Assalamualaikum dan Salam hujung minggu.
Fawwaz sudah mari... Heheheheh
Part 2
Bunyi alarm
telefon bimbitnya buat Andria terus tegak di atas katil. Kemudian dia rebah
semula dan mengerang. Tekaknya terasa sangat-sangat haus. Kepalanya pula terasa
sangat-sangat sakit. Mencucuk-cucuk sakitnya. Kedua belah tangan mula
menggenggam dan menarik-narik rambutnya.
Agak kurang sikit sakit kepala, baru dia buka mata
perlahan-lahan. Keliling bilik dia perhati sebelum mematikan alarm yang
berbunyi sekali lagi. Selimut tebal yang membalut tubuh ditolak ketepi sebelum
dia duduk bersila atas katil.
Andria berdehem sekali. Tekak kering. Perit. Liur
dikumpul sebelum ditelan, membasahkan tekak. Silap besar betul tak beli air
mineral siap-siap standby dalam
bilik. Terkebil-kebil sahaja dia memandang ke arah backpacknya di tepi almari.
Dia rasa macam hilang ingatan. Rasa-rasa malam tadi dia
ada pergi bilik Hakim. Niat nak minta maaf dan jugak berterima kasih.
Masalahnya dia kurang ingat masa bila dia balik bilik. Eh, bukan kurang ingat,
memang tak ingat pun. Dan dia ingat-ingat lupa, serasa macam dia ada bermesra
dengan Hakim semalam. Err... mimpikah? Mimpi laa kot.
Hmm... confirm
mimpi sebab dia sibuk berfikir dan susun ayat macam mana nak bercakap dengan
jejaka ice prince tu sampai tertidur
lalu bermimpi. Tapi mimpi tu macam explicit
gila. Merah pipi Andria tiba-tiba bila dia ingat semula mimpi tu. Macam kebas
pun ada. Malu sendiri.
“Apa kes aku sampai mimpi peluk-peluk, cium-cium dia tu
eh? Gila betul. Nasib baik tak mimpi lebih-lebih. Tak rela aku. Dahlah ice prince. Eh, bukan. Ice tea prince! Asyik minum teh ais je.
Hahahahah.” Andria gelak sendiri lalu menepuk-nepuk pipinya. Menghilangkan rasa
kebas.
“Dah, dah, Andria. Bangun! Subuh!” Tengkuknya diurut-urut
sekejap sebelum turun dari katil. Tuala dari palang di tepi dinding di tarik
dan dia langsung masuk ke dalam bilik air. Melintas depan cermin untuk ke
tandas, tiba-tiba dia berhenti. Berundur kembali sampai depan cermin.
“Woih! Besarnya bintat! Jahat punya nyamuk... boleh aku
tak sedar kena gigit? Hish!” Tompokan yang merah samar dekat dengan pangkal dada digaru. Tak gatal,
tapi tangan tetap rasa nak garu.
‘Tak sangka nyamuk kat sini bisa betul. Sampai macam ni
punya bintat.’ Dibeleknya bahagian tubuh yang lain depan cermin. Nasib baik tak
ada. Mungkin sebab tu dia tak sedar bila kena gigit, sebab cuma seekor sahaja
yang sempat gigit.
Tuala diletakkan atas sinki. Pakaian ditanggal satu
persatu sebelum melangkah masuk ke bawah pancuran. Hot shower? Meh. Dia paling tak tahan mandi air panas. Elok tak
pening, boleh jadi pening. Sekarang dah memang pening, harus dia migrain terus
nanti. Mandi air sejuk yang terbaik. Lebih segar. Lega sikit sakit kepalanya.
Selesai mandi, Andria kembali berdiri membelek tubuh yang
berbalut tuala di depan cermin. Tak tahu kenapa, mimpi itu terbayang-bayang di
mata. Rasa macam surreal gila je
mimpi tu. Macam terasa-rasa je tangan Hakim merayap hampir ke seluruh tubuhnya.
Goosebumps! Terasa tegak bulu
romanya.
Andria geleng-gelengkan kepala. Selepas itu menepuk-nepuk
pipinya. Malu ok anak dara mimpi yang bukan-bukan. Mimpi yang tidak-tidak.
Mimpi yang... err... mengghairahkan macam tu. Nasib baik setakat mimpi berpeluk
cium je. Kalau mimpi buat anak? Euuuwww!!
Laju pili air dibuka dan wajah disimbah dengan air sejuk
berkali-kali. Lepas tu dia terus keluar dari bilik air untuk berpakaian. Waktu
tak menunggu. Dia kunci jam tadi pukul enam setengah. Sekarang mungkin dah
dekat jam tujuh. Subuh Andria, subuh!
Tengah lipat telekung, perut Andria berbunyi. Lapar. Laju
dia habiskan lipat telekung sebelum menghenyak punggung atas tilam. Telefon
bimbit atas meja kecil di sisi katil ditarik. Dah jam tujuh. Matahari tak
adalah nampak sangat lagi, tapi dekat luar dah agak cerah. Boleh dah kot kalau
nak keluar jalan cari breakfast sekarang.
Lepas makan dia ingat nak sambung tidur semula sebab sakit kepala ni semacam
tak mau hilang. Dah terasa macam migrain pun ada.
Baru dia nak bangun capai tudung ekspress yang disangkut
dalam almari, pintu biliknya diketuk. Siapalah datang pagi-pagi ni? Tudung
ekspress disarung. Pintu bilik dibuka perlahan-lahan.
