Iced Tea & Scones secara rasminya bertukar tajuk pada hari ini kepada UNTIL YOU.
Pestaim nih buat tajuk tak sengal. Sebab pestaim jugak buat cerita yang kurang sikit kesengalannya. Hahahahah
Ok, enjoy reading. :)
Part 4
Fawwaz tepis tangan yang tiba-tiba sahaja melingkar di
dadanya dari belakang sebelum berkalih menelentang di atas tilam dengan kaki
kiri terlipat ke atas. Lengan kanannya naik ke dahi. Statik buat lima saat
sebelum tangan kirinya meraba perut yang tiba-tiba berasa kelaparan. Perlahan
kelopak matanya dibuka. Dikelip-kelipkan beberapa kali sebelum pejam semula dan
digenyeh lembut.
Dia menggeliat meregangkan urat di atas tilam empuk itu
kemudian sekali lagi pegun terlentang terkebil-kebil memandang siling yang
berwarna biru langit. Nafas panjang ditarik. Stuffy. Bilik tu dia rasa stuffy.
Rimas, dia bangkit dan menyelak selimut sedikit. Ditolehnya ke sebelah kiri, seorang perempuan
tengah sedap tidur mengiring membelakanginya dengan hanya dibaluti selimut.
Toleh ke kanan pula. Terjungkit keningnya sebelah.
‘Bila masa pulak Kyra ada join ni?’ detik hatinya sendiri melihat Kyra pun ikut sama tertidur
pulas dalam keadaan meniarap dengan hanya sehelai tuala menutup sebahagian
tubuhnya. Itupun dah tersingkap sampai ke paha.
Rambut diraup dengan kedua belah tangan sebelum dia mula
bergerak. Nak turun katil, namun terhalang. Sudahnya dengan selamba dia
menampar punggung Kyra.
“Hmmmpphh...” Kyra cuma berkisar sedikit dalam tidurnya. Sedikit
pun tak berganjak.
Hangin. Sekali lagi dia ulang. Kali ini lebih kuat lagi.
“Fawwaazz.. Apa you
nii... Sakitlaaa...” Kyra merengek antara sedar dengan tidak.
“Tepilah. Aku nak pegi toilet ni.”
“You niii...”
Kyra merengus, tapi beralih juga, memberi ruang buat Fawwaz untuk turun dari
katil.
Berdiri saja di tepi, tuala Kyra ditarik dan dibalut pada
tubuh sendiri. Langkah diatur menuju ke bilik air, namun terhenti di depan
pintu cermin panjang almari pakaian milik Mike. Imej tubuhnya yang terpantul di
cermin dipandang lama. Puas tengok sebelah depan, dia pusing tengok sebelah
belakang pula. Siapa punya kerja laa kuku panjang sangat, habis bergarit kesan
cakaran di dada dan di belakangnya. Didekatkan wajahnya ke cermin. Belek habis
sebelah kiri dan kanan. Nasib baik tak ada. Kalau tak, memang ada laa yang kena
amuk. Muka cari makan ni. Setakat kesan gincu yang bersememeh melata di wajah
dan di tubuh tu, tak apa lagi. Boleh cuci.
Dia arahkan pandangan kembali ke katil di dalam cermin.
Kyra dah tarik selimut menutup tubuh yang terdedah. Fawwaz tarik senyum senget
dan gelengkan kepalanya. Memang sahih dia tak sedar diri langsung malam tadi.
Perkara terakhir yang dia ingat, kaki dan tangannya diikat dengan satin sash dekat kerusi dek empat orang strippers yang dipesan Mike sebelum
diorang mula beraksi. And one of them
slipped him a pill masa tengah syok bercium. Lepas tu memang dia tak ingat
apa-apa dah. Semuanya samar-samar dan kabur-kabur sahaja.
“Bro?” Dia
toleh ke arah suara yang menegur. Pintu bilik terkuak sedikit. Mike jengukkan
kepala ke dalam.
“Awal kau bangun?” sambung Mike lagi seraya menolak daun
pintu lebih luas dan masuk ke dalam.
Fawwaz urut-urut batang lehernya. Menghilangkan rasa
lenguh. Mike yang sama tak berbaju, hanya menyarung seluar jeans biru lusuh,
bercekak pinggang memandang ke katil dengan senyum senget menghiasi bibirnya.
“Aku lapar ni. Ada apa-apa tak?”
Mike kalih pandang pada Fawwaz yang bersuara. “Takdelah bro. Aku pun baru ingat nak cari breakfast ni.” Dia datang dekat dan
membuka pintu almari pakaiannya. Sehelai baju-t di tarik dan disidai ke bahu.
Pintu ditutup semula dan dia bercekak pinggang memandang Fawwaz.
“So, macam mana
last night? Tip top tak arrangement aku?”
soalnya dengan senyum senget dan kening yang dijungkit-jungkit.
Fawwaz berhenti melurut rambutnya depan cermin dan
berdiri tegak pandang Mike. Tak semena tawa terbit dari bibirnya. Mike turut
ketawa. Sama-sama faham sendiri.
“Nak join aku breakfast?” soal Mike sebaik tawa reda.
“Breakfast apa?
Kat mana?”
