Fawwaz sedang tekun memeriksa dokumen bila pintu bilik
pejabatnya diketuk sebelum terus dibuka. Dia angkat muka. Fai sudah
menjengukkan separuh tubuhnya.
“Busy bos?”
Fawwaz buat tak endah, meneruskan kerjanya memeriksa
dokumen yang disediakan setiausahanya sekejap tadi.
“Busy sangat
ke?” Fai dah masuk dan menutup pintu. Dia berjalan mendekati meja kerja Fawwaz.
“As you can see la.
Malas aku nak jawab.” Balasnya acuh tak acuh. Sesekali jam di pergelangan
tangan dikerling. Dia ada lebih kurang empat puluh lima minit lagi sebelum kena
keluar pergi jumpa client dekat Kota Permai Golf & Country Club pasal
pembinaan perumahan dekat Bukit Rimau.
“Papa cakap, coming
weekend papa nak buat makan-makan sikit. Nak introduce kau dengan Lily formally.”
Terus terhenti tumpuannya. Fawwaz pandang Fai pelik. “Lily?
Siapa Lily?” kening sebelah sudah terjungkit tinggi.
Fai senyum dan geleng. Kerusi di depan meja Fawwaz
ditarik dan duduk dilabuhkan. Kedua tangan ditongkat atas meja.
“Tunang kau lah.”
“Hah? Tunang aku?” Dia ketawa sinis. Pen di tangan
diketuk-ketuk atas permukaan meja kerjanya. “Jangan buat lawak, boleh? Aku tak
pernah setuju pun nak bertunang.” Serius.
Fai senyum senget. “Kau boleh cakap apa je Fawwaz. Tapi
memang muktamad kau dah bertunang dengan anak kawan papa tu.”
Fawwaz geleng kepala. Refusing
to believe. Papa ni buat kerja gilalah!
“Aku ada hal weekend
ni. Tak ada kat sini.” Fail atas meja ditutup kasar. Kak Fiza buat kerja
memang tip top, tak ada masalah. Boleh bawa pergi dengan senang hati sekejap
lagi. Dia bangkit dan kerusi ditolak masuk ke meja.
“Papa buat hi-tea je.
So that you can be home sober by that
time after attending whatever birthday party thrown at you the night before,”
suara Fai kedengaran jengkel. Fawwaz tarik senyum senget. Sumpah, dia sendiri
tak teringat kalau Fai tak cakap.
Bahu Fai yang sedang duduk ditepuk-tepuknya. “Baguslah
kau sekarang, kan? Bini dah lembut, kau dah keras. Kira tak sia-sia laa kerja
‘bodoh’ aku tu, kan? Kalau tak, entah sampai bila kau jadi sotong, aku pun tak sure,” ujarnya, sinis. Tawa ikut
dihamburkan. Jelas kedengaran dibuat-buat.
Fai tarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Dia
ikut bangkit berdiri sebelum menarik senyum sinis. Bahu Fawwaz pula
ditepuk-tepuk.
“Memang. Bagus sangat kerja ‘bodoh’ kau tu. Thanks bro. Tapi aku kesian dekat kau.”
Jeda.
“Tak payah nak kesian dekat aku Fai. I’ve plenty of fishes in the sea. Semua aku boleh cuba. Unlike you. Huh.” Balas Fawwaz,
sarkastik bersama tawa yang sinis.
Fai paut bahu Fawwaz erat. “Yeah, right. Masalahnya, all those fishes in the sea yang kau selalu cuba tu, tak ada satu pun yang betul-betul mengisi that hole here in your heart.” Dada kiri Fawwaz ditepuk perlahan.
Fai paut bahu Fawwaz erat. “Yeah, right. Masalahnya, all those fishes in the sea yang kau selalu cuba tu, tak ada satu pun yang betul-betul mengisi that hole here in your heart.” Dada kiri Fawwaz ditepuk perlahan.
Fawwaz terdiam buat beberapa saat sebelum menepis Fai
dengan kasar. Fail atas meja dikepit ke badan dengan tangan kiri, sementara
tangan kanan menarik kot dari coat hanger.
Belum sempat dia keluar dari bilik, Fai panggil.
“Apalagi?” soalnya kasar.
“Let her go,
Fawwaz. Please.”
