*Edited at 0954hrs - 05/06/2013*
Confirmed. ITS bakal jadi novel. Sekian, terima kasih. :)
Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Confirmed. ITS bakal jadi novel. Sekian, terima kasih. :)
Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Cerita baru.. Belum pasti cerpen or a new novel bakal menggantikan APG yang akan dihentikan siaran di blog in a few days time nanti... Hehe~
Takyah cerita panjang laa eh? Kita sambung baca je terus..
Prolog
“Find yourself a
nice, decent woman yang ada quality
wife material dalam masa tiga bulan. Kalau tak, papa yang akan arrange. I’ve had enough of your wild antics!”
Kata-kata papa petang tadi masih terngiang-ngiang dengan jelas di telinga. Puas
terlentang, dia bangkit dan duduk memanggung kepala di atas sofa kulit di
tengah ruang unit kondominium miliknya.
Pendingin hawa yang meniup angin dingin terasa seolah tak
berfungsi. Seluruh badan terasa berbahang. Tali leher yang telah dilonggarkan
sejak menjejakkan kaki ke dalam rumah tadi, dirungkaikan terus dan dicampak ke
tepi.
“Argh! Kalau Winnie tak datang tadi, memang tak kantoilah
dengan papa!” Hampir sahaja penumbuk mendarat atas meja kopi, tapi tergantung
di tengah udara. Gila. Tangan luka dia tak kisah. Tapi dia tak cukup rajin nak
bersihkan serpihan kaca kalau meja tu pecah kena tumbuk. Tukang cuci baru je
datang hari ni dan cuma akan datang lagi pada minggu hadapan.
Pipi kiri diusap perlahan. Masih terasa pijarnya ditampar
papa tadi. Tak, bukan. Bukan sebab tamparan papa tadi. Lebih kepada rasa maruah
diinjak depan Winnie. Terasa bagai egonya jatuh merudum sampai ke kaki. Dia
merengus kuat. Tag Huer di pergelangan tangan dikilas sekali sebelum berdiri,
tarik kemeja keluar dari pinggang seluar dan mula membuka butang kemeja satu
persatu sambil berjalan menuju ke dapur.
Pintu peti ais dibuka luas. Udara sejuk menerpa ke tubuh.
Mata memerhati satu demi satu penghuni peti ais sebelum akhirnya dia mencapai
botol minuman yogurt lalu digoncang. Pintu peti ais ditolak dengan kaki.
Penutup botol dibuka dan dilantun langsung masuk ke dalam sinki. Minuman yogurt
sejuk diteguk, menuruni tekak, menyejukkan sedikit hati yang masih membahang
panas. Langkah diatur menuju ke ruang tamu semula. Botol yang sudah tinggal separuh
isinya diletakkan atas meja kopi dan dia berlalu ke dalam bilik.
Kemeja yang sudah seharian tersarung di tubuh dilucutkan
dan digumpal, lalu dibaling ke dalam bakul di sebelah pintu bilik air. Isi
poket seluar ikut dikosongkan sebelum membuka talipinggang dan melondehkan
seluar slack. Tuala yang tergantung
pada palang di dinding ditarik dan dibalut pada tubuh separas pinggang sebelum
melucutkan boxer. Dengan kaki,
longgokan seluar disepak tinggi langsung masuk ke dalam bakul juga. Di bibir
sudah tersungging senyum sinis. Memang tak sia-sia setiap hujung minggu turun
bermain futsal. Langkahnya diatur santai menuju ke bilik air untuk membersihkan
diri.
Selesai mandi, dia terus balut tuala di pinggang tanpa
mengelap tubuh. Melangkah keluar dari bilik air dan terus membuka almari
pakaian. Pintu dibuka dan dia bercekak pinggang, meneliti setiap helaian
pakaian yang tergantung dan berlipat. Tubuh yang basah dibiarkan kering sendiri
dihembus udara sejuk dari pendingin hawa.
Puas bercekak pinggang berkira-kira di dalam kepala mahu
memakai pakaian apa, akhirnya dia tarik sehelai seluar denim warna biru gelap
dan dilempar ke atas katil yang kemas. Sehelai lagi tuala dari palang ditarik
dan digunakan untuk mengesat rambut yang basah.