“McD kot. Nak?”
Fawwaz garu kepala. Berkira-kira. Kemudian menggeleng.
“Naaahhh. Aku
nak balik. I’ll grab something to eat on
the way,” jawabnya sambil menunduk mengutip semula pakaiannya dari atas
lantai berlapikkan permaidani tebal itu.
“Ok, suits you.
Aku gerak dulu.” Mike dah mula meninggalkan bilik.
“Eh? Mike!”
“Apa?” dia menoleh ke belakang.
“Ni diorang-diorang ni? Takkan kau nak tinggal rumah
dengan diorang ni semua ada kat dalam?”
“Order delivery ajelah.
Rajin pulak aku nak keluar dengan sakit-sakit kepala macam ni?” Fawwaz tarik senyum.
Hangover laa tu.
“Ok. Aku mandi jap.” Dia bergerak ke bilik air.
“Sure kau tak
nak eh? Kalau nak aku order sekali.”
Mike masih berdiri depan pintu bilik. Fawwaz angkat tangan mengiyakan.
“Iyelaa.. Nanti aku carik sendiri. Thanks anyway.”
“Ok.” Mike terus keluar dan Fawwaz terus menutup pintu
bilik air.
Andria hanya termenung memandang keluar tingkap monorel sepanjang
perjalanan dari KL Sentral ke Stesen Bukit Bintang. Sampai dekat stesen, dia
turun dan mulakan perjalanan kaki menuju ke hotel bajet tempat penginapannya
sejak dua hari lepas.
Keluar dari rumah Uncle, memang dia terpaksa jadi orang nomad. Orang-orang hubungan Uncle ada merata Lembah Klang ni. Senang je kalau Uncle betul-betul nak cari dia. Sengaja jugak dia pilih untuk bersembunyi di dalam kawasan. Kan ke kata orang, dekat tempat yang senang nak cari tu laa biasanya orang tak cari.
Tangan dua-dua masuk poket, kepala tunduk menekur jalan. Batu-batu
kecil sepanjang laluan kaki lima Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang itu disepak
ke tepi sekali-sekala. Beria Gina offer
duduk sekali dengan dia, tapi Andria menolak. Malas nak susahkan sahabatnya tu.
Cuma malam tadi je dia tidur sana sebab dah lewat sangat nak balik hotel. Satu
malam cukup. Kalau lama-lama nanti kalau Uncle pergi serbu rumah Gina macam
mana? Oh... Tak berapa sanggup dia nak bayangkan kena seret pergi dari rumah
Gina. Ok, membesar-besarkan cerita. Tak adalah Uncle semacam tu punya kejam.
Tapi dia memang tak ada kekuatan lagi nak balik rumah. Nantilah.. Seminggu dua
lagi ke? Tapi ibu suruh balik hari ni jugak! Isk...
“Haaiiiihhhh... Nasib badan betul... Mulut aku pun, kenapalah gatal sangat cakap
macam tu? Lepas satu bala, kena bala lain... Ria... Ria... Sengal laa kau nih.
Hish!” Dia sepak seketul batu yang agak besar dengan kuat. Sakit hati perlu
dilampiaskan.
“Aduh!”
Andria kaget. Seorang lelaki sudah mencangkung tertunduk
memegang dahi dengan dua tangannya. Si gadis tekup mulut sendiri dan menelan
liur kelat. Alamak!
“Nak main sepak-sepak bola pegi padanglah! Gila ke apa?”
Sambil gosok-gosok kepala lelaki tu bersuara. Marah sungguh nadanya.
“Err... Sorry...
Tak sengaja... Err.. Awak ok?” Andria datang dekat, tapi berhati-hati. Nasib
baik dia pakai seluar jeans dengan sneakers
masa keluar tadi. Kalau pakai skirt?
Kan ke jenuh nak bersilat tu? Isk! Harap-harap tak perlu.
Sambil berdiri lelaki tu sambung menjerkah, “Banyaklah
kau punya tak sengaja! Nasib baik batu kecik! Kalau pecah kepala aku tadi ni,
memang aku saman kau ber... ju... ta...”
Masing-masing sudah bulat mata. Nafas Andria dah
tertahan-tahan. Nak panggil, tapi segan nak mulakan. Bersungguh dia menahan
lidah dari menyebut nama yang memang dah nak terkeluar sangat dari bibirnya.
“Andria.” Sebut lelaki tu tanpa nada. Andria tarik senyum
selebar-lebarnya. He remembers!!
“Hakim... kan?” Konon buat-buat tak ingat. Padahal?
Rasanya setiap hari dia berdoa harap boleh dapat jumpa
semula lelaki dekat depan ni. Tiap-tiap malam sebelum tidur otak ligat memutar
memori daun pisang berjalan-jalan dekat Cameron Highlands dengan lelaki dekat
depan ni. Dan hari ni, pagi ni, doanya termakbul. Lelaki itu senyum, angguk,
depangkan tangan dan...
“Uih! Apa ni?!” Terkejut gila Andria. Sekuat hati dia
tolak dada si jejaka yang gila punya selamba tiba-tiba peluk dia. Tengok Hakim
punya
senyum-selamba-tak-ada-sekelumit-pun-rasa-bersalah-sesuka-hati-peluk-anak-dara-orang
tu, buat dia rasa nak je dia sekeh-sekeh kepala mamat ni.
