Haha~ Ye ye je kata dua tiga hari lagi baru boleh apdet, tup-tup selang sehari je. hehe~
At the moment tak berapa nak sibuk lagi, bolehlah. Sementara sempat tu, apdet sajalah. :)
Malas cerita panjang. Kita sambung baca. :)
Bab 9.
“Are you nuts?!”
Dia dah terjerit. Aku gelak. Dulu masa dia bukak cerita dengan aku, tak ada pun
aku punya refleks melampau macam tu. Cool
je. Even masa dia kecoh-kecoh telefon aku dari hospital pasal kena balun dengan steering lock dulu pun, aku cool je tolong uruskan apa yang patut.
Dia ni, baru aku bukak cerita sikit, over
pulak reaksi tu.
“You think?”
Aku jungkit kening sebelah.
“Memang gila tak pernah dibuat orang, bang chor. Serius
aku habaq hang, memang patutlah dia duk cakap hang gila. Pasai hang memang
gila! Agak-agaklah kot ya pun nak jumpak mak ayah dia. Gila keji dol main
paksa-paksa!” Aku gelak lagi.
“Hang toksah nak mengata aku. Hang pun sama keji pedajal
skuter Kak Maira dulu.” Dia ikut gelak.
“Hat tu lain. Aku guna cara halus.” Dalihnya.
“Hangguk hang laa cara halus. Cara halus tu laa lagi keji
hang tau? Tak pasai mendapat tang kepala tu sekali. Sapa susah? Ni, adik hang
ni jugaklah yang susah. Nasib baik aku pun duk tengah cuti time tu.” Sekali lagi tawa bersatu menggegarkan kereta.
“Gila lah hang ni, Daus. Memang gheja gila betui.” Dia
dah geleng-geleng kepala.
“Lepaih balik tu aku buat istikharah dah. Jawapan dia pun
aku dapat dah. Memang confirm.
Lagipun ayah dia dah habaq kata go ahead.
Aku go ahead sajalah ni.” Stereng
kuputar membelokkan kereta ke kiri.
“Hang serius? Like,
seriously serious?” aku tarik sengih dengan soalan itu.
“Damn right I am.
Hang ingat hang sorang jaa boleh buat gheja gila lagu tu?” Tawanya meletus
semula.
“Tapi aku tak adalah gila macam hang! At the very least aku kenai kak hang tu
dah lama jugak sebelum aku dengan penuh sopan santun datang dengan mak pak aku
pi masuk minang dia behind her knowledge.
Ini hang main aci pakai terjah takdak warning,
takdak pesan. Baru seminggu jaa kenai kot, terus ajak kahwin. Gila desperado ka apa hang nih?” Bahu kiri
aku ditepuk kuat. Berkerut muka aku tahan sakit.
“Hoi, hoi. Kan aku dah habaq kata bahu aku ni tak baik
lagi. Hang ni aku humban keluaq kereta jugak satgi, hang tau lah.” Haziq ketawa
lagi.
“Sorry, sorry,
aku lupa. Dahsyat rupanya penangan awek pisang goreng tu na? Sampai-“
“Husna. Nama dia Husna.” Tekan aku.
“Yalah, yalah. Husna. Dahsyat penangan dia sampai hang
teruih masuk minang sendiri tak tunggu mak lagi dah.”
Tawa Haziq meledak lagi. Kemain lagi sampai
tertunduk-tunduk menekan perutnya. Aku sekadar sengih. Pandangan tetap fokus
pada jalanraya di hadapan. Jam di dashboard
kereta sudah menunjukkan waktu sudah mencecah jam tujuh suku malam.
Sepatutnya jam lima lagi sudah selesai buat site
evaluation, tapi sebab site engineer tu
beria ajak lepak bersama, tu yang jadi lambat keluar tu. Bukan orang lain,
orang kampung jugak. Itu yang jadi banyak cerita tu. Haha~
“So Saturday ni
kira confirm laa ni?” Aku angguk.
“Confirm laa.
Esok mak aku sampai dengan Acaq dengan Abang Salim. Petang ka malam ka, camtu
laa... Tumpang rumah hang laa, macam biasa.” Aku tayang sengih.
“Tu laa hang. Beli ghumah, pi sewa kat oghang. Lepaih tu
hang pi sewa bilik pulak. Kot dak, kan senang mak hang nak datang tidoq.”
Tempelak Haziq.
“Halamak... Kalau hang tak sudi bagi tumpang, hang habaq.
Aku boleh pi carik hotel.” Tukas aku laju.
