Assalamualaikum dan Selamat Petang Sabtu.
Dah hari ke4 berpuasa. Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan-kawan yang beragama Islam... :D
Sebab tak sempat apdet sebelum puasa, jadi kita apdet di awal puasa. Ini entry last dalam bulan puasa ni kot. Sebab cerita ni banyak menimbulkan kepanasan... Heheheheheh
Ok, silakan baca,.
Part 6
Fawwaz mula kemas-kemaskan meja kerjanya. Fail-fail
dokumen yang bersepah atas meja disusun kembali ke dalam rak di hujung bilik
pejabatnya. Segala alatulis disimpan kembali ke dalam bekas alatulis di tepi
monitor lepernya. Siap, dia tarik sebuah fail dari atas meja dan dikepit rapat
ke tubuh. Sambil menuju ke pintu, dia sempat menyambar kot yang tergantung pada
coat hanger.
“Kak Fiza, saya keluar dulu,” beritahunya dalam senyum
saat melintasi depan meja setiausahanya itu.
“Eh, eh, eh. Encik Fawwaz! Nanti kejap. Ada dokumen nak
kena sign ni.” Kak Fiza bangun dari
kerusi.
Fawwaz tak berganjak. “Urgent ke? Kalau tak urgent,
letak atas meja. Esok saya semak, baru sign.
Boleh?”
“Err... Nak kata tak urgent
tu, bolehlah jugak. Tapi tadi Dato’ inform mintak Encik sign, lepas tu hantar kat dia. Dia mintak Encik Fawwaz personally hantar dekat dia. Hari ni
jugak,” ujar Kak Fiza perlahan.
Fawwaz merengus. Fail dokumen warna hitam dalam tangan
Kak Fiza ditarik kasar dan diselak. Memang dokumen tak berapa penting. Dan tak
perlu untuk dia sendiri serahkan pada papa. Semua ni alasan papa je nak jumpa
dia setelah berhari-hari dia mengelak dari bertembung dengan papa, mahupun Fai.
Jangan kata jumpa, jawab call pun dia
tak mahu, apa lagi membalas sms. Roadster papa dia dah pulangkan dengan
meninggalkannya dekat basement bangunan
pejabat lepas kereta dia siap diperbaiki. Kunci dia serah pada Kak Fiza, pesan
suruh bagi papa. Memang dah tak ada alasan lagi setakat ni untuk dia pergi
menghadap papa.
Fawwaz menggumam sendiri. Setiausahanya itu cuma diam.
Nak bersuara pun seram. Siapa tak kenal bos dia tu? Kepala angin. Singa jadian.
Harimau jadian. Silap sikit, kalau tak kena gaya angin dia, harus kena baham
hidup-hidup. Nampak saja macam icy cool.
Datang angin puting beliung dia, dari tingkat paling atas, sampai tingkat
paling bawah, semua kecut perut.
Tapi bukan selalu dia macam tu. Kena time angin
sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, dari tingkat paling atas, sampai tingkat
paling bawah, semua ikut senyum. Baik hati sebenarnya ketul ais yang seorang
ni. Dari Fawwaz mula kerja di situ lagi Kak Fiza dah diaturkan untuk bekerja di
bawahnya. Dah bertahun. Dia dah kenal hati budi seorang bos bernama Fawwaz ni.
Serupa macam aiskrim Magnum. Dekat luar keras, sejuk dan beku. Dekat dalam,
lembut berkrim, nyaman dan sangat menyelerakan. Yums! Eh? Over! Dahi
diluku sendiri.
“Kak. Berangan.” Telapak tangan digawang ke kiri dan
kanan. Kak Fiza tersipu-sipu sendiri.
“Pen. Saya sign.
Tapi akak pergi hantar. Saya ada hal sekarang ni.”
“Eh? Tapi Dato’...”
“Kak. Saya cakap sekali je. Bak pen.” Oh, ada gaya-gaya
angin puting beliung nak sampai. Baik dia ikut saja. Sebatang pen dihulurkan.
Penutup pen dikepit di bibir sebelum dokumen diletakkan
atas meja untuk ditandatangan. Siap, dia tutup pen semula dan letakkan atas
meja setiausahanya.
“Akak tolong hantar. I’m
leaving now.” Dan baru saja dia berpusing nak beredar, dia nampak kelibat
papa melangkah keluar dari lif, terus sahaja masuk ke ruang pejabatnya.
“Hah, Fawwaz. Lucky
I caught you just in time,” ujar Dato’ Rahim, selamba. Macam tak ada
apa-apa je.
