Assalamualaikum dan Selamat Malam.
Malas cerita panjang.. baca ajelah..
Part I
Fawwaz hentikan keretanya di tempat parkir Equatorial
Cameron Highlands. Seatbelt dibuka
lalu dia kilas pada Andria yang baru terlena kira-kira lima belas minit yang
lalu setelah puas menahan kantuk. Wajah Andria yang terlentok menghadap ke
arahnya diperhati, lama.
Cantik walau tanpa sebarang olesan alat solek. Nice skin complexion, mata yang bundar,
tapi ada sedikit kesan lebam lingkaran hitam, letih mungkin. Pipi yang gebu,
hidung yang kecil, bibir yang... Plump,
full set of lips. Merah dan basah. Yang membuat dadanya bergetar semacam.
Perlahan tangan kanannya diangkat, cuba untuk menyentuh
pipi si gadis yang sedang nyenyak dibuai lena. Semakin dekat jemarinya dengan
pipi Andria, semakin kuat jantungnya berdetak. Andria tiba-tiba menggumam
kecil, mematikan pergerakan Fawwaz. Tergantung tangannya di udara. Bibir yang
bergerak kecil itu diperhatikan dengan penuh debar.
Fawwaz telan liur. Matanya mula melirik turun. Backpack yang dipeluk erat oleh Andria
menghalang pandangan, tapi tak dapat menghalang imaginasi liarnya. Sekali lagi,
Fawwaz telan liur. Pandangannya kembali ke wajah Andria. Sikit lagi jemarinya
mahu menyentuh bibir Andria, gadis itu berkisar dalam tidurnya. Pantas Fawwaz
berpaling menghadap ke hadapan semula. Jantungnya berdetak laju, mengharap
Andria tidak sedar apa yang dia baru sahaja ingin lakukan.
“Hmmpphh...” Andria mengeluh perlahan. Fawwaz toleh ke
sebelah. Syukur, Andria masih tidur pulas.
“Ria...” Bahu Andria yang berlapik dengan jaket denim
lengan panjang itu disentuh ringan. Sekali lagi gadis itu sekadar mengeluh
perlahan sambil mengusap bahunya.
“Andria.” Fawwaz keraskan sedikit suaranya. Bahu Andria
ikut ditolak lebih kuat sedikit.
“Tak nak, ibu.” Gumam Andria dalam lena. Fawwaz jungkit
kening. Apa yang tak nak? Tiba-tiba je budak ni?
“Andria, bangunlah. Kita dah sampai ni.”
“Orang tak nak laa ibu. Tak setuju!” Andria tiba-tiba
sahaja tegak. Terkejut besar Fawwaz dibuatnya. Dipandang sahaja Andria yang
duduk tegak dan pegun. Teragak-agak tangannya mahu menyentuh bahu si gadis.
“Hah! Dah sampai!” Tiba-tiba Andria berkalih pandang pada
Fawwaz sebelum matanya turun ke tangan Fawwaz yang betul-betul di hadapannya,
separas dada, hanya beberapa inci dari backpacknya.
“Err... Kita dah sampai, kan?” Soalnya sambil mata tak
lepas dari memandang tangan Fawwaz. Backpack
dipeluk semakin erat.
Fawwaz tunduk pandang tangan sendiri bila dia sedar
pandangan Andria tak berganjak dari tadi. Bila tersedar kedudukannya, pantas
dia larikan tangan ke stereng kereta.
“Err... Ha, ha. Dah sampailah ni. Saya baru nak kejut
awak tadi.” Jawab Fawwaz, sedikit tergagap.
“Tapi alih-alih, awak yang terkejut. Haha~” Andria ketawa.
Fawwaz pandang Andria tak berkelip.
Ada pesona pada gadis itu yang dia tak pernah jumpa pada
mana-mana wanita yang pernah dia temui yang membuatkan dia rasa makin tertarik.
Tapi... Tak mustahil juga it’s the
hormone that’s talking. Dah berapa lama dia tak bersama dengan mana-mana
teman-dengan-faedahnya? Dia mencongak dalam kepala sendiri.
Lepas tergesa-gesa keluar dari rumah papa minggu lepas,
dia terus pergi melepak sendirian di The Library dekat Avenue K berdekatan
dengan kondonya. Dah puas melepak makan dan minum sambil tengok live band perform, dia cari Winnie,
perempuan punca dia terpaksa melarikan diri pada hari ini. Pandai-pandai je
perempuan tu datang ke pejabat menyerang dia, menuduh curang.