“Aku bubuh penampaq jugak sat lagi budak ni. Bila pulak
aku kata lagu tu?” Kepala aku disekehnya sekali.
“Woi, woi. Aku duk driving
ni. Terjun laut satgi, tak sempat hang nak kejaq masa afdhal hang tu. Baru hang
tau.” Aku dah gelak dulu.
“Sebelum hang terjun laut, aku terjun keluaq dulu, lari
pi airport. Tinggai la hang sorang.
Esok baghu aku mai balik carik hang.” Dia pulak gelak.
“Barua punya member! Sampai hati hang nak tinggai aku!”
Aku sambung gelak. Serius tak boleh blah betul mamat ni sejak-sejak kahwin.
Gila punya merenyam sampai aku tak tau nak kata apa dah.
“Setakat hang, apa pulak tak sampai? Sampai sangat.”
“Mangkuk ayun hang!” Tawa terus bergema dalam kereta sewa
yang sedang kupandu menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Sampai
di depan perkarangan pintu departure,
aku hentikan kereta dan matikan enjin lalu keluar. Beg galas dari seat belakang
ku ambil dan kugalas di bahu kanan. Clip
file yang penuh dengan kertas aku kepit celah ketiak sebelum menutup pintu.
“Op! Op! Jangan tepuk bahu kiri dia, Haji! Satgi ada yang
meraung tang ni satgi!” Kata-kata Haziq buat aku laju berpusing ke belakang.
Bos syarikat kereta sewa yang aku biasa ambil tersengih dengan tangan yang
terangkat. Aku ikut sengih.
“Awat bahu hang?” Soalnya setelah aku hulurkan salam dan
kunci kereta.
“Haa? Err... Tak dak pa aih. Lebam bengkak skit jaa.”
Jawabku.
“Accident ka
hapa buleh lebam bengkak pulak? Tapi kalau accident,
takkan tang bahu jaa kot?” Haziq dah ketawa lebih dulu. Chiss.
“Bergaduh laki bini, Haji. Tu yang berlebam tang tu, tu.”
Dia sambung ketawa. Lelaki hampir separuh abad depan aku ni ikut ketawa. Aku
sekadar tayang sengih.
“Aih, menikah dah ka hang? Dia aih, tak jemput habaq
pun.” Lagi kuat Haziq ketawa. Barua betul. Mengenakan aku nombor satu mamat ni.
“Haji percaya sangatlah cakap mamat gelong tu. Mana ada
saya menikah lagi pun.”
“Tahun depan tu, insyaAllah.” Tokok Haziq, laju. Nasib
baik dia kat sebelah sana kereta. Kot tak, memang aku dah kepit kepala dia
lepas tu sekeh laju-laju dah ni.
“Oklah tu. Umuq pun sedang elok nak menikah tu. Nanti
jangan lupa hantaq kad. Setakat SP tu, insyaAllah.” Dia senyum. Aku ikut
senyum. Tak boleh nak kata apa dah.
“InsyaAllah, Ji. Oklah, Ji. Kami masuk dulu na?
InsyaAllah bulan depan jumpak lagi.” Salam kuhulur sekali lagi.
“Ok, ok. Assalamualaikum.” Salam kujawab dan terus
membawa langkah masuk ke tengah-tengah ruang legar lapangan terbang itu. Jam di
pergelangan tangan ku kilas sekali. Baru pukul tujuh setengah. Masih ada banyak
masa lagi.
“Aku nak mandi tukaq baju dulu. Lepaih jamak, baru kita
masuk.” Haziq sekadar angguk. Langkah terus dibawa menuju ke tandas lelaki
terlebih dahulu untuk membersihkan diri dan mengganti pakaian. Bukanlah kotor
sangat pun, cuma ada terlekat sedikit debu-debu pasir dan simen je. Kebas
sikit, hilanglah. Lagipun cuma buat evaluation
dekat site je, bukan buat kerja
buka motor. Tapi sebab nak menghadap Tuhan yang Maha Esa, rasanya lebih afdhal
aku menghadap dengan pakaian yang serba bersih.
Usai mandi dan ganti baju, aku terus berjalan menuju ke
surau dengan Haziq mengekor di belakang. Sampai depan pintu surau, aku
berhenti. Dan Haziq terus merempuh aku. Aku pandang dia atas bawah. Galaxy Note II nya terus diselit ke
dalam poket seluar. Dia sengih lalu membawa tangannya ke dahi.
“Sorry bos. Aku
tak sempat brek.”
