Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat.
Maaf, lambat post. Semalam internet out terus. Pagi ni baru ok setelah mengomplen dengan sesuka hatinya dekat TM. Haha~
Ok, takyah cite banyak. Baca ajelah next chapter. WARNING : Mediocre je. Sesuai dengan mood beberapa hari ni. Hahahahahah :P
Part 5
“What the hell
pa?!” Pipi yang perit digosok-gosok.
“You! You disgraced me!” suara Dato’ Rahim
tinggi. Tubuh Fawwaz ditolak kuat hingga jatuh terduduk di atas rumput.
Mencanak-canak api kemarahannya menjulang tinggi ke awan. Mencerlung tajam
pandangan matanya ke arah si anak yang memegang dan mengusap pipi yang baru
sahaja ditampar sekejap tadi. Bukan dia tak sakit hati kerana memukul anak
sendiri. Tapi dia lebih sakit hati sebab sang anak tak pernah sedar diri!
“Abang...” entah bila sang isteri sudah di sisi, mengurut
dadanya supaya bertenang. “Abang janganlah marah Fawwaz macam ni, bang...” rayu
sang isteri.
Dato’ Rahim ketap gigi. “Mas boleh tak jangan nak
manjakan sangat budak ni? He became a
spoiled brat! Tak habis-habis
buat pasal! Buat hal! Abang malu tau tak? Abang malu!”
Fawwaz bangkit dari jatuhnya. Belakang seluarnya
ditepuk-tepuk. Sakit jatuh terduduk tak sesakit rasa yang dia tanggung dalam
dada. Senyum sinis disungging di bibir. Matanya menyorot tajam tubuh sang ayah,
perlahan beralih pada mama, si abang dan isterinya di belakang sebelum kembali
semula kepada si ayah.
“Fawwaz buat apa pun, I’m
always a disgraced to the family, kan Pa?” Dia ketawa sinis, bercekak
pinggang dan menggelengkan kepala.
“Cukup-cukuplah, Fawwaz!” marah Dato’ Rahim, membuatkan Fawwaz
rasa dadanya semakin sempit dan sakit.
“Ye pa. Memang selalunya Fawwaz, kan? It has always been me. Yang buat hal,
yang buat pasal. Tak ada orang lain. Fawwaz je. Buat betul pun salah. Buat
salah, lagilah salah. Kan pa?” Fawwaz datang dekat pada papanya dan tunduk,
mendekatkan bibirnya ke telinga sang ayah.
“Sebab tu you don’t
mind when I said I want to move out. Sebab tu papa tak kisah bila Fawwaz
tak balik. Sebab tu... Sebab tu you want
to marry me off, so I can be out of your hair. Nice decent wife material papa carikan. Kononnya,” ejek
Fawwaz dan berdiri tegak semula. Berwajah selamba, dengan senyum sinis di
bibir, kedua tangan menyeluk poket seluarnya. Pasangan suami isteri dan anak
gadis mereka di sebelah sana dipandang tajam.
“Setakat perempuan macam tu pa, tepi jalan pun Fawwaz
boleh dapat.”
“Fawwaz!” sekali lagi, pipi Fawwaz jadi mangsa tangannya.
“Abang!” sang isteri lebih dulu menerpa pada si anak.
“Him, sudahlah. Tak apa. It’s ok.”
“It’s not ok
Lil. Budak ni... Dia... Dia dah jatuhkan maruah kau anak beranak. Aku...
Aku...”
“Sudahlah. Tak apa. Aku faham dia tak nak kahwin lagi
sebenarnya. Tak apa. Aku faham.”
“Tak, Lil. Kau tak faham. Aku-“
“Thanks pa. Thanks. You have just proved that I’m right.”
Bibir yang pecah dan berdarah dijilat sebelum meludah ke tanah. Belakang tangan
mengesat darah yang masih tinggal kemudian disapu ke belakang seluar. Si ayah
dipandang dengan pandangan sinis dan mengejek.
Dato’ Rahim gamam. Tangan yang terlalu cepat menampar
Fawwaz tadi digenggam kuat. Kesal, tapi mungkin sudah agak terlambat.
“Now if you’ll
excuse me, I’ve some place else to be.” Langkah Fawwaz laju masuk ke dalam
rumah, mendaki anak tangga dan masuk ke dalam bilik. Telefon bimbit, dompet dan
kunci keretanya dikaut masuk ke dalam poket. Jaket denim yang tersangkut di
belakang pintu, ditarik. Kemudian pantas langkah dibawa turun. Main kaut sahaja
kunci kereta yang tersangkut dalam peti kunci tanpa dilihat lebih dulu.
“Fawwaz nak pergi mana sayang?” Datin Mas lebih dulu
menerpa. Lengan Fawwaz dipegang lembut, cuba memujuk.