Selesai, dia ke dressing
table. Membelek wajah sebentar sebelum mengenakan deodorant lalu kembali ke katil. Denim disarung dan tuala digantung
semula. Sehelai kemeja fit rona putih ditarik dari dalam almari lalu dikenakan
ke tubuh. Sambil membutangkan kemeja, sekali lagi dia membelek wajah di depan
cermin. Tak ada sebarang imperfection
buat masa ni. Kedua belah lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Penutup Carolina
Herrera 212 VIP Men dibuka dan disembur ke tubuh. Gel rambut dicolek sedikit,
kedua belah tangan digosok-gosok sebelum diratakan ke seluruh rambut. Ambil
sikat dan gayakan sedikit. Sempurna. Dia tarik senyum senget, puas.
Dompet disisip masuk ke dalam poket belakang. Skrin Nokia
Lumia 920 diaktifkan, memeriksa kalau-kalau ada sebarang pesanan ringkas atau
panggilan diterima saat dia mandi tadi. Tak ada. Skrin dikunci semula sebelum
disisip ke dalam poket sisi. Kunci kereta atas katil dikaut, jaket kulit warna
hitam yang tergantung pada coat hanger
ditarik dan dia mula melangkah keluar.
Mitsubishi Lancer Evolution merah menyalanya terus
meluncur laju di atas lebuhraya. Dia perlukan hiburan malam ini. Amaran papa
dari tadi asyik terngiang-ngiang di telinga buat dia rasa rimas. Dia tau papa
sebenarnya dah lama ada calon. Anak kawan papa yang entah siapa dia pun tak
pernah kenal, tak pernah jumpa. Jadi seberapa ramai calon bakal dia bawa pulang
untuk ditayang nanti pun, dah tentu-tentu kena reject. Jadi biar sajalah. Let
nature runs its course. Bila tiba masa tu nanti, taulah dia nak buat apa.
Bluetooth headset berbunyi, tanda ada panggilan masuk. Segera dijawab.
“Fawwaz.”
“Hey handsome. Come
over to my place tonight? I boringlah.”
Dia tarik senyum senget. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak payah susah-susah
nak cari. Heh.
“Sure. Give me
fifteen minutes. And woman, fix me something to eat. Aku belum dinner.”
“You ingat I ni maid
you ke apa?”
“Fine. I won’t be
coming.”
“Fawwaz!” Masih senyum senget dengan kening sudah
terjungkit sebelah, sinikal.
“What?”
Jawabnya tenang sambil perlahan menghentikan kereta di hadapan lampu trafik
yang baru bertukar merah. Gear dibebaskan sebelum dia menoleh ke kanan. Sebuah
Chevrolet Aveo warna pink dengan empat gadis sedang melambai sambil tersenyum
ke arahnya. Fawwaz tarik senyuman paling cool dia boleh buat dengan dua batang
jari diangkat ke dahi, salute. Dalam
kereta sebelah, budak-budak tu dah menjerit sakan.
‘Heh. Girls.
Confirm budak-budak baru nak up.
Tu pasal gedik satu macam.’ Cemuhnya dalam hati tetapi dengan senyuman yang
masih juga terukir di bibir.
“Fawwaz! Are you
even listening?!” Suara di talian sebelah sana menjerit memekakkan telinga.
Fawwaz julingkan mata ke atas.
“No, I wasn’t. Kau
cakap apa tadi?” balasnya acuh tak acuh, pandangan masih pada kereta sebelah.
Memang dia tak ada perasaan pun nak melayan budak-budak tu, tapi macam seronok
pulak tengok reaksi diorang setiap kali dia hantar senyuman, mahupun gesture yang konon cute. Mengujakan!
“I cakap, on the way you datang tu, singgahlaa
beli something.” Gear dimasukkan dan
bersedia untuk beredar.
“Babe, aku tak
senang nak buat macam tu.” Lampu bertukar hijau, sempat dia melambai pada
kereta sebelah sebelum terus menekan pedal minyak. Aveo di sebelah tadi
membelok ke kanan, manakala dia jalan terus.
“Fine. I order
delivery. You nak apa?”
“Kyra, kau kenal aku kan? Perlu ke aku ingatkan-“
“Yelah! Yelah! I’ll
fix something up for you. You ni, memang tau.” Kyra masih terus
merungut-rungut.
“Kyra.”
“Apa?”
“Kau spend the
night alone. Aku tak senang nak dengar kau merungut.” Talian terus
dimatikan. Stereng diputar ke kiri. Tak sampai sepuluh saat, headsetnya berbunyi lagi. Dia tarik
senyum sinis sebelum menyambung talian.