Fawwaz pandang Fai dengan seribu satu macam rasa. Dia
masih belum lepaskan tangan ke? Dia masih menyimpan angan-angan untuk bersama
ke? Rasa-rasanya macam... tak... kot...
“Mind your own
business, Fai. Jangan sibuk hal aku.” Pintu dibuka dan dia terus melangkah
keluar meluru ke lobi lif. Punat turun ditekan berkali-kali dengan perasaan
jengkel.
Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk.
Melihatkan muka bos macam nak telan orang, masing-masing tak berani untuk masuk
sekali. Yang dekat dalam terus keluar, yang dekat luar tak berani masuk. Fawwaz
terus tekan butang dan pintu lif tertutup.
Tubuhnya disandarkan ke dinding lif. Tiba-tiba dadanya
rasa sakit. Dah lama dia tak rasa. Sungguh dia dah hampir lupa, tapi kenapa Fai
mesti mengungkit tentang rasa yang satu itu?
Pintu lif terbuka dan dia terus keluar menuju ke kotak
parkir khas untuknya. Punat remote
ditekan dan dia masuk ke dalam. Fail dan kot diletakkan atas seat sebelah sebelum menghidupkan enjin.
Belum sempat dia tukar gear lagi, Lumia dalam poket seluar sudah berbunyi. Handbrake ditarik naik semula.
“Fawwaz.”
“Encik Fawwaz, meeting hari ni dengan Rania dah kena cancel. Diorang baru je call ni.” Suara Kak Fiza menerpa ke gegendang telinganya. Fawwaz hela nafas panjang.
“Encik Fawwaz, meeting hari ni dengan Rania dah kena cancel. Diorang baru je call ni.” Suara Kak Fiza menerpa ke gegendang telinganya. Fawwaz hela nafas panjang.
“Ok. Fine. So,
apa agenda saya lepas tu?” Jam dekat dashboard
dikerling sekilas. Masih panjang lagi waktu pejabat.
“Kalau ikut schedule,
lepas meeting tu Encik Fawwaz dah free. Tapi... err... sekejap tadi Dato’
ada inform nak jumpa dengan Encik
Fawwaz lepas encik balik dari meeting.
Since meeting dah cancel ni, err... nak akak inform Dato’ sekarang ke macam mana?”
Sekali lagi dia hela nafas panjang. Berkira-kira mahu
naik ke pejabat semula.
“Encik Fawwaz?”
“Ok, akak inform papa
dalam lima belas minit lagi saya pergi jumpa dia,” jawab Fawwaz akhirnya.
“Ok.” Dan talian diputuskan. Enjin kereta dimatikan
semula. Fail dan kot atas seat sebelah
diambil dan dia keluar dari kereta menuju ke lobi lif semula. Entah apa sajalah
yang papa nak bincangkan. Harap-harap bukan isu yang Fai bawa sekejap tadi.
Fawwaz hela nafas panjang. Butang naik ditekan dan dia
sabar menanti pintu lif terbuka.
***************
“Orang tak nak balik.” Andria genyeh hidung yang dah mula
memerah.
“Kakak jangan degil, boleh tak? Cukup-cukuplah malukan
ibu buat perangai macam tu. Balik sekarang!”
Bibirnya digigit kuat, menahan rasa sebak yang dah mula
membadai. “Kalau orang balik, ibu dengan uncle jangan paksa orang. Boleh?”
“Kakak. Kakak ingat dah buat perangai macam tu, ada orang
suka ke? Dah, jangan nak buat perangai lagi. Ibu kata balik, tolong balik.
Jangan sakitkan hati ibu lagi.”
Andria telan liur. Owh? Maknanya dah tak perlu lari lagi?
Tapi... Err... Macam mana dia nak jelaskan semula ye?
“Nanti orang dah sedia, orang balik. Bye ibu. Kirim salam dekat uncle.” Laju-laju dia matikan talian
sebelum sempat ibunya menambah bebelan. Oh. Sungguh dia tak sanggup nak dengar.
Dia cuma sempat dengar ibu jerit panggil dia saja sebelum talian putus. Maaf
ibu. Nanti orang dah betul-betul ready
dengan alasan, baru orang balik.
Langkah dilajukan menuju ke gerai makan di hujung jalan.
Tempat lepak kebiasaannya dengan sahabat sehati sejiwa. Dari jauh dia dah
nampak kelibat dua manusia sedang bercerita sambil ketawa mesra. Dia tarik
senyum. Penyelamat. Penyelamat.