Puas gunakan Winnie malam tu, terus dia putuskan
hubungan. Pujuk rayu, esak tangis Winnie dia tak ambil peduli. Lagipun dari
awal perhubungan lagi dia dah letak syarat sebelum membawa mana-mana perempuan
naik ke katil ; No strings attached, no
feelings involved. Semuanya sekadar seronok-seronok atas mutual consent. Hanya hubungan fizikal
tanpa melibatkan sebarang perasaan yang lebih mendalam.
That’s it. Dah seminggu. Dah seminggu berlalu. Mungkin sebab tu lah dia rasa apa
yang dia rasa sekarang.
“Hey! Berangan apa?” Andria layangkan tapak tangannya depan
muka Fawwaz.
“Oh. Err... Sorry.
Tak... I... Err... I teringat kerja dekat office.”
Andria jungkit kening.
“Awak kata lari dari kesibukan. Teringat-ingat pasal
kerja buat apa? Jomlah keluar!” Lebih dulu gadis itu membuka seatbelt dan keluar. Baru Fawwaz matikan
enjin dan membuka pintu, tiba-tiba Andria menjenguk semula ke dalam.
“Kenapa berhenti dekat sini?” Fawwaz pandang muka cuak
Andria. Spontan tangannya naik menggaru kepala yang tiba-tiba je rasa macam
gatal.
“Err... Kita check-in
dululah. Letak barang. Lepas tu baru keluar berjalan-jalan?” Dia sendiri rasa
macam tak yakin dengan cadangannya.
“Memanglah! But I’m
on a tight budgetlah, mister!
Kalau saya banyak duit, saya tak hitch-hike!
I naik helikopter!” Fawwaz ketawa.
Andria yang kelam-kabut dan gelabah itu pada pandangan matanya sangat menarik. Then only it struck him.
Kalau perempuan lain, tanpa banyak soal, mengikut je.
Kadang-kadang masa tanya bilik kosong, siap demand nak suite kalau boleh. Dan selalunya dia akan kata, boleh. Tapi satu suite sajalah, share. Dan macam selalunya juga, saranan dia tu cuma dijawab dengan
senyuman dan lirikan manja konon menggoda. Tapi, Andria ni...
“Awak takpelah. Saya ni baru je habis final. Kerja pun tak lagi. Kalau tak
sebab gigih simpan duit scholarship haritu,
memang tak sampai sini, tau?” Sambung Andria lagi yang membuatkan Fawwaz tutup
semula pintunya dan pulas kunci menghidupkan enjin kembali.
“Fine. Kita
cari budget hotel. You ada smartphone? Google, I drive.” Andria terus melompat masuk dan menutup pintu. Seatbelt ditarik laju sebelum memandang
ke arah Fawwaz. Wajahnya didekatkan pada Fawwaz, membuatkan lelaki itu menelan
liur kelat. Terasa nafasnya bagai tersekat-sekat.
“Hostel!
Backpackers’ hostel!” Penuh determination riaknya, buat Fawwaz sedikit
terpinga-pinga.
“Err... Hostel?
Kenapa-“
“Itu je yang saya mampu. Hahaha!” Pangkas Andria dan
ketawa lalu bersandar pada bucket seat Recaro
bersarung kulit warna hitam dengan trimming
warna merah itu. Fawwaz hela nafas panjang.
“Takpelah. Kita pergi budget
hotel. I’ll belanja you.”
Mitsubishi sudah berundur dari petak parkir.
“Eh, taknaklah macam tu. Dahlah saya tumpang kereta naik
gunung satu sen pun tak bayar. Takkan nak check-in
pun awak nak bayar jugak? Saya tak larat nak bayar balik kang banyak sangat
terhutang budi ni.” Andria gelak lagi, tapi jelas tawanya dibuat-buat. Sebab
dia memang rasa tak sedap hati. Jejaka yang sedang tenang memandu di sebelah,
dikerling sekilas.
“Senang je kalau nak bayar.” Tiba-tiba Andria rasa nak
terjun keluar dari kereta mendengar nada suara lelaki di sebelahnya itu.
“Temankan saya.” Andria telan liur. Memang menyesal tak
sudah buat perangai terlebih mesra alam dengan mamat sorang ni tadi. Tangan kirinya
perlahan menyeluk poket backpack,
memegang senjata yang memang sengaja disimpan di situ.
“Teman saya pusing-pusing Cameron. Sorang-sorang ni boring, tau? Kira balas budi laa tu.
Boleh?” Eh? Apa? Andria toleh ke sebelah dan tarik sengih lebar-lebar.
