Kawan-Kawan

Monday, January 14, 2013

Awek Pisang Goreng - 13

Alhamdulillah diberi izin dan kesempatan untuk terus mengapdet entry baru.

Malas nak cerita banyak... Sambung baca je ye? :)


Bab 13.


Aku dah rasa nak mengamuk terbalikkan kereta. Lama gila kot aku menunggu tercangak sorang-sorang kat tengah panas ni. Seorang pun tak keluar dari rumah lagi. Tuan rumah dah selamat menunggu dalam kereta satu family, yang menumpang rumah pulak tak keluar-keluar lagi. Budak-budak ni memanglah nak kena dengan aku. Ni karang kalau aku dah start naik angin ni, baru tau nak kelam-kelibut diorang ni.

“Cepatlaahhhh! Kalau dah tak cantik tu, bersuluh depan cermin tu sampai tahun depan pun tak cantik jugak! Ada jugak yang Achik kurung dalam rumah satgi!!” Dan semacam yang aku jangka, berebut-rebut anak-anak dara dan seorang mak dara tu keluar dari rumah. Memanglah menaikkan darah aku aje budak-budak ni. Acaq pun sama naik kalau dah ada sekali dengan adik-adik. Abang Salim yang menunggu dalam Myvi hanya menggeleng kepala. Haziq keluar semula dari kereta dan mengunci pintu rumah.

“Terhegeh-hegeh! Nak kena peghambat baru tau nak pedeghaih!” Aku jegilkan mata pada adik-adik yang selamba masing-masing mencebikkan bibir dan menjelir lidah. Acaq pun tak terkecuali. Memang dasar betul. Pantang jumpa adik-beradik, dia pun naik sama jadi budak-budak. Padahal dah jadi mak budak dah pun. Heh.

“Sabaq-sabaq laa sket Achik pun. Bukan nak lari pi mana dah pun! Kita nak pi ikat laa ni, no?” Acaq jungkit-jungkit kening dekat Anis dengan Ina. Aku sekadar menjeling tajam bila tawa diorang meledak. Tak lari pi mana? Jenuh gila kot nak kejar budak sorang tu. Selagi tak ikat betul-betul, selagi tu aku cuak. Muka je nampak relaks, orang tak tau aku rasa macam usus aku ni dah bersimpul-simpul dah. Gila cuak punya pasal.

“Masuk la lekaih! Achik buh penampaq satgi kot sorang-sorang, tau la.” Dalam tawa, masing-masing macam lipas kudung masuk dalam Myvi Abang Salim. Aku buka pintu Civic dan masuk. Haziq dah siap pakai seat belt dekat seat sebelah. Aku toleh ke belakang. Mak sibuk main dengan Amir yang bukan main mengekeh ketawa atas riba Kak Maira. Aku pandang depan semula dan menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Tiba-tiba Haziq gelak. Mencerun mata aku pandang dia. Mamat ni dah apahal tetiba gelak ni? Penampaq mau?

“Apa?” Soal aku, garang. Haziq urut dada, cuba berhenti ketawa. Aku baru nak buka mulut sekali lagi, Abang Salim dah bunyikan hon. Aku pandang kereta sebelah. Acaq dah turunkan tingkap. Nak tak nak, aku turunkan tingkap jugak.

“Lekaihlah! Tadi duk peghambat orang sangat! Ni awat duk lengah-lengah lagi?! Nervous? Ka lupa jalan??” Aku jegilkan mata. Acaq dah ketawa siap angkat ibu jari kemudian menjelirkan lidah. Dia ni memang nak carik gaduh betul tengah-tengah tengahari panas rembang ni. Ada jugak yang aku humban keluar kereta kejap lagi ni kang. Aku acu penumbuk dan tawa Acaq dengan adik-adik berderai lagi. Hangin betul. Cermin tingkap aku naikkan semula.