“Hey...” tegur Fawwaz.
Andria terus bukak pintu luas-luas. Lepas tu menyesal
sendiri. Pedih matanya dengan cahaya lampu dari koridor yang sangat terang.
Dalam bilik tadi pun dia cuma biar lampu tidur sahaja yang terpasang.
Melihat Andria yang kepedihan mata, Fawwaz terus berdiri di
depan gadis itu, menghadang cahaya. Dia tahu apa rasanya di pagi hari setelah mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak. Dia dah pernah lalui. Selalu.
Plastik di tangan diangkat separas dada. Andria
terpinga-pinga.
“Breakfast,”
sebut Fawwaz bersama senyuman di bibir.
Andria rasa macam nak melompat gembira. Lelaki di
hadapannya ini memang hebat. Boleh membaca fikirannya. Tahu keinginannya.
Andria senyum meleret.
“Thank you...”
Plastik bertukar tangan. Isi dalam plastik terus
diperiksa. Ada satu bekas polisterin, ada sebotol besar air mineral, sebotol besar
100plus, sekotak besar jus oren... Lepas tu... Ada dua biji telur? Err...
Andria angkat muka, pandang jejaka di hadapan yang terlihat tenang.
“Err... telur... rebus?”
“Half boil. Makan
semua. Minum semua. And...” Sepapan
panadol dikeluarkan dari poket jaket kulit yang dipakai lalu diserahkan pada
Andria.
“Huh?” Andria sepetkan mata, sedikit skeptik.
“For your headache.”
Hampir Andria terlentang ke belakang. Dahlah bagi air
sikit punya banyak macam tu, macam tau-tau je dia memang haus gila. Ni siap
bagi panadol sebab dia sakit kepala? Mamat ni ada telepathy ke ada kuasa minda psikik?
“Ok. Saya nak kena balik sekarang.” Fawwaz terus
berpusing dan beredar.
“Eh, Hakim.” Langkah Fawwaz terhenti. Dadanya sudah mula
berombak. Janganlah Andria sedar dan tahu. Janganlah Andria ingat apa jadi
malam tadi. Dia tarik nafas dalam-dalam dan berpusing kembali.
“Yes?”
“Kita breakfast sekali?
Saya nak belanja awak. As a token of
appreciation.” Andria senyum lebar.
Sakit di kepala harus diketepikan. Tak boleh jadi orang yang pentingkan diri
sendiri.
“I’ll take a rain
check. Awak makanlah, then rehat.
Don’t forget untuk makan buah sekali.
Strawberi semalam ada banyak, kan? Good
for your headache. Bilik awak saya dah bayar sampai esok. Saya balik dulu. Bye.”
Tak tunggu jawapan Andria, Fawwaz terus berpusing dan
melangkah laju.
“Hakim!” Laung Andria yang cuma membuatkan dia rasa
bingit di telinga sendiri, siap berdengung terus rasanya dalam kepala. Namun
jejaka itu langsung tidak menoleh. Anak tangga dituruni dengan laju. Andria
hanya mampu memandang sehingga kelibat Hakim menghilang.
Dia masuk semula ke dalam bilik dan menutup pintu. Tudung
ditarik dan diletak di hujung katil. Plastik berisi makanan diletakkan atas
meja. Jus oren dalam kotak diterjah lebih dulu. Haus sangat. Lepas tu, bekas
polisterin putih yang ringan dibuka.
“Mak, gelapnya roti bakar ni...” komen Andria melihatkan
roti bakar sebanyak empat keping itu hampir coklat warnanya. Dia letakkan roti
ke tepi kemudian telur separuh masak dipecahkan ke dalam polisterin. Ada
seplastik kecil kicap dan satu lagi dia kira lada sulah. Sudu plastik pun ada.
Andria tarik senyum sampai ke telinga. “Considerate sungguh mamat ni. Every detail dia observe. Tak padan dengan kepala angin dia tu.” Kicap dituang,
kemudian lada sulah. Sudu plastik dicapai dan telur dikacau. Wangi. Kecur liur
jadinya. Roti bakar dipandang.
“Haih... Rentung pun, rentunglah... Asalkan dapat makan,
tak payah keluar, boleh terus sambung tidur, dah alhamdulillah dah.
Bismillah...” Roti dikoyak, dicelup, kemudian disumbat ke dalam mulut.
Aaahhh... Sedapnya...
Habis empat keping roti semua dia belasah. Jus oren pun
dah tinggal separuh kotak. Sampah dibuang dan dia masuk bilik air untuk
berkumur. Lepas tu dia kembali ke katil, terus berbaring. Siling dipandang
terkebil-kebil. Lambat-lambat kemudian dia senyum sendiri. Dia berkalih baring,
mengiring menghadap meja kecil tempat berdirinya botol-botol air. Senyum di
bibir tak mampu dilupuskan. Andria rasa macam... Hah! Tiba-tiba senyumannya
mati sendiri.
“Alamak. Tak teringat langsung nak mintak nombor phone dia. Memang bukan rezeki aku laa
kot... Haiihhh...”
Dia terlentang semula. Tangan disilang atas dahi. Tidur
ajelah. Dah melepas, nak buat macam mana lagi...