“Deal!!” Fawwaz
kilas ke sebelah. Wajah teruja si gadis buat dia rasa bersemangat nak meneroka
setiap pelusuk Cameron Highlands walau dah berulangkali dia sampai ke sini.
Lain kali sajalah nampaknya dia baca novel The Racketeer tu...
*********************
Fawwaz belek-belek
rambut yang sudah digayakan depan cermin beberapa kali. One or two flyaways won’t hurt. Messy
bed hair pun masih ok. Tapi kalau serabai macam orang gila, itu boleh
menjatuhkan sahamnya.
Puas hati, dia capai capai cap dari atas meja sekali dengan gugusan kunci dan keluar dari
bilik. Tangga hotel dituruni sambil bersiul-siul kecil. Sampai dekat bawah, dia
tengok Andria dah menunggu depan front
desk sambil berborak dengan kakak yang bertugas di situ.
Dari atas anak tangga yang terakhir itu, dia perhatikan
Andria dari belakang. Andria yang serba sederhana. Sekadar menyarung jeans straight cut warna biru lusuh dan sweater longgar warna hijau lumut. Shawl yang dipakai juga berona hijau
lumut dengan motif belang harimau.
Fawwaz pandang diri sendiri. Jeans fit biru lusuh dengan koyakan di lutut kanan dan sweater longgar warna kelabu. Spontan
bibirnya menyungging senyum. Langkah mula diatur mendekati Andria dari
belakang.
“Hey,” sapanya dan dengan selamba tangan kirinya mendarat
di pinggang Andria yang membuatkan gadis itu sedikit tersentak.
“Lambatnya awak!” Andria berkalih sambil menjatuhkan
tangannya dari atas meja sekaligus menepis tangan sang jejaka yang masih
tersenyum lebar. ‘Sesuka hati dia je nak pegang-pegang. Ada jugak yang aku
karate kat sini nanti, free je,’
gerutu hatinya, geram. Malangnya jelingan tajam yang diberi langsung tak
ditangkap maksudnya.
“Sorry. Saya
ingatkan awak tak siap lagi, sebab tu saya turun lambat-lambat. So, emm... Shall we?” Fawwaz sengih lebar.
“Let’s.” Andria
terus saja berjalan menonong keluar dari bangunan hotel dan Fawwaz mengikut
rapat dari belakang.
“Hey beautiful...” panggil
Fawwaz membuatkan langkah Andria terhenti tiba-tiba.
Andria berpusing ke belakang, menghadap si jejaka yang tersenyum
senget. Kening dijungkit sebelah, “Apadia?” Senyum sang jejaka semakin lebar.
“You look like an angel...”
Buntang terus mata Andria.
“Err... Terima kasih...” kurang pasti dia mahu beri reaksi apa lagi. Sang jejaka melangkah perlahan namun penuh bergaya merapatinya.
“Sama-sama kasih... Ermmm... So,
does it hurt?”
Andria rasa nak pening kepala dengar soalan tak ada kaitan yang
tiba-tiba dari lelaki di depannya ini. Sekali lagi kening dijungkit sebelah, “Apa?”
Kali ini Fawwaz pula jungkit kening, “Does it hurt... when you fall from heaven?”
Andria terus jolok tekak. “Euuwww.... Cheesynya pick-up line!!”
Fawwaz ketawa senang. Andria meneruskan perjalanannya
yang terhenti dengan diekori lelaki itu.
Dia baru nak tekan remote
kunci bila dia perasan Andria tak berhenti pun. Masih terus berjalan di kaki
lima blok bangunan tiga tingkat itu. Berlari dia mengejar Andria.
“Nak pergi berjalan, kan?” soalnya.
“Yup.” Sepatah
sahaja jawapan Andria.
“Tak naik kereta ke?”
“Tak.” Masih sepatah.
“Nak jalan kaki je?”
“A’ah.”
“Pergi mana?”
“Brinchang.”
Langkah Fawwaz terus terhenti. Rahang bawahnya terasa dah
mencecah lantai kaki lima.
“Are you insane?!”
Kini Andria pula yang berhenti, dan berpaling menghadap
si jejaka bersama sebuah senyuman.
“Apa yang insanenya?”
Fawwaz jegilkan mata. Dia datang rapat dengan Andria.
“Brinchang is
waaayyyy up! Atas lagi! It would kill
your legs to walk all the way there from here!” Fawwaz tayang muka serius
macam nak makan orang, tapi Andria masih kekal tersenyum.
“Saya dah biasa jalan kaki. Lagipun akak tu tadi kata tak
jauh pun.”
