Aahhh... Sorry for the late update guys....
Jemput baca naa... :)
Bab 14.
Usai dijamu dengan nasi ayam buatan Husna yang pada aku super-duper-sedap-nak-mati-makan-rasa-nak-tambah-sepuluh-kali tengahari
tu, sekali lagi aku diberikan peluang untuk berbicara dengan Husna sementara
mak berbincang lebih lanjut dengan mak ayah dia. Dan aku, ibarat orang
mengantuk yang disorongkan bantal, confirm
lah tak menolak.
Aku bersandar pada dinding kereta dengan memeluk tubuh.
Dia pula bersandar pada tiang besi, juga sambil memeluk tubuh dan menunduk dari
tadi. Hujung selipar getahnya menguis-nguis pasir di bawah. Lama berdiam tak
bersuara. Aku tak pasti nak cakap apa. Sekejap kemudian dia memusingkan cincin
belah rotan yang sudah tersarung di jari manis tangan kirinya. Ada sedikit riak
sedih terbayang di wajah comel itu membuatkan hati aku diasak dengan rasa
bersalah yang teramat sangat.
“I’m sorry.”
Akhirnya aku bersuara memecah sunyi sejak dari lebih lima minit yang lepas. Dia
angkat muka memandang ke arah aku dengan riak yang agak sukar aku telah. Bibir
bawahnya digigit, semacam ada sesuatu yang nak diluahkan, tapi ditahan. Aku
hela nafas panjang.
“Serius, saya mintak maaf. Saya tak tau. Awak pun tak
pernah bagitau...”
“Awak tak tau apa?”
“That you’re just
eighteen.” Dia senyum. Sinis, tapi aku nampak manis. Ah kau Daus, sempat
lagi tu. Heh.
“Kalau awak tau, awak nak kahwin jugak ke?” Sarkastik.
Jeda. Pandangan aku jatuh ke bawah. Dalam hati sangat kuat mengatakan, YA!
Hujung kasut menyepak batu-batu kecil sebelum mengangkat semula pandangan menatap
wajah sinisnya itu.
“Kalau saya cakap tak?” Riak wajah sinis itu terus
berubah. Sekejap, kemudian berubah kembali. Masih sinis, tapi semacam ada
sedikit yang tidak kena.
“Sayalah orang yang paling gembira sekali dalam dunia.”
Katanya. Dengar sangat nada tak ikhlas dalam kata-kata tu. Aku tarik senyum
senget.
“Tapi masalahnya hati saya tetap kata ye. Tetap kata nak
kahwin dengan awak. Macam mana?” Jeda lagi. Aku pandang dia lama-lama. Semacam
sedikit berseri je aku tengok bila aku cakap macam tu walau dia masih tayang
muka toya. Confirmed. She also wants what
I want. Auuhhh... Gila happy
macam nih!!
“Awak nak macam mana lagi? Mak awak dah sarung cincin dah
pun ni, kan?” Cincin emas di jari ditunjuk lalu dia jegilkan mata. Aku senyum
dan membawa kedua belah tangan masuk ke dalam poket jeans. Aku palingkan kepala
ke arah pintu rumah dan tiba-tiba ternampak kepala Anis dan Ina terjengul di
muka pintu. Chiss... Skodeng! Dan demi melihatkan riak marah yang aku pamerkan,
cepat-cepat kedua mereka berlari ke dalam. Kurang asam punya adik-adik. Menyibuk
hal aku memang nombor satu!
Aku berpaling semula pada Husna yang sudah menunduk dengan
kedua tangannya di belakang dan masih setia menguis pasir. Dah jadi busut depan
kakinya. Eloklah tu, esok-esok senang semut buat sarang, boleh pindah masuk
terus tak payah buat busut sendiri. Mungkin cuma perlukan sedikit renovation je. Heh.
“Husna.”
“Apadia?” Jawabnya tanpa mengangkat muka.