Fawwaz terus memandu Mitsubishinya dengan tenang. Siku
kanan menopang pada birai pintu kereta dan memanggung kepala. Hanya tangan kiri
memegang stereng. Sesekali ada keluhan kecil keluar dari bibirnya. Lepas
hantarkan ‘hangover remedies’ pada
Andria tadi, dia tak terus balik, tapi pergi melepak dekat sebuah taman dulu,
tenangkan diri sendiri. Berbaring di atas rumput dengan berbantalkan
backpacknya, dia tertidur. Hampir jam sepuluh setengah, dek sengitnya sinaran
mentari, baru dia terjaga. Kelam kabut dia bangun dan terus beredar.
Ingatannya kembali ke peristiwa lewat tengah malam tadi. Masih
terngiang-ngiang di telinga desahan Andria setiap kali jemari dan bibirnya
menyentuh tubuh Andria. Masih jelas di mata tubuh yang genit penuh dengan
lekuk-lekuk yang mengghairahkan itu. Masih terbau di rongga hidungnya betapa
wangi dan manisnya aroma yang terbit dari gadis itu yang benar-benar menggegar
naluri lelakinya. Manisnya bibir Andria masih terasa di bibirnya.
Memang dia hampir tewas. Hampir tewas dengan nafsu gila
yang datang membadai. Sesuatu yang dia tak pernah rasa sebelum ini dengan
mana-mana wanita yang pernah dia tiduri. Hampir sahaja dia menggauli gadis itu
kalau tak kerana dia tersedar sendiri.
Bukan begitu caranya. Ini sudah jauh menyimpang dari
prinsipnya. Ini bukan mutual consent.
Andria jadi macam tu di bawah sedar, di bawah pengaruh alkohol. Lagipun, bukannya
dia jumpa Andria sedang mabuk dekat tempat tak elok untuk memungkinkan dia
ambil kesempatan. Dia tak mungkin akan ambil kesempatan macam tu. Lama dia hanya
kaku merehatkan kepalanya di celah leher Andria tanpa merungkaikan pelukannya sehingga
gadis itu akhirnya tertidur.
Lalu sweater Andria dizipkan semula. Tudung yang dibuka
sendiri oleh Andria lebih awal dicapai sebelum tubuh si gadis dicempung dan
dihantar ke biliknya semula. Andria dibaringkan dan diselimutkan. Mata gadis
itu masih terpejam. Sesekali keluar keluhan halus dari bibir mungil itu.
Wajah polos yang sedang lena itu dielus lembut dan ditatap
lama. Perlahan dia tunduk dan sekali lagi menjamah bibir mungil itu sebelum dia
keluar dan kembali ke biliknya sendiri. Menerjah terus masuk ke dalam bilik air
dan pili pancuran air dibuka. Cold shower
to turn down the heatiness. Mujur saja dia tak demam pagi-pagi ni.
Bibirnya disentuh kemudian dikemam sekejap. Seakan masih
terasa lembut dan manisnya bibir si gadis bertaut di bibirnya. Fawwaz tarik
nafas panjang dan lepaskan perlahan. Stereng diputar membelok ke kanan. Kereta
diparkir dan dia keluar. Teahouse itu
sudah mula penuh dengan pelanggan. Sekali lagi dia hela nafas panjang sebelum
menutup pintu kereta dan menapak perlahan masuk ke dalam teahouse itu.
“Iced passion fruit
tea... And a set of scones.” Not RM50 terus dihulur. Pesanannya disiapkan
dan duit baki diletakkan ke dalam dulang bersama pesanannya. Fawwaz terus
beredar menuju ke sebuah meja di hujung teahouse
yang masih kosong dan melabuhkan duduk. Meja yang sama diduduki semasa bertemu
Andria semalam buat kali yang pertama. Aviator ditanggalkan dan diletak atas
meja.
Scone dibelah, disapukan mentega, krim dan jem, lalu digigit. Manis. Semanis
Andria yang takkan mungkin dia temui lagi selepas ini....
****************************
“Seriously, bro?”
Fawwaz jungkit kening. ‘Sex on the Beach’
yang dah tinggal separuh di dalam gelas tinggi disisip sedikit.
“Serious gila. I was there. Kelam kabut aku cakap kau.”
Fawwaz dah tarik senyum sinis.
“Then? Batal
habislah?” soalnya sebelum meneguk koktel sehingga habis.
“Don’t know, bro. I
had to leave early, ada hal. Mak bapak kau takde cakap apa-apa ke?”
“Nope. Aku pun
baru je on balik phone a few minutes ago. In fact, kau first person yang contact
aku.” Wang diselit bawah gelas koktel dan Fawwaz bangkit dari highstool depan bar itu. Fedora atas bar
dipakai semula.
Dua hari lepas balik dari Cameron, baru inilah dia keluar
dari rumah. Sepanjang-panjang masa cuma mengurungkan diri dalam unit kondonya.
Memutuskan hubungan dengan dunia luar. Pejabat tak pergi, telefon tak on, email
tak dibuka, Facebook tak dijenguk. Ayah dengan abang sendiri datang mengetuk
pintu rumah pun dia buat tak dengar. Sengaja.
“Ni nak suruh aku rasa honoured ke apa ni?” Fawwaz ketawa.
“You should. Hot
stuff ni bro. Bukan senang kau nak dapat contact.”
“Woi! Blah la! Perasan nak mampus!” Tawa mereka berpadu.
“Ok Mike. Thanks
for the heads up. I owe you. Esok-esok aku belanja kau. Sebut je mana, aku
ikut.” Langkahnya diatur tenang menuju ke pintu keluar.
