Since hari ni dah start kerja di tempat baru, updates can't be as frequently macam dulu. Sekarang lagi banyak membanting tulang empat kerat berbanding dulu banyak lepak dalam opis bilik sendiri. Haha~
The challenges of bekerja dengan orang dan bekerja untuk diri sendiri ni memang lain bebeno... Hoho~
Anyways, let's continue on with Daus & Senah punya story... :)
Bab 8.
Telunjuknya lurus tepat kepadaku. Aku cuma senyum. Gabra
toksah cakaplah, memang gabra habis. Tapi mesti maintain tenang. Harus bertenang.
“Una! Don’t be rude!”
Tu dia, mak dia cakap English! Hebat
ustazah ni.
“I’m not!”
Bantahnya keras. Siap dengan mimik muka tak puas hati, kening berkerut dan
bibir sedikit muncung. Comel. Heh.
“Una.” Semudah itu sang ayah bersuara dan tangannya yang
lurus menuding ke arah aku diturunkan perlahan. Aku berdehem sekali.
“Err... pakcik, makcik. Don’t blame her for her reactions. Err... sebab memang saya yang salah.”
Pandangan Husna mencerun pada aku. Terketap-ketap bibir mungil itu. Mak dan
ayah dia ikut memandang ke arah aku. Aku telan liur.
“Terus terang cakap, saya yang mintak dia tunjuk-”
“Mintak tunjuk?” pangkas Husna. Terjungkit kening lebat
itu sebelah. Aku hela nafas panjang. Fine.
“Err... kind of paksa
dia tunjukkan-”
“Kind of?”
pangkas dia lagi. Dia ni laa kan... Ada jugak yang aku cium terus kat sini
kang, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Baru berbaloi kalau aku kena belasah
dengan mak ayah dia pun. Hiisshh... Geram betul.
Aku hela nafas panjang sekali lagi dan menolak rambut
yang berjuntaian di dahi ke belakang.
“Ok. Saya terus terang cakap, saya memang kebetulan jumpa
dia dekat Summit tadi. Tapi lepas tu saya paksa dia balik dengan saya. Saya
paksa dia tunjuk mana rumah dia. Saya...” Aku tengok Husna dah tarik senyum.
Siap bersilang tangan di dada. Mak dengan ayah dia masih terlihat tenang
menunggu penjelasan aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Ok, relax Daus, chill. Jangan
cepat sentap. Not at this moment. Not at
this time.
Aku kalih pandang pada si ayah. Memandang tepat ke
wajahnya. Kira man to man laa ni.
“Saya mengaku saya salah sebab paksa Husna dan saya minta
maaf pasal tu. Betul-betul minta maaf. Niat saya buat macam tu, macam yang saya
cakap tadi. Sebelum saya kenal dia lebih lanjut, lebih afdhal saya berkenalan
dengan wali dia dulu, dengan pakcik.” Aku berhenti. Mak dengan ayah dia masih
diam, sedang menghadam penjelasan aku mungkin. Dari ekor mata aku nampak Husna
menjulingkan matanya ke atas dan menggeleng. Kau tak percaya eh? Siap kau, aku
goreng cukup-cukup sampai jadi jugak. Heh.
“First time jumpa
je hati saya dah jatuh berkenan. Kali kedua pulak saya dah jatuh suka. Kali
ketiga, saya yakin dan pasti, Allah yang aturkan pertemuan demi pertemuan tu
yang membuatkan saya akhirnya sampai kat rumah pakcik petang ni. Niat saya cuma
satu. Saya nak minta izin dan restu dari pakcik, dari makcik, untuk mengambil
Husna sebagai pendamping saya yang sah di dunia dan akhirat nanti.” Mak ayah
dia tersenyum lebar. Tapi Husna aku tengok dah melopong besar. Pandang semula
pada si ayah.
“Saya mengaku cara saya salah. Tapi kalau saya tak buat
macam tu, saya pun tak tau bila saya dapat jumpa dengan pakcik, dengan makcik.
Sekarang ni, semuanya terpulang pada pakcik, pada makcik, pada Husna. Apa saja
pun cakap pakcik, saya terima.” Aku tamatkan hujah bela diri dengan helaan
nafas panjang. Ayah dia berdehem sekali. Cawan teh ditarik ke bibir dan diteguk
perlahan. Aku telan liur. Aiseh, main jeda-jeda macam ni yang aku tak gemar ni.
