Part Empat
Isi fail berwarna kuning terang itu
dilihat sekilas lalu. Tangan pantas mencapai gagang telefon dan menekap ke
telinga. Nombor didail dan dia tunggu panggilan disambung sambil terus meneliti
maklumat yang tertera dalam fail itu.
“Hello, Mr. Tan’s office,” sahut suara
seorang wanita dari talian sebelah sana.
“Hi,
good afternoon. My name is Ervina and I am calling from Rastow
Chemicals...” Vina mulakan sesi pengenalan syarikat macam biasa. Bagi
mukaddimah sikit sebanyak sebelum menyentuh isi sebenar punca menelefon.
“We
have the experience of catering for other big companies as well in our 30 years
of business. So I would like to introduce you our product ranges that you can
choose. If you can spare me some times or if we could make an appointment for
me to come over and have a discussion.” Vina tamatkan kata-kata dengan
senyuman. Supaya suaranya kedengaran ceria dan menarik minat potential customer.
“Hmm... How do I put this? I’m sorry Miss Ervina, but Mr. Tan is not around at
the moment. Dia dah keluar dari pagi lagi. Esok pulak dia outstation. Tapi lepas tu jadual dia
agak pack. Dalam seminggu lagi baru dia ada free
slot kalau tak silap akak. So... Macam mana?”
Laju Vina angguk. “Boleh! Boleh! Tak ada
masalah! Tolong slotkan appointment untuk
saya jumpa dengan Mr. Tan ye?”
“Hmm... 16 haribulan. Lepas cuti raya
haji. Time tu je dia ada free.
Boleh?”
Vina diam sekejap, memandang kalendar di
atas meja. 16 hari Rabu... Bolehlah. Dia pun bukan beraya sangat. Lagipun
setakat balik Banting je. Tak ada hal lah.
“Boleh. Tak ada masalah. Tolong tetapkan
appointment saya pada tarikh tu, ye?
Err... Jam berapa agak-agak?”
“Hmm... Pukul tiga, ok?”
Lebar senyum Vina. Sempatlah kalau dia
bertolak dari Banting pagi tu. Sempat sangat. Tak adalah bapak bising sangat
nanti.
“Boleh, boleh. Terima kasih ye? So, 16
haribulan Oktober, pukul tiga petang. Dekat ofis dia, ye?”
“Haa, ye, ye. Dekat sini.”
“Ok, terima kasih ye, Cik....”
“Puan Sari.”
“Ha, Puan Sari. Maaf, cik pulak. Err..
Terima kasih ye Puan Sari? Assalamualaikum.”
“Err... Waalaikumussalam.”
Vina tarik senyum dan meletak gagang
telefon. Selesai kerja cari potential customer untuk hari ini. Nafas panjang
dihela. Saat matanya mengerling pada waktu yang tertera di hujung sudut monitor
leper komputernya, dia teringat pada janji temunya petang ini. Dia mengeluh
berat.
Setelah hampir seminggu berlalu, hari
ini sampai juga. Harapannya ini kali yang terakhir dia jumpa dengan mamat PMS
tu. Tak sanggup lagi dah rasanya walau cuma sekali itu sahaja mereka bertemu.
Laci tempat menyimpan beg tangannya ditarik dan beg tangan diangkat keluar.
Kunci kereta atas meja dikaut sekali dengan cawan Slurpeenya.
“Kak, saya keluar dulu. Tak masuk
pejabat dah rasanya. Lepas jumpa customer
saya nak settle pasal kereta haritu,”
beritahunya pada teman sepejabat sebelum mengatur langkah keluar dari pejabat
menuju ke tempat parkir.
Enjin Gen2 dihidupkan dan dia terus
beredar dari situ. Temu janji dengan pelanggan dekat –dekat sini je. Tapi nak
kena travel jauh sampai ke Kuala
Lumpur nak selesaikan hal kereta. Tension...
Tension... Petang-petang nanti nak keluar dari KL, seksa!
USAI urusannya dengan pelanggan, Vina
pecut Gen2 merah menghala ke Ampang pula. Dalam hati berharap sangat semoga tak
tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Setakat jem sikit-sikit tu,
biasalah.
Sampai depan bengkel tempat kereta
diperbaiki, Vina terus turun. Dari luar bengkel dia dah nampak kelibat mamat
berlagak tu sedang duduk membongkok menongkat tangan pada lutut sambil bermain
dengan telefon bimbitnya di atas sebuah sofa di ruang menunggu. Terus sahaja
Vina atur langkahnya ke situ.
Susuk tubuh si jejaka yang sedang leka
itu diamati dengan lama. Segak memang segak. Kacak memang kacak. Tampan memang
tampan. Tapi sayang, mulut tak boleh tahan. Elok-elok boleh lulus dengan warna
berterbangan, terus gagal dengan maha dahsyatnya. Merudum-rudum jatuh tergolek
dari carta.