“Hah! Kalau kau nak belanja, aku teringin nak pergi
FAME!”
“FAME? Kat Penang tu?”
“Yups!”
“No prob.
Kawtim. Weekend ni kita pergi.”
“Great! You’re the best lah bro! Weh, kau bawak Kyra. Aku nak pinjam.” Langkah Fawwaz terus
terhenti. Bukan sebab Mike cakap nak pinjam Kyra, tapi sebab Kyra betul-betul
ada di depan sana. Sedang bersandar di dinding, dengan sebelah tangan melintang
di dada sambil sebelah lagi memegang gelas berkaki tinggi.
“Kau nak Kyra sekarang pun aku boleh bagi. Rootz, now. Dia ada sini. I have to leave, ada hal.”
“Hah! Aku datang sekarang! Kau tunggu jangan bagi dia
lari sampai aku datang.”
“No can’t do, bro.
Aku ada hal ni. At most, fifteen minutes.
Lambat, kau melepas.” Tangan dilambai pada Kyra. Gadis itu terus senyum dan
melambai semula.
“Kau ingat kereta aku tu pakai enjin jet ke apa nak
sampai Rootz in fifteen?!” Fawwaz
ketawa.
“Kalau kau pakai Cagiva tu boleh sampai cepat. Dah,
jangan nak membebel lebih. Aku tolong securekan
dia untuk kau.” Punat ditekan, mematikan talian terus. Gajet disimpan ke dalam
poket jeansnya sambil langkah diatur santai mendekati Kyra yang
terangguk-angguk menghayati muzik yang berdentum kuat.
“Hey handsome.
Mana you pergi over the weekend? I call
pun tak dapat.” Dengar suara Kyra pun dia tau gadis itu sedang high. Untunglah kau malam ni, Mike.
Fawwaz senyum nipis, “Aku pergi holiday. Kau sorang aje ke ni?”
Kyra angguk. Gelas di tangan diletakkan atas meja
berdekatan. Tubuhnya didekatkan pada tubuh Fawwaz sebelum berjengket sedikit.
Stiletto lima incinya masih tak mampu untuk menjadikan dia separas sama tinggi
dengan jejaka di depan ini.
“You pergi
dengan siapa?” bisiknya.
“Sorang.”
Kyra larikan jarinya atas dada bidang Fawwaz. “Kenapa tak
ajak I? Kesian you tidur sorang-sorang. Mesti boring,
kan? Kalau I ada, boleh I hilangkan boring you tu...”
Pergelangan tangan Kyra dipegang kejap. Fawwaz tarik
senyum sinis.
“Aku pergi memang sorang. Tapi dekat sana, I’m not alone.”
Kyra ketawa. “Aaahhh... You ni... Suka buat I jealous...
Emmm... You ada nak pergi mana-mana
sekarang? Jom? My apartment?” Kyra
jeling tajam pada Fawwaz. “I miss YOU.”
Bisiknya, keras.
“Naaahhh... Sorry, woman. Aku ada hal. But Mike will be here in a few minutes time. Kau boleh ajak dia. Ok? Ciao.” Fawwaz cuba untuk pergi, tapi
Kyra peluk lengan dia erat.
“You tak jealous ke kalau I screw around dengan Mike?” Tajam pandangan Kyra, namun Fawwaz
hanya ketawa sinis. Pelukan Kyra dilepaskan mudah.
“You can go and
screw whomever you like, Kyra. I
don’t give a damn. Ok? Understood?”
Kening dijungkit sedikit. Sinis sekali riak wajahnya buat Kyra rasa nak
meletup.
“Fawwaz!” Tangan yang melayang tergantung di udara,
dicengkam kejap. Dengan sebelah lagi tangan yang bebas, dia dongakkan wajah
Kyra dengan telunjuknya.
“Too bad, Kyra.
Too bad. Sepatutnya we should still be ok after Mike. Or even
after whomever you like. Tapi kau buat perangai macam ni... Tsk... Tsk...
Tsk... Just too bad, Kyra. You no longer interest me now.”
Kyra ketap gigi. Tangannya direntap kembali dari
cengkaman Fawwaz.
“You-“ suara
Kyra tenggelam bila bibir Fawwaz melekap di bibirnya. Dia cuba meronta, tapi
Fawwaz kilas kedua tangannya ke belakang. Lama-lama dia lemas sendiri.
Menyedari Kyra tak lagi melawan, Fawwaz lepaskan tangan
gadis itu lalu merehatkan tangannya atas pinggul Kyra sebelum menariknya rapat
ke tubuh sendiri. Tangan Kyra mula melata. Fedora atas kepala jatuh ke lantai
bila Kyra meramas rambutnya. Terus bibir Kyra dilepaskan.
Mata Kyra kuyu memandang Fawwaz bersama nafas yang tidak
lagi teratur. Sesekali bibirnya digesip. Menunggu tindakan Fawwaz selanjutnya,
tetapi lelaki itu kekal kaku sahaja.
“Fawwaz...” rengeknya.
“Bro.” Bahu Fawwaz ditepuk dari belakang. Belum kalih
pandang lagipun dia dah tahu siapa. Pinggul Kyra dilepaskan dan belitan tangan
Kyra dilehernya dirungkaikan. Lepas tu dia pandang belakang.
“Lambat.”