Dahlaa tengah saspen gila nih. Aku kilas pandang pada Husna yang aku rasa juga
tengah tak senang duduk menunggu jawapan dari ayah dia. Pakcik, cepat sikit
cakap boleh tak? Saya dah rasa nak terkucil ni. Heh.
Cawan teh dikembalikan atas piring lapik. Ditolehnya pada
sang isteri, kemudian pada si anak sebelum memandang pada aku. Sekali lagi dia
berdehem. Aku telan liur.
“Mak kamu nak datang bila? Hujung minggu depan ye?”
Err... Aku angguk perlahan.
“Datanglah. Kami tunggu.” Dia senyum.
“Alhamdulillah... Terima kasih pakcik.” Aku ikut senyum.
Lega!
“Abah! Una tak-“
“Pakcik bagi peluang kamu bincang elok-elok dengan Husna
dekat luar sana.” Rengekan dia dipangkas laju. Husna tayang muka tak puas.
Berulang kali dia pandang aku dengan ayah dia. Aku sekadar senyum dan bangkit
berdiri. Dah nak cair sebenarnya dengar dia punya merengek tadi. Merengek
marah-marah pun aku dengar manja yang amat. Tak boleh tahan betul. Kalau ayah
dia tak potong tadi, confirm aku dah
meleleh ke lantai. Heh.
“Saya mintak izin bincang dengan Husna sekejap ye pakcik,
makcik?” Mereka mengangguk. Mak dia tolak Husna supaya bangun. Aku keluar lebih
dulu dari ruang tamu melintasi ruang tv dan terus ke pintu utama tadi. Sandal
kusarung dan terus ke tepi kereta, menunggu. Lebih kurang lima minit kemudian
baru Husna muncul dengan muncung panjang sedepa di bibir. Aku bersandar pada
dinding kereta, memerhatikannya yang sedang menendang-nendang batu-batu kecil
atas tanah. Senyum dan geleng-geleng. Tangan kusilangkan di dada.
“Apa motif awak ni sebenarnya, hah?” Akhirnya dia yang
memulakan setelah puas menendang batu-batu kecil. Tubuhnya disandarkan pada
tiang besi yang menampung awning
rumah. Tangannya ikut bersilang di dada.
“Apa yang saya cakap tadi, itulah motif saya.” Dikecilkan
matanya. Skeptiklaa tu, macam aku tak faham.
“Cakap betul-betul boleh tak?” Rengusnya. Aku ketawa
kecil.
“Saya cakap betul-betullah ni. Dah siap terus terang lagi
dengan mak ayah awak. Apa yang tak betulnya lagi?”
“Main-mainlah awak ni!” KTANG!! Tiang besi disepak kuat.
Berdengung bunyinya. Tak padan dengan pakai selipar getah aje. Pergh! Kalau dia
sepak keting aku tadi, confirm patah.
Garang yang amat budak ni dengan aku. Tapi dengan mak ayah dia, dengan
kawan-kawan dia, apasal nada manja tu kedengaran jelas walaupun tengah marah?
Tak aci betul... Haisshhh... Aku kuis tanah dengan hujung sandal.
“Husna, I’m dead
serious about it. Kalau saya nak main-main, saya tak datang sini hadap mak
ayah awak. Saya takkan berani cakap mak saya nak datang next weekend. Saya memang tak main-main bila saya cakap saya nak
kahwin dengan awak.” Dia merengus kuat.
“Gila! Siapa yang nak kahwin dengan awak?” Matanya mencerlung
tajam pada aku. Aku tarik senyum senget.
“Awaklah. Ayah awak dah setuju apa.” Membuntang terus
mata kucing tu sebelum sekali lagi tiang besi yang tak berdosa tu disepak. KTANG!!
Sekali lagi tiang itu berdengung.
“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan
orang gila macam awak ni, tau?” Marahnya. Aku gelak.
“Memang saya gila. Gilakan awak. Tak boleh?”
“Eeeiii!! Boleh gila saya cakap dengan orang gila macam
awak ni, tau tak?!” Tiang besi dicengkamnya kuat-kuat lalu digegar. Serius aku
rasa nak tergelak berguling-guling dah dekat situ, tapi cover macho depan bakal mertua punya pasal, aku kunci keinginan tu
kemas-kemas.
“Umur awak berapa eh?” Dia kembali memandang tajam pada
aku.
“Dah habis kenal dengan abah saya ke?”
“Err... belum...” Dia tarik senyum sinis.
“Tadi kata sebelum kenal saya, nak kenal dengan wali
dulu, kan? Pergi berkenalan dulu habis-habis dengan abah, baru carik saya.”