Fawwaz ketap gigi, dan menarik sedikit senyum senget bila
bahunya dipaut dengan mesra.
“Jom masuk bilik Fawwaz sekejap. Ada hal sikit papa nak
bincangkan.” Dato’ Rahim cuba mendorong anak bujangnya itu, namun Fawwaz buat
keras. Tegak berdiri di tempatnya.
“Sorry pa, no can’t do. Fawwaz ada appointment ni dengan Rania. Last week diorang cancel. Hari ni, tak boleh tidak, I’ve to meet them up,” tegas Fawwaz sambil meleraikan pautan sang
ayah di bahunya dan terus berpusing untuk beredar.
“Fawwaz, I just
need five minutes of your precious time,” mendengar suara keras papanya
buat dia pegun. Nafas panjang ditarik dan dilepas perlahan.
“Fine. Dalam
bilik Fawwaz then.” Dia berpusing
semula dan menonong terus ke biliknya. Dato’ Rahim mengekor dari belakang.
Masuk saja dalam bilik pejabat itu, Dato’ Rahim terus
tekan kunci dan melabuhkan duduk di atas settee bersarung kulit di sudut
pejabat.
“Lima minit je, pa. Cepat sikit. Nanti Fawwaz lambat,”
ujarnya acuh tak acuh. Sedikit pun tak memandang pada si ayah. Sibuk menelek
waktu di pergelangan tangannya.
“Appointment
Fawwaz pukul dua setengah. Sekarang ni baru pukul duabelas suku. Nak pergi GCC
Kota Permai tu bukan jauh mana pun. So
please, have a seat first. Then we’ll talk.”
Fawwaz merengus, yakin papa dapat jadualnya dari Kak
Fiza.
“Fawwaz tak nak tersangkut dalam jem,” alasan diberi.
“Kalau ye pun, takkan sampai dua jam awal nak keluar?”
bidas Dato’ Rahim.
Fawwaz diam.
“Fawwaz, please.
Just have a seat first.”
“Kalau papa masih nak pujuk Fawwaz suruh kahwin dengan
anak kawan papa tu, sorry. I’m not interested.” Dia terus beredar ke
pintu.
“Fawwaz! Papa tak kata apa-apa pun pasal tu. I just want to have a talk with my son.
Itu je.”
Lengannya dipegang kejap dek si ayah. Fawwaz putarkan
bola matanya dan mengeluh panjang.
“Five minutes,
pa. Fawwaz ada appointment lain before Rania,” bohongnya. Sebelum meeting dengan Rania dia memang tak ada
apa-apa agenda. Tapi selepas meeting
tu, ada. Spontan senyum senget tersungging di bibirnya.
Dato’ Rahim yang baru hendak bertanya, tiba-tiba kaku
melihat Fawwaz yang tiba-tiba senyum. Aura mendung hitam yang dari tadi memenuhi
segenap ruang bilik pejabat itu terasa seperti sedang berarak pergi. Entah
kenapa, terdetik dalam hati tuanya satu kemungkinan.
“Is it one of your
girls?” tebaknya.
“She’s not like
them other... girls...” tiba-tiba Fawwaz sedar dia terlepas kata bila
melihat wajah sang ayah berubah riak sedikit gembira.
“Dahlah. Fawwaz dah lambat. I’m going now.” Tombol pintu diraih dan dipulas. Dengan segera dia
memboloskan diri keluar dari bilik pejabatnya meninggalkan papanya sendirian.
Dato’ Rahim geleng kepala. Hampir saja dia senyum sampai
ke telinga. Agak lega bila dengar cakap Fawwaz tadi. Dan rasa gelihati juga
tengok si anak yang tiba-tiba malu sendiri. Tak pernah-pernah. Melihat pada
reaksi Fawwaz tu saja dia dah boleh agak. Dia sendiri pun pernah melalui zaman
muda.
Dato’ Rahim tarik senyum senget. Bukan dia tak tahu
langsung gerak geri Fawwaz selama ni. Memang dia perhatikan. Tambah-tambah
sejak satu-satunya anak kandungnya itu keluar dengan perasaan marah yang membuak-buak
tempoh hari. Dihantarkan orang menurut segala jejak langkah anak bertuah tu
seperti biasa kalau Fawwaz keluar dari rumah dengan rasa marah yang luar biasa.
Tapi ternyata, kali ini laporan yang diterima sangat berbeza dari kebiasaannya.