Tangan si ibu tiri ditepis. Punat remote ditekan dan BMW
Z4 Roadster milik papanya yang berbunyi. Fawwaz tarik senyum sinis.
“Pinjam kereta ye pa? Esok-esok jumpa tersadai kat
mana-mana tu, memang I did it on purpose
laa tu.”
“Fawwaz. Jangan macam ni lah.” Suara Fai keras.
Pergelangan tangan Fawwaz dicengkam kuat.
“Sotong, kau jangan nak macam-macam dengan aku ye?
Lepaskan tangan aku sebelum aku hilang sabar.” Fawwaz sudah mencerunkan
pandangan pada Fai. Marahnya sudah semakin meluap-luap.
Pandangan tajam yang Fawwaz berikan, dibalas Fai dengan
berani. “This thing shouldn’t end this
way, Fawwaz. Papa tak maksud-“
“Boleh blah laa woi!” Fawwaz rentap tangannya sebelum
menolak Fai dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh. “Papa this, papa that! Ambiklah, Fai! Ambik! Ambik semua!” Dia mula menyinga.
“Apa kau cakap ni Fawwaz? Ambik apa?” soal Fai sambil
bangkit dengan dibantu Irdina di sebelah.
Fawwaz ketawa sinis. “Save
it lah Fai. Don’t act all innocent
dengan aku.”
“Kau cakap apa ni Fawwaz?”
“Damn you’re good
at it.” Matanya menyorot tajam pada kakak ipar yang masih setia berdiri di
sebelah si abang tiri sebelum mendengus. Fai dipandang dan senyum sinis
ditarik.
“You’ve already
taken so much from me, Fai. Too damn
much to the extend that I just couldn’t care anymore.” Dia terus melompat
masuk ke dalam Roadster tanpa membuka pintu. Kunci dimasukkan ke tempatnya dan
dipulas. Sengaja meneka pedal minyak, membuatkan enjin Roadster mengaum garang.
Fawwaz masukkan gear dan menurunkan brek tangan. “Blah
dulu.” Dua jari diangkat ke dahi, salute, sebelum terus menekan pedal minyak.
“Fawwaz!!”
Dia hanya ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Sekadar ingin
menjengkelkan hati semua orang. Sekadar ingin semua orang merasakan sakit yang
dia rasa.
Sebelum kereta mula memasuki jalanraya utama, dia
berhenti di bahu jalan. Tubuh disandarkan pada seat kereta dengan kedua tangan
lurus mencengkam stereng dengan kuat. Nafasnya turun naik dengan laju. Dia
tunduk. Menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Dia ketap gigi.
Tangan kanan mendarat di dada kiri. Sakit. Sakit sangat. Mata dipejam, tangan
di dada sudah dikepal erat. Nafasnya semakin laju menderu. Kelopak mata dibuka
perlahan. Merah.
“Arrgghh!! Damn it! Damn
it! Damn it! Damn it!!” berkali-kali stereng kereta ditumbuk melepaskan
kemarahan sehingga akhirnya dia rebahkan kepala sambil memeluk stereng dengan
nafas yang tercungap-cungap.
Marah, kecewa, kecil hati, semua bergabung menjadi satu.
Rasa yang ditahan-tahan, yang ditanggung, yang dia tak pernah luahkan dari
dulu, hampir saja dia luahkan semuanya tadi. Fawwaz angkat muka memandang
kosong ke hadapan. Nafas panjang ditarik sebelum dia kembali menegakkan badan.
Telefon bimbit dalam poket seluar ditarik keluar. Skrin diaktifkan dan jari pantas dilarikan
atas skrin. Sekejap kemudian, telefon ditekap ke telinga.
“Yup? What’s up?” suara Mike menerobos ke
gegendang telinga.
“Jom thunderstorm.
I’ll be at your place in about an hour,”
sebutnya perlahan.
“What? Gila kau?! Esok kerja kot! Dahlah nak cari barang bukan
senang, bro!”
Fawwaz hela nafas panjang. Diam memikirkan alternatif lain.
“Kau kenapa? Got
any problem? Kau kalau ajak thunderstorm
ni pasal ada hal besar je. Nak meet
up ke? Want to share?”
Sekali lagi dia lepaskan keluhan panjang kemudian
menggeleng. “Naahh... It’s ok. I’ll just go for some shots, then I’ll be fine. Ok bro. Ciao.” Talian terus dimatikan dan
dia mulakan perjalanan untuk berpatah balik kembali ke ibukota.
**************************
“Eh? Dia cakap macam tu??” Bulat habis mata Andria.
Lily cuma mengangguk sambil terus bermain chat dengan
telefon pintarnya.