“Awak betul-betul ikhlas atau awak rasa terpaksa?” Dia
berhenti menguis pasir. Kemudian dengan kaki bersarung selipar getah itu dia
menarik timbunan pasir masuk semula ke dalam lubang yang dikuis tadi.
Dipijak-pijaknya supaya pasir itu kejap sebelum mengangkat muka memandang pada
aku semula.
“Awak rasa?”
“Saya tak nak teka-teka. I want to know, I need to know apa yang sebenarnya awak rasa.” Dia
diam. Sekali lagi memusing-musingkan cincin di jari manis. Terdengar keluhan
ringan terlepas dari bibirnya. Sedikit sebanyak rasa bersalah bertandang
semula.
“Tak tau nak cakap macam mana.” Ujarnya perlahan kemudian
berdehem. Aku diam.
“Banyak sangat benda berlaku dalam masa dua minggu je.
Rasa macam mimpi pun iye. Macam tak real je
semua ni.” Luahnya bersama sebuah keluhan yang panjang. Aku telan liur, tapi
masih tetap mendiamkan diri.
“Rasa macam gila pun ada. Rasanya saya baru je lepas
ambik SPM semalam... Tiba-tiba pulak dah nak habis diploma tahun depan... Tapi
tak sempat habis lagi tiba-tiba ada orang gila ajak kahwin pulak... Memang gila
betul orang tu...” Siot. Sempat lagi kutuk aku tu. Aku garu belakang kepala,
kemudian kembali menyeluk poket dan menyilangkan kaki. Bibir masih rapat tanpa
ada tanda-tanda aku mahu bersuara. Oklaa tu aku ajak kahwin time dia dah nak habis diploma dah puunn...
Eh, chop! Sekejap! Dah nak habis diploma? Aik? Baru lapan belas dah nak habis
diploma? Biar betul dia ni? Aku pandang dia dan kerutkan kening. Skeptik.
“Dah nak habis diploma? You’re kidding me, right? Result
SPM pun baru keluar bulan tiga, kan? Ni baru bulan sebelas kot. Awak ambik certificate, kan?” Aku bertanya siap
jungkit kening. Dia dah mencerlung marah pada aku. Aik? Dia yang kantoi salah
pun nak marah kat orang jugak ke?
“Habis je SPM dua tahun lepas, bulan satu lagi abah terus
suruh masuk kolej guna keputusan percubaan. Kolej swasta, bukannya masuk IPTA
nak berkurun-kurun kena peram dalam tu.” Omel dia. Sekali lagi aku kerut
kening. Dua tahun lepas? She would be sixteen
masa tu. Takkan dah SPM? Ke dia masih lapan belas sebab birthday dia hujung tahun nanti?
“Tak percaya laa tu.” Rungut dia perlahan seakan dapat
membaca apa yang melintas dalam kepala aku ni. Sangat memahami. Bagus... Eh,
tapi kalau bukan aku sekalipun, mesti dia boleh agaklah orang tak percaya sebab
macam tak real je time line yang dia bagi tu. Jadi, tak
payah nak perasan lebih-lebih sangatlah Daus.
“Kitorang semua sekolah swasta dulu. Mama daftar saya
darjah satu masa umur enam tahun. Umur enam belas saya dah SPM.” Jelasnya.
Terjungkit jugak kening aku. That
explains everything... And... Wow!
Sekolah swasta... Kolej swasta... Jauh beza kasta aku dengan dia ni... Hmm...
Tiba-tiba je rasa goyang. Mampu ke kau Daus kalau dia
punya citarasa tinggi melangit? Tapi, err... kalau dia punya taste tinggi
melangit, memang confirmlah kau tak
jumpa dia kat gerai pisang goreng tu, kan? Memang tak nampaklah dia pakai
tudung besar dengan baju kurung dengan seluar track dengan selipar getah tu, kan? Aku tarik senyum lebar. Lega
sikit rasanya dalam hati.
“Hmm... Ok... Berbalik pada soalan saya tadi... Awak...