Fawwaz tak ke kelab malam. Fawwaz tak mabuk-mabuk. Fawwaz
tak ambil dadah. Fawwaz tak cari perempuan. Fawwaz tak ke mana-mana pun. Walau
pada asalnya dia terima berita anak itu hampir menjejakkan kaki ke sarang
dadah, tapi tak jadi dek kerana menerima satu panggilan. Ada nama yang
disebutnya. Dan selepas itu, anak bertuah itu terus pulang ke kondominiumnya.
Sesuatu yang julung-julung kali dia dengar.
Dan menambah lagi anehnya, bila Fawwaz tetap muncul di
pejabat pada pagi Isnin dan hadir ke mesyuarat mingguan pagi itu seperti biasa.
Itu memang di luar jangkaannya. Disangka anak itu akan mengambil cuti untuk
beberapa hari seperti kelazimannya bila ada isu besar timbul, tapi ternyata
tidak. Ada sesuatu yang hendak dibuktikankah? Atau ada seseorang yang telah
merubahnya? Mungkin juga disebabkan gadis itukah Fawwaz menolak untuk
dijodohkan dengan anak kepada sahabatnya?
‘Adira? Alia? Whatever
her name is, papa tak kisah lagi dah, Fawwaz. Kalau dia boleh buat Fawwaz
berhenti dari terus bergelumang dengan segala maksiat tu, then be it. Biar siapa pun dia nanti, papa terima,’ detik hatinya.
Nafas lega dihela sebelum dia turut meninggalkan bilik pejabat milik anaknya
itu.
********************
“Macam tak percaya je kau ni laa.”
Andria sengih. “Babe,
Gina, aku sendiri pun rasa macam tak percaya, tau?” Silangan kakinya ditukar,
lenguh.
“But seriously babe,
cuba kau describe apa feel kau dekat dia?”
Andria hela nafas panjang. Jam di dinding bilik dipandang
sekilas sebelum pandangannya kembali ke siling lepa di atas.
“Tak reti aku nak describe.
Macam... Entah...”
“Oooohhhh my dear
babe Andria. Aku rasa kau ni memang betul-betul dah fall for him. Sebab sejak dari kau balik Cameron, kau tak berhenti
sebut nama Hakim tu. Tak berhenti ulang cerita Hakim. Love struck much.” Dengar sangat ada nada mengusik bercampur
sedikit nada jengkel dalam suara Gina.
Andria ketawa. “Besarkan cerita tau kau ni. Mana ada...”
nafinya.
“Adaaa... Kau mana nak perasan. Aku dengan Eddy ni yang
penat tadah telinga, tau?” balas Gina membuatkan temannya itu terdiam.
Terkelip-kelip mata Andria memandang siling. Cuba memutar
kembali memorinya, mencari kebenaran dalam kata-kata Gina. Sebolehnya dia mahu
menafikan, tapi sepertinya memang dia tak akan mampu untuk menidakkan.
“Babe,” panggil
Gina.
“Apa?”
“Kau betul suka dia?”
Andria tak menjawab. Dia bangun dari baringnya dan
bersila di atas katil.
“Suka laa jugak...” desisnya perlahan.
“Sebab apa kau suka dia?”
Soalan Gina dibalas dengan keluhan panjang. Telefon
bertukar ke tangan kiri manakala tangan kanan sudah turun mengutil kain cadar
dengan bibir memuncung.
“Entahlaa Gina. Kau tau kan, how us girls just love to fall for the wrong guys before the right one
comes?”
Gina ketawa. “What
made you think he’s the wrong guy? Manalaa tau he is the right one. Kesatria dalam perisai berkilat bak kata orang
putih.” Dia sambung ketawa.
“Kesatria laa sangaaattt... Kesat hingus bolehlah,”
sambung Andria sebelum ikut ketawa.
“Tapi serius laa babe. Apasal kau boleh suka dia, tapi
kau rasa dia the wrong guy ni?” soal
Gina sebaik tawa reda.
Andria tarik nafas panjang. “Entahlah. I just felt like it. Lagipun, aura bad boy dia tu agak kuat. Penyebab aku
rasa suka, dan pada masa yang sama, rasa he’s
not the right one for me,”
jelasnya dan menghela kembali nafas yang ditahan.
“Aura bad boy?
Woah! That’s new! Kau tak pernah
cakap pun dia ada aura bad boy
sebelum ni? Spill. Apa yang dia buat
sampai terasa sangat aura bad boy dia
tu,” arah Gina.
“Excited lebih,
nampak?” perli Andria.
“Well, you know me.
Bad boys are so delicious and hard to resist!”