Andria merengus sambil membetulkan duduknya. Kakinya yang
berbalut di pergelangan dialihkan dengan berhati-hati. “Dia tu yang dah
sahih-sahih tak teruna, mengata orang macam tu pulak. Eeiii... Kalau kakak ada
kat situ, memang kakak tonyoh-tonyoh je mulut dia tu dengan cili api segenggam.
Poyo gila!”
Lily gelak. “Tapi kan kak, macam kesian pun ada. Kalau
ikut apa yang Lily dengar petang tadi, macam dia tu kekurangan kasih sayang je
kak. Memang kesian.”
Andria julingkan mata ke atas sebelum menolak rambutnya
yang di atas bahu ke belakang. “Siapa nak sayang kalau macam gitu punya
perangai? Kalau langsuir dengan dia datang depan kakak, kakak lagi rela peluk
langsuir tu bagi kasih sayang, tau?”
Lily gelak lagi, makin besar. “Sudahlah kak. Lagi rela
peluk hantu konon. Cuba datang sekali tengok? Siapa yang kakak pergi peluk
kuat-kuat tak nak lepas nanti?”
“Eeiii... Tak kuasa nak peluk-peluk. Baik kakak lari!
Jalan paling selamat!” Andria ikut ketawa.
Tiba-tiba pintu dikuak sedikit dan ibu jengukkan kepala
ke dalam. “Amboi? Bukan main gamat bilik anak dara ni? Kakak tak tidur lagi?”
“Ibu!” serentak dua beradik memanggil, dan sang ibu
melangkah masuk dengan senyuman. Duduk dilabuhkan atas katil, di tengah-tengah
antara si kakak dengan si adik.
“Kakak kenapa tak tidur lagi? Nanti sakit kepala pulak.”
Andria sengih.
“Awal sangat lagi ni bu. Baru pukul lapan setengah. Dahlaa
kakak dari tengahari asyik tidur, dah tak larat dah bu. Lagipun kepala kakak
benjol je. Bukan ada apa-apa pun. Kaki ni je haa terseliuh sikit... Err... Ibu tak
tengok tv ke? Cerita Korea ibu tu? Uncle mana?”
“Kakak ni, ibu tanya satu, sepuluh dijawabnya. Pot pet
pot pet tak habis. Tak penat ke?” perli ibu. Lily dah gelakkan si kakak.
Andria sengih. Kepala yang tak gatal digaru-garu sebelum
dia menarik kaki dan menyangkut dagu ke bahu sang ibu, tayang muka cute.
“Ibu...” panggilnya meleret.
Tangan sang ibu meraih kepala si anak. Perlahan membelai
rambut yang dibiar lepas tak berikat.
“Kenapa?”
“Emm... Dah jadi macam ni... Emm... Kakak... Err...
Kakak...” Andria gigit bibir, teragak-agak nak meneruskan kata-kata.
Ibu kalihkan tubuh menghadap Andria. Kedua tangannya
melekap pada pipi si anak gadis.
“Kakak apa? Hmm?” soalnya lembut.
Andria pegang kedua lengan ibunya. “Kakak... tak payah
kahwin... kan?”
“Eh? Kenapa pulak tak payah kahwin?”
“Ibu!”
“Apa?”
“Takkan ibu masih nak kakak kahwin dengan mamat
poyo-gila-mulut-jahat-tak-ada-insurans tu?!” Bulat-bulat habis mata Andria
memandang ibunya yang cuma ketawa. Lily di sebelah ikut ketawa. Andria rasa dah
nak meraung. Sampainya hati ibu buat dia macam ni... Ibuuuu!!
“Kakak, ibu tetap nak kakak kahwin. Kakak tanya ibu
bila-bila pun, jawapan ibu tetap sama,” tegas ibu.
Andria telan liur. Mata dah mula berkaca. Dia rasa kecil
hati sangat dengan penegasan ibu tu. Sampainya hati ibu...
“Cumanya...” jeda. Lama. Andria rasa berdebar-debar.
“Cuma apa ibu?” sampuk Lily, dengan sengih-sengih
mengusik. Andria menjeling. Tak kena time laa dik oi nak usik-usik nih! Kakak
dah rasa nak kena nervous breakdown
dah ni!
Ibu senyum. “Cuma calonnya tu, kali ni, terpulang pada
kakak.”
Terus tegak badan Andria. Bulat habis matanya. “Serius ni
bu?”
Ibu senyum lagi dan mengangguk.
“Aarrgghhh!! Sayang! Sayang ibu! Sayang ibu
banyak-banyak!!” Pipi ibu dikucup bertalu-talu sebelum dipeluk erat. Dek teruja
yang amat sangat, Andria terlupa dengan ketidaksempurnaan kesihatan kaki, lalu
dia tersepak dinding.