Err... Apa awak rasa sebenar-benarnya? Ikhlas? Atau terpaksa?” Pasir yang sudah
elok dikambus tadi, dikuis kembali. Dia ni... Suka betul buatkan busut untuk
semut...
“Entah. Buat masa ni saya rasa macam susah nak hadam
semua ni. Macam mimpi je rasanya.” Jawapan dia panjang lebar, tapi tak memenuhi
skema jawapan yang diperlukan. Pemahaman soalan tak betul dia ni. SPM Bahasa
Melayu dapat berapa lah ni... Hahahah~ Ok, mengarut dah kau ni, Daus! Tiba-tiba
nak kait-kait dengan SPM pulak, apahal? Gila!
“Apa senyum-senyum sorang-sorang? Gila apa?” Tiba-tiba
dia marah. Aku tergelak kecil. Serius tak perasan aku tersenyum sendirian tadi.
This has to stop, Daus. Asyik kena
cop gila je dengan si Husna ni, kang betul-betul kau jadi gila kang, tak pasal
je. Heh.
“Awak tak menjawab soalan.” Balasku. Dia kerut kening.
“Dah jawablah.” Aku tarik senyum.
“Saya tanya awak rasa awak ikhlas atau terpaksa. Lain
bunyinya jawapan awak bagi tu.” Dia merengus. Timbunan pasir di depan kaki
disepak perlahan dan pasir berserakan, kemudian dia mengangkat pandangan,
merenung aku tajam.
“Saya tak akan buat apa-apa kalau saya rasa terpaksa
buat.” Dia tunduk semula. Dan aku terperasan pipinya memerah. Lambat sikit baru
aku perasan jawapan dia. Maknanya dia takde rasa terpaksa laa ni? Maknanya dia
ikhlas laa ni? Maknanya dia suka laa ni? Rasa bersalah dah terbang melayang
jauh.
“Husna.” Aku dah senyum sampai ke telinga. Dia masih diam
tunduk menekur lantai berpasir di bawah.
“Husna...” lembut aku memanggil sekali lagi.
Lambat-lambat dia angkat muka tapi pandangannya dihalakan ke arah lain. Malu
laa tu nak bertentang mata dengan aku. Kalau tak, kemain tajam lagi macam nak
membunuh je pandangan mata kucing tu.
“Are you implying
that you’re not forced into this?” Dia berdiri tegak dan merengus. Merah
padam sudah seluruh wajah comel itu.
“Eeii!! Faham sendiri je dahlah! Sakit hati je cakap ngan
awak ni, tau? Benci!” Dan dia terus berlari masuk kedalam. Aku dah
sengih-sengih. Dalam hati dah berbunga-bunga. Taman Botani pun kalah dengan
spesis-spesis bunga yang berkembang mekar dalam hati aku masa ni. Hahahahah
“Hang buat apa duk ghenyeh sorang-sorang?” Abang Salim
tiba-tiba je ada kat sebelah, memaut bahu aku rapat. Haziq pun tiba-tiba je ada
kat depan aku, mengurut dagu. Masing-masing pasang sengih yang tak berapa
pandai aku nak tafsirkan maksudnya. Jadi aku cuma turut sengih juga.
“Hang cakap apa kat dia sampai lari masuk menangis pulak
tu?”
“Hah?!” Spontan aku berdiri tegak. Abang Salim sikit lagi
nak tergolek kat tepi. Nasib baik dia sempat berpaut pada bumbung kereta.
“Hang biaq betui Ziq... Dia menangis?” Dah berkerut-kerut
dahi aku. Alamak Daus, kau dah salah cakap kat mana pulak sampai boleh menangis
lagi ni? Isk! Problem besar lah lu ni Daus!
Dalam aku kalut-kalut berfikir sendiri mana silap aku,
tawa Abang Salim dengan Haziq pecah. Berdekah-dekah. Aku terus tayang muka bengang.
Lagi galak pulak diorang ketawa. Siot betul. Abang ipar dengan member sama je
dua-dua tak boleh pakai. Masuk air. Cheh.