“Sorry babe,
aku lambat.” Bahu Gina ditepuk lembut. Sahabatnya itu sekadar sengih. Tak kisah
laa tu pasal buah hati ada dekat sebelah ikut tunggu sekali.
Andria tarik kerusi sebelah Gina manakala backpacknya diletakkan atas kerusi
sebelah lagi. Sekali dengan beg Gina.
“Apa cerita kau nak jumpa aku sekali dengan Eddy ni?”
soal Gina, direct tak ada mukaddimah
langsung. Andria tarik sengih. Eddy yang tengah sedut minumannya dipandang
sekilas.
“Aku nak mintak tolong korang back up aku laa,” ujarnya
sambil mengangkat tangan, memanggil pelayan gerai makan tu.
“Back up kau? Back up ken... Babe! Kau tak balik rumah parents
kau lagi ke lepas balik dari Cameron?” Gina dah terjerit kuat sikit. Andria
muncungkan sikit bibirnya sebelum menggeleng.
“Nescafe ais eh?” pesannya pada pelayan gerai sebelum
kembali memandang pada Gina. “Aku seramlah. Mau teruk kena tibai nanti. Kat
dalam phone aje pun dah kena bebel
panjang.”
Gina pandang Eddy. Dua-dua dah geleng kepala.
“Itula... Lain kali lepas final tu balik rumah dulu. Bukan pergi merayap merata dulu,” komen
Eddy selamba. Andria tarik muka.
“Aku punya suka laa...” rungutnya sendirian sambil tangan
mencapai garfu dari pinggan Gina. Sepotong tauhu bakar dicucuk dan disuap ke
dalam mulut.
“Yelaa... Memang kau punya suka. Lepas tu family kau punya suka jugaklah diorang
nak marah ke nak bebel ke pun, kan?” tempelak Eddy lagi.
Gina dekat sebelah dah kulum-kulum senyum. Nak gelak tak
sampai hati bila tengok muka cemberut Andria kena perli. Sudahnya dia tarik
gelas fresh orangenya dan sedut air
laju-laju. Andria yang jeling-jeling dekat dia dengan isyarat mintak tolong pun
dia buat tak nampak je.
“Yelah. Yelah. Aku tau laa aku salah. Tapi aku ada alasan
sendiri kenapa aku buat apa yang aku buat.” Andria menggumam sendiri di hujung
ayat.
“Dah tau salah, jangan merungut.” Eddy hela nafas dan
menggeleng. Gina singgung lengan dia. Dia pandang si buah hati dengan kening
berkerut. Gina main isyarat mata saja, menyuruh Eddy supaya tak terus bagi
ayat-ayat pedas. Baru Gina nak buka mulut, budak pelayan tadi datang dengan
gelas minuman di tangan.
“Terima kasih,” sebut Andria perlahan. Nescafe ais yang
baru dihantar ke meja dikacau dengan straw.
Riaknya sugul semacam. Gina rasa serba salah pula nak menegur.
“Ria.” Lengan gadis itu disentuh ringan. Andria angkat
kepala memandangnya dengan muncung di bibir.
“Gina... Aku nak mintak tolong kau ni.... Boleh?” Andria
tayang muka kesian. Sambil-sambil tu dia melirik pada Eddy yang buat donno saja
dekat sebelah Gina tu.
Gina sepetkan mata, skeptik. “Kau nak mintak tolong apa
ni? Semacam je ni? Suspicious dah aku
rasa ni, tau?”
Andria urut-urut batang lehernya. Sesekali mengetap
bibir, sesekali menggigit pula. Serba salah. Tak tahu macam mana nak mulakan
cerita.
“Cepat laa Ria. Jangan buat suspence lebih, boleh tak? Drama laa kau ni, babe. Geram aku.” Bahu Andria ditampar perlahan. Geram je Gina
rasa. Dahlaa tak cerita lagi, boleh pulak buat jeling-jeling Eddy. Ingat tak
membara ke perasaan ni? Hish! Nasib baik laa mamat ni buat derk je. Kot dia pun
main jeling-jeling jugak, memang sahih dua-dua aku korek-korek biji mata tu.
Geram!
“Sebenarnya... Aku... Bukan tak balik lagi...” ujar
Andria, tersekat-sekat memulakan hikayat. Gina dah bulat mata. Eddy masih macam
tu, buat tak tau, padahal duk sibuk pasang telinga.