“Aduuuhhh!” pelukan dirungkai dan dia mengerekot lalu
bergolek-golek di atas katil dengan iringan tawa dari sang ibu dan si adik.
“Kakak ni suka over
react tau. Padan muka tersepak dinding.” Tempelak Lily dalam tawanya yang
masih bersisa.
Andria yang dah berhenti bergolek itu memicit-micit
pergelangan kaki yang berbalut sambil menjeling tajam pada Lily, geram.
“Kakak, ni ibu nak bincang sikit. Tadi dalam kereta ibu
dah bincang dengan Uncle AJ, dengan Lily. “
Andria lepaskan kakinya dan mengesot mendekati ibu.
“Bincang apa ibu?” Jantungnya sudah mula berdebar perlahan.
“Pasal kakak. Dengan boyfriend
kakak tu.” mendatar sahaja suara ibu, tapi membuatkan Andria rasa jantungnya
nak luruh.
Liur ditelan dengan susah payah. “Err... kenapa?”
“Kalau kakak rasa Hakim tu yang terbaik untuk kakak,
bawak dia jumpa ibu. Jumpa Uncle AJ. Kita bincang baik-baik. Ibu bagi can
dengan kakak ni.” Ibu masih tenang. Lily dekat sebelah dah senyum-senyum.
Andria pulak... dia rasa macam nak pengsan!!
“Tapi ibu... Kakak... Err... Kakak rasa... Kakak... Belum
ready lagilah, bu.” Perlahan tutur
Andria.
“Kakak yang tak sedia, atau Hakim yang tak sedia? Pandai
bawak lari anak dara ibu, takkan masih tak sedia pulak? Ibu tak kira, ibu nak
jumpa jugak dengan Hakim tu dalam masa terdekat ni. Faham?” tegas ibu.
Terkebil-kebil mata Andria.
“Ibuuu...” Bahu ibu diurut-urut, namun ibu menepis dan
bangkit.
“Tak ada tapi-tapi. Ibu cakap ibu nak jumpa, ibu nak
jumpa. Kalau bukan sebab dia berani sangat bawak lari anak ibu sampai
memburukkan nama ibu, nama kakak sendiri, ibu tak kisah. Tapi things turned out this way. Jadi, berani buat, beranilah tanggung,” ujar
ibu panjang lebar.
Andria mengeluh. Dah terasa macam nak cekak rambut dan
tarik-tarik. Macam orang gila. Nak cari celah mana Hakim tu? Ibu jangan sampai
kakak main rembat je mana-mana lelaki suruh menyamar nanti, sudah.
“Dah, kakak pergi tidur. Lily pun, pergi tidur. Esok nak
balik hostel semula, kan?”
Lily bangkit dari katil dan peluk ibu. “Awal lagi ni
ibu... Pukul sembilan pun belum ni...” rengeknya.
Ibu picit hidung Lily. “Jangan melawan cakap ibu. Pergi
solat, lepas tu tidur. Esok pagi-pagi dah nak bertolak balik kolej.”
Lily tarik muncung sambil mengusap-usap hidungnya yang
dah kemerahan dipicit ibu tadi. Lambat-lambat dia angguk.
“Kakak bincanglah dengan Hakim nanti. Seboleh-bolehnya, weekend ni ibu nak jumpa Hakim.”
“What?! Hujung
minggu ni?” Bulat lagi mata Andria. Tak berkelip dia memandang tampang si ibu
yang nampak serius.
“Aaa... Habislah kakak...” Lily mengusik. Jari telunjuk
digoyang-goyang.
“Tapi ibu...”
“Ibu cakap apa tadi, kakak? Jangan melawan, kan?” riak
ibu dah tukar garang pula. Andria telan liur.
“Tak sabar nak jumpa abang Hakim tu, kan ibu? He must be something sampai kakak
sanggup lari ikut dia, kan ibu?” tawa Lily pecah bersama ibu.
“Lily!” marah Andria. Geram betul. Kening
dikerut-kerutkan, konon marah. Pada masa yang sama menghantar isyarat supaya
adiknya itu berhenti mengusik.
“Dah Lily, pergi masuk bilik. Biar kakak rehat. Ingat ye
kakak? This weekend, if possible.”
Tegas ibu buat kesekian kalinya sebelum menolak Lily supaya ikut keluar. Pintu
ikut ditutup rapat setelah itu.
Andria duduk terkebil-kebil di atas katil buat beberapa
saat sebelum tiba-tiba kelam-kabut mencari telefon bimbitnya. Skrin diaktifkan
dan jari pantas menguis-nguis atas skrin sebelum dia tekap telefon ke telinga.
Ada nada dering. Sabar dia menunggu panggilan berjawab.
“Babe...! Ibu
nak jumpa Hakim... Macam mana ni?” Serbunya sebaik panggilan bersambung.