Fawwaz rasa nak pengsan dengar cakap Andria. Tak boleh
jadi macam ni. Even if gadis tu kata
dia tak ada masalah nak menapak sampai ke Brinchang, tapi dia ada masalah! Tak
sanggup weh! Setakat jogging lima,
enam kilometer setiap pagi atau petang dekat trek yang jalannya mendatar, dia
tak kisah, dia pun dah biasa. Tapi nak berjalan mendaki bukit tu... Ah! Kerja
gila!
Fawwaz terus tarik tangan Andria.
“Eh! Apa ni? Lepaskan tangan sayalah!”
Berkali-kali tangannya dipukul, tapi Fawwaz buat tak
peduli. Sampai dekat kereta sebelah pintu penumpang hadapan, tangan Andria
dilepaskan kasar. Andria terus berpeluk tubuh dan merengus kuat. Muka masam
terus langsung tak ada senyuman.
“You, owe me. So
you do things, on my terms. Bukan sesuka hati kau je,” ujar Fawwaz tanpa
nada yang buatkan Andria menganga. Muka tak ada perasaan si jejaka dipandang
tak berkelip. Woah! Ice prince much!
Remote kunci ditekan dan pintu dibukakan. Andria buat keras di situ. Enggan
masuk.
“Girl. You won’t
like me when I’m angry. So please, don’t make me.” Suara Fawwaz masih tak
ada nada. Monotone dan mendatar.
‘Girl dia
panggil aku? Sesuka hati je mamat nih!’ getus Andria dalam hati, tak puas hati
dengan jejaka dihadapannya yang tiba-tiba berubah kelaku. Macam orang lain je.
Lain gila dari keadaan masa dia jumpa dekat teahouse
tadi dan masa berborak dalam kereta on
the way naik tadi.
“Kenapa? You’ll
turn into a green monster when you’re angry?” balas Andria.
Fawwaz buat muka stoned.
“No. I’ll still be the handsome me.”
Jawapan selamba Fawwaz buat Andria ketawa besar.
“Ya Allah! Perasannya awak ni!”
“Get in. Now,” arah
Fawwaz, masih dengan muka ketat tak ada perasaan tu.
“Fine, grumpy.”
Dengan tawa yang masih bersisa, Andria masuk juga ke dalam.
Pintu ditutup kejap dan Fawwaz beralih ke bahagian
pemandu. Muka ketat, tapi dalam hati dia sudah tersenyum. Andria memang
benar-benar lain dari perempuan yang biasa dia temui. Pintu kereta dibuka dan
dia masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan. Pasang seatbelt dan toleh pada Andria.
“Pergi Brinchang, kan?”
“Eh, ikut awak laa. Saya temankan awak je,” jawab Andria
acuh tak acuh. Dan saat jejaka itu berpaling semula ke hadapan, Andria rasa dia
perasankan there’s a trace of a smirk on
his face. Andria julingkan mata ke atas dan berpaling ke kiri. Aviator yang
bertenggek di atas kepalanya dari tadi ditarik dan dikenakan sebelum dia
menyilangkan tangan di dada.
‘Arrogant!
Perasan bagus! Berlagak! Eeeiii! Macam manalah aku boleh terjebak dengan dia
ni?’ Dia membebel sendiri dalam hati.
Sepanjang-panjang perjalanan tu Andria membebel dalam
hati. Sungguh, dia tak pernah jumpa lagi setakat ni lelaki gila kerek macam ni.
Boleh cop lelaki chauvinist pun. Semua
nak ikut dia je. Tak boleh lawan langsung. Memang malang gila laa siapa yang
kahwin dengan mamat ni nanti. Err.. ye ke belum kahwin?
Andria jeling pada tangan jejaka di sebelah. Tak nampak
sebarang cincin pun. Tapi zaman sekarang bab cincin ni bukan boleh percaya
sangat. Dia mengeluh perlahan dan kembali membuang pandang ke luar. Eh, kereta
dah berhenti. Kalut sekejap dia perhati keliling sebelum menganga.
“Jomlah turun,” ajak Fawwaz sambil membuka seatbeltnya. Andria yang kelihatan
terpinga-pinga dipandang lama sebelum dia mendekat diri pada Andria.
“Cik Andria sayang,” buckle
seatbelt Andria ditekan dan tangannya perlahan mengikut talipinggang yang
tertarik masuk ke dalam soketnya semula secara automatik itu, tak mahu
kalau-kalau terlibas dan mencederakan si gadis berwajah polos itu. “kalau dah
sampai Cameron, tapi tak pergi petik strawberry,
trip tu tak bermakna, ok? Especially if it is your first time here.”