“Bila kau balik?” soal Gina tak sabar bila Andria
melengah-lengahkan cerita. Sekejap sedut air, sekejap lagi curi tauhu bakar
dari pinggan miliknya. Ada jugak yang aku ikat kaki tangan tu nanti, baru tau.
Ceritalah bagi habis dulu. Hish!
“Lepas final tu
aku dah balik... Tapi... Lepas tu...” Jeda lagi. Kali ini Andria tonyoh-tonyoh
meja dengan jari telunjuknya. Nasib baik meja bersih. Kalau tak, confirm keluar daki. Euuwww....
“Lepas tu apa?!” Andria hampir melompat disergah
sebegitu.
Gina pandang Eddy yang pamer riak serius. Ingatkan mamat
ni tak ambil port tadi. Rupanya sibuk jugak. Dia pandang Andria semula yang
sedang mengurut dada. Padan muka. Kan dah kena sergah serentak. Siapa suruh
cerita sangkut-sangkut?
“Nak cerita tu, cerita laa bagi habis cepat. Ni sangkut
sana, tangguh sini. Aku balik kang. Jom Gina.” Eddy dah angkat punggung dari
kerusi. Gaya nak tarik Gina pergi pun ada dah. Kelam kabut Andria tarik tangan
Gina lebih dulu.
“Aduh! Kot ye pun, janganla tarik tudung aku sekali weh!
Senget dah tudung aku. Kau ni.. Ish!” Gina tampar lengan Andria, lepas tu
betulkan tudung dia yang dah senget letaknya. Bikin malu depan Eddy ajelah
minah ni.
“Jom Gina.” Eddy dah hulur tangan.
“Eh, janganlah! Aku ceritalah ni! Duduk! Duduk!” Kalut
Andria jadinya. Bersungguh dia pegang tangan Gina, tak bagi bangun.
Eddy tak jadi pergi, duduk semula bila Gina pun bagi
isyarat mata suruh duduk. Bukanlah nak pergi sangat pun, memang saja gertak
minah kalut seorang ni. Nak tergelak pun ada rasanya tengok muka cuak
bestfriend buah hatinya tu.
“Ok, kitorang tak pergi. Sekarang, spill. Cerita sampai habis. Jangan sangkut-sangkut.” Garang suara
Eddy. Andria jeling geram.
“Cepatlah cerita, babe.
Macam mana kitorang nak tolong kalau kau tak cerita bagi habis.” Gesa Gina.
Andria tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu sedut sikit
nescafe aisnya. Tangan Gina digenggam erat. Pinjam kekuatan kononnya.
“Aku memang dah balik lepas final. Tapi lepas tu aku lari dari rumah.”
“Kau lari?!” jerit Gina. Serentak dengan Eddy. Andria
mencebik. Sehati sejiwalah sangat. Menyampah.
“Kau lari kenapa babe?
Kau jangan main-main weh.” Gina dah tukar mode risau.
“Ibu... dengan Uncle... diorang nak tunangkan aku dengan
anak kawan Uncle.” Bulat habis mata Gina.
Eddy dah ketawa. “Macam drama swasta dekat tv!” Dia
sambung ketawa. Gina tumbuk lengan Eddy bila tengok Andria dah mula buat muka.
Eddy ni pun, gelakkan orang tak agak-agak.
“Kenapa kau lari? Apasal tak bincang elok-elok dengan
ibu?” tanya Gina, prihatin. Serasa dia, ibu tak adalah jenis mak yang akan
paksa anak buat ikut kemahuan dia. Mungkin sebab... Uncle yang paksa kot? Ayah
tiri si Andria ni dia pun tak kenal sangat. Takut nak kenal. Garang gila kot.
Seram!
“Aku bukan kisah sebab nak kena paksa kahwin. Kalau ibu
suruh, aku ikut. Masalahnya, calon dia tu. Anak kawan Uncle tu...”
Eddy sedut limau aisnya sebelum berdehem sekali. “Kenapa
dengan lelaki tu?” Tiba-tiba rasa berminat nak ambil tahu.
“Mamat tu terkenal dengan sifat buaya darat dia, ok?
Memanglah bagus kerja muda-muda dah jadi bos. Tapi aku dengar dia tu kaki
kelab, kaki minum, kaki perempuan, kaki... kaki... macam-macam jenis kaki
lagilah! Memang mintak simpanglah aku nak kahwin dengan orang macam tu. Hish!”