“Andria...” keluh suara dari hujung talian.
Dia pegun. Apasal suara lelaki? Lambat-lambat dia tarik
telefon dan pandang skrin. Oh my! Apa
dia dah buat? Macam mana boleh tersilap tekan? Rasa-rasanya tadi dia pilih nama
Gina yang ngam-ngam ada dekat atas. Tapi... Tapi... kenapa boleh silap pulak
ni? Arghh!! Terlepas cakap pulak tu! Nak buat macam mana ni??
Andria ketuk kepala sendiri. Kau memang sengal laa Ria!
Hish! Perlahan telefon ditekap kembali ke telinga.
“Err... Sorry! Wrong number!” laju dia matikan talian.
Jantung dah berdegup macam gendang perang. Gila punya hebat punya degup.
Eeiii... Sengal. Sengal. Sengal. Blackberry Z10nya diketuk-ketuk ke dahi
beberapa kali sebelum dia kembali menatap skrin. Sebelum mamat tu buat
panggilan semula, baik dia busykan
line dengan menelefon Gina.
Sekali lagi dia cari nama Gina. Dan dengan penuh
hati-hati supaya tak tersalah buat kali yang kedua, dia sentuh butang call. Suara Pink yang menyanyikan lagu
Try yang telah diset sebagai Call Me
Tones menyapa gegendang telinganya. Rasanya confirm dia tak salah dail kali ini.
“Hello, babe.
Apa cerita telefon aku tengah-tengah malam buta ni?” Hah! Confirmed!
“Gina! Tolong aku.....”
**************************
Tuala yang digunakan untuk mengelap rambutnya disidai
kembali pada palang di dinding. Langkah diatur longlai ke almari cermin dan
sikat atas meja dicapai. Ala kadar sahaja dia menyikat rambutnya sebelum
menapak ke arah katil pula.
Dia berbaring atas katil. Lengan kiri mengalas kepala
atas bantal. Siling di atas direnung lama. Dia tak mampu untuk melupakan. Memori
petang tadi ligat berputar dalam kepala.
Awal-awal tadi, dia hampir menjejakkan kaki ke lorong
belakang. Mencari ‘barang’ yang diperlukan untuk membuat ‘thunderstorm’. Selalunya Mike yang uruskan. Tapi sebab tadi Mike
menolak, dia rasa terdesak untuk mencarinya sendiri.
Dan saat kaki baru sahaja melangkah keluar dari
kenderaannya, panggilan dari Andria membantutkan niatnya. Walau dia cuma dengar
suara kalut gadis itu, walau dia cuma mendengar rengekan yang jelas bukan
ditujukan untuknya, walau dia cuma sempat menyebut nama gadis itu sebelum gadis
itu memutuskan talian, walau dia tahu panggilan itu sebenarnya bukan untuk dia,
terasa bagai ada satu aura yang terus membuatkan dia kembali ke dalam kereta
dan meninggalkan lorong belakang itu lalu pulang ke kondonya.
Fawwaz berkalih mengiring ke kanan. Lumia atas meja sisi ditarik.
Panggilan tak berjawab dari Mike dipadamkan sebelum jari dilarikan atas skrin
mencari nombor telefon. Teragak-agak mahu mendail nombor yang sudah acapkali
ditenung dari saat dia menjejakkan kaki ke dalam rumah tadi. Nafas panjang
ditarik, menetapkan perasaan. Baru sahaja mahu menyentuh butang dail, nama Mike
menjelma atas skrin. Fawwaz mengeluh. Disambung juga panggilan itu
lambat-lambat.
“Yes bro, anything?”
“Kau kat mana ni? Are
you ok? Aku telefon dari tadi tak pick
up.” Suara Mike kedengaran risau.
“Aku kat rumah. Ok je, tak ada apa pun. Apasal?”
“Kat rumah? Sure?
Kau buat apa? Takde thunderstorm
sorang-sorang, kan?”
Nafas panjang dihela. “Naahhh... Too tired for it anyways. Kang mau aku terus innalillah pulak.”
Tiba-tiba dia ketawa.
“Hish kau ni. Tak agak-agak,” marah Mike. “So, sure kau ok ni ye? Tak ada apa-apa
ye?” sambungnya.
Fawwaz geleng. “Yups.
Positive. Aku ok.”
“Legalah aku kalau macam tu. Kau ni kepala gila tu bukan
boleh kira sangat.” Keluh Mike. Fawwaz ketawa.
“Oklah bro. Aku
nak tidur ni. Penat. Esok nak kerja.” Dia menguap. Memang dia penat pun. Penat
badan dan penat otak.
“Ok, aku tak kacau kau. Rest well. Apa-apa hal, buzz
aku.”