Ada dekat dua minit tegak di depan pun
masih tak disedari si jejaka buat Vina naik angin. Dia berdehem sekali, tapi
lelaki itu masih leka dengan telefon bimbitnya. Vina merengus perlahan.
“Assalamualaikum.” Suara dikeraskan
sedikit.
Mendengar suara yang memberikan salam,
terus Damien hentikan aplikasi game
pada telefon bimbitnya. Wajah diangkat, dan senyum dihulur. Malang, si gadis
bermuka masam.
Damien bangkit berdiri. Note II diseluk
masuk ke dalam poket slacknya.
“Lambat,” omelnya perlahan.
“Jalan sesak. Sorry,” balas Vina, dingin.
“Whatever.
Nak settle sini or some place else?” Damien ikut bertukar jadi ketul ais batu.
“Sini ajelah. Nak pergi mana lagi?” Vina
dah kerut dahi.
“Manalah aku tau. Aku tanya tu,
kan? Soalan mudah macam tu pun tak boleh
faham ke?”
Vina kancing gigi rapat-rapat dan hembus
nafas panjang. Terbakar je rasanya bila bercakap dengan mamat dekat depan ni.
Sabar Vina, sabar.
“Saya taknak gaduh. Saya datang nak
selesaikan hal kereta tu je. So, encik Haid..”
“Aku tak pernah pukul perempuan selama
ni. Jadi aku mintak jasa baik kau jangan jadikan diri sendiri orang yang
pertama dalam sejarah hidup aku,” potong Damien tanpa sebarang nada mahupun
perasaan. Tapi riaknya sangat serius.
Melihatkan wajah yang sudah merah padam
dengan rahang yang bergerak-gerak tanda sedang mengetap-ngetap gigi buat Vina
kecut perut. Apa lagi bila melihat penumbuk yang terkepal erat. Err...
Takkanlah dia nak pukul perempuan pulak? Tak gentle nya?
“Ye, sorry,
sorry. Encik Hyde. Maafkan saya, tersasul. Payah sangat nak sebut pun. Cuba
bagi nama lain ke, nama penuh ke. Senanglaa sikit,” sempat lagi Vina merungut
dalam takut-takut pun.
Damien pandang Vina kecik besar kecik
besar je. Kalau bukan sebab perempuan, memang dia dah debik je. Mulut tu, dia
tak boleh tahan. Sedap-sedap mendiang daddy bagi nama, sesuka hati je budak ni
tukar-tukar sebutan tu.
“Kau ada niat nak jumpa aku lagi ke nak
mintak-mintak nama penuh aku ni?” sinis Damien.
Bulat mata Vina jadinya. “Choiii! Memang
tak laa! Tak hingin pun! Saya mintak nama penuh, nanti senang nak buat report polis kalau ada apa-apa hal!”
Damien baru nak menjawab bila Amir
datang mencelah.
“Wei, wei, ni tempat aku carik makan,
ok? Nak gaduh, tunggu dekat luar nanti. Ni orang semua dah mula pandang-pandang
korang dah ni,” tegas Amir.
Damien merengus. Dipandangnya Vina
tajam. Dan sebelum sempat dia membuka mulut lagi, Amir lebih dulu mencelah.
“Pergi bincang dalam ofis aku. Senang,
tak ada orang nampak,” cadang Amir.
Damien tak tunggu lagi, terus sahaja
berjalan menonong menuju ke pejabat Amir di bahagian belakang bengkel. Vina
yang mengekor dari belakang terpaksa berlari anak memandangkan langkahnya tak
sepanjang langkah lelaki itu. Dalam hati sudah menyumpah-nyumpah geram.
Sebaik Vina tanggalkan kasut dan masuk
ke dalam ruang pejabat berhawa dingin itu, Damien terus tutup pintu dan menekan
kunci sebelum melabuhkan duduk di atas sofa tunggal tak jauh dari pintu.
Renungannya tajam menikam ke arah si gadis.
Vina dah rasa kecut perut tiba-tiba.
Terasa macam terperangkap pun ada. Liur kelat ditelan. Perlahan dia labuhkan
punggung atas sofa bertentangan. Beg tangan terus dipeluk dengan erat. Mujur
gugusan kunci kereta dan kunci rumah dari tadi masih di dalam tangan. Dari celah
jari, muncung-muncung kunci yang tajam dikeluarkan. Persediaan awal.
“So...”
“So,
ini bil yang pomen bagi. Pass it to your
insurance agent. Or you can pay on your own first. Whatever. I don’t care.