“Aku pecut dah macam lari dekat litar Sepang, tau? Saman
nanti semua kau bayar.” Mike sengih. Fawwaz ikut sengih. Salam dihulur dengan
gaya tersendiri sebelum diakhiri dengan melagakan bahu.
Fedora atas lantai dikutip dan ditepuk-tepuk membuang
habuk. “Warmed her up for you. Aku
blah dulu bro. Have fun.” Belakang
Mike ditepuk sebelum berlalu pergi.
Mitsubishi Lancer Evolution merah menyala itu terus
membelah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya menuju ke Bandar Kinrara. Berita yang
Mike sampaikan tadi memang buat dia rasa nak tarik senyum paling sinis dia
boleh buat untuk papa.
Sampai depan rumah milik orang tuanya, Fawwaz tarik nafas
dalam-dalam. Memang nekad dia nak pulangkan paku buah keras pada papa. Decent woman with quality wife material?
Hah! In your face, pa! In your face!
Pntu kereta ditutup dan dikunci sebelum dia melangkah
menuju ke pintu utama yang bertutup rapat. Tombol dipulas dan dia terus masuk
ke dalam rumah. Baru nak ke dapur mengambil air, namanya terlebih dahulu diseru
dari ruang menonton.
“Dari mana?” Fawwaz tarik senyum, sinis. Tengok dia dressing macam ni patutnya papa dah tau
jawapan kepada soalan tu. Langkahnya santai menuju ke ruang menonton sebelum
menghenyak tubuh atas sofa tunggal kegemarannya dengan kaki terjuntai dari armrest.
“Dari mana?” soal Dato’ Rahim sekali lagi.
“KL.” Jawabnya acuh tak acuh sambil mengeluarkan telefon
bimbit dari poket seluar. Skrin diaktifkan dan aplikasi game dibuka.
“Fawwaz pergi mana menghilang? Telefon tak dapat. Email tak reply. Mesej pun sama tak reply.
Pergi mana?”
“Takde mana. Ada je kat rumah,” balasnya, masih lagi
tidak serius.
“Papa datang dengan Fai pergi rumah, tak menjawab pun?”
“Saja. Tak ada mood nak jumpa orang.”
Dato’ Rahim geleng kepala tengok Fawwaz. Rasa sebal
bertimpa-timpa di dalam dada. Sungguh dia tak tahu di mana silapnya. Anak ini
dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh. Diberikan segala didikan untuk duniawi
dan ukhrawi setakat yang termampu dari kecil lagi. Tapi bila meningkat remaja,
dia mula menyimpang. Berbeza sungguh dari sikap si abang.
“Mama mana?” tanya Fawwaz tiba-tiba. Dato’ Rahim
sandarkan tubuh dan menghela nafas panjang.
“Ada dekat atas. Sakit kepala.”
Fawwaz sudah tarik senyum sinis. Permainan game ditangguh sementara. Dia pandang
pada sang ayah yang berwajah kecewa, menonton warta berita di kaca televisyen.
“Sakit kepala? Kenapa?” sengaja dia cuba memprovok.
“Tak ada apalah. Darah tinggi mama naik sikit. Fawwaz lah
punya pasal. Buat apa tak fikir orang lain. Tak kesian dekat mama ke?” Fawwaz
ketawa sinis.
“Fawwaz punya pasal? Hah! Papa jangan buat lawaklah. Ada
sebab lain, kan?” Fawwaz sudah duduk tegak di atas sofa, menghadap Dato’ Rahim
yang masih tenang bersandar.
“Sebab apa pulak?” Fawwaz tarik senyum sinis dan
gelengkan kepala sebelum bersandar.
“Nice, decent wife
material huh, pa?” Sinis nadanya. Dato’ Rahim diam tak menjawab.
“So I heard, the
girl also ran. Dengan boyfriend
dia pulak tu. Lagi teruk dari Fawwaz. Decent
wife material eh, pa?” Sekali lagi dia ketawa sinis.
Dato’ Rahim matikan televisyen dan berdiri. Poket seluar slack diseluk dan secebis kertas
dikeluarkan lalu dihulur kepada sang anak yang masih bersandar malas. Di
bibirnya ada senyuman sinis terukir. “Baguslah, sama-sama lari. Fawwaz sendiri
pun bukan baik, at least dapat yang
baik sikit, jadilah. By the way, ini nombor dia. Go and meet her someday. Papa yakin, you will love her. She’s really something.”
Fawwaz terus melompat dari sofa. “What? Papa cakap apa ni?”
Dato’ Rahim tarik senyum sinis. Bukan Fawwaz je boleh
buat sesuka hati. Dia pun boleh.
“Memanglah dia lari. But
she’s still a decent woman.”
Fawwaz henyak tubuh kembali ke sofa. “Huh. Yeah, right. Decent sangatlaa lari dengan boyfriend
tu. Memang mimpilah Fawwaz nak perempuan macam tu. You also wouldn’t want to tarnish your name dengan menantu yang
macam tu, kan?” Kening dijungkit sebelah pada Dato Rahim sebelum dia kembali
menghadap Lumia 920nya. Aplikasi game dilanjutkan semula.
“Oh, memang tak. Tak mungkin kot. Sebab tu tak jadi
tunangkan Fawwaz dengan dia...” Fawwaz dah senyum megah. Menang tanpa
bertanding.
“Papa tunangkan Fawwaz dengan adik dia instead.”
“You did what?!
Pa!!”