“Fancy seeing you
here. Bercuti dekat KL ke?” soal lelaki itu, agak mesra. Andria seluk poket
jeans dan menggenggam penumbuk. Satu-satunya cara dia menahan diri dari
menyekeh lelaki yang selamba bertanya tanpa ada rasa bersalah dekat depan ni.
“Aaa... you can say
that. Haha.” Bila dah jumpa, rasa macam kelu pula nak borak apa. Pandangan
dilontar ke arah jalan raya.
Gadis yang kelihatan kekok secara tiba-tiba itu dipandang
atas bawah dengan mata nakalnya. Dan otak jahatnya tiba-tiba memutar semula
memori atas gunung tempohari. Fawwaz telan liur.
“Err... So, nak
pergi mana ni?” Soalnya memecah sunyi. Andria kalih pandang dan senyum.
“Tu. Comfort Lodge. Nak collect barang.” Jari menuding ke belakang lagi.
Fawwaz angguk-anggukkan kepala. Ligat otak berputar
memikirkan cara untuk memperpanjangkan lagi pertemuan tak terjangka ni.
Rancangan asal nak pergi sarapan dekat Bubu Rooftop Restolounge dia dah buang
jauh-jauh. Terasa macam mustahil je Andria nak kalau diajak ke sana.
“Awak buat apa kat sini?” soal Andria pula.
“Aaaa... Malam tadi lepak rumah kawan dekat Mutiara Villa
tu. So, emm... lepas ambik barang, what are you up to?”
“Aaa... Nak... balik rumah parents dah...” Andria mengeluh di hujung kata. Memang tak terasa
nak balik lagi. Rasa macam ada benda tak best je nak jadi.
“Ooo... So...
Emmm... Care to join me for breakfast?”
Fawwaz cuma senyum separuh, konon cool.
Dalam hati memang harap sangat Andria setuju.
Andria pegang perut. Memang dia lapar pun. Awal sangat
dia keluar dari rumah Gina tadi sebab berkejar nak ambik barang. Dia ingat,
lepas dah kemas barang-barang dan check
out, baru nak singgah dekat mamak tak jauh dari sini. Andria pandang jejaka
di hadapannya dan tarik senyum comel.
“Emm... Boleh jugak. Tapi tunggu saya kemas barang dulu.
Boleh?”
“Boleh saja. Jom, I
drive you.” Tak tunggu persetujuan, Fawwaz terus berjalan ke keretanya. Nak
tak nak, Andria mengekor saja dari belakang. Rezeki jangan ditolak, weh!
********************
“Terima kasih.” Sebut Andria perlahan.
“No problem.”
Tanpa nada jawapannya. Senyum pun tidak.
“Thank you
sangat-sangat. Untuk breakfast, dan
tolong hantar sampai depan rumah ni.” Andria tarik senyuman yang paling manis
dia boleh bagi pada jejaka yang tenang duduk di tempat pemandu.
“My pleasure.”
Masih tak ada nada. Muka stoned habis
di balik kacamata hitam yang bertenggek di atas hidung tu.
“Err... Awak...”
“Yep?”
“Err... Nak masuk dulu?”
Kening Fawwaz terjungkit sikit. Andria dikilas sekali. “Pardon me?”
“Err... Masuk kenal dengan parents saya, family saya...”
Suara Andria rendah. Segan. Nak cakap terus terang nak suruh mamat Hakim ni
menyamar jadi boyfriend dia
sebenarnya sejak dari keluar restoran lepas sarapan tadi lagi, tapi tak
terluah. Padahal sampai kering airliurnya berceloteh dengan lelaki itu dekat
dalam kereta tadi.
“What?” Aviator
ditanggalkan. Tinggi kening sebelah dijungkit. “Are you expecting something from me? Sampai siap nak suruh jumpa family
ni?”
“Eh! Bukan macam tu!” Andria rasa muka dia tebal gila.
Berinci-inci tebalnya. “It’s just that...
Err... Saya suka family saya kenal
siapa kawan-kawan saya.” Sambungnya.
Fawwaz ketawa kecil. Aviator dikenakan semula sebelum dia
menggeleng. “No thanks. I’ll pass.
Saya ada hal. Saya pergi dulu?”
Andria tarik nafas dan angguk perlahan.
“Oh ye, Andria.”
Andria jenguk kembali ke dalam kereta. Memandang si
jejaka dengan penuh tanda tanya. Menanti apa yang bakal dipesan.
“Next time
kalau rasa nak round KL, give me a call. Tak payah kot nak duduk
hotel. It’s just... funny you know?
Padahal awak duduk dekat SS7 aje pun.” Fawwaz ketawa.
“Eh, sibuklah awak! Suka hati sayalah!” Andria tarik muncung.
Panjang. Dari tadi, tak habis-habis Hakim ni mengusik pasal hal ni. Tension!
“Yelah, orang kaya. Tengoklah rumah dia tu haa... So much
for ‘saya on tight budgetlah mister!’
dekat Cameron the other day, eh?”