Yang penting, aku tau masalah ni selesai dan aku boleh ambik balik kereta tu
hari ni,” ujar Damien lalu menghulurkan sehelai resit.
Lambat-lambat Vina sambut.
Terketar-ketar sahaja dia nak tengok jumlah yang tertera. Masak dia kalau
banyak. Sebaiknya dia tak mahu guna insurans sebab tak mahu kacau NCD. Lagipun
baru setahun sahaja Gen2 tu dia pakai. Nilai insurans masih tinggi. Kalau dia
masih guna Kancil lama tu, tak adalah rasa ralat sangat. Haiihhh...
Bulat mata Vina tengok jumlah yang
tertera. Rasa macam nak meraung pun ada. Sudahlah tengah bulan. Mana dia nak
cekau duit? Bibir bawah digigit kuat. Lama dia tenung resit tu dengan harapan
figura yang tertulis akan berubah. Tapi... memang mustahil lah, kan?
Damien yang memandang riak Vina, dah
tarik senyum senget. Sengaja menggertak sebenarnya tadi. Dia sedar kemalangan
jadi bukan semata-mata salah gadis tu. Dia sendiri pun bersalah. Tapi dia tak
boleh tahan diri sendiri daripada berubah jadi rimau jadian depan gadis ini.
Nak-nak bila nama dia yang sikit punya sedap tu dah jadi apa-apa je di bibir
gadis tu. Memang terasa-rasa macam perlu dia buat sesuatu supaya si gadis tak
salah sebut lagi.
“Err... Saya... Saya bayar sikit-sikit
dulu, boleh?” Vina bersuara takut-takut.
“Kalau bayar sikit-sikit, masa bila aku
boleh ambik kereta tu? Kau ingat ni kedai runcit? Logik sikit soalan tu, boleh
tak?” sinis Damien.
Vina gigit bibir. Nak bayar sekaligus,
memang makan pasirlah dia jawabnya for
the rest of the month. Nak korek duit dalam akaun ASB rasa macam sayang
sangat. Belum masanya. Dia nak tunggu bonus. Jadi, macam mana ni? Aduh...
Dilema... Dilema...
Damien tegakkan badan. Resit dalam
tangan Vina ditarik dan diletak atas meja.
“Aku tak kejam sangatlah. Since partially it was also my fault,
aku bayar separuh, kau bayar separuh. Boleh?”
Bersinar terang terus mata Vina. Laju
dia angguk. “Boleh, boleh, boleh!” dah serupa macam kartun budak kecik botak
dekat tv gayanya. Logik tak logik, belakang cerita. Yang penting dia tak
terbeban dengan jumlah sebesar itu.
Damien tarik senyum. Baru dia nampak
Vina tu comel. Sebelum ni, disebabkan mulut tu, sepanjang masa dia nampak Vina
macam nenek sihir yang menyakitkan hati. Dompet dikeluarkan dan sejumlah wang
diletakkan di tepi resit.
Vina pandang sahaja. Tengok duit tu dia
rasa macam lelaki tu letak lebih dari jumlah separuh. Tapi dia diamkan sahaja.
Harap-harap lelaki tu tak perasan dia letak lebih dari yang sepatutnya. Itulah
padahnya kalau berlagak main keluarkan duit aci pakai letak je tak payah kira.
'Setakat bawak Wira je pun, tapi
berlagaknya mengalahkan orang bawak BMW!’ cemuh Vina dalam dati.
“Tak, aku tak silap letak. Memang aku
bagi lebih. Kesian kat kau,” ucap Damien selamba sambil bangkit dari duduknya.
Vina terdiam terus. Err... dia boleh
baca fikiran aku ke?
“Err... Terima kasih, encik Ha... Encik
Hyde! Encik Hyde, terima kasih!” Cepat-cepat dia betulkan sebutan bila lelaki
itu sudah mula menjegil marah.
Damien tak menjawab, sebaliknya dia
datang ke depan Vina.
“Mulut kau ni, kan...” Damien geleng.
Vina bangun. “Sorry... Tak sengaja... Nama awak tu sus... Umph!”
Buntang biji mata Vina bila lelaki itu
tiba-tiba menarik dagunya dan mengucup bibirnya tanpa sebarang amaran. Sekuat
hati dia menolak bahu lelaki itu sebelum mengesat bibir dengan lengan blaus.
“Hoii!! Gila! Kau ingat apa?!” Hilang
sudah saya-awak. Berapi pandangan Vina mencerlung pada lelaki itu yang berlagak
selamba membetulkan kemejanya.
Damien tarik senyum sinis sambil
menjilat bibirnya. “Sweet. Macam ada
rasa tutty fruit sikit. Emm... Slurpee I presumed? Yummy! Slurpee slurps kind of yummy!” Galak Damien ketawa.