Dato’ Rahim tarik senyum sinis pada si anak yang dah
membuntang memandangnya. Api kemarahan jelas terbayang dalam anak matanya.
“She’s a very nice
girl, Fawwaz. Papa syukur things
turned out the way it went. Go and
meet her, you’ll know why I said that. Ok? Papa naik dulu.” Bahu si anak
ditepuk-tepuk sebelum dia melangkah meninggalkan ruang menonton itu.
Sampai di anak tangga yang pertama, dia berhenti dan
berpaling semula pada Fawwaz yang masih sedang meramas dan menarik rambutnya
berkali-kali. Dato’ Rahim hanya senyum simpul, menyembunyikan tawanya.
“Fawwaz.” Si anak berpaling menghadapnya. Dato’ Rahim
senyum, “Jangan buat yang bukan-bukan dengan dia. Satu jari Fawwaz sentuh dia
sebelum sampai masanya, I will make you
regret it for the rest of your life. Faham?”
“Pa...”
“Faham tak?!” jerkah Dato’ Rahim. Fawwaz telan liur. Tak
pernah dia tengok papa seserius itu. Lambat-lambat dia angguk.
“Good. Papa
naik dulu. Lock the doors if you’re coming
up or if you’re leaving. Night.” Langkah terus dibawa naik ke tingkat atas.
Fawwaz hela nafas panjang dan berat. Berkali-kali
rambutnya diraup.
“Masalah! Masalah! Masalah!!” Lumia di tangan dibuka.
Cari nama Mike. Berkali-kali di dail, berkali-kali juga gagal disambung. Asyik
masuk voice mail. Baru dia rasa nak
mencarut, baru dia teringat. Dah tentu-tentu Mike tengah berseronok-seronok
dengan Kyra sekarang.
“Arrgghh!! Tension!!”
Langkahnya deras. Pintu utama dihempas kuat sewaktu keluar. Enjin kereta dihidupkan
dan dengan pantas dia beredar dari kawasan rumah. Sakit hatinya perlu
dilampiaskan. Cari siapa? Siapa-siapa pun boleh. Hala tuju? Vertigo, Mid
Valley.
*******************
“Sorry bro.
Serius aku tak tau.” Mike susun sepuluh jari minta ampun. Fawwaz sekadar
merengus. Tangan kanannya sibuk menguis-nguis salad di dalam pinggan dengan
garfu. Tangan kirinya pula sibuk memicit dahi. Sakit kepala yang dicari.
“Rilekslah bro. Kahwin je bro. Bukan bapak kau suruh kau
bunuh diri.” Laju dia kalih pandang pada Mike di sebelah. Berkerut keningnya,
marah. Tajam pandangannya, membunuh. Tapi Mike tak perasan semua tu sebab
terselindung dengan cap dan Aviator
hitam pekatnya. Sudahnya dia merengus dan kembali memandang pinggan di atas
meja.
“Aku tak suka terikat. Lagi-lagi dengan satu perempuan.
Jemu.” Seekor udang dicucuk dan disuap masuk ke dalam mulut.
Mike ketawa. “Bro,
yang dulu kau confess dengan aku
pasal Irdina tu, tak ingat?”
Garfu dihentak atas meja. Mencerun pandangannya pada Mike
yang masih ketawa.
“That was history!
Kau jangan nak ungkit-ungkit depan aku, boleh tak?” suaranya sudah naik
setakuk. Fawwaz betul-betul rasa macam nak dibelasah sahaja sahabatnya yang
seorang ini. Kalau Malaysia ni tak ada undang-undang, memang dia dah
rodok-rodok perut Mike dengan garfu saladnya. Sakit hati! Sudahlah kepalanya
sakit, Mike buat dia jadi lagi sakit kepala saja.
Minuman teh sejuknya disedut sekali. “Aku blah dululah.
Kau ni bukan nak menyelesaikan masalah aku. Menambahkan lagi, ada.” Dia
bangkit.
“Alamak bro... Relaxlah. Kau ni cepat sangat naik angin
laa.” Mike ikut bangkit dari kerusinya.
“Kepala aku ni tengah sakit. Kau nak buat lawak bangsat
macam tu, memang silap timinglah bro. Aku blah dululah.” Kunci kereta
atas meja dikaut dan dia terus melangkah keluar meninggalkan Mike sendirian.
Langkah diatur pantas menuju ke arah keretanya. Kedua
tangan menyeluk poket jeans. Kepala tunduk, mengelak dari memandang mentari
yang terik memancarkan cahaya. Cap ikut
ditarik turun menutup muka. Sungguhlah dia tersalah langkah malam tadi. Stress tak lepas, sakit kepala pula yang
mendapat pagi-pagi ni.
“Aduh!”
Fawwaz berhenti sekejap. Belakang perempuan yang hampir
tersembam atas jalan itu sekadar dipandang sekilas. “Sorry.” Dan dia meneruskan perjalanannya.
Masuk sahaja dalam kereta, dia terus hidupkan enjin dan
menolak tuil aircond ke full blast. Tangan kanan memanggung
kepala sambil memicit-micit pelipis. Mata dipejam. Sesaat kemudian dia celik
semula.
“Andria. She
smelled like Andria.”
Pintu kereta dibuka dan dia keluar. Pandangan terarah ke
tempat dia terlanggar perempuan tu tadi. Agak hampa bila tak ada kelibat
seseorang yang dia kenali di situ. Perempuan tu pun mungkin dah berlalu pergi.