Siap buat tanda quote dengan jari.
Sarkastik nadanya.
Fawwaz sambung ketawa. Dia tengok Andria dah
berkerut-kerut kening, dengan bibir bawah digigit sambil dimuncungkan sedikit.
Melihat bibir merah itu mengundang memori atas gunung kembali terlayar dalam
kepala. Fawwaz telan liur.
“Dengki.” Itu saja yang terlintas dalam kepala.
“Dengki? Please
laaa... Apa saya dapat? Dapat awak takpe jugak.” Fawwaz dah tarik senyum
senget.
Andria terus terdiam. Telan liur. Tiba-tiba dia teringat
mimpi dia goda jejaka di depannya itu sampai jadi aksi panas tu. Eh, nasib baik
mimpi. Dan nasib baik mimpi tak habis. Ish! Gila! Andria tepuk pipi sendiri.
“Merepek je awak. Dahlah, saya nak masuk dulu. Thanks eh tolong hantar?” Dia tegak dan
nak tutup pintu.
“Andria.”
Tunduk semula jengah ke dalam. Dah kali kedua ni. Sakit
pinggang. “Apadia?”
Andria tengok mamat tu dah senyum senget dengan keningnya
terjungkit sebelah. Sly gila riak
wajah tu.
“If you insist to
sleep out jugak walaupun sekadar pergi KL...” makin senget senyumannya.
“Apa?” soal Andria, tak sabar.
“Rumah saya ada dua lagi bilik kosong. Tapi...” Fawwaz
berjeda lagi.
“Gila ke apa awak ni? Tapi apa?” soalnya kasar. Geram
gila dengan makhluk tuhan yang seorang ni.
“Tapi... kalau nak kongsi bilik dengan saya pun, lagi
bagus!” Tawa Fawwaz meletus, kuat.
“Ooii! Gila! Awak ni kan, Hakim... Eeiii... Tak tau laa
saya nak cakap macam mana. Sengal! Sengal sangat!!” Andria hempas pintu kereta.
Geram sangat. Sakit hati je dengar tawa lelaki tu. Dia terus galas beg dan
merapati pagar rumah. Elok dia masuk dan kunci pagar semula, Mitsubishi merah
itu terus menderu pergi.
Andria pegang pagar besi dengan dua belah tangannya.
Lepas tu dia labuhkan pula pipinya pada pagar besi yang sejuk tu. Kelibat
kereta Hakim memang dah lama hilang, tapi suara Hakim macam masih
terngiang-ngiang je di telinga. Andria mengeluh sendiri sebelum berpusing.
“Ingat dah tak jumpa jalan balik dah.”
Andria urut dada. Entah bila Uncle AJ ada dekat belakang
pun dia tak perasan. Tangan Uncle AJ diraih lalu disalam dan dikucup penuh hormat.
“Err... Uncle apa khabar?” soalnya takut-takut.
Uncle AJ geleng-gelengkan kepala. “Baik. Siapa yang
hantar tadi tu?”
“Aaa... tadi tu... Err... kawan kakak...” Serius Andria
rasa kecut perut gila sekarang ni.
“Kawan ke boyfriend
kakak tu? Apasal dia tak masuk?” Tiba-tiba ibu muncul depan pintu rumah. Andria
gigit bibir.
“Dia... Dia... Dia ada hal, ibu...”
“Dia tu nama siapa?” tanya Uncle AJ.
Andria rasa nak gigit lidah sendiri sampai putus. Nak
petik nama siapa nih?? Oh Tuhan... Tolong...
“Hakim...” perlahan suaranya sambil menunduk.
“Ooo... Macam tu punya senang Hakim tu lepas tangan ye?”
Ibu dah ada tanda-tanda nak mulakan syarahan panjang. Uncle AJ bergerak masuk
dengan Andria mengikut di belakang.
“Senang sungguh budak-budak sekarang, ye bang? Dah porak
perandakan keluarga orang, lepas tangan macam tu je. Kurang-kurang masuklah
dulu. Jumpa ibu, jumpa Uncle. Minta maaf ke. Ini ditinggalkan aje kakak macam
tu?” Berderet-deret sudah butir bicara ibu. Andria telan liur.
“Lelaki macam Hakim tu yang kakak puja-puja sangat? Tak
reti nak bertanggungjawab macam tu yang kakak nak?” Eh? Bertanggungjawab?
“Bertanggungjawab apa maksud ibu ni?”
Ibu tak menjawab. Sekadar menjeling tajam. Andria
lambat-lambat masuk ke dalam. Mengikut sahaja Uncle AJ dan ibu sampai ke ruang
depan.
“Duduk. Ibu nak cakap.”
Arahan ringkas ibu diturut dengan patuh. Punggung
dilabuhkan atas sofa jati tunggal menghadap Uncle AJ dan Ibu.
“Kakak menghilang pergi mana?” Ibu yang mulakan soal
siasat. Macam biasa. Uncle AJ memang biasanya jadi pemerhati bebas.
“Dalam Malaysia je, ibu...”
“Yelah, pergi mana? Ke mana Hakim tu bawak kakak?” garang
habis suara ibu. Andria tunduk, meramas tangan sendiri.
“Pergi Cameron...”