Tegasnya. Aku telan liur. Dia boleh kenakan aku pulak. Chiss... Eh? Dia kata
apa tadi? Ahha~ Senyum senget terukir.
“Maknanya awak setuju la ni kan nak kahwin dengan saya?”
Serta-merta blusher original terpalit
di kedua belah pipinya. Senyum aku semakin lebar.
“Takde maknalah saya nak kahwin dengan awak. Tak hingin!”
Dalihnya. Tangannya disilangkan ke dada. Riaknya serius walau rona merah jambu itu
masih jelas terlihat di pipi.
“Maknanya awak nak tolak tanggungjawab laa ni, ye?”
Keningnya berkerut.
“Tanggungjawab apa pulak? Awak jangan mengarut boleh
tak?” Silangan tangan dileraikan. Kedua belah tangan jatuh ke sisi dan aku
nampak penumbuk sudah terkepal.
“Awak jangan buat-buat lupa pulak apa awak dah buat kat
saya dalam panggung tadi.” Kepalan penumbuk terlepas. Merah padam terus
wajahnya. Kening berkerut-kerut dengan gigi diketap rapat. Malu campur marah. Confirm. Haha~
“Itu orang tak sengajalah!” Bentaknya. Aku kunci tawa
kemas-kemas dalam hati dan buat muka kesian.
“Tak sengaja ke, atau awak memang saja ambil kesempatan?
Tak pernah lagi ada orang perempuan sentuh saya kat situ tau selama ni?
Kecik-kecik dulu adalah mak saya ke, makcik ke... Dah besar-besar ni, memang
tak ada. Awak orang pertama. Awak dah calarkan kehormatan saya. Sebab tu saya
ajak awak kahwin. Saya nak awak bertanggungjawab.” Kataku serius.
“Saya tak sengajalah...” Dia tunduk. Hujung seliparnya
menguis-nguis tanah. Aku sembunyi senyum.
Memang aku tau dia tak sengaja. Walaupun panggung dah
gelap masa tu, bukan aku tak nampak ada orang terlanggar dia masa dia baru nak
duduk. Dalam dia nak terjatuh tu, entah macam mana tangannya menekan paha aku,
menahan diri dari terus tersungkur ke bawah. Sikit lagi nak kena kat situ. Tak
kena pun, tapi memang sikit je lagi nak kena. Terlompat jugaklah aku pun,
terkejut punya pasal. Berpuluh kali jugaklah budak yang langgar dia tu minta
maaf bila tengok muka garang aku masa tu. Terpaksa buat muka garang pasal nak cover malu. Itu yang masing-masing
senyap sunyi je sepanjang cerita ditayangkan. Kalau aku rasa malu, dia dah
tentu-tentu rasa berkali-kali ganda malunya.
“Kalau tak sengaja, at
least say sorry once. Ini sampai sekarang tak ada awak sebut apa-apa pun.
Sekarang ni, awak sengaja ke, tak sengaja ke, belakang kira. Yang saya tau, you have to bear the responsibility.
Kalau tak, saya cakap kat ayah awak apa awak buat.” Dia angkat muka, memandang
tepat pada aku. Auh... mata kucing tu... Argh! Chill Daus, chill!
Kuatkan semangat Daus, kau nak kahwin kan? Nak tergoda ke, nak cair ke, meleleh
ke apa, tunggu kemudian. Sekarang ni kena keraskan hati dulu.
“Tapi saya tak nak kahwin lagi...” nada suaranya dah
lembut. Sejuk je telinga ni mendengar. Aku senyum dan mendekatinya.
“Saya bukan ajak awak kahwin this instant. Saya tunggu sampai awak habis final. Kalau nak tunggu sampai awak habis konvo pun saya sanggup. It’s not like I’m pregnant or something like
that yang perlu kita nikah instant to
cover things up.” Dan aku rasa seolah menjerat diri sendiri seusai
melafazkan ayat terakhir tu bila melihat dia dah mencerlung marah pada aku.
“Memanglah tak pregnant!
Awak gila ke apa?” Dan tumbukannya hinggap di bahu kiri aku menyebabkan aku
sedikit terdorong ke belakang. Cukup lima kali sudah dan aku sangat yakin lagi
pasti, tulang bahu aku dah patah remuk sebab tumbukan dia kali ini
sangat-sangat padu lagi jitu. Tangan kanan memegang kejap bahu yang berdenyut
sakit.
“I think you broke
my shoulder already this time around...” ujarku dengan kening berkerut
menahan sakit.