“Fawwaz... I
janji I tak merungut. Come over, please. I miss you...”
“Fine. Lima
belas minit lagi aku sampai.”
“What? Tadi you dah cakap lima belas-“
“Kyra.” Kyra diam seketika sebelum menghela nafas panjang.
“Ok. I tunggu you.
I siapkan something special. Just for
you.”
“Fine. Bye.”
“Datang tau?”
“Hmm. Bye.”
Sekali lagi dia putuskan talian macam tu saja. Senyum tanda kemenangan.
Mengalah untuk perempuan? Bukan dalam kamus hidupnya.
Mitsubishi Lancer Evolution itu terus laju meluncur di
atas lebuhraya dalam kepekatan malam.
***************
Punggung dilabuhkan atas sofa tunggal di ruang menonton
itu. Televisyen dihidupkan dan dia bersandar malas dengan kedua kaki direhatkan
atas arm rest. Lumia ditarik dari dalam poket, aktifkan skrin dan dia
layangkan jari atas skrin tanpa sebarang fokus yang pasti.
Mesej-mesej lama diperiksa sebelum memadam apa yang tak
perlu. Sesekali dia melirik ke skrin TV yang sedang menayangkan kisah siri
penyiasatan yang gagal menarik minatnya. Tumpuan kembali ke skrin telefon
bimbit.
“Fawwaz. Air.” Kaki yang ditepuk dialihkan turun dari arm
rest. Segelas teh sejuk diletakkan atas meja kopi di hadapannya. Fawwaz tarik
gelas dan dibawa ke hidung lalu dihidu. Wangi. Aroma teh berperisa kegemarannya
buat dia tersenyum lebar.
“Thanks.”
Ujarnya sebelum meneguk teh berperisa campuran buah markisa dan strawberry itu.
Suku gelas lepas menuruni tekak, barulah dia letakkan gelas kembali atas meja
sebelum bersandar dan kembali fokus pada telefon bimbitnya.
“Macam mana?” Fawwaz angkat kepala.
“Macam mana apa?” Soalnya acuh tak acuh.
“Calon papa suruh carik.” Fawwaz merengus kuat.
“Jangan sibuklah Fai.” Gelas teh dicapai kembali.
“Sebulan je lagi Fawwaz. Tapi kau masih macam tu. Papa hari-hari
bising.” Gelas dihentak atas meja. Dia pandang tajam pada si abang yang masih
tenang.
“Aku cakap jangan sibuk. Itu urusan aku. Kau jaga bini
kau je, cukup!” Tona suaranya keras. Darah sudah mula mendidih rasanya. Gigi
diketap rapat.
“Aku concern,
Fawwaz. Sampai bila kau nak hidup macam tu? Apa yang papa buat tu pada aku
memang betul dah.” Meja kopi dihentak kuat sebelum dia bangun. Telunjuknya
lurus depan muka Fai.
“Aku cakap jangan campur, kau jangan campurlah! Jangan
sibuk urusan aku! Taulah aku nak handle
hidup aku macam mana.” Jaket kulit atas penyandar sofa ditarik kasar.
“Fawwaz! Tunggu dulu!” Lengan yang dicengkam kuat buatkan
langkahnya terhenti. Berapi pandangan matanya mencerun pada Fai yang tetap
terlihat tenang.
“Kau nak apa lagi?!” Fawwaz rentap lengannya. Fai hela
nafas panjang dan menggeleng.
“Kau tak perlu ikut cakap papa pun boleh. Dan papa takkan
paksa kau kahwin jugak. Dengan syarat kau ubah lifestyle kau. Ubah cara kau. Change
for the better.” Fawwaz mendengus. Dia senyum sinis sebelum datang rapat
depan Fai.
“Aku,” telunjuknya mendarat di dada sendiri, “... takkan
jadi hipokrit. Dan kau,” dada Fai pula ditunjal, “... jangan campur urusan
hidup aku. Faham?”
“Fawwaz, I’m being-“
“Aku cakap jangan campur tu, jangan campurlah!” Dada Fai
ditolak kuat, jatuh semula atas sofa. Fawwaz terus meluru ke pintu utama
banglo. Baru mahu mencapai pemegang, pintu sudah terbuka dulu dari luar.
“Pa...”
“Ha, Fawwaz. Nak keluar ke?” Dia garu leher.