Dia mengeluh panjang.
Fawwaz masuk semula dalam kereta. Rasa kecewa menjengah
dalam hati tak tau kenapa. Sedangkan dari awal lagi dia dah tau gadis itu
takkan mungkin dia temui lagi. Sekali lagi dia mengeluh panjang sebelum
memasukkan gear dan mula memandu keretanya beredar...
Andria letakkan sling
bagnya atas kerusi sebelah. Tapak
tangan yang memerah dikesat-kesat. Mujur sahaja tak terluka bergeser dengan
jalan tar. Memang tak ada adab sopan sungguh lelaki yang melanggarnya tadi.
Macam sengaja pun ada. Tapi... macam ada sesuatu pada lelaki itu yang buat dia
rasa dejavu. Cuma dia tak pasti apa.
“Babe, sorry lambat.”
Bahunya ditepuk dari belakang sebelum kerusi di sebelah kirinya ditarik.
“Takpe. Aku pun baru je sampai ni,” jawab Andria.
“Fuiyo babe. Hot
stuff. My one o’clock.”
“Kau ni Gina. Sampai-sampai je terus cari hot stuff dulu. Mana? Tak nampak pun.”
“Aku sekeh kau, free
je. Bukan main je cakap aku, tapi sibuk nak tengok jugak.” Gina ketawa.
Andria ikut ketawa.
“Nak jugak cuci mata sementara kita single and available ni... Eh, eh, tak, tak. Re-phrase. Sementara kita single
ni.”
“Re-phrase apasal
pulak? Betullaa tu, single and available.
Ke kau dah kena cop ni?” Gina dah senyum penuh makna siap jungkit-jungkit
kening.
“Eh, aku pulak. Kau laa. Available konon. Tu Eddy tu nak taruh mana?” Gina sengetkan badan
ke arah Andria, siap senyum dengan bibir bawah digigit.
“Takde mana. Dalam hati aku je...” siap pakej muka gatal.
“Eeuuuuwww! Jiwang! Jauh sikit! Berjangkit miang kau
dekat aku karang!”
“Eleh! Dengki laa tu!” Tawa mereka pecah.
“Ehem. Emm... Our menu,
miss.” Dua buku menu diletakkan di atas meja depan masing-masing sebelum
pelayan itu pergi.
Buku menu diselak. Mata menatap satu demi satu gambar
makanan yang biasanya mampu menarik minatnya, tapi otak melayang mengingat
kembali kepada lelaki yang melanggar dia tadi. Sungguh dia rasa dejavu. Ada getar dalam hati saat dia
mendengar lafaz kata maaf dari lelaki itu. Dingin. Tak ada perasaan. Macam...
Andria telan liur. Mata dipejam. That
voice... That tone... That arrogance...
“Ria.”
“Hakim...”
“Hakim?” Dengar suara Gina, spontan mata Andria celik.
“Siapa Hakim?” soal Gina. Kening sebelah dijungkit
tinggi.
Andria gigit bibir sendiri. Kantoi.
“Err...”
“Hah! Spill!
Siapa Hakim?” Gina ginjak kerusi rapat dengan Andria.
“Errr... Someone I
met masa aku pergi Cameron hari tu.” Andria tayang muka bersalah. Gina
bulatkan mata.
“Hensem tak? Baik tak? Kau ada nombor dia? Ada gambar?
Nak tengok!” bertubi-tubi Gina menyerang.
“Takde gambar... Aku lupa langsung nak snap gambar dia.” Andria mengeluh panjang.
“Takde gambar? Babe!
Selalunya kau paling pakar ambik gambar curi. Ni tak ambik langsung?” Andria
geleng. Berkerut-kerut kening Gina, tak percaya.
“Seriously babe,
kau apasal macam mandom semacam je ni? He’s
taken ke?”
Soalan Gina dibiar sepi. Buku menu terus dibelek sebelum
memanggil pelayan. Gina tayang muka tak puas hati, tapi menurut sahaja. Makanan
dan minuman dipesan. Sebaik pelayan berlalu bersama dengan pesanan dan buku
menu, Gina tarik tangan Andria.
“Nombor dia kau ada?”
“Alaa Gina... Janganlaa tanya. Sedih ni... Aku lupa nak
mintak nombor phone dia...” Gina
tergelak tengok mimik sedih Andria.
“But he has your
number... Kan?” Tangan Gina digenggam.
“Sadly... No. Dia
tak mintak dan aku pun tak bagi. Sedih gila aku wei!” Gina gelak lagi.
Ditepuk-tepuknya tangan Andria yang masih erat menggenggam sebelah tangannya.
“Alaa.. Takpela.. Bukan rezeki kau, nak buat macam mana,”
Pujuk Gina. Andria tarik muncung dan lepaskan tangan sahabat baiknya itu.
“Entahlah.” Dia mengeluh.
“Nama dia apa?” Gina keluarkan Iphone5 nya.
“Hakim.” Andria acuh tak acuh.
“Yelah, Hakim apa?”
“Hakim lah. Nak Hakim apa lagi?”
“Nama penuh dialaa. Kau ni...” Gina dah siap buka laman
Google. Google Images lagi.
“Alaa... Aku terlupa nak tanya...” serentak, bahunya
ditampar Gina.
“Ya Allah Ria! Sejak bila kau slow ni? Selalu kau cekap gila! Love
struck much?” ejek Gina. Andria sekadar menjeling.