“Husna Binti Samsudin!!” Aku toleh ke arah pintu utama.
Ayah dia dah bercekak pinggang dengan muka bengis. Aku pandang Husna semula.
Dia dah pucat lesi.
***************************
Lepas ni apdet will be around 2-3 days gap kot. Habis-habis pun mungkin seminggu. Dengan nak mengejar menyelesaikan si Esah yang masih tergantung tu. Haha~
Okaysss... Silakan menghentam sekarang. :)
12 comments:
Ganas giler Husna nie. abis laa patah riuk ko Daus. dpt awek ganas. kena tang mn tuh??? hahahah. gatai hang Daus naa, ambil kesempatan dlm kesempitan. wat sebab yer. kompen kena menikah.
Salam Syah Shah,
Daus! Salutelah, memang berani meluahkan apa yang terbuku di hati. Bagus jugalah, daripada dia luahkan kat facebook, twitter bagai.. baik luahkan di tempat yang betul.
Husna, Husna.. terima ajelah si Daus tu. Mana nak dapat lelaki macam tu sekarang ni. Very the gentleman. Husna mmg kena bertanggungjawab, e'eh.. salah yang tu aje.. adeh!
Baca sampai last! Fuh! Pak mertua panggil nama anak dia.. boleh terkeluar jantung! Nak larikkkk...aje rasa.
Anyway, god job Syah Shah! Can`t wait the next n3. ^___^
(Ni komen ke atau dedikasi? EH!)
adeh....gelak guling2....kakaka....cm kejadian gua dulu..tp bukan tempat tu....gua lips...hahaha..berlanggor...gila siyes malu...tak thu nk letak mana muka....adeh....thumbs up bro..gua suka ceta ni..kakaka
wow makin best jln citer ni..lain dr yg lain!tak pnah lagi jumpa hero gentleman mcm nih dlm novel...
@eifa yusof : Takpe, Daus suka. Hahahahah :P
Daus memang gitu, as Gina cakap, manipulator... kakakakakak :P
@Fatrim Syah : Horeyy for Daus! Hahahah :P
Betul, Husna kena bertanggungjawab! Kakakak :P
Next entry lambat sket.. haha~ :P
@Kimi Ue : Kakakakakak lips? small matter je tu bro... akakakakak :P Tengkiyu tengkiyu.. hahahah :D
@missz nur : Lain sangat ke? Kakakakak :D
Amacam? Haziq dah hilang blom? Dah ganti ngan Daus blom? Ahahahah :P
wwwaaaahhhhh...
gentle gla daus....
mn tmpt pn ssh nk dpt org cm daus ni...
sgt b'trus terang..
mmpus la daus dpt c senah tu..
dh khwin sok ri2 kna pnumbuk c senah..
xkhwin lg pn dh dpt 5 das..
mau lebam bau daus tu...
hehehehe =)
pls nxt n3..
xsbar nk tgk glagat mak daus...
Huwa.... manis+masam+masin semua cukup ni... suka!
Garang+ganas sungguh cik senah.. juara tinju kolej ke hape.. nasib baik daus sayang...
terperanjat sekejap tadi tetiba je blog ni x bleh buka... cam nk nanges pun ade...
-Jha-
"like" what jha said..
malas nk type blk!
huhu
@Hanya aku... : Daus berani mintak, kena berani tanggunglaa... Hehe~ :D
Next entry coming lewat sikit kot. Kita tunggu sama-sama eh? Terima kasih! :)
@jha : Itulaa tu... Nasib baik Daus dah jatuh sayang... Haha~
Pagi semalam saja buat serabut pegi tutup blog. Haha~ Terima kasih! :)
@Anonymous : Komen balas pun sama macam untuk jha. Heheheheh :)
Terima kasih! :)
perrgh ! Memang beda bebenor kalau 'daun tua' nak tackle awek eh. Slow but sure ! Hahahaa
That's good. Tapi kn kalau beta jadi husna tu, memang langsung mati berdiri agaknya dek krna terkejut sangat2. Aigoo ~
@inayah swan : slow? Mana ada slow. berdesup terus tu. hahahahah :P
sesak nafas 2 saat...tabik spring kat dak daus ni...hihihi
berterus terang lebih baik dari memendam kekdahnya ye daus...
takut karang melepas...
ganas sungguh dak senah ni...
daus bg can senah tumbuk bertalu2 dulu tu...kihkihkih
mau terkehel gamaknya bahu ye daus..
(-____^) snyum dan snyum lg..
>>Leen<<
Post a Comment