“Hoi! Miang tak agak-agak!”
“Eh, toksah nak mengata aku. Kau pun sama jugak, ok? Siap
mimpi make out lagi dengan si Hakim
tu. Lagi gila miang.”
“Err... ok. Guilty.”
Andria angkat tangan, mengaku salah. Dan tawa mereka pecah lagi.
“Hey, cukup-cukup gelak tu. Spill dekat aku cepat.” Gina tukar tona suara. Garang bunyinya.
Andria berdehem sekali. Tapi tak sempat buka hikayat, ada
panggilan lain masuk ke telefon bimbitnya. Dia tarik telefon dan tengok skrin.
“Weh, babe, dia
call ni. Dah habis meeting kot. Nanti aku call kau baliklah. Ok?”
“Haa... Ok. Nanti jangan lupa cerita kat aku how did it goes, tau?”
“Yelah, yelah. Ok, bye.”
Talian terus dimatikan sebelum menukar ke talian satu lagi. “Hello?”
“Hey babe. Missed
me?” Bulat mata Andria mendengar suara jejaka itu. Soalan... Tak agak-agak
sungguh!
“Ha, awak. Err... Kat mana dah?” sedikitpun dia tak jawab
soalan Hakim yang sangat tiba-tiba tu tadi.
“Baru je keluar dari Kota Kemuning. Dalam twenty minutes or so, saya sampailah.
Cukup tak time frame tu for you to get ready?”
“Eh, cukup sangat. I’m
a very simple person. Ok. Saya tunggu awak.”
“Ok, see you.”
“Haa. Ok, bye.”
Dan talian terus dimatikan.
Telefon dibaling atas katil dan Andria bangun dari katil,
tarik tuala dari rak kayu lalu terus ke bilik air. Usai bersiram, dia keringkan
badan dan balut tuala pada tubuh sebelum keluar. Pintu almari dibuka dan
pakaian dicapai.
Jarum peniti disematkan pada shawl rona putih bersih yang
dikenakannya. Puas hati, dia pandang pantulan imej diri sendiri dalam cermin
panjang di depannya. Loose cotton pants
kelabu, tank top putih dan cardigan kelabu. Oklaa ni rasanya. Not too formal, yet not too casual.
Andria tarik nafas panjang dan angguk puas hati. Telefon
bimbit atas katil dicapai dan disisip masuk ke dalam poket seluarnya. Beg
sandangnya ditarik dari atas kerusi di study
table. Ngam-ngam lima belas minit dia bersiap.
Dengan kaki yang sedikit terhencot-hencot, dia keluar
dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Kelibat ibu tak kelihatan. Mungkin di
luar. Mungkin juga di atas. Dia pun tak perasan. Beg diletakkan atas meja kopi.
Baru nak labuhkan duduk, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laju dikeluarkan dari
poket.
“Yep?”
“Kat depan.” Ringkas sahaja makluman diberi.
“Ok. Kejap.” Telefon dikembalikan ke dalam poket dan dia
bangun.
“Ibuuu... Kawan kakak dah sampaiii...” Panggilnya. Diam,
tak ada sebarang balasan. Ibu kat mana ni?
“Haa. Suruh dia masuk dulu! Ibu nak solat asar kejap. Ibu
tertidur tadi.” Belum sempat dia panggil sekali lagi, ibu dah menjawab dari
tingkat atas.
“Ok.” Jawabnya pendek dan bergerak merapati pintu rumah.
Nafas panjang ditarik sebelum tombol pintu dipulas dan dikuak. Kaki terus
menyarung selipar dan berjalan ke pagar.
Pintu kereta dibuka dan jejaka itu keluar. Senyum
dilemparkan dan aviator ditanggalkan. Mata bertentang mata.
Liur ditelan. Andria bungkam. Tak tau nak kata apa. Lain sikit rupa mamat ni
kali ni. Hari tu masa jumpa nampak santai. Sekarang jumpa mamat ni nampak
formal. Masih dalam pakaian pejabatnya.
Dengan seluar slack
kelabu, kemeja lengan panjang warna baby
blue dan vest rona sama dengan
seluar. Tapi vest dah tak berbutang.
Lelaki itu sedang melonggarkan sedikit tali lehernya. Sekali lagi Andria
menelan liur. Begitupun dah nampak menyelerakan, kalau vest dia berbutang kemas, talileher diikat kemas, lepas tu siap pakai
coat... Smart and sleek... Aaahhh... Droooolllll...
Dan ooohhhh... Hampir je sedondon kalau dia pakai tank top warna baby blue tadi.