“Hang laa ni punya pasai.” Rungut aku. Haziq dengan mak sekali dengan Kak Maira jugak dah mengekek gelakkan aku. Heh. Takpe. Ada ubi ada batas, ada lori ada bas, lain hari confirm aku balasssss kaw-kaw punya. Huh. Masukkan gear, turunkan brek tangan dan terus memandu kereta menghala ke Jalan Kebun.

“Achik.”

“Ya.” Aku hanya mengerling pada mak di belakang dalam cermin. Dia senyum, tapi semacam ada sesuatu yang mengganggu.

“Achik betui-betui ka ni? Mak dengaq Haziq cerita semalam, takut pulak mak nak pi. Satgi dia tak mau pulak, macam mana?” Adeh... Mak ni...

“Betuilaa mak. Achik dah jumpak dulu dah mak ayah dia pun. Dia pun dah setuju dah. Mak toksah pikiaq banyak laa mak. Mak ndak Achik kahwin, kan?” Aku kilas pada Haziq yang mengulum senyum. Dia laa ni pergi pecah lobang cakap kat mak yang aku main aci pakai redah je jumpa mak ayah Husna walau tak kenal betul lagi siapa tuan punya badan. Eh, sampai sekarang pun aku masih tak tau banyak lagi pasal dia sebenarnya.

“Memanglah mak ndak Achik kahwin. Tapi mak ingat Achik kenai dia lama dah. Rupanya... Achik main pakai sambaq jaa ka bila mak habaq kata nak mai kelmarin? Betui ka budak tu? Bukan hat tak senonoh, kan? Achik nak kahwin ni jangan duk buat main-main. Biaqlah sekali jaa seumuq hidup.” Aku ketawa senang.

“Mak tengok dia, mak tengok keluarga dia satgi, insyaAllah mak suka. Achik yakin tak salah pilih, mak.”

“Hmm... Harap-harap lagu tu lah.”

“InsyaAllah Mak Yah. Kami pun tengok dah budak dia. Nampak baik-baik jaa.”

“Kalau dah hang kata lagu tu, yalah.” Aku jeling Haziq dengan kening berkerut dan bibir terkumat-kamit tanpa suara bertanyakan soalan ‘Masa bila hang pi tengok??’ Haziq sekadar sengih buat tak reti. Aku ketap gigi. Siaplah kau nanti, aku akan korek rahsia jugak. Aku paling semula ke hadapan.

“Err... Mak. Achik lupa nak habaq.”

“Apadia?”

“Achik langkah bendul ni.” Aku kilas pada mak dalam cermin. Dia geleng-gelengkan kepala.

“Hang pun nak ikut Farid?” Aku sengih.

“Achik lagi terel, mak. Tiga sekali Achik langkah.”

“Apadia?!” Bukan setakat mak je, siap Haziq dengan Kak Maira sekali berpadu suara. Hampir pekak telinga aku dibuatnya. Amir yang terkejut dengan jerkahan tu terus menangis. Laju-laju Kak Maira memujuk.

“Achik biaq betui? Sampai tiga? Achiiikkk!! Satgi depa mintak tiga serba duduk, serba berdiri satgi, mana nak carik ni Chik? Allahuakbar...” Mak dah picit-picit dahi.

“Hang tak habaq pun kat aku?” Pandangan Haziq dah mencerun pada aku. Aku sengih.

“Aku pun baru tau petang semalam.” Jawabku selamba sambil jungkit-jungkit kening.

“Achiikk!! Awat suka sangat buat gheja gila lagu ni?!” PAP! Sekali mak bagi penampar dekat belikat kanan aku. Kuat sangat dan terkejut punya pasal, sampai terkalih stereng dan Civic terus menonong laju masuk ke lorong kiri. Menjerit habis diorang semua buat aku bertambah terkejut. Nasib baik jugaklah tak ada kereta yang berdekatan.