“Takdelah. Holiday
fling aje. Buat apa nak sibuk korek semua cerita dia? Janji ada orang teman
aku jalan-jalan holiday, sudah.”
“Yeah right.
Selalu kau simpan detail all your
previous holiday flings. Tiba-tiba pulaklah yang ini terlepas. Nampak
sangat.” Andria kecilkan mata memandang Gina yang bermain dengan Iphonenya.
“Nampak sangat apa?” soalnya bila lama Gina biar ayatnya
tergantung.
“Nampak sangat Hakim ni plain tak best punya
orang sampai kau tak teringin nak masukkan dia dalam list contact. Hahahahah.” Gina galak ketawa.
“Haha. Kelakar sangat.” Sarkastik. Gina masih ketawa.
Andria pandang kedua tapak tangannya yang masih merah kemudian menongkat dagu. Plain? Tak best? Rasanya lelaki tu yang paling menarik minatnya. Hakim ada
aura yang tersendiri. That arrogance... That-
“Babe, tepi
sikit tangan tu, orang nak letak pinggan ni. Berangan pulak.” Gina perhatikan
sahaja gelagat sahabatnya yang seorang tu. Memang nampak muka kecewa
sungguh-sungguh. Seriously? Selama ni kalau Andria pergi bercuti dan flirt
around dengan siapa-siapa, memang tak pernah pun dia macam ni. Tapi kali ni?
“Ria.” Bahu Ria disentuh.
“Apa?”
Gina geleng dengan riak muka tunjuk kesian.
“I think you got it
bad this time. Rugi betul aku tak follow kau backpacking pegi Cameron hari tu.”
“Eh, nasib baik kau tak follow tau? Kalau kau follow,
memang tak jumpa la aku dengan mamat sombong tu.”
“Cheh! Nak makan sorang je. Bagilah kat aku sikit.”
“Eh, mestilah. Kau pun makan Eddy sorang-sorang. Mana ada
aku mintak sikit pun.” Bulat mata Gina dibuatnya.
“Wei! Gila! Bila pulak aku makan Eddy? Belum lagi!” Gina
gelak. Andria ikut tergelak.
“Kau dah makan ke belum Eddy tu, aku tak nak tau.
Sekarang aku tau aku nak makan bruschetta
nih.” Sekeping wild mushroom bruschetta diangkat
dari pinggan.
“Bonne appetit!”
Gina ikut berbuat perkara yang sama.
Sambil mengunyah bruschetta,
Andria memutar kembali memori percutiannya kepada Gina yang tekun mendengar...
********************
Ok, ending mediocre je.
Dipersilakan menghentam sekarang.. :)
9 comments:
Syukur Alhamdulillah si Andria tk kna kenduri dek rimau jadian ekk...Cuma kna geget nyamuk besaq jaaaa....
N3 tuk bkl smpai mggu dpn pagayanya..
Enchek writer...cuaknya dh ilang...hihihi
«Leen»
Fuhh... fawwaz. Wa tabik sama lu bro!!
Ehemm sape tunang fawwaz tu?
huk aloh... bau ikan dah jadi bau ayam la....
mcm mana lah saat2 pertemuan sererusnya... anticipating....Andria, next time jumpa ko sekolahkan sikit si Fawwaz tu... hehe...
Gina... lol
kea kes kes...lom jadi kucing siam, rimau utan n sebagainye yeh...slamat2 cumenye sempat lagi 2 jadi nyamuk besor ye hish3 ape nak jd fawwaz neh...tp ok jugak la 2 sempat lagi dia sedor diri kan hahahah...ni kiranya dia dah tertunang dengan Andria la ni kan ...hohoho...kite tengok ape akan jd pas ni...
ape la nak jadi ngan Kyra 2 dah selamat kene kekah ngan naga jadian dahhh adoyyy laaa
@Leen : Alhamdulillah... Heheheheh
Jadilah kena gigit nyamuk je daripada kena NGAP terus. heheheheh :P
Ye, entry baru hujung minggu depan pulak. ok? hahahah :P
@Ayu dzulkarnain : Fuuhhh~ Berpeluh-peluh Fawwaz dibuatnya. Hahahahah
Ehemm.. Kita tunggu dan lihat.. heheheheh :D
@hk : Pulak dah.. Kang pasni bau apa pulak??
Tak taulah macam mana pulak next time meeting.. haha~
Ha, Gina ada.. Kau? Tak nak ke? hahahahah :P
@strawberry.chocolate81 : Okla tu jadi nyamuk je daripada jadi rimau... Hahahahah
Eh, konfiden je dia bertunang dengan Andria. TAkde sebut pun.. Haha~
Kyra? haha~ wassalam sudah jawabnya. HAhahahah
Eh....ria tak tau nama betul fawwaz ke...
oh..baru ai paham mksud dialog kt teaser tuh..hehe..sorry la inchek writer..yu bg teaser yg mengkompiuskan ai..hehe..ape pon naseb bek jgklah fawwaz tu ade prinsip mutual consent dy tuh..kalo x memang xslmat andria..bintat pon bintat la..haha..
fuhh lega bc n3 ni...tq syah
@saadiah abdul satar : Tak tau. tak tanya. Hahahahah
@nursyafida : Jahat-jahat pun mesti ada prinsip.. Hahahahah :P
@kak na : saya pun lega... Heheheheh Terima kasih kembali.. :D
Post a Comment