“Seminggu dekat sana?”
Laju Andria geleng. “Tak. Kakak duduk sana dua hari je.”
“Lepas tu Hakim bawak ke mana?” Err... takde kemana ibu.
Dia tinggalkan kakak sensorang atas gunung tu.
“Dia kat sana sehari je bu. Esok tu kakak jalan sendiri.”
“Ibu tak percaya!”
“Betul bu. Ibu tanya Gina.”
“Kakak pergi dengan Gina ke?”
“Err... tak...”
Ibu jeling tajam. Andria kemam bibir. Aduh...
“Balik dari Cameron, kakak pergi mana?”
“Err... Kakak duduk kat KL.” Ibu merengus. Uncle AJ hanya
geleng kepala. Dan Andria, sekali lagi meneguk liur.
“Hakim tu, budak mana?” Andria pegun. Alamak! Tadi Hakim
cakap dia tinggal kat mana? Bukit Bintang tu rumah kawan dia. Dia... Err...
Rumah dia... Hah!
“Damansara. Dia duduk dekat Damansara Damai.”
“Damansara Damai?” Uncle AJ tiba-tiba menyampuk. Andria
angguk.
“Kakak duduk rumah dia ke?” Andria geleng pula. Dia masih
belum hilang akal lagi nak buat benda-benda macam tu kalau betul sekalipun dia
lari dengan Hakim.
“Kakak cakap dengan ibu betul-betul. Kakak sampai tahap
sanggup lari dengan dia. Kakak dengan dia... pernah terlanjur ke?”
“Hish! Ibu nih! Mana ada!”
“Betul ni?”
“Ibu, kakak tau lagi halal haram, bu. Kakak tak jahat
sampai macam tu. Kakak berani sumpah junjung Quran.” Bersungguh Andria bela
diri. Ibu dengan Uncle AJ saling berpandangan.
“Ok. Ibu percaya. Kalau macam tu, pergi bersiap.”
“Pergi mana?”
“Rumah Uncle Him. Ibu nak kakak ikut sekali.”
“Uncle Him? Uncle Him mana?” Andria rasa dia pernah
dengar nama tu, cuma tak berapa sure.
“Uncle Him lah! Bakal mertua kakak!”
Mata Andria membulat. Hampir dia melompat bangun. “Ibu!
Kakak taknak!”
“Kakak!! Cukup calarkan nama ibu sekali! Dengar cakap
ibu! Tak ada excuses lagi. Faham?!”
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Pergi bersiap! Pukul dua
setengah nanti kita jalan!” Ibu bagi ultimatum dan terus beredar dari ruang
depan bersama Uncle AJ.
Andria tersandar di sofa. Pandangannya sudah kabur dengan
air mata. Menyesal ikut cakap ibu untuk pulang hari ini.
“Gina... Tolong...” Sambil mengongoi sendiri, dia atur
langkah mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
“Kakak? Dah balik?”
Andria mendongak bila mendengar suara adiknya. Dan entah
macam mana, dia tersalah langkah dan...
“Ibuuu!!!”
“Kakaakk!!”
**************************
Fawwaz kosongkan poket seluarnya. Semuanya dilambakkan di
atas meja almari cermin sebelum merungkaikan ikatan jaket denimnya di pinggang
dan disangkut pada penyangkut di belakang pintu. Panas tubuh yang terpaksa
berjemur sekejap tadi tak sepanas hatinya. Sebal. Nak marah orang lain pun tak
boleh. Salah sendiri.
Dia yang cuai. Sibuk sangat membayangkan yang
tidak-tidak, hampir sahaja dia kemalangan bila dia tak sedar kereta depan dah
lama tekan brek untuk berhenti, tapi dia masih tekan pedal minyak. Dan bila
sedar, dia dah lambat sangat. Kiri ada motor datang belakang, sudahnya dia
kilas stereng ke kanan dan naik atas divider. Nasib baik tak langgar tiang.
Fawwaz tarik sengih sendiri. Semua Andria punya pasal.
Memang dia tak boleh padam langsung bayangan Andria dari dalam ingatan. Senyum
Andria. Tawa Andria. Gaya tutur kata Andria. Lenggok tubuh genit yang dia yakin
Andria sendiri tak sedar, begitu seksi di pandangan mata seorang lelaki. Dan
yang paling dia tak boleh lupa, bibir Andria. Bibir yang penuh, merah dan
basah. Mujur saja masih boleh menahan diri from
leaning towards her and smooch those smoking hot lips. Aaahhh... After effect yang sangat kuat. Sesuatu yang dia tak pernah rasa sebelum
ni.
Tapi bila mengenangkan semula kejadian tengahari tadi, penyudahnya
dia tetap bengang sendiri. Skirting
depan habis jahanam. Sport rimnya tak
usah dikata. Bengkok dek kerana mendaki divider.
Arm tayar pun ikut sama bengkok. Terpaksa
panggil tow truck. Lepas tu telefon
Fai suruh ambil dia.
Sekarang ‘bini’ kesayangan dah kena masuk bengkel. Patah
kaki sungguh. Terpaksa menumpang Fai atau papa untuk pergi dan balik kerja. Dan
untuk itu, dia kena tinggal dekat rumah ni untuk beberapa hari sampai keretanya siap. Rumah yang mendatangkan rasa
‘panas’ untuknya.