“Aa.. Ha’ah. Dah lama tunggu papa tadi.” Bahu Fawwaz
dipaut mesra sebelum dibawa kembali ke ruang menonton.
“Fai tak cakap papa dengan mama keluar dinner?” Soalan diaju pada Fai.
“Dia dah cakap. Fawwaz ingat papa keluar kejap je. Tak
sangka pulak lama.” Tak sempat Fai bukak mulut lagi, Fawwaz yang jawab sendiri.
“Oohh... Haa... duduklah dulu. Mas, buatkan coffee.” Melihatkan si ayah sudah duduk
menyelesakan diri di atas sofa, Fawwaz mula rasa tak senang.
“Err... Sorry
Pa. I’ve to get going.” Dia cuba
beredar.
“Fawwaz nak pergi mana? Clubbing lagi?” Langkahnya langsung mati.
“Err... Tak...”
“Then? Rumah
perempuan mana pulak Fawwaz nak pergi malam ni?” Merah telinganya. Perlahan dia
berpusing menghadap kembali dua lelaki yang duduk di atas sofa.
“Bukan macam tu laa Pa. Fawwaz nak-“
“Then who are you
bringing home to sleep with tonight?”
“Pa!!” Fawwaz rasa kali ni darah dia dah menggelegak
terus. Bukan tuduhan macam ni yang dia nak dengar dengan datang ke sini.
“Apa? Salah ke apa yang papa cakap?” Suara sang ayah
sudah meninggi. Wajahnya juga merah padam. Marah pada si anak yang tak tahu di
mana silapnya dalam didikan yang diberi selama ini.
“Memang salah! I
don’t have the intention-“
“Untuk malam ni! Who
knows apa yang Fawwaz buat last
night, tomorrow night? Berseronok sana, berseronok sini! Mabuk-mabuk! Macam
orang tak ada agama!”
“Papa!” Fawwaz ikut memetir. Turun naik dadanya menahan
marah. Tajam pandangan matanya mencerlung pada sang ayah yang sudah mengurut
dada.
“Pa. Sabar pa.” Fai urut-urut belakang tubuh tua itu. Sesekali
dia melirik pada Fawwaz.
“Bila Fawwaz nak berubah? Mana calon yang papa suruh
bawak balik?” Suara Dato’ Rahim sudah mula mengendur. Fawwaz direnung penuh
kasih. Sungguh, anak, siapa yang tak sayang? Tapi perangai Fawwaz sangat
mencabar kesabarannya.
“I’m fine the way I
am right now. Fawwaz tak cadang nak kahwin pun lagi. Sebab tu Fawwaz tak
bawak calon untuk papa tengok.” Dato’ Rahim tarik nafas panjang dan geleng.
“Sampai bila Fawwaz? Sampai bila Fawwaz nak bergelumang
dengan dosa macam ni? Papa taknak nanti anak papa-“
“Kubur asing-asing pa. You don’t have to sweat it.”
“Fawwaz!!” Serentak Dato’ Rahim dan Fai menyeru namanya.
Fawwaz tarik senyum sinis.
“Save it.
Fawwaz tak nak dengar. Fawwaz balik dulu.” Dia berpusing dan mula melangkah
kembali ke pintu utama.
“Hujung minggu depan!” Langkahnya pegun mendengar laungan
Dato’ Rahim.
“Hujung minggu depan, papa tunangkan Fawwaz dengan anak
kawan papa!”
“No!! Fawwaz
tak setuju!”
“Papa tak peduli! Cuma dengan cara ni nak ikat Fawwaz. Tame you down.”
“I won’t accept!”
Dia rasa kepalanya dah berasap. Walau dia sayang pada sang ayah, tapi pada dia
ini sangat melampau!
Dato’ Rahim senyum sinis. Menaikkan lagi suhu kemarahan
Fawwaz.
“I will make you.”
“Gaahhh!!! I will
not go!” Pintu ditarik luas dan dia memboloskan diri keluar sebelum
menghempas daun pintu di belakang. Pakai kasut dan terus berlari masuk ke dalam
kereta. Enjin Lancer Evolution terus mengaum garang sebaik dihidupkan. Kereta
diundurkan dari kawasan rumah, kemudian dia terus memecut pergi.
Dalam rumah, Dato’ Rahim masih kekal tersenyum sinis.
“Papa confirm
ke?” soal Fai. Dato’ Rahim angguk.
“Tapi dia tak nak pergi, macam mana?” Bahu Fai dipaut
erat.