Serasi sangat. Ecewah!
“Hello... Earth to Andria.
Earth to Andria. Ada lagi tak ni?”
Tangan digawang-gawang di depan muka si gadis yang tak berkelip dari tadi
sehingga gadis itu tersentak sendiri. Pipi tembam dan mulus itu merona merah.
Fawwaz tarik senyum. Cantik.
“Emm... Hakim... Err... Hai...” Tergagap dia dibuatnya
sambil melarikan pandangan ke arah lain. Kantoi merenung anak teruna orang
adalah sangat memalukan. Lebih memalukan bila kantoi dengan tuan punya badan
sendiri. Perlahan tangannya naik mengetuk kepala sendiri.
“So, shall we?”
ajak Fawwaz sambil melemparkan talileher ke seat
belakang keretanya.
“Eh, nanti! Err... Masuklah dulu. Ibu nak kenal...” suara
Andria perlahan. Serba salah pun ada. Dia tak cakap awal-awal dengan mamat tu
tadi pasal ibu nak jumpa. Jangan tiba-tiba mamat ni naik angin, sudah.
“Perlu ke?”
“Perlu! Ibu biasa jumpa dengan semua kawan saya.”
Fawwaz hela nafas panjang. Tak pernah lagi seumur
hidupnya dia bawak keluar perempuan nak kena hadap mak ayah perempuan tu dulu.
Dipandangnya Andria lama.
“Fine. Saya jumpa. Tapi awak kena kahwin dengan saya.” Siap
pakej kenyit sebelah mata. Dan demi melihat mata Andria membulat, dia ketawa
senang sambil membuka vestnya sebelum
disangkut pada hanger di tempat duduk
belakang..
“Siapa nak kahwin dengan dia entah. Perasan lebih.
Dahlah, jom masuk,” balas Andria sambil terus berpusing dan masuk semula ke
dalam. Menutup debar dalam dada. Memang tak terjangka Hakim nak cakap macam tu.
Rasa macam nak dapat serangan jantung dah sekejap tadi. Dia dengar Hakim masih ketawa
di belakang, tapi dia buat tak tahu saja.
“Awak duduk dulu. Ibu tengah solat. Err... Nak minum
tak?”
“Boleh jugak,” balas Fawwaz dan gadis itu terus
menghilangkan diri ke dapur.
Punggung dilabuhkan atas kusyen empuk perabot kayu jati
di ruang tengah itu. Pandangan dilemparkan ke serata rumah sebelum kembali
menghadap ke hadapan. Baru dia nak tarik telefon bimbit dari poket seluar,
telinganya menangkap bunyi seseorang sedang datang ke arahnya.
“Assalamualaikum,” lembut suara seorang wanita memberi
salam. Fawwaz bangun dan pusing ke belakang.
“Waalai... kumus... salam...” Masing-masing gamam. Tegang.
*************************
Hampir lima minit kedua-duanya kaku di tempat
masing-masing. Fawwaz rasa bercelaru sungguh saat ini. Ada rasa lega, juga ada
rasa sesuatu yang tak kena. Serba salah. Dan dia pasti, wanita yang berada
tidak jauh darinya juga merasakan perasaan yang lebih kurang sama.
“Ibu dah turun? Haa ibu, ni Hakim. Hakim, ni ibu.” Andria
yang baru tiba dari dapur tarik senyum lebar.
Ibu pandang tajam wajah anak gadisnya. Lengan Andria
dipegang kejap. “Arliana Andria.” Keras suara ibu.
Andria yang mendengar nama penuhnya dipanggil, mula rasa
tak senang. Seakan ada kesalahan besar telah dia lakukan. Dikerlingnya sekilas
pada si jejaka yang sudah agak keruh riaknya. Pandangannya kembali pada si ibu.
“Kenapa, bu?” soalnya takut-takut.
“Kakak kata kakak kenal sangat dengan Fawwaz anak Uncle
Him tu, kan?” mata ibu merenung tajam pada si anak gadis.
Berkerut kening Andria. Apa ibu ni? Tiba-tiba je? Perlu
ke ibu bangkitkan soal ni sekarang? Depan Hakim pulak tu? Ish... Lambat-lambat
dia angguk.
“Mestilah kenal, ibu. Mamat kaki kelab, kaki minum, kaki
perempuan tu, satu Selangor dengan KL kenal dia siapa,” balasnya dengan nada
perlahan, mengelak dari perbualan didengari sang jejaka.