“Ok bro. Night.
Ciao.”
“Ciao.”
Talian dimatikan dan telefon diletakkan kembali atas
meja. Lampu tidur dipadamkan dan Fawwaz masuk ke bawah comforter tebalnya dan menarik hingga ke paras dada. Lengan kanan diletak
atas dahi. Terkebil-kebil dia merenung siling sebelum dengan perlahan dia terlena
sendiri.
***********************
Anak tangga rumah dituruni perlahan sambil mata mencari
kelibat ibu. Di tangga terakhir dia berdiri. Mata melingas ke kiri dan kanan, sehingga
telinganya menangkap bunyi yang datang dari dapur. Yakin ibu ada di dapur,
Andria mula mengatur langkahnya ke sana.
“Ibu...” Tubuh ibu yang sedang mengacau gulai dalam
periuk dipeluk dari belakang.
“Bertuah punya anak. Terkejut ibu, tau?” Tangan Andria
ditepuknya.
Andria ketawa sebelum dia menyangkut dagu atas bahu ibu.
Berani-berani takut dia nak mulakan bicara. Setelah puas berbincang dengan Gina
dalam dua-tiga hari ni, akhirnya dia ambil keputusan nak berterus-terang saja
dengan ibu. Cukup-cukuplah dia buat dosa tipu ibu lari dengan boyfriend tempoh hari. Tak tertanggung lagi dah rasanya kalau nak
tambah dosa lagi.
“Err... Ibu...” sekali lagi dia memanggil.
“Apa? Kakak dah lapar ke? Tunggu sekejaplah. Nanti kejap
lagi Uncle balik, kita makan,” jawab si ibu acuh tak acuh sambil terus sibuk
menyiapkan masakannya. Andria yang melekap di belakang sedikit pun tak
dihiraukan. Tak mengganggu pun konsentrasinya memasak.
“Bukaaannnn... Ibu... Err... Kakak... Err...”
“Kakak apadia? Duk err... err.. dari tadi ni, kenapa?”
Balang garam cuba dicapai, tapi tak sampai dek kerana tubuh dipaut kuat oleh si
anak gadis.
“Ish kakak ni. Macam budak-budak laa nak menempel je.
Rimas ibu nak buat kerja laa. Sana sikit.” Sekali lagi tangan si anak ditepuk
sebelum pelukan akhirnya dirungkaikan.
Andria tarik muncung sebelum melangkah ke arah kitchen island. Duduk dilabuhkan atas stool tinggi menghadap arah ibu. Nafas
panjang ditarik.
“Ibu, kakak nak cakap sikit. Kakak harap ibu tak marah,”
lafaznya dengan laju.
Ibu tutup api dapur, tudung periuk dan berkalih menghadap
anak daranya. “Kakak nak cakap apa?”
Andria telan liur. “Kakak... sebenarnya...” jeda. Sekali
lagi liur ditelan.
“Sebenarnya apa? Hmm?” ibu duduk di stool sebelah. Lengan Andria atas meja diusap lembut. Mata si anak
gadis ditenung dalam-dalam.
“Sebenarnya.. kakak... kakak...”
“Gagap-gagap ni, mesti kakak ada buat salah lagi, kan?”
tembak si ibu.
Cepat-cepat tangan ibu dikaut dan digenggam erat-erat. “Ibu... Aritu kakak
pergi Cameron sorang-sorang je. Kakak mana ada boyfriend... Kakak cakap macam tu sebab kakak tak nak kahwin.
Ibu... Maafkan kakak tipu ibu...”
Ibu tarik tangannya. Andria pejamkan mata, menunggu
habuan. Tapi lain yang ditunggu, lain yang dapat. Tangan ibu lembut mengelus
pipinya. Perlahan kelopak mata dibuka semula.
“Ibu dah agak dah,” jawab si ibu, tenang.
Bulat mata Andria. “Ibu dah agak?”
Angguk.
“How?”
Senyum.
“Kakak anak ibu. Ibu kenal luar dan dalam. Naif, kelam
kabut, ceria... dan blur.” Ibu
ketawa.
Andria mencebik. Sempat lagi ibu ni.
“Sengaja ibu cakap nak jumpa ‘Hakim’ tu weekend ni, supaya kakak mengaku sendiri
salah kakak. See? Pandai ibu, kan?”
sekali lagi ibu ketawa. Dan sekali lagi Andria tarik muka.
“Sampainya hati ibu tipu kakak...” cebiknya.
“Haip! Siapa yang tipu siapa dulu?” Mata dijegilkan.
Tersengih-sengih Andria akhirnya. “Yelah. Yelah. Kakak
salah. Kakak mintak maaf ye ibu?” tubuh ibu ditarik dalam pelukan.
“Ibu maafkan. Tapi dengan syarat.”