“Baru bertunang, bukan menikah. He doesn’t have to be there.”
“Papa confident
ke dengan cara ni?” Dato’ Rahim angguk.
“It’s the only way.
Dan papa yakin. Seratus peratus.” Fai hela nafas panjang sebelum ikut
mengangguk perlahan. It’s about time. Dah
sampai masanya untuk Fawwaz menukar cara hidupnya. Dan inilah caranya yang
terbaik. Mudah-mudahan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.
************************
“Thanks.” Gelas
berisi teh berperisa dibawa ke meja yang masih kosong. Punggung dilabuhkan atas
kerusi. Mata meliar melihat keadaan sekeliling. Ramai pengunjung teahouse hari ini. Faktor cuti hujung
minggu mungkin.
Fawwaz hela nafas panjang. Ingatannya melayang ke rumah
keluarga. Sebelum subuh pagi tadi lagi dia dah menyelinap keluar dari rumah. Melarikan
diri. Kalau ikutkan, hari ini sepatutnya majlis pertunangannya dengan anak
kawan papa tu. Harapannya, kalau dia tak ada ni, majlis akan dibatalkan. Harapannya
lah. Sekali lagi dia hela nafas panjang sebelum bersandar pada kerusi. Novel The Racketeer
yang dibeli beberapa bulan lalu tapi masih belum sempat dibaca, mula dibuka.
“Psstt! Excuse me.”
Entah siapa yang tegur bisik-bisik ni. Fawwaz angkat kepala. Buku John Grisham
di tangan ditanda dengan jari sebelum menutupnya. Terdiam buat tiga saat
memandang wajah yang sedang tersenyum sambil menatang sebuah dulang di hadapan.
“Yes? Anything I
can help you with?” Tak tau kenapa Fawwaz ikut berbisik. Tapi senyum tetap diukirkannya
seikhlas mungkin.
“Can I sit with you?”
Dulang berisi sepiring scone, jem,
mentega dan krim diletakkan atas meja sebelum gadis itu terus duduk, “... I’m in need of a company, well, sort of.
Just pretend that you know me, ok? Please?” Ada kedengaran nada terdesak
dalam kata-katanya. Fawwaz buat quick
scan ke sekeliling dan ternampak seorang lelaki dalam lingkungan umur lewat
tiga puluhan memandang ke arah meja yang didudukinya dengan muka jelas kecewa,
tapi masih gigih memasakkan pandangan pada gadis di depannya itu. Dia pandang gadis
itu semula dan senyum sambil menggeleng.
“My pleasure to
help.” Ringkas, dan senyuman gadis itu terus meleret membuatkan Fawwaz
benar-benar terpesona. Memang patutlah lelaki muka gasang tu ushar
habis-habisan. Senyuman tu memang benar-benar menusuk ke dalam kalbu. Dengan
wajah yang seayu dan selembut itu, ditambah dengan senyuman yang manis memekar
di bibir yang merah merekah, memang benar-benar boleh menggoncangkan iman,
mendebarkan dada.
“So, emm... Going up or just coming down?” Soalannya
buat Fawwaz tersedar dari terus mengamati wajah yang nampak sangat polos itu. Dia
berdehem sekali. Penanda buku atas meja diselitkan dalam buku terus. Tak pasti
mukasurat mana ia terselit. Tapi itu tak jadi hal. Habis-habis pun, ulang baca
sekejap saja.
“Baru nak naik.”
“Ooo... Emm... Bercuti?” Ramah sungguh budak perempuan
ni.
“Lari.” Jawabnya sebelum menyedut sedikit teh aisnya.
Kening gadis itu berkerut.
“Lari? Awak lari dari apa? Peminat?” Kali ini kening
Fawwaz pula yang berkerut.
“Peminat?” Gadis itu ketawa lepas. Fawwaz jungkit kening
sebelah. Amazed.
“Yelah, orang handsome
macam awak, mesti ramai sangat peminat sampai tak larat nak tepis, terpaksa
lari. Betul?” Dia sambung ketawa. Dan Fawwaz ikut ketawa.
“Well, thanks for
the compliment. Tapi bukan itu punca saya lari.” Ujarnya sebaik tawa reda.
Gadis itu membelah scone di dalam
piring dan disapu dengan butter, krim
dan jam. Scone diangkat dan dibawa ke
bibir.