“Mak ni... Tunggu berenti baru bubuh penampaq boleh dak? Nasib baik kereta lain duk jauh lagi.” Aku urut dada sendiri setelah menstabilkan kereta. Mak diam. Semua pun diam. Yang bersuara cuma Amir, menangis. Mungkin terkejut sekali lagi sebab yang lain semua menjerit.

“Langkah dua orang ja kakak dia sebenaqnya. Abang dia sorang tu tak payah kira lah.” Aku bagi penjelasan lanjut. Mak aku tengok masih tarik muka empatbelas dia.

“Mak marah kat Achik ka mak?” Mak diam, sibuk mencari-cari sesuatu dalam beg tangannya. Aku hela nafas panjang. Haziq kat sebelah cuma diam bila aku kerling. Bahunya dijungkit sedikit bila dia sedar aku memandang ke arahnya. Bibir terkumat-kamit tanpa suara menjawab ‘Mana aku nak tau?’ bila aku lontarkan soalan ‘Lagu mana ni?’ tanpa suara terlebih dahulu. Aku kilas semula ke dalam cermin pandang belakang. Mak dah tak cari barang dalam beg tangan. Dia dah bersandar dan membuang pandang ke luar.

“Mak...” Mak masih buat tak endah. Aku garu dahi yang tiba-tiba rasa gatal. Mak ni buat merajuk pulak dah... Haiiisshhh...

“Mak kalau kata tak mau pi, takpalah, kita patah balik ja.” Jeda. Tapi mak masih diam. Pandangannya masih menghala ke luar. Aku mengeluh dan menggeleng. Husna, saya minta maaf. Macam mana saya sayangkan awak sekalipun, tapi kalau mak saya tak restu...

“Achik bawak mak pi jalan ja laa, no? Kita tak payah pi kalau mak memang tak mau pi. Takpalah, nanti Achik pi terangkan laa balik kat mak ayah Husna tu. Achik nak buat lagu mana lagi kalau dah mak tak restu.” Aku dengar mak merengus. Serasa kaki ini tiba-tiba dah tak kuat nak menekan pedal minyak.

“Achik berenti tepi sat.” Mak tiba-tiba bersuara tegas.

“Awat mak?” Aku perlahankan kereta. Kilas pada mak yang tayang riak serius di belakang.

“Mak nak buh penampaq lagi sekali tang tengah belakang tu.” Jawabnya tanpa nada. Aku kerut kening dan pandang Haziq. Dia jungkit bahu lalu menoleh ke belakang.

“Awat pulak mak? Achik buat apa?”

“Mak ada habaq kata tak mau pi ka? Yang mengada sangat nak buat sebek-sebek tu awat? Mak tak restu lah, mak tak mau pi lah. Mak takdak kata apa pun.” Woo~ Mak sudah maraahhh... Haziq dekat sebelah dah sengih-sengih. Nak ketawa, tapi ditahan. Aku hela nafas lega.

“Dah tu, Achik tengok mak macam tak suka ja. Mak tak cakap, mana Achik nak tau.”

“Menjawab jaa Achik ni. Dah, bawak elok-elok. Mak nak pi tengok bakal menantu mak ni.” Tiba-tiba semangat aku naik 250%. Aku dah senyum. Haziq kat sebelah pun dah senyum-senyum sambil jungkit-jungkit kening penuh maksud tersirat. Lantak kat hang lah, aku tak kosa nak layan. Yang aku tau, aku nak sampai rumah mak abah Husna secepat yang mungkin. Husna, tunggu saya, ok? Oi, tak sabarnya!

Sampai depan rumah Husna, aku parkirkan kereta di tepi Persona yang aku nampak malam tadi. Mungkin kepunyaan abang atau salah seorang dari kakak dia. Tak kisahlah tu, janji sekarang aku dah sampai dengan rombongan aku. Heh. Aku pandang ke arah Myvi Abang Salim yang diparkir tak jauh dari situ. Semua turun dan berjalan ke arah kereta aku.