“Tak lari kemana laa bini hang tu. Nak lari pun dah tak
larat, hang laju sangat. Gelojoh.” Sikit lagi penumbuknya nak mendarat ke bahu
kiri aku namun terhenti serta-merta bila aku menjegilkan mata. Tawanya pecah,
namun perlahan. Hormat, depan surau kot.
“Satgi lepaih solat kita pi makan sat. Aku rasa lapaq
gila pulak dah.” Ujar Haziq. Sandal aku tanggalkan dan susun atas rak kasut.
“Tak payah. Hang peghabih jaa coklat melambak hang beli
tak sat tadi.” Balasku laju.
“Hat tu kak hang yang order, ok? Aku punya hat Kinder Buenos tu jaa sekotak.” Dia gelak. Aku ikut gelak. Pintu surau aku
kuak sedikit. Tak ramai yang berada di dalam sementelah waktu maghrib pun dah
tinggal hujung-hujung je. Aku tinggalkan beg galas di tepi dinding dan terus ke
tempat mengambil wudhu’. Selepas mengambil wudhu’ aku angkat beg dan mengambil
tempat rapat ke dinding di sebelah kiri. Sengaja rapat sikit dengan dinding
supaya tak ada orang berada disebelah kiri aku. Takut berlaga bahu. Serius
sakit. Ngilu sampai ke tulang sum-sum rasanya. Kaki seluar aku lipat sedikit
sebelum berdiri. Kemudian bahu kanan terasa ditepuk lembut. Aku toleh
kebelakang.
“Imam eh?” Aku kerut kening.
“Hang laa lagi afdhal. Lagi tua pada aku.”
“Dah hang duk rapat dengan dinding, aku nak jadi imam
lagu mana? Duk tengah-tengah dalam dinding pulak?” Aku ketawa kecil. Dia juga.
Aku angkat beg dan berganjak tiga langkah ke kanan.
“Hek eleh, mengelat. Hang nak kahwin lagu mana suruh jadi
imam pun mengelat lagu ni?” Rungut Haziq sambil melangkah. Aku tepuk
belakangnya sekali. Haziq terhenti dan berpusing kembali menghadap aku.
“Aku tak habaq apa pun. Aku ginjak sikit ja pun. Takkan
aku nak duk rapat dengan dinding pulak? Tapi kalau hang nak jadi jugak, by all means, please, be my guest.” Aku
depakan tangan ke depan. Haziq sengih lalu ke belakang semula.
“Aku ingat hang nak mengelat. Takpa, aku dah lama tak
merasa jadi makmum hang ni.” Katanya selamba. Mamat ni, nak je aku sekeh. Suka
sangat buat assumption sendiri. Aku
pandang ke hadapan. Nafas panjang ku tarik dan menghembusnya perlahan.
Bismillaahirrahmaanirraahiimm...
Usai solat dan berdoa ringkas, beg segera aku galas dan
keluar dari surau. Sandal kusarung kembali dan bersandar di dinding sambil
menunggu Haziq . Kedua belah tangan menyeluk poket jeans. Sekejap kemudian
Haziq keluar dari surau.
“Hang nak makan kat food
court ke, kat luar tu ke, kat cafe
belah dalam waiting lounge tu?” Haziq
pegang perut.
“Dalam lah. Eh, jap. Dah boleh masuk ke pun?” aku jungkit
bahu. Masing-masing mengilas jam di pergelangan tangan. Baru pukul lapan
setengah. Ada dua jam lagi. Flight
pukul sepuluh tiga puluh lima minit malam.
“Food court je
lah. Jom.” Dia berjalan lebih dahulu dan aku mengekor dari belakang.
Skrin penuh calar Galaxy
Ace yang aku tarik keluar dari poket aku tatap. Dah berapa hari, tapi aku
masih belum ada kesempatan nak call. Itupun nasib baik abah dia baik hati nak
bagi nombor. Mintak dekat dia bukan main kedekut lagi. Aku cakap karang senang
mak aku nak tanya apa-apa. Haram tak mau dibaginya. Siap jelir lidah lepas tu
terus lari masuk. Heiii... Nasib baik abah kau ada kat situ. Kot tak, aku pun
tak sure apa aku akan buat. Kejar sampai dapat. Lepas tu? Humban atas katil?
Wooo~ Ganasnya imaginasi kau Daus. Rileks Daus, chill. Tak kemana dah tu. Memang confirm insyaAllah dapat tak lama lagi dah tu.
“Hoi!” Angkat kepala pun tak sempat, terus merempuh Haziq
di depan. Dia terdorong beberapa langkah ke belakang sebelum sempat berpaut
pada railing tangga. Dia dah tayang
muka tak puas hati. Aku gelak.