Laju Andria tarik semula tubuhnya. Bulat matanya
memandang ibu. “Syarat apa?”
“Ibu aturkan perkahwinan kakak ni atas permintaan Uncle
Him dengan Aunty Mas. Walaupun kakak nampak naif, nampak blur, nampak lemah, tapi ibu tau anak ibu ni kuat sebenarnya. Dan
ibu yakin, kakak mampu.”
“Ibu...” Andria telan liur. Tak sanggup je rasanya nak
dengar yang seterusnya.
“Ibu yakin kakak mampu buat Fawwaz tu berubah.”
Andria terus melompat turun dari stool.
“Ibu! Apa buat kakak macam ni?” Memang nak meraung
sungguh dia rasa.
“Kakak cuba dengar cakap ibu sampai habis dulu. Duduk
dulu sini,” marah ibu. Lambat-lambat Andria akur juga tapi muncungnya sudah
sedepa.
“Ibu tak paksa kakak. Tapi ibu bagi tempoh. Sama ada
kakak kenal dulu dengan anak Uncle Him, atau kakak cari calon sendiri. Ibu tak
nak calon tangkap muat. Dan jangan nak kelentong ibu dengan kenalkan Eddy. Ibu
kenal Eddy tu siapa,” tegas suara ibu. Andria telan liur. Belum fikir lagi,
awal-awal ibu dah hidu. Chissss... Cekap sungguh seorang ibu ni.
“Err... Tempoh tu... berapa lama?”
“Tiga bulan?”
Sekali lagi dia melompat turun dari stool.
“Tiga bulan?! Ibuuu!” kali ini dia betul-betul meraung
dengan ibu hanya tergelak-gelak di atas stool.
“Eh, ibu lupa nak tanya.” Tiba-tiba ibu serius semula.
“Tanya apa lagi?” Andria cuak.
“Yang hantar kakak balik hari tu, siapa?”
“Err...”
“Apa err?”
“Kawan kakak... Kebetulan kakak terserempak dengan dia
masa nak balik. Dia offer nak hantar
sebab dia pun nak balik Damansara.”
Ibu angguk-angguk. “Ooo... Eh? Damansara? Bukan kakak
kata...”
“Ampun ibu. Kakak main petik je nama dia hari tu. Kakak
panik! Kakak dengan dia sumpah tak ada apa-apa pun! Kawan je!” Tangan kanan
diangkat, betul-betul angkat sumpah.
“Tak baik main sumpah-sumpah. Termakan sumpah nanti, baru
tau,” pesan ibu.
Andria diam. Eh, kalau termakan sumpah jadi ada apa-apa
dengan Hakim tu, kira boleh jugaklah daripada dapat Fawwaz tu. Dia gelak dalam
hati.
“Hah! Berangan! Sudah, sini tolong ibu. Sekejap lagi
Uncle balik.” Lengan yang dicubit ibu diusap perlahan dengan bibir memuncung.
Tapi kaki ikut bergerak mengekori ibu untuk menyiapkan hidangan makan
tengahari.
Tengah siap-siap menghidang, tiba-tiba Blackberrynya
berlagu. Andria seluk poket seluar treknya. Eh, baru disebut-sebut tadi.
Panjang sungguh umur dia ni. Andria tarik senyum. Punat jawab ditekan sebelum
telefon ditekap ke telinga. Ibu dekat belakang cuma pasang telinga.
“Assalamualaikum.” Ceria semacam. Ibu mula rasa curiga
tengok si anak dara senyum lain macam.
“Eh? Err... Boleh... Tapi... Awak kena pick up saya kat rumahlah. Saya tak
boleh nak travel jauh-jauh. Kaki
terseliuh, hari tu jatuh tangga.”
Ai? Tak payah mintak izin dengan ibu dulu ke? Suka hati
je bagi persetujuan? Ibu dah jeling tajam.
“Haa... Ok, petang ni. Saya tunggu.” Talian dimatikan dan
telefon disusup masuk semula ke dalam poket. Bila berpusing, langsung mati
senyumannya melihat ibu yang dah pasang riak semacam.
“Err...”
“Tak payah minta izin ibu dulu, terus setuju? Amboi?”
perli ibu. Andria garu kepala.
“Err... nanti dia datang nanti, kira minta izin laa tu.
Boleh ye, ibu?”
Ibu hela nafas panjang. Bertuah punya anak.
“Siapa yang nak datang tu?”
Sekali lagi Andria garu kepala dan tersengih-sengih macam
kerang busuk. “Err... Hakim...”
“Kakaaaakkkk...”
“Kakak baru je start
kawan dengan dia, ibu. Sumpah!”