“Ni rumah dia ka Achik?” Aku kalih pada mak yang bernada pesimis. Aiseh mak, janganla dah sampai ni nak buat drama Antara Dua Darjat pulak kat sini. Hish.

“Ye. Jomlah.” Aku malas nak berlengah lagi, nanti tak tau apa lagi bakal terbit dari mulut mak tu.

“Amboi Achik, tak sabaq sungguh.” Jelas sangat nada mengusik Acaq tu. Aku buat tak reti.

“Lekaihlah. Dah pukul brapa dah ni.” Gesa aku dan sekaligus semua berjalan serentak menuju ke pintu utama yang dah terbuka luas.

Aku laungkan salam sekali dan menunggu jawapan dengan sabar. Aku perhatikan ahli rombongan. Mak asyik memerhati keliling rumah. Adik beradik lain sibuk berbisik-bisik sambil gelak sesama sendiri. Haziq sibuk mengacah Amir dalam dukungan Kak Maira.

“Waalaikumussalam.” Aku berpaling semula ke arah pintu. Seorang lelaki berdiri di depan dengan senyuman lebar.

“Firdaus?” Soalnya. Aku sekadar senyum, angguk dan hulurkan tangan. Dia ikut senyum.

“Huzaifah, abang Husna.” Huluran tangan bersambut. Selepas itu dia mengajak masuk, terus ke ruang tamu, tempat aku kena interview tempohari. Mak dengan abah Husna masuk sekejap kemudian. Diikuti kakak-kakak dia. Aku dah rasa sedikit gelabah bila kelibat Husna masih juga tak kelihatan. Tambah-tambah bila Mak jeling pada aku setiap kali kakak-kakak Husna bersalam dengan dia. Dah dijemput duduk pun, kelibat Husna masih tak kelihatan. Alamak, dia ni main wayang apa pulak ni? Husna, janganlah buat saya macam ni... Isk...

“Huda, hidang ayaq dulu.” Arah abah dia dan Huda sekali dengan Huraiyah beredar keluar dari ruang tamu. Aku rasa satu badan aku dah kejang. Orang yang ditunggu-tunggu masih tak kunjung tiba. Kelibatnya masih tak dapat dilihat. Serius aku dah mula rasa seram memikirkan apa yang dia nak buat pulak kali ni. Tapi malam tadi dia kata dia dah setuju, kan? Arghh! Dia ni suka buat kepala aku berserabutlah!!

Tiba-tiba Husna masuk dengan menatang sebuah dulang berisi cawan-cawan dan piring. Aku rasa nafas aku terhenti sekejap. Subhanallah... Tak tergambar dengan kata-kata. Cantiknya dia memakai maxi labuh warna cream dengan bermotifkan bunga ros kecil-kecil warna merah darah. Lengkap dengan selendang warna cream yang dililit serupa macam masa aku jumpa dia dekat Summit minggu lepas. Dia letakkan dulang atas meja dan bersalaman dengan mak serta adik-beradik aku yang lain. Mata aku tak lepas memandang ke arahnya. Tiba-tiba bahu kanan aku ditepuk lembut. Aku pandang Haziq. Dia senyum.

“Jangan lupa bernafas wei, biru dah muka tu.” Bisiknya perlahan dan barulah aku menarik nafas dalam-dalam. Serius aku terlupa. Boleh macam tu? Huda masuk kemudian dengan dua teko di tangan. Setelah meletakkan teko atas meja, dia terus keluar semula. Husna tuangkan air ke dalam cawan dan mengagihkannya.

“Inilah Husna, anak dara hat yang bongsu sekali.” Kata-kata abah dia lebih ditujukan pada mak. Mak kalih pandang pada aku. Aku senyum dan angguk sikit. Mak kalih pandang semula pada mak Husna. Apa butir bicara diorang aku dah tak boleh nak fokus.

