Saya yang nombor dua.”

“Adik-adik ramai yang sekolah lagi?” Bertubi-tubi soalan hah.  Lepas satu, satu. Nasib baik soalan senang je nak jawab.

“Dua dah kerja. Lagi dua dekat poli. Sorang lagi form five.”

“Ada yang dah kahwin?” Aku angguk.

“Kakak dengan adik saya seorang.”

“Ada adik beradik lelaki lagi yang lain?” raut wajah itu masih serius tanpa sebarang senyuman. Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Ada. Saya ada dua lagi adik lelaki. Seorang dah kerja, seorang dekat poli.” Dan akhirnya ayah dia mengangguk. Belakang badan aku ditepuk perlahan.

“Berat tanggungjawab kamu ni. Kamu betul-betul dah sedia ke nak pikul lagi satu tanggungjawab?”

“InsyaAllah pakcik. Saya yakin Allah akan memudahkan urusan saya bila saya menyenangkan hati mak saya. Ini permintaan mak saya yang sedang saya tunaikan. Dan saya yakin dengan pilihan saya ni bila segala urusan saya dipermudahkan setakat ni. Alhamdulillah.” Belakang aku ditepuk lagi. Dan kali ini beserta senyuman di wajah tua itu. Aku hela nafas lega sembunyi-sembunyi.

Ayah dia bangkit dan keluar dari ruang tamu. Cawan teh aku tarik dan meneguk perlahan. Lega tak tau nak habaq lagu mana. Sebaik aku kembalikan cawan yang masih suku bersisa ke piringnya, ketiga-tiganya kembali ke ruang tamu. Husna disuruh duduk berhadapan dengan aku, diapit mak ayahnya kiri dan kanan. Dia tayang muka blur. Sedikitpun tak memandang pada aku.

“Ni abah nak tanya dengan Una.” Ooo... Family dia panggil Una... Maknanya Senah tu just among friends lah. Ok, set, lepas ni aku nak panggil dia Una jugak. Kata dah nak jadi part of the family, kan? Hahahahah

“Tanya ape?” Wooo... dengar cara dia menyoal dekat ayah dia pun aku rasa dah boleh cair. Manja rupanya budak ni.

“Una setuju?” Berkerut-kerut kening dia. Dijelingnya aku sekilas. Aku cuma senyum simpul.

“Setuju apa abah ni?”

“Una setuju kalau abah terima pinangan Firdaus untuk Una?” Dia terus melompat dari sofa.

“Apadia?! Orang gila tak faham bahasa ni pinang Una?!”

********************


Sendiri rasa macam kurang menepati piawaian... Hehe

Anyways, silakan hentam sekarang. :)

13 comments:

Akim Halim said...

cayalah daus....hahaha..husna..? really nice....jatuh cinta lagi...kakaka

rahsia hatiku said...

klau dah husna xnak mai pinang sye la daus...compom sye stuju..hikhikhik

Fatrim Syah said...

Salam Syah Shah,

Fuh! Salutelah kat Daus, memang confident gila datang umah Senah dan bagitau niat dia kat mak bapak Senah, eh! aku rasa macam nak taip Husna.

Apapun, yang last sekali tu, lawaknya.. sian Daus. Steady Daus, steady, memula je tu cakap gila bagai, lama2 jatuh cintan gak. huhu..

Overall, suka! suka!^__^

Hushu said...

omo!! husna! una! speechless. rasa mcm diri sndr jap senah ni. hahha... :)

Syah Shah said...

@Kimi Ue : Kan? NAma Husna tu memang sedap gila. Haha~ :P



@rahsia hatiku : Haip haip, Husna blom bagi jawapan dah ada orang nak caras nampaknya? Hahahahah :P :P



@Fatrim Syah : Haha~ Taip Senah boleh, Una boleh, Husna pon boleeyyy~ Semua orang yang sama. Kah kah kah kah :P

Daus tengah steady laa ni. Heheheheh :)




@:anne: Hahahah bagus, bagus, bleh lah bayangkan apa rasanya menjadi Senah tu eh? :P




Terima kasih semua for the comments and support!!

Anonymous said...

Tetiba rasa sedih & sebak. Tak tau pesal. Hahahaha. Ada x laki mcm Daus dalam dunia ni? Nakkkkkkk. Hahahahahaha

-mira

Anonymous said...

Best la incik shah!! Ni pengalaman sendiri ke hapa ni? Agak2 ade lagi x lelaki yg cam daus ni? Bak mai satu kat cheq...

Selamat tahun baru!!

-jha-

Syah Shah said...

@mira : Alahai... sedih apsal pulak? Ada insyaAllah lelaki macam Daus tu... Berdoalah semoga dapat... Aminnn... :D




@jha : Terima kasih..

MAsih ada insyaAllah orang macam Daus.. :)

Yep, lebih kurang pengalaman sendiri. Beza sikit je. :)

Happy new year to you too! :)

eifa yusof said...

Assalamualaikum. Daus ngorat anak Tok Ketua ehh!!!. sgt berani jumpa org tua walau tak brp kenal lg dgn Husna. bagus. semoga berjaya lembutkan hati Husna yer. hahaha

Syah Shah said...

@eifa yusof : Waalaikumussalam. Eh, bila plak cakap anak Tok KEtua? hahahahah :P

Yes, Daus sedang berusaha sedaya mungkin nih. hahahahah :D

Anonymous said...

hailaa..syg sungguh tk jumpa ngn Daus dulu...beliau dh terpikat dgn dak husna daa...

"You’re one fine gentleman."
ada lg ke yg cam daus ni ye? hihihi

senyum lg...sengih lg...

terbaik..

>> Leen<<

Farah Hazirah said...

sweetnyee .. nk cari la org mcm abg firdaus nih .. gentleman habiss ... :'D

miz said...

Aduhaiii...dausssss....klulah ada org yg mcm ni skrg ni.....ermmmmm
...