“Then?” Scone disuap
ke dalam mulut. Fawwaz telan liur. Ada sesuatu pada si gadis yang buat dadanya bergetar
semacam.
“Lari dari kesibukan duniawi.” Bohongnya. Si gadis senyum
simpul dengan pipi yang kembung, penuh scone.
Comel.
“Tak sangka pulak jumpa angel macam awak, dekat sini.” Si gadis terus tersedak. Terbatuk hebat.
Mulut yang penuh ditekup dengan dua belah tangan. Merah padam kulit wajah yang
putih itu. Berair matanya menahan peritnya anak tekak terpaksa menelan scone supaya tidak tersembur ke wajah
jejaka di hadapan.
“Hey, chill!
Nah, minum!” Gelasnya diserahkan pada si gadis bila disedari yang si gadis
memang tak ada bawa air minuman pun tadi.
Straw dikepit tepi gelas, lalu air diteguk rakus. lega. Hilang sikit peritnya
tekak. Dia minum lagi sikit.
“Urgh! Air apa ni? Tastes
funny!” Fawwaz pandang gadis di depan yang berkerut muka sebelum menarik
senyum senget.
“Iced passion fruit
tea. For a passionate man, like me.” Membuntang terus mata gadis itu.
“Urgh! Cheesy much!”
Fawwaz ketawa. Senang. Sungguh, there’s
something very intriguing about this girl.
“And you’re sweet. Macam scones tu.” Dia sambung bagi ayat gula-gula.
“Huwaarghh!! Muntaaahhh!!” Siap dengan gaya. Lepas tu dia
ketawa. Sama-sama. Entah apa sebabnya, Fawwaz rasa sangat selesa dengan gadis
itu. A total stranger yang sebenarnya,
tapi rasa macam dah kenal lama.
“So, awak pun baru nak naik?” Si gadis senyum dan angguk.
Sekeping lagi scone disuap ke dalam
mulut. Penuh.
“Awak datang naik apa?” Tanya Fawwaz lagi. Gadis itu
senyum lebar.
“Hitch-hiked. Seronok!”
Fawwaz diam. Beraninya! Dalam muka polos, perangai macam lurus ni, beraninya hitch-hiking?
“Nak hitch-hike
dengan saya? After all, same direction,
kan?” Fawwaz tawarkan diri.
“Boleh jugak.”
“Ok... So... Nama awak? Err... My name’s... Kim. Hakim.” Tak tau kenapa dia bagi nama keduanya. Tangan
dihulur tanda pengenalan, namun si gadis geleng. Fawwaz tarik semula tangannya,
sedikit malu.
“Andria.”
“Andria? Very
unique.” Komen Fawwaz. Andria bangkit dari kerusi. Fawwaz dah berkerut
kening. Dia ada tersalah cakap apa-apa ke tadi?
“Err... Air apa awak minum tadi?” Fawwaz pandang gelasnya
yang dah hampir kosong.
“Err... Iced
passion fruit tea. Kenapa?” Andria senyum lebar.
“Sedap. Nak beli.” Dan dia terus ke kaunter. Fawwaz
geleng kepala. Matanya tak lepas dari memerhatikan gelagat Andria dari
belakang.
“Nah. Ganti balik air awak. Saya beli air yang sama. Takpe,
kan?” Segelas teh ais berperisa itu diletakkan di hadapannya. Fawwaz senyum.
“Tak apa. My favourite flavoured tea actually.”
Andria ikut senyum. Scone yang masih
berbaki seketul dalam piring dibelah dan disapu butter, krim dan jem. Belahan pertama diangkat ke bibir.
“And this is my
favourite. Bila gabung dengan minum teh ni, memang rasa dia marvellous sangat.” Fawwaz jungkit
kening sebelah.
“Really?”
“Iye, betul. Nah, rasa.” Tak sempat nak elak, laju scone menyentuh bibirnya. Dalam terkejut,
Fawwaz buka juga mulutnya, menggigit sedikit scone yang disua padanya.
“Amboi, manjanya. Peganglah sendiri.” Panas rasa
telinganya. Lambat-lambat dia ambil scone
dari tangan Andria yang ketawa senang. Habis telan, dia sedut teh. Nyaman menuruni
tekak. Benar. Gabungan yang sangat serasi. Dia pandang Andria yang kelihatan
teruja menunggu respon.
“A’ah. Sedap.” Komennya. Andria sengih.