“Macam ni laa member. Membohong jaa gheja. Abang ipaq pun
sama.” Kataku. Abang Salim tepuk-tepuk belakang aku sambil menghabiskan sisa
tawanya.
“Dah, dah. Toksah nak buat drama ayaq mata plak kat sini.
Jom masuk. Mak pak dia panggey nak cakap apa tak tau.” Ajak Haziq dalam
sengihan yang masih belum mati. Aku merengus perlahan lalu mengorak langkah
kembali ke dalam rumah dengan diorang berdua mengekor di belakang.
Sampai semula di ruang tamu, aku duduk semula di tempat
tadi. Abang Salim dan Haziq ikut duduk mengapit aku kiri dan kanan. Aku pandang
pada mak yang sedang tersenyum. Nampak ada aura kegembiraan pada wajah tua itu.
Aku ikut senyum. Kalau mak happy, aku
yakin 800%, aku pun akan happy jugak
insyaAllah. Haha~ Konfiden lebey...
“Jadi, confirm
lah ni, ye?” Tiba-tiba abah Husna bersuara. Err... Apa yang confirm?
“InsyaAllah. Bulan dua nanti ada cuti raya Cina kan? Kita
buat masa tu lah.” Aku pandang mak pulak. Buat apa masa tu? Eh, takkan awal
sangat? Husna kan tak habis lagi final masa
tu? Bukan hari tu kata nak tunggu dia habis final
ke? Ish... Kalau ikut aku, memanglah tak ada masalah, tak ada bantahan,
kalau lagi cepat, lagi bagus. Tapi dibuatnya budak tu menangis lagi bagai nak
rak tension tak boleh nak buat final exam kang, macam mana? Mau aku yang
jadi mangsa kena belasah dengan dia pulak karang. Adeh... Mak janganlah buat
Achik macam ni kot ye pun tak sabar nak dapat menantu... Isk...
“Haa... Elok sangatlah tu. Bertunang masa tu lah. Lepas
tu, tarikh nikah, kenduri, hantaran apa semua, kita bincang balik masa tu lah,
na?” Sahut mak Husna pulak. Eh? Bertunang masa tu? Err... Habis? Hari ni belum
bertunang lagi ye? Dah tu apa? Aku singgung Abang Salim di sebelah kiri.
“Tadi mak sarung cincin tu belum bertunang lagi ka?”
soalku berbisik. Dia pandang aku pelik dan kemudian Abang Salim ketawa kuat. Acaq
yang duduk sebelah mak dah ushar pelik dekat laki dia. Semua mata pun dah memandang
ke arahnya sebelum dia menekup mulut dan meminta maaf. Aku ikut ushar pelik,
konon tak tahu kenapa tiba-tiba dia gelak macam tu. Tapi memang aku tak tau
pun, kan? Aku rasa aku tak ada pun selit unsur-unsur lawak dalam soalan aku tu yang
boleh membuatkan dia gelak besar tiba-tiba macam tu.
“Hang laa ni... Hish!” Dia singgung aku balik, sedikit
kuat.
“Aku tanya jaa kot, bang. Hang gelak apasal? Bukan aku
buat lawak pun.” Rungut aku perlahan, tak puas hati dipersalahkan pulak bila terang-terang
dia sendiri yang salah. Heh.
“Hat tadi tu cincin risik, lah. Nampak sangat gelojoh tak
sabaq nak kahwin dah hang ni.” Dan sekali lagi tawanya pecah, kemudian malu
sendiri bila sekali lagi jadi tumpuan pandangan semua orang. Tak boleh tahan betul
aku lah Abang Salim ni.
“Err... Pakcik, saya nak tumpang tandas sekejap.” Aku
mintak diri. Abah Husna angguk dan berikan arah tandas terdekat. Segera aku
berlalu ke dapur, tempat tandas terdekat mengikut kata abah Husna tadi. Hanya
ada Huda dan Huraiyah di dapur sedang duduk-duduk di sebuah meja bulat sambil
berbual. Aku cuma hulur senyum sebelum masuk ke dalam tandas.