“Satu Selangor, satu KL kenal Fawwaz kaki kelab, kaki
minum, kaki perempuan tu ye kakak? Hmm?” Andria rasa macam nak tolong pekup
mulut ibu. Penat dia cakap pelan-pelan tak nak bagi Hakim dengar, ibu selamba
ulang for the world to hear. Ibu
nih... Dia curi-curi pandang pada Hakim yang kelihatan... amused? Eh? Kenapa?
“Ibu ni cakap kuat-kuat kenapa? Malulah kakak,” rungutnya
dekat dengan telinga ibu.
“Kakak cakap kakak tak nak kahwin dengan Fawwaz kaki
kelab, kaki minum, kaki perempuan tu, kan?”
Andria rasa muka dia dah tebal gila. Bukan takat
berpuluh-puluh inci aje ni, macam dah berpuluh ribu inci dah rasanya. “Ibu...” marahnya.
Kening dikerutkan, bibir sudah memuncung.
“Liana... Kakak... Ibu tak rasa kakak kenal pun siapa
Fawwaz tu sebenarnya, kan?” riak wajah ibu nampak kesal sangat buatkan Andria
rasa bersalah yang amat.
“Ibu... Kakak...” terhenti kata-katanya bila ibu
geleng-gelengkan kepala. Sebelah tangannya ibu genggam dengan erat sebelum ibu
kalih pandang pada Hakim, kemudian kembali padanya semula.
“Kakak... Itulah Fawwaz, anak Uncle Him...”
Gelas di tangan hampir terjatuh tapi cepat-cepat disambut
ibu. Andria tutup mulut dengan tapak tangan. Dipandangnya pada si jejaka yang
sudah mula senyum.
“Aaahhh... So
you’re the infamous Liana yang lari dengan boyfriend sebab tak nak bertunang tu... Patut memang dah boleh agak
sangat dah bila tengok Lily hari tu...” tenang sahaja Fawwaz menuturkan
kata-kata.
Mata Andria semakin membuntang. Nafasnya turun naik
dengan deras.
“Babe, penat kita
lari sampai ke Cameron sama-sama sebab tak nak kahwin. Tapi rupa-rupanya, kalau
dah jodoh, memang tak kemana, kan?” Senyum senget ditarik, tangan kanan
dilambai, “Hi, fiancee.”
“Kakak... Kakak cakap kakak pergi sorang...” suara ibu
keras.
Andria sudah tergeleng-geleng perlahan. “No...” sebutnya lemah. Tak mahu percaya.
Sebolehnya tak ingin percaya dengan kenyataan yang terbentang.
Fawwaz kalih pandang pada ibu Andria. “Aunty Linda, kalau inilah orangnya,
memang saya tak silap kata hari tu.” Senyum sinisnya semakin lebar. Tercabar
sebenarnya bila mendengar apa yang Andria katakan tentangnya sebentar tadi,
lalu dia terus nekad.
“Apa maksud kamu?”
“Saya yang bawak dia naik Cameron. And yes, dia memang dah... kena sentuh... If you get what I mean.”
Senyum mengejek sambil melangkah merapati dua beranak itu.
Ibu pandang Andria macam nak makan. Si anak gadis sudah
menggeletar satu badan.
“Kakak...”
“Tak... Takde... Kakak tak buat, bu. Sumpah!“
“Babe, you don’t
remember? It was you who came to me
that night. Tak ingat?” selamba pipi Andria dielus lembut membuatkan si
gadis berundur setapak ke belakang.
“No... That was...
That was... A dream... It was just a dream!”
Fawwaz melangkah setapak menghampiri Andria semula. “Aawwhhh babe... Sadly, it wasn’t just a
dream. We did it for real,
sayang,” ujarnya, lembut. Sekali lagi tangannya naik mengelus pipi gadis itu.
Dan entah mengapa, tangan Fawwaz yang mengelus pipinya
sekadar dipegang. Andria mendongak merenung ke dalam mata jejaka di hadapannya.
Dia rasa... dejavu...
“Hakim... sayang Ria...?”
Fawwaz tarik senyum. “You
remembered...” Dia tunduk dan mencium dahi Andria membuatkan mata gadis itu
terpejam. Segala yang berlaku tempoh hari terbias kembali dalam kepalanya.
Tanpa mampu berfikir panjang lagi, bibir Andria yang sedikit terbuka itu terus
dipagut lembut.
“Astaghfirullahal ‘adziim... Kakak!”
Andria yang baru tersedar, terus menolak Fawwaz sekuat
hati sebelum dia sendiri jatuh terjelepuk di atas lantai.