“Told you. Ok,
cepat habiskan. Saya dah tak sabar nak naik gunung dah ni. You know? Ini first time
saya naik Cameron tau? I was...”
Andria sambung berceloteh sambil menyapu butter,
krim dan jem pada kepingan terakhir scone
dalam piring. Dan masih juga menyambung cerita sambil mengunyah scone dalam mulut. Fawwaz setia mendengar
dengan mata tak lepas dari menatap wajah teruja Andria.
“Done! Let’s go!”
Andria bangkit dari kerusi. Fawwaz ikut bangun.
“Yes, let’s go!”
Ikut teruja. Ada teman secantik bidadari menemani dalam perjalanan. Siapa saja
yang tak teruja? Fawwaz tarik senyum. Beg galas Andria diangkatnya dari kerusi.
“After you, my lady.”
Andria keluar dari kawasan teahouse
menuju ke tempat parkir dengan Fawwaz mengekor dari belakang.
*************************
Oraits.. Silakanlah menghentam sekarang.. Hehe~ :D
26 comments:
Mabeles bro..
Nk sekeh jer si fawwaz nih!!
hmmm...bagi nama kedua ekkk??? ada bau ikan di sini :)
perghhhhh......scon dengan teh jenama pelik ape ntah mmg marveles la....fawwaz pon dah jumpa andria dah 2 hohoho....menarik3....
@Ayu dzulkarnain : TErima kasih! Sekeh je, jangan tak sekeh. hahahahah :P
@hk : Apa yang fishy nya???
@strawberry.chocolate81 : KAlau pegi teahouse kat cameron tu, jangan lupa try. sedap. memang sedap. hahahahah
waaaa....
fawwaz! smart giler...
huwaaa~~~
Waa...betul ler syah..mmg mabeles!!
Syah wat novel tau...xmau cerpen
@Anonymous : Waa~~ Sabaq naa.. Sabaq... Jangan naik syeh.. Hahahahahah :P
@Sarinah Aini : Erks.. MAbeles? Terima kasihhh. :D
Herkksss!! Buat novel?? Adoiyaii.. satu-satu laa~~ Hahahahahah
Buatlah cerpen . kalau buat novel confirm mak tak kasi beli . Haisy ! Apalah nasib . . .
@adha fitri : Belum tentu lagi macam mana. TEngok keadaan dulu. heheheh
fawaz n andria
mcm best je....next n3 pls
best2...suke2...cepatnye fawwaz mesra dgn andria..sambung la lagi...
-nnasira-
@kak na : Tunggu naaa... Kita kasi laluan final entry APG dekat blog dulu... Heheheheheheh
@nnasira : Terima kasih... Sat naa.. Sat. Sat.. Sabaq.. Hahahahah
follow... bt novel la bro.. apa cerpen2.. ciput je satgi... andria plk... mabeles.... hahaha
@Kimi Ue : novel? Alamak... banyak sangat projek dalam tangan satgi, tak terlayan aku der.. hahahah
Promising start, you should continue this story...
@Anonymous : Thanks. Continue memang continue.. tapi nak jadi novel atau sekadar cerpen yang panjang, itu belum tentu.. hehe :D
omo..omo... cerita yg sweet. suka Fawwaz yg cheesy tue. nak sambungan pls.. hehehehe
- Lisa -
Best...best..nk lgi!! Fawwaz n andria!! X sbr nk tunggu smbungan :)
HEZ
@Lisa : Cheesy ke? Mana ada.. Konon2 je tu.. Hahhahah
@HEZ : Haaa... Sabaarrr.. Kasi can saya bernafas dulu.. Hahahahahah
Buatlah Cerpen ke cerpan asalkan ada 'CER' kat depan!
yer berita paham TUAN...eheh tetiba kannnnn...
@adha fitri : Takpe, kita buat cerita lain pulak jadi cerpen.. heheheh :)
@strawberry.chocolate81 : memang, tetiba sangat. hahahah
Boleh leeee.... sila usaha lagi hehehehe
@noorliyana Shamsuddin : Terima kasih.
assalamualaikum and selamat berkenalan. hey...someone commented bout the way you write. First time buka this blog and seriously you're good. The flair of writing is different..from a man's view and i love it very much.
@ONE MOMENT IN TIME : Waalaikumussalam dan selamat berkenalan...
Aa... masih belajar-belajar menulis. Masih banyak room for improvement.. heheheheh
Terima kasih sudi singgah dan baca. :D
Post a Comment