Suara Fawwaz rendah.
Jejaka itu terlalu hampir dan aroma yang datang darinya
juga sangat menggoda. Andria telan liur. Kejung di dalam bucket seatnya, tak mampu bergerak. Mujur Aviator miliknya hitam
berkilat, menidakkan kemungkinan untuk jejaka itu tahu mata Andria langsung tak
berkelip. Sudahlah tak mampu bergerak hatta mengelipkan mata, tambah pula
terasa seperti ada batu besar menghempap di dada membuatkan dia tak boleh
bernafas. Breath Andria, breath. Mamat Hakim ni chauvinist, not your type. Please breath Andria.
Fawwaz tarik nafas dalam-dalam. Manis sungguh bau Andria,
menjentik naluri lelakinya. Bibir mungil merah basah yang sedikit terbuka itu
sangat tempting. Kalaulah Andria ini
miliknya...
Mata Andria tak lepas memandang tangan yang sudah hampir
dekat dengan wajahnya. Dia rasa dia perlu menjerit. Atau buat sesuatu untuk
menghentikan semua ni. Tapi dia tak mampu. Seluruh tubuh terasa kaku. Hanya
bebola matanya sahaja yang mampu digerakkan.
“Ehem! Jom, turun.” Fawwaz tersedar sendiri. Pintu
dibukakan dari dalam untuk Andria dan dia terus keluar cepat-cepat.
Andria tarik nafas dalam-dalam. Tali slingbagnya digenggam erat, mengumpul kekuatan semula. Perlahan dia
tolak pintu yang dah sedia dibuka dan keluar lambat-lambat. Pintu ditutup
semula dan dia pandang pada si jejaka yang sedang bersandar pada badan kereta
sambil berpeluk tubuh. Andria pandang keliling sebelum kembali memandang lelaki
itu. Dia berdehem sekali.
“Err... Hakim.” Diam tak ada jawapan. Andria rasa suara
dia dah cukup kuat.
“Hakim.” Dan tiba-tiba lelaki itu berdiri tegak dan
sengih memandang ke arahnya.
“Let’s go, Andria.
I’ll race you to the cafe dekat atas.
Lambat, aku tinggal terus kat sini. Menapak laa kau balik hotel.” Fawwaz terus
berjalan pergi.
Andria terkebil-kebil sahaja memandang sehinggalah jejaka
itu menekan remote mengunci pintu keretanya. Terlompat Andria dibuatnya,
terkejut. Selepas itu dia mula berlari anak, mengejar langkah lelaki itu yang
sudah jauh ke hadapan.
“Hakim! Tunggu!”
Fawwaz toleh ke belakang dan tarik senyum sinis. Memang
tak laa dia nak tunggu.
****************
Minuman berwarna oren kemerahan itu dituang ke dalam
gelas kecil sebelum diteguk. Puas. Terasa segar semula seluruh tubuh setelah
seharian penat berjalan. Memang tak sia-sia dia bawa kelengkapan siap-siap dari
rumah. Cuma tinggal beli ais sahaja dari restoran berdekatan and he’s set to go.
Televisyen yang menyiarkan filem antarabangsa langsung
tak menarik minatnya. Tumpuannya lebih kepada novel John Grisham di tangan.
Selebihnya dia hanya melayan rasa cocktail yang tinggal dalam mulut. Dia bukan
jenis heavy drinker pun. Dia lebih gemarkan koktel berbanding bir. Tapi koktel
paling dia suka, ‘Sex on the Beach’.
Campuran vodka, peach schnapps, jus oren dan jus cranberry. Served on the rocks. Perfect. Memang
pergi ke bar mana pun, itu pesanan dia yang utama. Setakat segelas dua, dia
masih steady.
Bukan dia tak biasa jejak kaki ke bar atas gunung ni.
Tapi sebab dia rasa tempat dia menginap tak proper,
jadi malas nak pergi bar. Kalau dapat teman tidur, takkan nak kena pergi check-in hotel lain pulak? Lepas tu esok
pagi kelam-kabut balik hotel ni balik supaya Andria tak syak? Ah. Takde kerja.
Buang masa je. Lagipun, dia memang tak bercadang untuk itu pun sedari awal
lagi.
Ketukan di pintu buat dia terkejut. Tag Huer di atas meja
dikerling sekali. Dah hampir jam dua belas. Siapa yang datang? Sweater kelabu disarung kembali ke tubuh
sebelum bangkit membuka pintu. Terkedu bila memandang si gadis di hadapan
dengan riak wajah yang... agak sukar ditafsirkan.