Keluar dari tandas, aku tengok semua dah
berbondong-bondong depan pintu utama. Alaa... nak balik dah ke? Takde can dah
laa hari ni untuk aku jumpa Husna lagi. Esok dia tolong makcik dia lagi tak,
eh? Esok cari dia kat gerai, ok tak? Hmmm...
“InsyaAllah esok pagi dalam pukul sepuluh macam tu kak
suruh Firdaus ambik lah. Boleh naa?” Kata-kata mak buat aku jungkit kening.
Suruh Achik ambik apa mak ni? Mak jangan mintak yang tidak-tidak pulak mak oi.
Segan laaa Achik karang.
“Boleh, boleh. Tak dak masalah. Esok mai lah ambik kat
rumah, ye Firdaus?” Mak Husna dah senyum-senyum pandang aku. Argh! Mak ni nak
suruh ambik apa ni? Gila seram pulak aku rasa laa. Cepat aku memboloskan diri
keluar selepas menyalami ayah dengan abang dia dan menyarung kasut.
Dalam-ramai-ramai macam tu, aku tak nampak pun kelibat Husna. Dia ni, suka main
nyorok-nyorok dengan aku. Sayang oi, abang nak balik dah ni, tak mau say bye-bye ke? Kang rindu kang...
Hahahahah Spontan tangan aku naik
mengetuk kepala sendiri. Bongoklah kau Daus. Hahahahah
“Kami balik dululah na?” Aku pandang mak yang masih
berbasa-basi dengan mak Husna. Dan tu dia, aku nampak kelibat Husna kat dalam
rumah dekat belakang-belakang sana. Tak taulah dia memang tak perasan aku
tengok dia, atau dia buat-buat tak nampak je dekat aku. Takpe, yang penting
sebelum balik abang dah nampak sayang. Hehheh Gila gatal tetiba nak
berabang-sayang bagai. Chiss.
“Ai, Achik tak mau balik lagi ka? Orang lain semua pakat
tunggu kat kereta dah tu, dia duk tercegat lagi kat sini. Nak tumpang tidoq
sini ka malam ni?” Auuhhh... Pedih telinga dengar mak sindir. Aku sengih
kemudian menggaru belakang telinga. Mak ni, nak sindir pun tak agak-agak.
Belakang sikitla. Jatuh saham Achik ni depan bakal mertua.
“Err... Balik dulu pakcik, makcik. Err... Esok pagi saya
datanglah ambik...” Ambik apa pun tak tau, sesuka hati je cakap. Belasah
ajelah.
“Yelah. Baik-baik bawak kereta tu.”
“Assalamualaikum.” Salam berjawab dan aku terus mengikut
mak dari belakang ke kereta di mana Haziq dengan Kak Maira dah menunggu. Abang
Salim, Acak dengan adik-adik dah selamat masuk dalam Myvi.
“Mak nak suruh Achik ambik apa esok kat rumah depa?” soal
aku sebaik Civic membelok masuk ke jalan utama untuk pulang ke Bukit Rimau
semula.
“Bukan apa, sapa.” Kata-kata mak buat kening aku
berkerut. Aku kilas mak dalam cermin pandang belakang. Tak ada nampak riak-riak
seperti nak mengenakan orang pun. Aku kilas pada Haziq pulak. Dia pun sekadar
senyum biasa.
“Siapa? Ada apa?” Soal aku lagi.
“Sajalaa mak nak kenai-kenai. Nak tanya kat Achik, Achik
pun haram tak kenai.” Uik? Aku pulak yang kena?
“Sapa dia Achik tak kenai? Mak habaqlaa betui-betui.” Aku
nampak mak sengih. Semacam aje ni...
“Mak nak kenai-kenailaa dengan bakal menantu mak tu. nak
tanya kat Achik, Achik pun tak berapa nak kenai. Terpaksa pinjam sat esok.” Aku
rasa mata aku terus bersinar terang.