Tergeleng-geleng kepala Andria. Tak sanggup dia nak memikirkan masa depan
hidupnya kalau kahwin dengan orang macam tu. Eeeiiiii.... memang tak laaaa...
“Mana kau dengar mamat tu macam tu?” tanya Eddy tak puas
hati. Orang perempuan ni kadang memang cepat sangat percaya khabar angin.
“Eh, mamat tu memang notorious
B.I.G. kot dekat Lembah Klang ni. Muka wanted
semua orang kenal tu.” Bersungguh Andria menjawab. Buat Eddy tergelak lagi.
“Muka wanted?
Kau kenal ke muka dia macam mana?” Andria geleng. “Dahtu? Cakap bukan main. Sesuka
hati je cop orang itu ini. Siasat betul-betul dululah.” Tempelak Eddy lalu
merengus. Belum tentu sahih lagi, dah jatuh hukum. Ikut emosi lebih dari
rasionalisasi. Orang perempuan memang macam tu lah.
Bukan Andria je tayang muka tak puas hati, Gina pun ikut
sama. Memanglah orang lelaki ni kalau boleh nak menangkan kaum dia je. Dah
terang-terang salah pun nak bela jugak. Huh. Menyampah! Tajam-tajam Eddy
dijeling dek dua pasang mata itu. Eddy buat tak reti saja.
“Dahtu sekarang kau nak kitorang tolong macam mana ni
Ria?” Gina bagi tumpuan penuh pada Andria.
“Err... Masa lari tu... Aku cakap... Aku lari dengan boyfriend aku...”
“Boyfriend? Kau
dah ada boyfriend ke? Kenapa aku tak
tau?” Laju Andria geleng.
“Takde! Mana ada! Aku terlepas cakap sebab nak suruh
diorang cancel.” Gina hela nafas dan
geleng-geleng kepala. Eddy pun sama.
“Dahtu kau nak kitorang tolong apa?” soal Gina akhirnya.
Andria sengih-sengih sambil jeling-jeling dekat Eddy.
Gina dah rasa lain macam.
“Pinjam Eddy this
weekend. Nak introduce dia as my boyfriend...”
“Kau gila?!!” Pasangan sehati sejiwa tu dah serentak
menjerit. Andria senyum-senyum buat muka cute
sambil tayang simbol ‘peace’ dekat
tepi pipi kanan.
**********************
“Fine Pa, fine. Nanti esok tengahari I’ll be here already,” rengus Fawwaz.
Tak puas hati diarah itu dan ini. Lebih tak puas hati lagi bila menyentuh
perkara yang dia tak pernah setuju dan tak pernah terlintas pun nak buat lagi
untuk masa ni.
“Jangan pandai cakap fine,
fine, je. But then tomorrow, by the
time majlis nak mula. Fawwaz tak ada. Mana papa nak letak muka?”
“Wherever you like,
Pa,” jawabnya tanpa nada.
“Fawwaz!”
“Apa?” Balasnya acuh tak acuh. Sedikit pun tak sedar
pandangan si ayah sudah mencerun ke arahnya. Tumpuannya masih fokus pada gajet
di tangan. Seruan demi seruan diterima di akaun Facebook miliknya. Menyuruh
agar bersegera.
Dato’ Rahim urut dada. Hampir mati kutu tak tahu apa lagi
nak dibuat dengan anak yang seorang ini. Dia marah, anak ini marah semula. Dia
naik suara, benda sama juga dibuat dek anak bujang yang ini. Nak dipukul, dah
besar. Tapi degilnya... Allahuakbar... Dato ‘ Rahim hela nafas panjang.
“Pukul duabelas tengahari esok, sharp. Mesti dah ada dekat rumah. By hook or by crook. Papa tak peduli. Ingat!” Akhirnya Dato’ Rahim
beri kata putus.
Fawwaz terus tarik senyum sinis dan bangkit. Telefon di
tangan terus diseluk masuk poket. Jaket atas penyandar kerusi ditarik dan
disidai ke bahu. Tombol pintu dipegang. Sebelum memulasnya, dia berpaling
menghadap si ayah yang terduduk bersandar sambil memicit dahi di atas kerusi di
belakang meja kerjanya.
“Pa.” Panggilnya. Dato’ Rahim mendongak memandang Fawwaz.