“Emmm... sorry ganggu
awak tengah malam dah ni,” ujar Andria dengan senyuman, namun tak dapat
menyembunyikan rasa bersalahnya.
“Hmm...” balas Fawwaz. Dia bersandar pada jenang pintu
dengan kaki bersilang dan kedua belah tangannya menyeluk poket seluar
bermudanya. Pintu bilik terbuka seluasnya.
“Errr.. Emmm... Saya...” Andria berjeda. Fawwaz sekadar
menjungkit kening, menanti butir bicara yang selanjutnya.
“Saya... sebenarnya...” Andria sulamkan jemarinya sesama
sendiri. Tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia kelu depan si jejaka bilamana
segala yang bakal diperkatakan dah siap dia karang dalam kepala tadi.
“Awak nak apa sebenarnya ni? Dari tadi saya, saya. Kalau
takde apa-apa,I’d like to get back in and
read my book and enjoy my drinks.”
Tak semena, Andria sengetkan tubuh, menjenguk ke dalam
bilik Fawwaz. Matanya menangkap sebotol minuman berwarna oren kemerahan dan sebekas
ketulan ais. Tiba-tiba je dia rasa haus.
“Tak baik mengintai bilik anak teruna weh.” Fawwaz ikut
sengetkan badan, menghadang penglihatan si gadis.
Andria tegakkan badan semula dan tersengih-sengih. Kedua
tangannya menyeluk poket track pants yang dipakai.
“Awak yang bukak pintu luas-luas. Nothing else I can do other than feast my eyes,” ujarnya, ceria.
Tapi sayang, si jejaka buat muka kerek.
Fawwaz tarik senyum sinis dan menjungkit kening.
“Saw anything that’s fancy
to you?”
Andria senyum. Manis sekali. Buat jantung Fawwaz berdetak
kencang. Rasanya alkohol sudah mula bertindak balas. Lagipun dia dah minum
hampir tiga gelas. Fawwaz berdehem kuat, cubaan menyedarkan diri sendiri.
“Tu. Nak sikit, boleh?”
Fawwaz menoleh ke arah yang ditunjuk oleh jemari runcing
milik Andria. Shit! Damn it! Rupa
memang cantik menawan, tapi kalau orang tak pernah consume alcohol, sekejap je dah melayang. Alamak. Macam mana ni?
“Itu?” Fawwaz tunjuk ke arah yang sama.
Andria mengangguk.
Matanya bersinar penuh pengharapan. Serius cakap, warna air tu sangat menggoda.
Dan dia yakin, mesti fruit punch. Sebab ada bau yang manis dan
wangi datang dari jejaka di hadapannya ini. Ada iras-iras bau minyak wanginya,
Purr by Katy Perry, wangi campuran bunga dan buah-buahan.
“Itu... tak boleh.”
“Weh, kedekutnya awak ni. Nak sikit je laa.. bukan nak
semua.” Andria tarik muncung. Fawwaz tetap geleng.
“Then, temankan
saya pergi cari kedai 24 jam, saya nak beli air. Awak kedekut. Mintak sikit pun
tak boleh. Saya haus sangat ni.”
“Was that the
reason you knocked on my door?”
“Err... yelah. Sebab tu lah,” bohong Andria. Padahal niat
asal nak minta maaf sebab buat perangai awal-awal tadi dan juga ucapkan terima
kasih sebab sudi bawak dia merata berjalan. Siap pakej dengan travel expenses. Dan juga semua
keychain, fridge magnet dan lain-lain cenderehati yang dipilihnya, semua jejaka
kerek lagi chauvinist di depan inilah
yang membayarnya. Sampai dia naik segan.
“oh... Ingatkan ada sebab lain...” Fawwaz senyum meleret.
Seram sejuk Andria dibuatnya tiba-tiba.
“Err... Takde. Mana ada. Itu je. So, emm... temankan?”
Fawwaz tarik nafas panjang, tegakkan badan dan menggeliat
sedikit. Dah tengah malam ni. Sejuk pulak tu. Tak berapa rajin dia nak keluar.
Dia pandang semula botol minuman koktel atas meja, kemudian pada Andria semula.
Well, just a glass won’t hurt her
kot.
“Fine. Boleh
minum. Just one glass. Jangan lebih.”
Fawwaz bagi amaran.
“Yelah, grumpy.”
“Pergi ambik sendiri. I’m
going to the loo. Dah sudah minum nanti keluar tutup pintu. Tau?” Melihat
Andria mengangguk, Fawwaz terus berlalu masuk ke dalam bilik air.