“Aarrgghhh!! Tension!!”
Baju-t yang tersarung ditubuh ditanggalkan dan dilempar atas katil. Buckle tali pinggang dirungkai dan baru
je nak buka butang jeans bila pintu biliknya diketuk bertalu-talu.
Fawwaz melangkah deras ke pintu dan membukanya dengan
kasar. “Apa?” Tak semena dia menyinga. Tapi demi melihat wajah yang
terkulat-kulat di depannya itu, automatik dia tarik senyum senget.
“Ye kakak iparku sayang. Nak apa? Nak masuk? Siang lagi
ni. Tunggu malam sikitla, eh?”
“Fawwaz!” Lafaz Irdina dari balik gigi yang diketap
rapat. Geram betul dengan makhluk Allah yang seorang ni. Dulu kata dah insaf.
Tapi dia tak nampak langsung dekat mana keinsafan tu.
“Aahh... That just
sends me to orgasm!” tawanya meletus kuat.
“Pergi mampuslah kau! Turun! Bakal mertua kau dah
sampai!” jerkah Irdina sebelum terus melarikan diri. Memang tak sanggup dia nak
tunggu situ lama-lama. Boleh jadi gila!
Fawwaz kaku tak bergerak. Irdina cakap apa tadi? Bakal
mertua dia dah sampai? Jadi? Bukannya dia yang beria nak jumpa pun. Papa yang
sibuk. So they can wait. Dia nak
mandi dulu.
Pintu bilik ditutup semula. Tuala dari palang dicapai dan
sambil melangkah menuju ke bilik air, dia londehkan jeansnya.
Lima belas minit kemudian, baru Fawwaz keluar dari bilik.
Baju-t polos warna biru turquoise
ditarik supaya kemas. Baju-t sajalah. Takkan nak berkemeja bagai? Hi-tea dekat rumah aje pun. Dua keluarga
saja pun. Puas hati dengan diri sendiri, baru dia menapak turun.
Langkah dihayun santai menuju ke ruang tamu di mana semua
orang berkumpul.
“Pa,” tegurnya. Dato’ Rahim bangun.
“Haa, Fawwaz. Kenapa lambat?”
“Mandi. Berlengas sangat tadi,” jawabnya bersahaja. Sikit
pun tak rasa bersalah. Dia kerling ke arah sepasang suami isteri yang dia kira
kawan papa. Merangkap bakal mertuanya.
Dia tarik senyum senget. ‘Bakal mertua? Hmmpphh! I’ll make sure it won’t be happening anytime
soon. No matter what it takes.’
“Haa... Papa lupa. Aaa.. Jalil,” lelaki yang sebaya dengannya di
sebelah di gamit Dato’ Rahim, “... anak bujang aku.” Kemudian dia berpaling
pada Fawwaz pula. “Fawwaz, ni kawan papa, Uncle Jalil.”
“Hai Uncle. Apa khabar?”
tangan dihulur dan disambut mesra oleh Uncle Jalil.
“Baik. Baik. Ini wife
Uncle, panggil Aunty Linda.”
“Aunty.” Fawwaz senyum dan hulur tangan juga dan disambut
Aunty Linda.
“Haa... Yang ni, Lily.”
Fawwaz berpusing ke belakang. Dan dia pegun. Nafasnya
tertahan. His heart skipped a beat.
Gadis di depannya... Dan lepas tu dia perasan sendiri. Tak. Bukan. Nampak saja
macam serupa, tapi tak sama. Andrianya lebih berisi. Pipi Andrianya lebih
tembam. Andrianya lebih cantik dan ayu. Andrianya lebih... WOAH!! Reverse balik, Fawwaz! What did he just say? Andrianya? What the hell? Sejak bila?
“Abang Fawwaz?” teguran gadis di depannya buat Fawwaz
kembali berpijak ke alam realiti.
“Err... Uhh... Hai... Err... Lily?” tangan dihulur, tapi
tak bersambut. Lily cuma senyum dan tunduk sikit. Fawwaz jatuhkan tangan dan
tarik senyum juga.
“Fawwaz bawak Lily borak-borak dekat taman dekat luar.
Papa nak bincang sikit dekat dalam ni.”
“Okay Pa. Whatever
you wished for... Jom Lily?” Tangan diunjuk ke arah pintu, berlagak gentleman.
Lily angguk. Lebih dulu dia berjalan keluar menuju ke
taman di tepi rumah bersama Fawwaz yang tak jauh mengekori di belakang.
Fawwaz perhati gadis itu dari belakang. Lily ni rendah
sikit. Andrianya lebih tinggi. Dan...
Fawwaz sedut nafas dalam-dalam. Bau Andrianya lebih manis dan wangi. Lily cuma
setakat wangi sahaja. That distinctive sweet,
succulent and fragrant scent tu, tak ada. Aahh... dia describe bau Andria macam buah pulak.
Sampai dekat taman, Lily memilih untuk melabuhkan duduk
atas kerusi dekat dengan sebuah kolam kecil, lengkap dengan air terjun mini.