*********************
Jumpa lagi lepas raya... Atau kalau saya rajin *doa-doakanlah saya rajin*, mungkin saya naikkan entry special sempena Ramadhan ke, sempena raya nanti ke. Tapi itulah, kenalah doakan banyak-banyak supaya saya rajin. Hahahahahah :P
Ok, dah, boleh hentam sekarang. :)
45 comments:
Bulan2 posa ko buat citer pagut2 bibir syahhh...habeh batai posa akak tau!!! Next time upload lepas terawikh j
@alin0ne78 : laaaa... pagi tadi akak jugak yang suruh apdet cepat-cepatttt... hahahahahah
Erkkkkk....smbl kipas2 muka...ahaksss
panas tetibaaa
Ermmmm...akhirnya andria brknalan jgak dgn bakal tunang yg kerek tu yee...
Fawwaz2....asa nk cepuk2 jaaa...blh g wat tk senonoh kat ank dara org dpn ibu dia...hailaaaa....
Berbaloi menunggu n3 ni...kihkihkih
Teruskan berkarya dik...terbaek¡¡
»Leen«
hahaha
kak alinone btol... hahaha
Mana akak tau yg endingnya boleh nipiskan pahala posa...nasib baik hubby akak koje tau!!!
Tengok syah...ni penyokong tegar ni
Betoi la...kalau aku maknya..memang aku cepuk2 si hakim aka fawwaz ni..bio lebam segala
Ko senyap sunyi ni..ko intai blog akak yer syah?
Syah sila rajin yeeee jgn malas....
Nak baca apa yg terjadi dekat CH tu... tapi lepas berbuka la hehehe
Wooo.. berani tahap gaban mamat ni!! Gaban pon surender.
shah sila update mlm yer kalu ada yg panas membara :p
Ayu...hahha..awatnya kalau yg pns kna apdet mlm(esen muka blurr)mlm leh suh sejuk ek...kikiki
mjr ibu ria tk pitams mlihat adegan bntuan pernafasan bkn lam time kecemasan tu...kikiki
»Leen«
Alin....asanya sblm u smpt cepuk laju2 si fawwaz a.k.a hakim nih..kompom u kejung 60 saat...kikikiki
tu la kan mamat nih suka suki dia nk g 'chup' ank dara org...hailaaa
Poyo je en syah...
Omg......im speechless. .. berani giler hakeem tu...cnfirm kna kawen nih...
@Leen : Hujan kot petang tadi.. panas eh? Kikikikikik :P
Aaa... Sianlaa Fawwaz nak dicepuk-cepuk selalu... Muahahahaahah
Terima kasih kak. InsyaAllah.. :)
@Anonymous : Saya tak bersalah.. Hahahahahah
@alin0ne78 :
1) Err.. apakah kaitannya ngan hasben kak alin keje tu? Tak dapat nak tangkap plak. haha
2) Mana penyokong tegar? mana? mana? hahahahah
3) mak sapa? mak Andria ke mak si Fawwaz? hahahahahah
4)Saya bersiap nak pi majlis iftar petang tadi kak. :)
@noorliyana Shamsuddin : Yang terjadi kat CH boleh baca kat part awal2 hari tu.. heheheheh
Tak bleh ke malas? ala...
@Ayu dzulkarnain : Takde dah, lepas raya plak pasnih. heheheheheh :D
@Leen : Tu laa kan? Patut buat mak Andria pitam terus tengok adegan tak patut tu. hahahahah
@Anonymous : Fawwaz kan mental sikit.. unpredictable gitu.. hahahah
@JunAnuar : Eh? Kenapakah saya plak yang kena poyo nih?? *tak puas hati* hahahahah
@Yaya Zainudin : Errr... No komen laa bab tu.. hahahahah :D
Pergggg...kenq nikah cepat2 ni...
Huiiii dahsyatnya fawwaz, berani thp gaban keh keh. Lain yg dfikir lain yg jd. Good job syah sbb lari dr jln citer biasa hero minta maaf bla bla bla....nmpknya kena tgu la nasib fawwaz pasni, mujur br bc x la btl posa ai kih kih kih
@widuri : Itulah tu.. heheheheh :D
@arzalif : Terima kasih.. Ni hero yang jadi crook. tu laa pasal perangai lain macam skett... hahahhahah :P
Eh eh, boleh batal posa ka?? hahahahahah :P
hamboiiiiii Andriaaaa... 'nampak menyelerakan' --- stmt tak hengat...tu la sebab terpikir mcm tu kot yg Fawwaz terus makan kottttt....fikiran harus sentiasa very the suci lagi murni gurl... ingat tu... hehe
oh Fawwaz!!! yu notty notty boy... memang perangai ikut sedap dia jerrrrrrr.... ni kalau mak Andria opsss Liana (hehe) tak suruh kawen la la tu jugak tak tau laaaa....