Penutup mangkuk tandas diturunkan dan Fawwaz duduk
memanggung kepala. Bukan ada hajat pun masuk bilik air ni, tapi dia takut dia
tak boleh tahan tengok Andria. Budak tu memang nampak innocent, tapi her innocence
is her main attraction. Lebih-lebih lagi dah sepanjang hari dia habiskan
masa dengan Andria, dan sekarang pula di bawah pengaruh alkohol, dia perlukan
masa dan jarak untuk menstabilkan segala gelodak perasaannya sebelum terjadi
apa-apa.
Lima belas minit berteleku dalam bilik air, baru Fawwaz
buka pintu. Pintu biliknya tertutup, tapi tak rapat. Baru dia nak membebel
sendiri, telinganya menangkap suara Andria sedang ketawa. Fawwaz kalih pandang
ke katilnya.
Rambut Andria terbuai mengikut tiupan angin dari tingkap
yang terbuka luas. Dia duduk bersilang kaki di atas katil, menonton televisyen
sambil ketawa sendirian. Zip leher sweaternya
sudah terbuka luas. Kulit wajahnya tampak kemerahan.
Fawwaz telan liur. Perlahan dia menapak ke katilnya. Dan
langkahnya tiba-tiba terhenti saat terpandang botol koktel yang sudah hampir
kosong. Damn! Berapa gelas Andria dah
minum?!
“Andria.” Suara Fawwaz keras. Andria menoleh dan senyum.
Matanya sudah kuyu.
“Hey handsome...”
Dia kenyitkan mata. Fawwaz dah berdebar hebat. Dada terasa bagai mahu pecah.
“Go back to your
room, Andria.” Masih keras, namun sudah mula bergetar. Ada perasaan yang
tak dapat dia zahirkan.
“Hakim... Cuba jangan garang-garang...” Sedikit menunduk,
sedikit berkerut kening dan sedikit memuncung. Telunjuk tangan kanannya ikut digoyangkan.
Fawwaz telan liur berkali-kali. Nafasnya rasa bagai tersekat-sekat.
Andria turun dari katil. Langkahnya sumbang,
terhoyong-hayang mendapatkan Fawwaz yang masih tegak kaku tak jauh dari katil.
“Ni...” Dagu disangkut pada bahu Fawwaz dari belakang. Fawwaz
rasa jantungnya berhenti berdetak.
“Bilik awak panas betul...” Bicara Andria sudah mula
meleret-leret. Fawwaz kekal diam. Sedaya upaya dia menahan rasa yang dah mula
bergelora dalam jiwa.
Andria berkalih berhadapan dengan Fawwaz pula bila dia
masih terus diam tak memberi sebarang reaksi. Kedua tangannya di bahu Fawwaz. Wajahnya
didekatkan. Desahan nafas hangat Andria buat Fawwaz makin tak senang duduk.
“Awak tak rasa panas ke? Saya rasa panaaasss sangat...”
Manik-manik peluh jelas kelihatan di dahi Andria. Mata Fawwaz turun ke bukaan
leher sweater Andria. Ada manik-manik
peluh berkumpul dan bersatu lalu meleleh perlahan menghilang di sebalik sweater. Fawwaz tahan nafas. Bilik tak
panas pun sebenarnya. Tapi bila alkohol dah mula meresap dalam darah...
“Andria. You better
go back-“ terdiam jadinya bila Andria meletakkan sebatang jari di bibirnya.
“Shhh...” Siap geleng. “I need someone to talk to. Saya sedih...” Bibir Andria sudah
tercebik-cebik. Spontan tangan Fawwaz naik membelai rambut si gadis. Tak semena,
Andria terus menyembamkan wajah ke dada Fawwaz.
Fawwaz gamam. Lebih tergamam bila tangan Andria mula
melingkar membelit pinggangnya.
“Ibu tak sayang Ria. Uncle pun. Sampai hati ibu buat Ria
macam ni. Ria tak nak...” Andria dah mula mengongoi. Pelukannya dieratkan lagi.
Fawwaz tolak perlahan kepala Andria dari terus menyembam
di dadanya. Kedua ibujarinya mengesat pipi mulus yang basah itu.
“You have me...”
for tonight, sambungnya di dalam hati.
“Hakim... sayang Ria...?” soalan Andria dibiar sepi. Sebuah
kucupan hinggap di dahi Andria, menyebabkan gadis itu terus memejamkan mata.
“I’ll love you...”
for tonight, sekali lagi, disambung dalam hati. Bisikan Fawwaz di telinganya
buat Andria senyum dalam pejam.