Fawwaz ikut duduk atas kerusi di sebelah Lily. Sengaja. Dia nak tengok sejauh
mana tahap decentnya gadis ini. Siku
diletak atas meja kecil, menongkat kepala sambil memandang raut wajah Lily yang
saling tak tumpah. Dia perasan Lily larikan pandangan ke arah kolam di belakangnya.
Dia senyum sinis dalam hati.
“So, kau buat apa sekarang?”
“Buat ijazah. Dekat UM.”
Kening Fawwaz terjungkit sebelah. Muda lagilah kiranya. “How old are you right now?”
“Nak masuk dua puluh satu dah.” Lily masih terlihat
tenang. Padahal dalam hati dah macam dilanda ribut. Tak senang duduk sebenarnya
ditenung sebegitu rupa. Dia akui lelaki yang duduk berhadapan dengannya ini
memang sangat kacak, tapi sayang seribu kali sayang, dia dah ada pilihan lain.
“Owh? So, bila grad?”
“Lambat lagi. Tiga tahun lagi.”
“Ooo... Hmm...” Fawwaz berdehem sekali. “Aku taknak
kahwin dengan kau.” Tiba-tiba. Dia perasan Lily nampak terkejut, tapi dia tak
peduli.
“Oh, tak. InsyaAllah kita tak kahwin.” Kali ini, Fawwaz
pula yang terkejut.
“Eh?”
“Mak ayah saya datang sebab nak berbincang dengan papa
abang Fawwaz.”
“Oh? Bincang apa?” Fawwaz dah rasa macam orang bodoh.
Kenapa dia tak dapat maklumat semua ni lebih awal?
“Pasal tunang abang Fawwaz tu laa.”
“Eh? Tunang aku? Bukan kau ke tunang aku?”
Lily senyum, angguk, kemudian menggeleng pula. Fawwaz dah
rasa tenggelam punca. Apa budak ni? Main-mainkan aku ke apa? Ada jugak yang
mendapat dekat sini nanti karang.
“Apa maksud kau ni?”
“Kakak. Sepatutnya kakak yang bertunang dengan abang
Fawwaz. Bukan saya. Kakak dah balik, jadi mak ayah saya nak bincang semula.”
“Aaaahhhh... Dah balik... Bila dia balik?” Sengaja. Mahu
memprovok sebenarnya.
“Hmm... Tadi. Dekat-dekat tengahari tadi.”
Jawapan Lily buat Fawwaz terdiam sekejap. Sekali lagi dia
merenung lama wajah gadis tu. Serupa, tapi tak sama. Mungkin ke...
“Dia yang nak kahwin dengan aku, tapi mana dia?”
“Kakak... dia... tak sihat...”
Tak sihat? Rasanya dia hantar Andria tadi bukan main
sihat lagi. Ke... memang bukan? Tapi macam iya...
“Kakak kau tu... panggil apa?”
“Liana.”
Oh? Bukanlah maknanya?
“Kenapa abang Fawwaz tanya?”
Fawwaz geleng. “Nothing.
Aku cuma nak cakap, aku tak nak kahwin. Dengan kau. Atau pun dengan kakak kau.”
Nafas panjang ditarik. “Apalagi sebab kakak kau tu haritu lari dengan boyfriend dia. Please lah. Aku tak
hadaplah sisa-sisa orang ni.” Fawwaz bangun dari kerusinya. Wajah Lily yang
sudah merona merah itu cuma dipandang sekilas.
“Tolong cakap dengan mak ayah kau tu, dengan kau pun aku
tak ada rasa berkenan, apa lagi dengan kakak kau yang dah confirm kena tebuk dengan boyfriend
dia tu. Ok? Ciao. Aku naik dulu.” Dia
berpusing. Pegun bila melihat wajah papa yang merah padam, mama yang dah
takut-takut, Fai dengan Irdina sudah tergeleng-geleng kesal, serta Uncle Jalil
dan Aunty Linda yang menahan malu.
“Fawwaz!!” Dato’ Rahim meluru laju. Tak sempat Fawwaz nak
mengelak, pipinya sudah menjadi mangsa.
***********************
Buat yang selalu tanya, 'Bila Fawwaz nak insaf nihh?' tu, jawapan dia adalah, laaaaaaammmmmbaaaaaaaaatttt lagi... Kata pun nak jadi novel, kan? Bukan senang nak insaf nih.. Old habits die hard kata orang German. Eh? Akakakakakak :P
Lupa nak tanya... Ok tak tukar tajuk ni??? Ok, kan?
Oraits, nak ready nak lari laju-laju.
Anda dipersilakan menghentam sekarang.
Eheheheheheh :D
19 comments:
jumpa andria baru nk tobat ke,dpt aids baru padan muka
sakit ati den bc n3 ni,tahniah syah berjaya buat readers sakit jiwa...emo cikit hehe
lupa nk ckp tajuk sgt ok
org lelaki ni mmg.kalau dah kaki pompuan tu tukar pompuan macam tukar baju tapi bila nak cari bini pandai pulak nak cari yg macam perempuan melayu terakhir....ingat ye dik lelaki yg baik pasangannya perempuan yg baik juga.kalau gini gayanya takut tak pasal2 bini dpt AIDS.apasal hero kau ni jahat sangat syah?