“Apa?”
“Kalau papa tak arrange
benda bodoh ni, sure papa tak sakit kepala sampai macam ni.” Sinis nadanya.
Dato’ Rahim cuma diam, menyabarkan hati sendiri.
“Seriously pa. What made you think I would change just
because I’m getting married? Huh?” ada tawa sinis di hujung bicaranya.
Tombol pintu terus dipulas dan dia memboloskan diri keluar tanpa memperdulikan
panggilan sang ayah.
Langkah diatur santai menuruni anak tangga. Sampai di
anak tangga terakhir, dia berhenti. Di ruang menonton, sepasang merpati sedang
seronok memadu kasih. Dia julingkan mata ke atas. Sesakit mata yang melihat,
sakit lagi di dalam hati yang memendam rasa. Dia tak jadi terus keluar,
sebaliknya menuju ke ruang menonton.
“Nak beromen pergi masuk bilik laa,” ujarnya tanpa nada. Kelam-kabut
si kakak ipar menarik tubuh dari terus didakap sang suami. Rambut yang sedikit
kusut diperbetulkan.
Fawwaz tarik senyum sinis. Jaket atas bahu disidai atas
penyandar sofa dan dia terus merebahkan diri atas sofa tunggal itu. Kedua kaki
berjuntai dari arm rest. Telefon
ditarik keluar dan aplikasi Facebook dibuka. Sorry guys, lambat sikit, ada perhitungan.
“Kau nak keluar ke ni?” soalan Fai hanya dibalas dengan
anggukan. Riak si kakak ipar dilihat cuma dengan ekor mata. Dan dia menangkap
riak kurang senang dari wajah itu.
“Papa ok with it?”
sekali lagi dia cuma mengangguk. Betul-betul tak rasa nak menjawab. Hanya komen
rakan-rakan dalam Facebook yang dia gigih menjawab.
“Ke mana malam ni?”
“Bukit Bintang. Lepak dulu. Lepas tu pergi rumah Mike,
sambung agenda.” Tiba-tiba dia ramah bercerita.
“Bawak-bawaklah berubah cara hidup tu, Fawwaz. Kau bukan
makin muda. Dua tiga tahun je lagi nak tiga puluh dah. Itupun kalau sempat.”
ZRAAPPP!! Menyirap terus dia rasa. Sikit lagi gajet di
tangan hendak dibaling ke kepala Fai. Dada sudah mula berombak kencang. Turun
naik nafasnya menahan marah. Fawwaz bangkit dan senyum, sinis.
“Terima kasih tolong ingatkan. Tapi sebelum sibuk hal
aku, tu, bini kau tu jaga dulu. Elok sikitla pakai. Bukan korang berdua je
dalam rumah ni.” Telunjuknya menuding tepat ke arah kakak ipar yang hanya
mengenakan baju-t longgar dan bermuda separas lutut. Pakaian yang sama juga
dikenakan oleh Fai.
“Kalau berdua je, korang nak bogel pun aku tak kisah.”
Sambungnya lagi. Melihat wajah si kakak ipar sudah merona merah, senyum
sinisnya makin lebar. Puas hati.
“Dahlah. Aku blah dulu.” Pandangan dialih dan ditumpukan
pada si kakak ipar. “Bye, sexy. Rawwrr...”
Jeling menggoda siap gaya nak terkam orang.
“Fawwaz!!”
Tawa Fawwaz pecah melihat reaksi marah milik Fai.
Menggeletar seluruh tubuh abangnya itu menahan marah. Jaket ditarik dari sofa
dan handphone disimpan masuk poket.
“Sorrylah, tak
boleh tahan tengok. Sexy sangat,”
tuturnya selamba sambil menjeling pada si kakak ipar yang sudah menikus di
belakang sang suami.
“Kau jangan samp-“
“Sorry Fai. Aku
takde masa nak bergaduh dengan kau hari ni. Gotta
get going now. Can’t be late for my party. See ya.” Dia terus beredar
dengan selamba seolah tak ada apa yang berlaku.
Fai ketap gigi rapat-rapat. Fawwaz memang benar-benar
mencabar kesabarannya malam ini. Penumbuknya memang dah ringan sangat nak
dilayangkan ke muka Fawwaz. Mujur saja adiknya itu beredar terlebih dulu.
“Fai...”