Vina ketap gigi rapat-rapat. Marah
sangat sampai tak tau nak kata apa lagi. Dalam kepala dah sepuluh kali ulang
tayang scene dia hempuk kepala lelaki
tu dengan tukul besi.
“Aku harap lepas ni kau dah tak tersasul
nama aku lagi.” Damien kenyit mata, “If
we ever meet again that is...” sambungnya sambil tersenyum mengejek. Tombol
dipulas dan dia terus keluar dengan hati yang puas.
Vina yang masih tinggal terus menjerit
tak puas hati.
******************************
Dah abis baca? Terima kasih... Sekarang bolehlah menghentam saya... :D
30 comments:
bad boy lg!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tgu mase en.hyde ni insaf la
bad boy lg!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tgu mase en.hyde ni insaf la
Cam 2x5 je damien ni ngn fawaz... Ok..next en3...
Oooo..nama Vina is Ervina..
Gilis dengan Buldozer je, tukul besi buat apa Vina oii..
Memang kena sangatlaaa si Damien ni kawan ngan si Fawwaz..
errrr.... 16hb tu besday edennnnnnnnn..... ada candle light dinnerkah????? kikiki
Damien mmg gila!
Tq sebab up awal heee...oh bukan part 4 eh yg dorg ni dah ok...ni msih k.o jer hihihi...tpi memang best terbaik punya Damien kikiki...
Abik kesempatan dlm kesulitan juga si Damien ni...ceh...hehehe...^Lisha^
Cheh..amik kesempatan btoi la ....ha ha ha
spesies fawwaz gak ke...ke spesies tuan penulis ni haha
Nakal!!!!nya Damien...♥♥♥♥♥
Dah kurang seribu duit hantaran......chisssss jaga kau jebat.....
Mmg lah sespesies dgn fawwaz nie...main hentam kromo dia jerr..
DAMIEN DAN FAWWAZ ni memang species sama... x macam abang Daus yang cool ja...hehehe
hey you, apa main kiss sesuka hati anak orang ni? Jahat betul si Damien ni. Sabar je laa Vina oii.
Wehhhh...gila jahat.selamba badak her cium mulut si vina Tu...kalau aku dot mamat Tu..taula macamana nk kerjakan dia!
grrr...Syah, awk pon geng2 fawwaz n haid gak ker..spesis bad boys nih..cam hafal je karektor depa tu..hehhee..
Hahahaha... notty Mr Damien / tutti frutti slurpee bagai ye
Sempat pulak si En. Haid kissed Vina. Revenge Vina Revenge...huhu
abg syah, ape name betul lelaki yg dlm gambar tu.. hensem bebenor .. hahahah
Damien Damien Damien... saje je nak tunggu lambat skit comment. udah bergelen2 dh kat fb nih hahaha.. Memang jatuh kerusi tergolek2 masuk bawah katil aku dgn Damien ni. Notti ye..
Anonymous - abg syah, ape name betul lelaki yg dlm gambar tu
Mehlah akak tlg jawabnye.. coz akak ni peminat mamat tu hahaha.. Namanya Hideo Muraoka - Model @ PHP / mixed Japanese, Brazillian & Philippine
thanks kak! hehehe.. macam Daniel Matsunaga lah.. cume Daniel mixed brazil and japan ..
Anonymous : haah.. They all satu kapal tu. Hideo & Daniel :)
haha..ni mcm sama spesis ngn fawwaz jerk..suka2 ati dia je nk cium2 ank dara org..huiii..melampau!
Haha... sy pun dok rasa nk ty camtu gak! :p
suka, nak mintak terang-terang gerenti vina tak kasi kan... so ambik curi jer lah, settle kes ... hehehehe budak damien & vina ni ada dlm novella Yang Luar Biasa kan? yeay ... coming next week boleh baca cerita damien & vina versi buku. thank u SS. keep up the good work.
Jalan cerita yg bagus. Lain dari kebanyakkan novel yg sy baca. Watak Damien dan Vina yg sgt menarik. Hope ada sambungannya nnt dan ada dlm versi cetak. Kalau ada dlm versi cetak pls ifm me asap k....Luv the story.Good job.
Maaf semua, tak sempat nak reply satu2.. Been busy.. Hehhehe
#Damien a.k.a. My Slurpee Slurps ada dalam kompilasi Yang Luar Biasa and is now available dekat Pesta Buku 1Malaysia yang sedang berlangsung dekat PWTC sampai 15hb December ni. Kompilasi ni adalah edisi terhad. Siapa cepat, dia dapat.
Sila terjah booth Idea Kreatif Publication di booth no. 098 esok, secepat mungkin!! Heheheheheheh
Post a Comment