Huissshhh.....tetiba asa hangat....asa nk cepuk ja kpla si Fawwaz nih..suh ilang ingatan...geram seyh.... Andria ni plak time nk jmpa bkal tunang la jgak nk jth...tk agak2 si fawwaz nih..siap kata bakal tunang dh kna tebuk bagai...senget seyh...
Kihkihkih...tq dik...berbaloi mnunggu nih..tp pesen dk Fawwaz tk blh nk dipratikkan tuk malam jemat nih...tkt karang calar balar...hahahahahhaaaaa
»»Leen««
jual mahal si Fawwaz ni... tunggu la u'll eat ur own word later....
eh encik writer... apsal nama panggilan hero heroin boh lain2 ni... sinetron laaa.... kekeke
note: kan dah cakap... ramai orang dah marah Fawwazku... uwaaaa
Mak aihh mulut..dah sah2 kene reject ngan bakal pak & mak mertua nie.
Sangat sangat ok.... tambah tambah ada nama liana hahahaha terperasan sudah kekekeke.....
Suka cerita ni dari lelaki itu..... sapakah itu???
Tajuk cerita apa pun ok janji isinya montobbbb!!!!
Terus kan usaha cari lagi jgn selindung selindung perangai lelaki keberet itu ..... mahu memahami dari sudut pandangan sebenar benar penulis lelaki...;-)
Tersedak hokkay daku baca n3 kali ni..Hot sgt...Nasib baek x tercekik cekelat daim...hahaha..
mmg sengal melampau si fawwaz ni..
Jom pakat cepuk berjemaah....Hahaha
Apa skali pon,mmg makin best la citer ni..
Pasni nk tgk plak sisi baik dia lps dh insap...tp Mcm lamaaaaaa lagi kan...
~adalia yaya~
@kak na : Arr... No komen.. Haha~
TErima kasih ye? :)
@Anonymous : Err... takut saya... Garangnya... Heheheheh :D
Adalaa sebabnya ngapa dia saya jadikan begitu.. heheheheh
@Leen : Hangat hati ke? heheheheh :P
Err... Apa nak buat.. dah nak jatuh... Sian Andria.. Hehe~
@hk : Fawwaz memang gitu orang dia.. Haha~
Err.. Memang saja suka buat sineton.. Best. Hahahahah :P
p/s : bukan patut yu rasa lega ke? takdela nak kongsi ramai2 sangat nanti.. hahahah :P
@Ayu dzulkarnain : Memang dari dulu lagi mulut dia gaya berbisa gitu, kan? hahaahahah
@Noorliyana Shamsudin : Eh? Apa? Haha~ perasan plak dia.. isk isk isk iskkk...
Ye, insyaAllah.. selagi diizinkanNya.. :D
@adalia yaya : Aah, memang sengal tahap apa nak kata tak tau.. heheheheh :D
Err.. ye... memang laaamaaaa lagilaa... Keh keh kehkeh keh
okies2 tajuk 2 meresap ke jiwa owhhh....hmmm dah agak dah mawas ni mmg lammmbaaaattt lagi nak insafnye...ape jadi ngan andria 2 jatuh tangga ke? teruk x? kene admitted kat spital ke? kene pangkai tongkat ke?...ek heh si masa neh ske ski dia je tebuk2 tupai bagai...dia 2 bukan setakat tupai mawas, dugong n segala crokodile owang x sebokkk ponnn...huh
errr...tetiba emo ha ha ha
Tak baik la fawwaz buat camtu...mcm la dia tu baik sgt...pdn je kena penampar..apa jd lepas ni ek?..suspen gak...hehe
@strawberry.chocolate81 : puiyoo.. meresap ke jiwa tu.. haha~
Err... no komensss... *ala-ala retis* kakakakak :P
Ramainye yang emo dengan Fawwaz... Hahahahahahah
@JunAnuar : Apa jadi lepas ni? Hmm.. Marilah kita tunggu bersama-sama... :D
Hola tuan rumah. Dtg sini sebab ayu dzulkarnain yg recommend. Nasib port best. Kalau tak best memang nak kena luku. hahaha.
Fawwaz ni, nama je sedap tapi perangai, alamakkk! *Facepalm*. Mesti terkujat mamat ni kan bila tau sape tunang dia? Hoho..
@Hajar : Ello. Timakaseh sudi singgah dan baca. :)
Aarr... Kita tunggu dan lihat sesama.. heheheh :D
En grammar nazi, ada typo tu. patutnya what did you just 'say' instead of said, kan? :)
@Anonymous : Itu bukan typo, tu grammar error.. Muahahahah :P
Yeps, supposed to be 'say' instead of 'said'.
Thanks for the correction.. :D
haha.. slh satu sbb aku suka bc blog ni adalah sbb minimal or none grammatical error and typo. wpun citernye kekdg terlebih sengal.. haha.. pastu alignment pun cantik and colour pun tak bnyk sgt. tenang mata membaca.
@Anonymous : Ni kira compliment dalam perli ke apa nih? Hahahahah
Terima kasih anyways... TErima kasih banyak-banyak. :D
Post a Comment