“Jemput minum, saya nak ke dapur dulu.” Husna minta diri. Baru dia berpusing nak keluar dari ruang tamu tu, mak tahan.

“Mai lah duduk sat. Makcik nak kenai-kenai sat. Amboi, pemalu ngat aih.” Dan aku tengok pipi Husna dah pun kemerah-merahan. Aku kulum senyum.

“Err... Saya tengah goreng ayam kat dapur tu, makcik. Kang hangus pulak.” Dia bagi alasan. Comel je tengok riak kelam-kabut dia tu.

“Takpelah, Huda dengan Huraiyah ada kat dapur tu, kan. Sinilah duduk sebelah mama.” Mak dia tepuk-tepuk sofa di sebelah kirinya. Teragak-agak je Husna nak bergerak. Segan mungkin, sebab di sofa sebelah lagi, mak yang duduk. Puaslah mak menatap wajah bakal menantu dia tu. Tiba-tiba rasa menyesal pulak tak duduk sebelah mak tadi. Pergi duduk dengan mamat dua orang mengapit kiri kanan ni, memang tak feel langsung lah.

Aku pandang Haziq sebelah kanan aku, kemudian pada Abang Salim di sebelah kiri dan akhirnya aku labuhkan pandangan pada Husna di depan. Hmm... Bagus jugak duduk sini, lagi senang nak tengok dia. Aku memang tak boleh nak fokus langsung dengar apa yang diorang semua borakkan. Khusyuk sangat memandang pada Husna. Rasa macam tak mahu kelip mata pun ada. Sesekali dia senyum tersipu-sipu, menunduk malu dan pipi tembam pau terlebih yis itu memerah. Cantik sangat. Aku rasa macam nak melayang je.

“Dia aih hang Chik... Melampau betui!” Abang Salim siku aku. Bicaranya keras, tapi masih dalam nada berbisik. Aku pandang dia dengan kening berkerut.

“Apadia?” Serentak, Haziq pulak siku aku. Ni apahal mamat dua orang ni main siku-siku pulak? Carik gaduh ke apa ni?

“Apa?” Haziq sengih-sengih.

“Tabiklah kat hang, bang chor. Aku ingat aku hebat dah dapat 8 tahun junior. Hang lagi terror, Abang Salim no?” Dua-dua pakat main jungkit-jungkit kening, main sengih-sengih. Berkerut-kerut kening aku tak faham.

“Hangpa dua duk merepek apa ni? Aku tak fahamlah.” Aku siku balik dua-dua orang, geram punya pasal.

“Hanglaa.. Ambik kak dia pun ok dah, empat tahun muda. Dak pun hat muda enam tahun tu. Ni hat yang kecik sekali jugak nak ndak.” Aku jungkit sebelah kening pada Abang Salim.

“Awatnya?” Soalan aku tu buat tangan Abang Salim sikit je lagi nak naik menyekeh kepala aku, tapi ditahan, lalu dia memaut bahu aku, menarik aku rapat sebelum berbisik.

“Hang ni memang tak tau ka buat-buat tak tau? Dua belas tahun beza umuq hang dengan dia, tau?” Laju otak aku tukar function jadi calculator sekejap. Dua belas tahun beza? Tiga puluh tolak dua belas... Baru lapan belas... Baru lapan belas... Baru... Lapan belas??

“Haa?” Dan rahang bawah aku terus cecah lantai rumah.

*******************


Rasa-rasanya starting tulis APG ni barulaa pandai nak bagi panjang-panjang sikit. Kalau tak, semua duk pakat mengadu kata pendek sangat. Inipun masih ada yang kata tak cukup panjang. Orang kat sini mengarang dah macam nak putus urat kentut, tahu? Hahahahah

Oklah. Itu je. Dijemput anda semua untuk menghentam sekarang. :)

13 comments:

lalalalaa said...

haaaa .. tu diaaa....
baru 18 taun si Senah tu ..
Kekekekeee...