“Awat hang brake
tak bagi signal?” soalku dalam tawa.
“Hang yang duk mamun sengih sorang-sorang tengok handphone tu sapa suruh? Aku panggil pun
duk tak dengaq.” Marah dia.
“Hang dah nampak aku lagu tu, awat hang tak elak? Salah
sendiri, nak salahkan aku pulak.” Aku tak nak kalah.
“Hang laa. Orang berjalan mata pandang depan, bukan duk
tengok handphone. Dah laa duk sengih
sorang-sorang. Gelong ngat aih!” lagi kuat aku gelak.
“Ooo... Hang buat tadi takpa. Sampai kat aku, tak buleh
pulak. Ini tidak adil!” Aku tumbuk tapak tangan sendiri sebab tak ada meja yang
boleh ditumbuk. Gaya dah macam Abdul Wahub dalam filem 3 Abdul. Tawa Haziq
akhirnya meledak juga.
“Sudahlah. Layan hang, dan mati kebuloq aku tang ni.
Memang malang sungguh aih nasib bakal bini hang tu dapat laki gelong macam ni.”
“Hang toksah mengata aku. Hang pun sama dua kali lima,
lima kali dua, sepuluh!” Dia tutup telinga dengan tangan buat tak dengar dan
terus berjalan meninggalkan aku menuju ke food
court. Telefon di tangan aku pandang sekali lagi. Nantilah sampai rumah
nanti aku telefon. Sms ke. Rindu pulak nak gaduh-gaduh manja dengan dia lagi.
Aku usap perlahan bahu kiri dan tarik senyum.
“Hoi!” Belakang aku ditepuk kuat. Aku pandang Haziq yang
entah bila tiba di sebelah sedang tayang muka marah, tapi pada masa sama sedang
menahan tawa. Serius lawak.
“Angau tak habih!” ujarnya dan tawa kami terus meledak
menggamatkan ruang legar kawasan food
court itu.
Woah! Tak sabarnya tunggu hari Sabtu ni!!
*********************
Esok je dah Sabtu, kan? Haha~
Wokeh, boleh kasi hentam sekarang. :)
12 comments:
Amboi... angau tak hengat dah Daus. sabaq ..sabaq sikit naa. tak lama dah nak jadik tu. Daus yg tlg Haziq lepaih kena katok dulu ek. tak sangka sungguh. dua-dua suka yg jenis brutal erk. ekeke
Thanks Syah Shah sebab update cerita hang.
Suka, suka, suka! Daus, Daus.. sini aku tepuk bahu hang.. kata gentleman, bagu ken katok sikit dah mengaduh.. ke, Husna punya tepuk tu terlebih kuat.. Gulp! Be prepared laaa hang Daus.. la la la la la la..
Tak faham sgt loghat kedah tu..tp oklh ada entry br..
best! gelong tu ape??
huhu
Xda maw hentam o... best sgt cerita ni... update slalu ye.. mntak dy sms husna tu cpt2... hehe
@eifa yusof : Daus laa orangnya. hahahah
Daus dengan Haziq share a lot of things in common. sebab tu boleh geng. hehe
@Fatrim Syah : Sama-sama. :)
Sengal bengkak lebam tak hilang lagi, tu laa pasal mengaduh. hahahah
Daus is preparing physically & mentally. hahahahah
@Anonymous : Haha~ Apa yang tak faham tu? Meh bitau nak tolong kasi terang.. :)
@Anonymous : TErima kasih. Gelong = Gila. :)
@Anonymous : Terima kasih. Terima kasih.. :)
Ye, ye, Daus akan bersegera. hehe :)
Teruk sangat ke senah pukul? Cam teruk sangat je... anyway ini sangat best!
Hilang rindu kat haziq kejap.... (",)
-jha-
@jha : Teruk tak teruklaaa... Saja Daus mengada... Hahahahah :P
Terima kasih... Haziq jugk yang dirindu... Daus tak rindu ke? Hahahahah :P
muahahaha...angau tahap bangau dh daus ni,,,kakakaka
@Kimi Ue : Baru sikit. blom banyak lagi. hahahahah
parah sungguh angau dk daus nih...
blm dngar sora si una lg, baru tgk hp jaa tu..blh sengih2 sorang..
dasat aar aura dak Husna ni, bikin dak Daus penasaran...
sabar ye Daus...hihihi
terbaek (-___^)
snyum dn snyum lg.. >>Leen<<
Post a Comment