“Bertuah punya anak. Diam-diam dia je, ye?” Ibu jegilkan
mata. Andria sengih lebar-lebar tayang muka comel dengan simbol ‘peace’ di tepi kedua belah pipi.
**********************
Kan dah kata. Mediocre gila.
Ok, boleh komplen sekarang. Hari ni free untuk menjawab komen. Sekian, Timaseh.
21 comments:
Ok. Dh. Nx entry pls. Huhuhu
kasar bahasanya si fawwaz ni ye... asyik2 menyumpah...budak ganas katakan
yeayy!! akhirnya, full n3..tq en writer(mood ok dh ka?) heee
sian plak ngn si fawwaz nih, tp marah jugak, asal la mulut puaka sangat...hailaaa
kurang kasih sayang yeee...harap2 jmpa cpt2 ngn si bakal tunang tu, mana tau blh dpt kasih sayang lebih pas tu, tk laa asyik hangin ja manjang...
en writer, teruskan berkarya, setia menunggu ni, terbaek seyh.
heee..peace!!! >>Leen<<
Hakim nk kuar ngan andria!..nnt mesti jumpa ngan mak andria...apa yg akan berlaku nnt...arggghh!! En Syah...boleh jgn bg org sakit jantung tk...!!:p
Tq en writer, full n3 akhirnyaa..
sian plak ngk dak Fawwaz ni, kna pelempang ngn papa dia, tp cam ptt kena pun ya gak...
kurang kasih sayang yee, tk pa, sila jmpa bakal tunang dulu, ne tau, leh top up kasih sayang plak pas ni...
teruskan berkarya en writer, ttp setia menunggu nih...
>> Leen<<
Ala...br nk tgk fawwaz jumpa mak ria.
..next n3 cpt sikit ye....wat org dup dap up dap je....
ahahhahha... ye ke free utk menjawab soklan encik syah??? ngeee
Ria dah nak ade bunga2 dalam taman ke 2....kumbang naga dah bersedia nak terkam 2...huyyooo sereeemmmmmmm ahahhaha
alaa, tak puas, macam pendek sangat je. cepat update next entry. haha.
Akhirnya keluar jugak n3 sebbaik panjang berjela....... terima kasihhhhhhh laaaaaa sesangat.....
Kesian la jugak ngan simangkok sorang tu..... sentap rupanya.... sian dia
syah,bab 6 cepat cikit ye
X sbr nak tnggu hkim jmpa ibu ria...cpat2 skit ya shah
X sbr nak tnggu hkim jmpa ibu ria...cpat2 skit ya shah
@:a.n.n.e: : Lepas raya plak. HAhahahahah :P
@Happy Mind : Haaa... Begitulaa... Kalau dalam realiti ni bukan takat menyumpah2 je ni, kompom mencarut sebaldi. hahahahah :P
@JunAnuar : Eh, sapa yang sakit jantung? Aiseh... dah laa next entry lepas raya... Iskkk....
@leen : Kesian beliau.. Ish ish ish *geleng kepala*...
Baik kak. TEruskan sabar menunggu sampai lepas raya, ok? hahahahahah :P
@saadiah abdul satar : Sabo ye, sabo... Dup dap lama2 sikit sampai lepas raya. hahahahah :P
@strawberry.chocolate81 : ok, tak berapa nak free sangatla semalam.. kakakakak :P
Takyah serem-serem sangat.. Takde hantu dalam cite ni.. Hantu jadian je ade. hahahahahah :P
@dari sisi hidupku : Pendek??? PErghhh!! Naik krem jari menaip, dia kata pendek.. Sedih! Hahahahah
Next apdet lepas raya. Sekian. Kikikikikik
@noorliyana Shamsuddin : Sama-sama... Hehe~ :D
Aah. kesian dia, kan? Isk isk isk iskkk... *geleng kepala*
@kak na : Ayayayayayay Part 6 lepas raya baru naik.. Heheheheh :P
@keindahan : Baik. InsyaAllah.. Tapi lepas raya. Boleh? :P
lambat lagi ke nak sedar dorang ni memang berjodoh?
ko punya new tagline 'lepas raya' ehhh???
@hk : Tak lama dah.. haha~
laaaaaaaaaaaameeeee gila x komen kat sini.. selalu lalu je.. ehehe..
fawwaz nk keluar date dengan andria?? whoa! bagus bagus.
ehehehe...
harap2 fawaz berubah la lepas kenal andria. (^_^)v
-jha-
@jha : Laaaaaaaaaaaaaama gila tak nampak cik Jha. Hehe~
HArapannya begitulah.. Sesama kita tunggu.. heheheheh :D
Uwaaaaaa.. beznye. U promised tgu 1 hr je lg new n3 kn kn....
@Anonymous : Hari ni, insyaAllah, entry baru.. Tunggu... :)
Post a Comment