Anonymous said...

amboi daus nak kat anak dara orang sampai xdan nak tanya umuq kawan tu...muda belia lagi tu...best syah mummy baca tersengih aja memanjang...xkomen bukan tanda xbaca ...xdan nak komen aje....sibuk...gud job syah....

Fatrim Syah said...

Assalamualaikum Syah Shah,

Bab paling best dan bermakna sekali bab ni. Akan diingat sepanjang APG. Lawak nya.. sempat Daus kena seligi ngan mak dia.. ka ka ka..

Daus, Daus... hampas tul, dah datang ke sana ngan family baru nak calculate umur dia ngan Husna, selama berkawan tu tak calculate pula.. Tapi okeylah tu.. taklah tua mana pun kan.. huhu.. untung Daus.. ekekeke.. Suka! Suka! ^_^

Anonymous said...

hahahahaah
tabik lah daus..
muda belia gitu..
hahahah
smbung lg plis... :D

#diane

Syah Shah said...

@lalalalaa : Itulaa tu.. Main serkap je anak orang.. Hameekkk~ Haahahahahah



@mummy : Dulu kan dah tanya, tapi dia tak mau jawab. Heheheheh :D

Ooo.. Ingatkan hilang terus sejak stop MLCA vs. GK tu. Hahahahah :P Terima kasih masih setia membaca eh mummy? ;)




@Fatrim Syah : Waalaikumussalam...

Itulaa kan, suka sangat buat kerja gila, mendapatlaa sebutir dengan mak dia. Hahahahah :P

Selama tu kan dia tak tau berapa umur Husna tu. Dah tanya, tapi tak dijawab si Husna tu. Heheheheh Memang untung besaaarrrr punya tu.. hahahahah :P



@diane : Hahahahah Hebat tak Daus carik calon? Kah kah kah kah kah :P

Next entry 2-3 hari lagi. :)

Anonymous said...

Baru lapan belas tahun? Padanlah member nangis macam nak rak. Siap suruh si daus kawen ngan kakak dia lagi.... haila... daus... daus.... hahaha...

senyum2 baca kat dalam keta mase mengadap jem tadi. Sempai org keta sebelah dah pandang semacam je. (",)

-Jha-

Syah Shah said...

@Jha : Manalaa Daus tau. Itu ari Daus tanya dia takmau jawab. Hahahahah :P

HEhe~ Lenkali kalau kereta sebelah pandang semacam, turunkan tingkap, lepas tu bagi url blog. kompem diorang pun ikut sama sengih-sengih dalam kete.. hahahahah

JunAnuar said...

Salam en syah..
Selalu bc..tp tk berani nk komen..hehe...bak kata hero2 ku..terbaekkkk!!!

Syah Shah said...

@JunAnuar : Salam. HAha~ JAngan takut. I don't eat people. Hahahah :P

Terima kasihhh... Lenkali jemput-jemputla komen lagi... :)

eifa yusof said...

Assalamualaikum. si manis 18 tuh. hamekk kau Daus. lawak.. lawak. apa nak di kata, sudah jodoh. apa pun semoga cepat laa disatukan depa ni naa. garang gak mak Daus ek. kan dah kena. siap sebek lagik. ekeke.

Syah Shah said...

@eifa yusof : Waalaikumussalam.

Kannn? Hamekkk kat hang Dausss... Hahahahah Tapi takpa, rezeki tuh! Muahahahahah :P

Sebek laa kawan, hengat mak tak setuju. Kawan dah beria kot... hahahahahah :D

Anonymous said...

en syah..xckp 2 ibu jari tgn nk angkat nek..ibu jari kaki pon nk angkat gak...terbaekk ler..muehehehe...

Syah Shah said...

@ctrain7474 : Haha~ Dahsyat sampai ibujari kaki pun naik jugak... Heheheheh

TErima kasih.. Terima kasih... Lainkali datang lagi.. Hehe :)