Fai tarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya
perlahan. Tangan sang isteri yang mengurut dadanya dicapai lalu dikucup perlahan
sebelum dia memeluk erat wanita itu.
“I’m sorry,
Irdina.” Ubun-ubun isterinya dicium sekali.
Irdina tarik tubuh dari dakapan Fai. Matanya tunak
memandang wajah lembut milik sang suami. Dia senyum.
“Salah Din sampai Fai pun terpalit sama. Maafkan Din,
eh?” lembut dia bersuara. Fai ikut senyum. Pipi sang isteri diraih dengan dua
tangannya sebelum dia tunduk, menemukan dahinya dengan dahi Irdina.
“Ok, sama-sama salah. Takpe, kita pun masih belajar, kan?
Belajar jadi-“
“Isteri soleh, suami solehah, kan?” Irdina kenyitkan
sebelah mata. Fai sudah ketawa.
“Dahlah, jom naik. Kita tengok baju elok sikit nak pakai
esok.” Telivisyen sudah dimatikan. Irdina mula melangkah sambil menarik tangan
Fai. Tapi Fai tarik semula tangan isterinya.
“Kenapa?” soal Irdina sambil memandang wajah berkerut
sang suami.
“Awalnya nak tengok baju?”
Irdina sengih.
“Yelah. Nak bukak, lepas tu nak pakai balik. Kan makan
masa tu.” Keningnya sudah terjungkit sebelah. Lambat sikit baru Fai tarik
senyum senget.
“Aaaa... Ok, I’ll be
glad to help you with it. Sangat.” Dan tawa mereka pecah sambil berpimpin
tangan mendaki anak tangga menuju ke kamar beradu.
Fawwaz terus memecut keretanya menuju ke Bukit Bintang.
Sudah berjanji dengan Mike dan beberapa orang kawan lagi untuk makan-makan dulu
dekat Twenty One Kitchen + Bar sebelum bergerak ke penthouse milik Mike untuk parti harijadinya yang dianjurkan
sahabat baiknya itu.
Dia tarik senyum senget. Tempohari dia ada terdengar Mike
buat arrangement kejutan untuknya di penthouse itu nanti. Dari perbualan Mike
tu dia dah boleh agak. Four strippers?
Perfect. More than perfect. Dan
dia dah rasa sangat teruja untuk hadir ke parti itu. Can’t wait!
Telefonnya bergetar dalam poket seluar. Volume radio yang sedang memutarkan lagu
rentak techno diperlahankan sebelum
punat pada bluetooth headsetnya
ditekan.
“Fawwaz.”
“Bro! Mana
kau?” suara Mike deras memasuki gegendang telinganya. Bersama dengan iringan
muzik dan suara-suara di belakang yang sedang berborak dan ketawa dengan kuat.
Sahih Mike dah sampai Twenty One. Agaknya. Boleh jadi juga masih dalam kereta.
“On the way! On the way! Kau dah sampai ke? Tunggu
aku laa sekejap!” Dia ikut menguatkan suara. Bimbang kiranya Mike tak mendengar
dek kerana bingitnya suasana di sebelah sana.
“Direct pergi
rumah aku wei! Budak-budak dah tak sabar nak start! Nanti aku order
delivery kalau kau belum makan lagi!” Delivery?
Alamak. Ini yang dia tak berkenan ni. Dia bukan jenis yang suka menghadap
makanan segera. Malah dah jadi kepantangan pula.
“Bukan kau ada booking
caterer ke? Sekali open bar?”
“Aku order finger
foods je, mana ada caterer! Kalau
ada, buat apa pegi Twenty One dulu?”
Fawwaz dah merengus perlahan. Ni yang dia tak suka ni.
“Ha, oklah. Go
ahead. Nanti aku sampai.”
“Alright birthday
boy! Jangan lambat!”
Fawwaz terus matikan talian. Lari sudah moodnya. Mike ni
boleh buat lupa pulak kepantangan dia yang satu tu. Otaknya ligat berfikir.
Sebolehnya dia tak mahu terlepas surprise
yang dah diatur Mike, tapi pada masa yang sama, perut perlu diisi terlebih
dahulu. Minum tanpa mengalas perut dulu nanti mabuk cepat. Apa pun tak sedar
nanti, tak enjoylah.