“Laaa... Kena tunggu esok ka? Laa ni jugak Achik pi
ambik, tak boleh?” Tawa aku pecah. Haziq juga.
“Achik ni, gatai!” PAP! Mak bagi penampar dekat lengan kiri
aku menyebabkan stereng terkalih dan Civic ikut laju beralih ke lorong sebelah
kanan.
“Daus, lori!!” Mata aku membuntang luas.
“Allahuakbar!!”
“Achik!!”
**********************
Haaaaaaaa saspen takkk??? Hahahahahahah :D
Ok, sila hentam sekarang. :)
16 comments:
Argh!!! Saspen dah ni... harap2 xda pape la... fuh fuh fuh.....
Gigih bukak tutup blog incik syah dari tadi...
-Jha-
Assalamualaikum abah Syah Shah,
Amboi abah! Saspennya akhir tu? Selamat ke semua? Tapi tu ah, kalau tak selamat, kami ni tak wujudlah jawabnya. Tapi.. masih musykil. Apapun, terbaiklah abah! Penulisan abah ni makin meningkat dari bab ke bab. Suka! Suka!
p/s ~ apdet bab 15 cecepat ya abah. ^__^
alaaaa...jgn laaa...mood dah di awang-awangan ni..jgn jadi benda yg x baik pulak ekkkk???? mak cik ni..suka sgt tampaq belakang...bahaya mak cik oooiiiii.... huhuhu
Assalamualaikum. saspen laa pulok... dah syiok rama-rama berterbangan, tetiba cam kering darah jadinya. huhu. cepat-cepat sambung naa inche abah. hehe
@Jha : Moh le kita berharap sesama.. Fuh fuh fuh fuuuuhhhh~~ Hahahahah :P
Biasanya akan tag sapa yang memang follow kat pesbuk bila dah apdet. supaya tak adalah kes bukak tutup blog dengan gigih tu berlaku. hahahah :P
@Fatrim Syah : Waalaikumussalam..
Saspen sangat ke? biasa je tu. hahahah :P Terima kasih Fatrim. terharu aku. heheheh
@hk : Nak buat macam mana, makcik suka lupa... Tu yang bubuh penampaq jugak tu. hahahah
Kita sama-sama berharap laa eh? heheheheh :P
@eifa yusof : Waalaikumussalam...
Saspen ke? takdelaa.. hahahahah
Dua tiga hari lagi baru ada sambungan.. sabaq naaa? hahahahah :D
salam syah, dalam dok seronok2 pi merisik,jadi kemalangan pulak ka...? mintak2 depa selamat...jgn tragis sgt syah....mummy pun dok bukak tutup blog ni tiap2 hari...lekaih sikit sambung dah xsabaq dah ni nak tau apa jadi...gud job syah...
@mummy : Salam mummy. :D
HAish.. Itulaa tu.. Nak buat camna, dah nak jadi.. hoho~
Hehe, mummy bukak selang dua hari je, takyahle hari-hari, penat je kang. heheheheh :D
Terima kasih ye mummy? :D
adoyaiii en syah..jgn le jd ape2 plak nih..
@ctrain7474 : Marilah kita berharap sesama... Hohohohoh :D
Aaa...tak suka,tak suka...hrp2 sume selamat..amin..
@JunAnuar : Amiinnn jugak...
Waahh~ Cam real je nak kena amin bagai. hahahah :P
Hehe..ter'excited'...apa leh buat...
@JunAnuar : Haha~ kalau orang excited maknanya saya berjaya buat cerita nampak real. Terima kasih!! :D
Assalamualaikum, haiiii. saya silent reader nak jadi loud reader pulak. hahaha. alaaa, awat saspen ngat? jangan jadi apa-2 sudah~
@Arliansha Arman : Haha~ Account fesbuk dah tak aktif eh? Apsal?
Yes, sila jadi loud reader. Saya suka! Hahahahah :D
Saspen? Mana ada.. Biasa aje tu.. Marilah kita harap sama-sama eh? Heheheheh
Post a Comment