@hk : hm... orang lain yang pikir nampak menyelerakan, orang lain plak yang makan? cana tu? hahahahah
haiihhh... tak taulah nak kata apa... Takut Andria, eh, Liana *ahaks* yang takmo kawen je kang... heheheheheh
Encik syah shah....klu citer ko ni panas2... elok la los raya
..boleh baral posa den yg baca....
Gila slumber fawwaz ni...dpn mak ria pun dia bantai gak... .
dasyat ko syah shah.....
Sape bace n3 kali nie....pahla pose sume dah kawros skit yer....
itulah yang dinamakan telepati sehati sejiwa gituuuu. he can read her mind laaaa...
kalau Andria tak nak kawen??? meh sini aku sekolahkan Andria tuuuu....
kata kan ia hanya mimpi yg jd nyata
syah,kok ye pun bulan puasa ni haha
syah...akak geram ni,ni terlebih imaginasi ke hape
Lambat nar nak tunggu lepas raya syah nak hapdetkan cite ni..pekata buat version time berpuasa..mesti citevpun ala2 suci gittewwww...
@saadiah abdul satar : Haritu lagi dah kabo. orang suruh apdet gak.. jadi, nasibla.. muahahahahah :P :P
@Sarinah Aini : Termasuklaa akak sekali, kan? kan? kan? hahahahah :P
@hk : Telepati laa sangattttt... hahahahah
Ewah, nak sekolahkan Andria... Excited lebey nampak? hahahahah :P
@kak na : Timeframe dalam cerita belum bulan posa.. nak buat lagu mana? hahahahah
Err... saya sekadar menjayakan watak Fawwaz je.. tak bersalah.. Hahahahah :P
@widuri : version time puasa? ala-ala suci? hahahahah tak tau nak habaq kata lagu mana... hahahahhahahah
@kak na : Timeframe cerita bukan bulan posa.. tu laa jadi camtu tu.. hahahhah :P
Err.. saya menjayakan watak Fawwaz je... tak bersalah.. hehehehheh :P
@widuri : Cerita bulan puasa ala-ala suci? Mueheheheheheh
Knowing Fawwaz, adakah beliau itu suci pemikirannya? kakakakakakak :P :P
Dah namanya berpuasakannnn...
Selain dr menahan lapar, dahaga n dot dot dot...
Berdarah ahkak nak nunggu lepas raya ni...
Mau tido x lena, mandi x basah n makan x berasa...
@widuri : Heheheheh yelaaa... itu kita-kita ni... Fawwaz tu susah skett nak cakap.. hahahahah :P
Amboih... kemain melampaunya sampai gitu.. hahahahahah
weeyyyyhhhhhh jahat giler si mawas neh...menjatuhkan maruah Ria sampai cam 2 sekali aehhh...masak la Ria pas ni kene gulai ngan mama dia ...poor that girl....kenapa plak la komen i xde neh ke ade owang wat dajal smalam ek??? rasa2 cam dah boh dah semalam...errr ke x?????...pening sudah hahha
@strawberry.chocolate81 : Ada ke komen semalam maupun kelmarin? takde rasanya.. heheheheh
Errr... Fawwaz tu... Err... Camna nak cakap ntah. hahahahah
gilerrr ar fawwas 2....
@Anonymous : Aah, Fawwaz tu memang gila sikit. hahahahah
seyus tahap gaban meletops xhingat dunia si fawwaz nih..isk..isk..istighfar..istighfar..
@ctrain7474 : Haiihhh... Apa nak buat... Fawwaz tu memang kepala gila sikit... Hmmm... Isk isk isk iskkk.... *geleng2 kepala* hahahahah
Am hooked to this story. Good job encik writer. From beginning saya dah suka ngan jln citer dia. Caiyok3.. !!
@rita : TErima kasih. harap sudi tuned in sampai jumpa perkataan TAMAT nanti.. heheheheh :)
whuarghhh! ini dah nak habis raya *ke dah habis?* xupdate2 pon.. nak tahu smbgn diaaaaa.....
@Fi Khalid : Sorry, tak sempat. Too many things to juggle. Tunggu dalam seminggu dua lagi kot...
Post a Comment