Dan akhirnya kereta dibelokkan memasuki perkarangan
Radius International Hotel. Kopitiam dekat situ dibuka 24 jam. Hotel ni pun tak
jauh dari rumah Mike. Enjin dimatikan dan Fawwaz keluar dari kereta. Cepat
makan, cepat boleh beredar. Tak sabar nak jumpa strippers. Bibirnya sudah menguntum senyum kembali.
*******************
Ok, dah makin merepek. Kepala weng dan ting tong dah berapa hari. Hehhehhehheh.
Malas cerita banyak dah. Silakanlah menghentam apa yang patut.
Sekian. Haha~
16 comments:
bila nk tobat budak ni
Akhirnyaaa..naik jgk full n3 seh...
Hailaaa..sengal seh Andria ni...blh trpk nk g pnjam bf bestpren dia nk suh mnyamar jd bf dia...hihi
mana tk naik sora si gina...heee
sengal brjngkit kt fawwaz jgk seh...blh plak nk grrrr kt si kakak ipar diaaa...hailaaa
tq en writer...nxt n3 plissss....hahaaha
»Leen«
tak sabar nak tunggu scene fawwaz jumpa ngan andria kat umah fawwaz.
A'ahh bila nk tobat?? Fawwaz ooo fawwaz nak lempang x sampai hati..
X sbr nk tgok reaksi andria bila jumpa fawwaz...entah2 eddie dia biarkan terkulat2 sorang diri...hahaha...
cheq xsihat sangat tapi sebab hang demand cheq komen..cheq komen la ngn gigih nya..xfeeling sangat baca sebab xsihat tapi wat cheq teruja nak tau lagi bab seterusnya..gud job.. :)
Bila la 2 org ni mau ketemu
..cpt naikkan n3 baru..tak sabar nak tau....riaksi fawaaz dan ria ni bila berjumpa....blh request x..buat scene trkejut fawwaz terus ajak ria kawin....hehehehe
@kak na : entahlaa bila.. hahahah :P
@leen : Fawwaz memang semula jadi sengal.. Andria tu terjangkit laa tu... kena gigit 'nyamuk besaq' punya pasal.. hahahahah :P
@kak ju : Tak sabar pun kena sabar jugak.. hahahah
@Ayu dzulkarnain : LEmpang je. kot laa cepat skett tobat dia tu.. hahahahah :P
@k.shida : Hahahahah tak taulah nanti macam mana.. HEheheheh
@Cik Atin : Adoi.. bunyinya cam ai ni kejam sangat je.. hahahahah :P
Dah, dah. Pi tidoq nun. Makaseh sudi baca dan komen.. Haha~ :D
saadiah abdul satar : request boleh je, tapi blom konfem tunaikan.. heheheheheh :P
akhirnya baru sempat mengomen setelah jalan2 merata2 hahaha
owh la fawwaz mulut memag berbisa dan dikau sanggup wat aksi waaarrr itu pada kakak ipar sendiri...hiisshhhhh seram seyh mamat sekor ni....bertabah la andria...nasib hang la nak wat cam ne kan
@strawberry.chocolate81 : Aarr... Fawwaz kan memang jenis hati kering.. hahahahah
Okehh..pestime nk komen kt sini
Fawwaz oii..insapla...
Tp..ko wat la jht cemana pon ai ttp suko..Ngehhh
Nk gak tgk fawwaz versi jinak pasni..
~adalia yaya~
@adalia yaya : pestime jugak nak reply komen yu nih.. *opkos laa kan? haha~*
aik? sat suh insap? sat kata jahat camna pun suka jugak? why is why is why and why? hahahahah :P
Insap tu mestii..kang jenuhla andria tu..
Ekceli bad boy si fawwaz ni wat dia nmpak lg hot gitu....erkk :P
~adalia yaya~
ohhhh??? hari ini dalam sejarah laaaa....kena masuk diari nih...cik atin dah komen kat sini...lepas ni nak seru sapa lagi??! hehehe
sebelum sempat jumpa Mike hopefully Adria intercept laaaaa.....
klau Andria x dpt nk intercept meh sini aku intercept....aku sekeh je terus...ada hati nk menggeletis lagi tu.... kekeke
@adalia yaya : dahtu nanti dia dah insap tak hot dah la.. gitu? hahahahahah
@hk : lepas ni tak sre nak seru sapa lagi.. nanti kena buat list.. hahahah :P
Err.. Andria intercept.. Err... No komen.. kikikikik :P
Post a Comment