Fawwaz tarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Tubuh
Andria yang sudah longlai dipimpin perlahan menuju ke katil.
************************
Oke, ready nak lari pecut..
Haha~
30 comments:
wohooooo!!!!!!! auchhhhhh.....
let me guess... Fawwaz is her fiance??? tu yg ai cakap bau ikan hari tu
fawwaz better behave...kali ni je.. pls jd baik =)
Erkkk....berbaloi sbnrnya mnunggu n3 nih...
Ni baru jari terkedu..tk tau nk komen apa...Fawwaz...thn la iman tu cket eh...cuak dh ni...ahaksss -Leen-
uhhhh????????!!!!Kesian Ria!!!!!Fawwazzzzz JAHAT!!!!!!!!!!!!!!
bilalah kau nak berubah fawwaz?
panas semacam malam ni... p mandi sat... hahaha...
Weehhuuuu *jatuh rahang*
@hk : Auch? kenapa? kenapa? hahahahahah
Bau ikan haritu? Err.. no comment.. haha~
@mia_nas : Susah nak behave kalau dah bawah pengaruh alkohol nih.. hahahahah
@Leen : Jari terkedu ke? panjang je komen tu.. hahahahahah :P
Cuak? Kenapa? hahahahah
@strawberry.chocolate81 : Fawwaz buat apa???? hahahahahahah :P
@Anonymous : Eventually kot... haha~
@Kimi Ue : PEgi, jangan tak pegi.. hahahahahah
@Ayu dzulkarnain : ngape jatuh rahang tuuuu??? mueheheheheh
"does it hurt..when u fall from heaven?"..haha..xleh blah kot soalan..tp..aiyarkk..suspennya...
@nursyafida : haha~ bagus kan soklan tu? hahahahah :P
saspen? takde saspen apelaa.. hahahahah :D
sama je dua ekor ni,geram lak akak
woohoo.. skali syah hapdet.. amik ko..jari tatau nak komen apa dh.. bila sambungannya? taip la laju2.. ^_^
@kak na : HAhahahah sabo kak, sabo.. hahahahah
@zachry yahya : komen je apa pun.. hahahahah
err.. sambungan? err... minggu depan boleh? saja nak suruh orang buat spekulasi lama2 sikit. hahahahah
here we go....
keke... siap alih bahasa tu.. friends with benefit.... first time dgr teman tanpa pekdah....lol... ko dah dapat kelulusan dbp ke belum ni??? hahaha
oh mai...si Fawwaz ni mmg ada masalah hormon laa... dia punya hormon tu ada mutasi ke??? ko jgn buat dia ada penyakit plak lepas ni....
hawat tak translate no strings attached... kahkahkah
andria ni mmg jenis happy go lucky...and senang sangat trust a stranger ke???? ish ish ish... not good not good girl...
"mengintai bilik anak teruna" errrrkkkk??? Fawwaz r u talking abt urself??? x sesuaiiiii tauuuu... kekeke
finally... hakim... pls use ur brain not ur hormon...
erk fawwaz jangaaannnnn!!!
p/s: cukup? nak lagi? nanti org menyam plak... reserve next n3 plak ekkkk....
Apasal bc n3 ni berdebar semacam je....
cerpen si mamat jambu tu kalau jadi novel pun bagus juga dik.
@hk : tu diaaaa komennnn berdereetttt...
1) Friends with benefit tu celah mana lak jadi TANPA faedah tu? hahahahah
2) Ketagih yu, ketagih.. Huahahahahah :P
3) Tak jumpa perkataan sesuai.. Hahahah :P
4) Portraying her macam gitulah.. Naive and innocent.. kunun. hihihihih :P
5) Fawwaz kata, sssyyyhhhhh... Andria tatau. takpe. Hahahahah :P
6) Susah ooo... Susah...
7) Abis dah? ok, next entry plak.. haha~
@Anonymous : Err.. agak2 kalau cakap "It's a little too late for that scream" kena marah tak? hhahahaaha :P
@saadiah abdul satar : Err.. Kenapa eh? Tak tau la.. heheheh :D
@Anonymous : Arr... Nak kena panjangkan pulak ke SMJ tu? LAin tahun laa.. Sekarang ni tengah ada banyak hal.. tak sempat.. heheheheheh
Oh My English!!!!! hehehe
@hk : FAIL!! Kakakakakak :P
fawwaz hang jgn dok buat naya kat ria na...satgi kena ketuk dengan kasut baru tau!!!
@Anonymous : Emm... Nak jawab apa eh? Err... Err.. Eheheheheheh
Post a Comment