Kawan-Kawan

Saturday, November 09, 2013

#Damien - Part Tiga

Menyempurnakan cabaran Que Sera Sera dan Farah Husain sekali lagi... Heheheheheh




Part Tiga


“Damieeennnn...!”
Namanya diseru sebaik dia melangkah ke dalam pejabat tengahari itu. Pegun terus langkah kakinya melihat wanita hampir separuh abad itu berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Nasib baik masuk jugak! Akak dah tak larat dengar big boss sekejap-sekejap tanya mana kau tak masuk-masuk lagi.” Kak Sari bersuara termengah-mengah.
“Ada apa yang urgent sangat sampai bos cari saya banyak kali tu kak?”
“Alaa... Pasal projek dekat Kulai tu laa...”
“Ooohhh..” sahut Damien. Beg galasnya diletakkan atas meja sebelum dia melabuhkan punggung atas kerusi. Tali leher yang dah sedia longgar, dirungkaikan lagi. Panas!
“Haa... Lagi satu. Budak baru tu tak jadi masuk hari ni. Dia telefon tadi cakap ada emergency. Dia datang lapor diri esok,” beritahu Kak Sari sambil menolak beg galas Damien ke tepi dan meletakkan planner di atas meja depan lelaki itu.
“Aik? Suka hati dia je ye? Berani betul. Tu baru nak lapor diri, dah pandai mungkir janji. Kalau dah masuk kerja esok-esok, entah apa je auta dia agaknya,” sungut Damien sambil meneliti planner yang terbentang di depan. Menyemak jadual appointmentnya untuk hari ini.
“Allah... Dah dia ada emergency... bukan dia saja suka-suka...” selamba saja jawapan Kak Sari.
Damien angkat muka, memandang tajam pada wanita itu yang cuma beriak selamba tak ada perasaan langsung.
“Kak, ini soal integriti laa kak,” selanya tak puas hati.
Kak Sari tarik senyum sambil memandang tunak pada pemuda berdarah kacukan Cina dan India di depannya itu.
“Damien, hari ni kita berihsan dengan orang. Mana tahu esok lusa Allah berihsan dengan kita pulak masa kita susah? Lagipun dia ada emergency, Damien. Ada kesulitan...” lembut kata-kata Kak Sari masuk ke dalam telinga Damien, terus turun ke hati.
Damien diam mencerna kata-kata itu. Memang ada betulnya. Macam hukum karma dalam kepercayaan agama Hindu jugak. Begitulah. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, jahat jugalah balasannya.
“Macam hukum karma ye kak?” sengihnya.
Kak Sari ikut sengih dan angguk.
“Lebih kurang. Tapi sebagai muslim, haram percaya pada hukum karma tu.”
Damien dah berkerut kening. “Apasal pulak kak? Kan sama je konsepnya tu?”
Kak Sari masih senyum. Tapi kali ini dia menggeleng pula.
“Haram untuk seorang muslim percaya pada hukum dari satu agama yang lain. Boleh jatuh syirik dah tu,” jawab Kak Sari.
Makin berkerut kening Damien. “Syirik?” soalnya.
Kak Sari letak jari telunjuk di pelipis sambil anak matanya memandang ke atas, berfikir.
“Emm... Syirik tu... Emmm... syirik... Haa!! Menyekutukan! Faham, kan? Kira macam menyekutukan Allah, padahal Allah tu sifatnya satu. Tak ada dua, tak ada tiga. Dalam Islam, hanya ada Allah yang satu. Jadi, bila kita percaya pada hukum dalam agama yang lain, dah kira kita menyekutukan Allah laa... Faham kan apa maksud menyekutukan tu? Macam tentera bersekutu tu laa... Yang-“
“Ok kak. Saya faham. Saya faham. Terima kasih,” cantas Damien. Kak Sari ni kalau diberi peluang bercakap, memang sampai esok dia boleh bercakap tak berhenti.
“Nasib baik kau faham. Kalau tak faham, memang akak heret kau pergi surau mintak ustaz yang ada tolong jelaskan.” Kak Sari sengih.
Damien ikut sengih sebelum pandangannya kembali pada planner atas meja.
“Pukul tiga ada appointment dengan bestfriend sepupu kau tu,” beritahu Kak Sari tanpa dipinta.
Damien angkat muka. Terjungkit sebelah keningnya memandang wanita itu.
Bestfriend... sepupu... Ooohhh! Ok, noted. Lagi?”
Kak Sari buat muka. “Eh, budak ni. Dah dia tengok planner tu, bacalah sendiri!”
Damien jegil mata.
“Tadi saya tengok, akak nak cakap. Ni saya suruh akak cakap, akak suruh saya tengok planner pulak. Akak nih!”
Kak Sari dah tergelak. Lambat-lambat kemudian, Damien pun ikut gelak juga.
“Dah, akak nak pergi buat kerja. Pasal meeting pagi tadi tu nanti akak bagi minit mesyuarat. Jangan lupa appointment pukul tiga nanti,” pesan Kak Sari.
Damien hanya mengangguk tanpa bersuara. Planner sudah ditutup dan diletak ke tepi meja. Sebuah fail hitam di depan meja ditarik dan dibuka.
Kak Sari baru nak melangkah beredar bila tiba-tiba Damien memanggilnya.
“Kak, kereta saya kat workshop. Ada kereta extra tak dekat bawah?”
“Alahai Damien... Kalau kau cakap awal-awal tadi, boleh jugak akak pesan dekat diorang simpankan satu untuk kau. Dah pukul duabelas baru nak tanya, memang tak adalah jawabnya.”
Damien mengeluh panjang. Apalah malang nasibnya hari ini. Dari pagi-pagi tadi lagi. Terlambat bangun. Tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas. Terlibat dalam kemalangan. Dan sekarang, patah kaki nak ke mana-mana. Jadi susah sebab kereta dekat bengkel. Memang boleh sakit jiwa laa macam ni...
Yang lebih buat rasa sakit jiwa sebab baru je Jumaat petang kelmarin dia terlibat dalam kemalangan dengan kereta dia. Pagi tadi, kemalangan lagi dengan kereta pinjam pulak. Malang berganda-ganda betul. Entah apa suwey hari ni dia pun tak pasti.  Itupun mujur tak pakej sekali mandi Slurpee. Mujuuurrr...
“Nanti kau mintak tolong ajelah dengan encik Fawwaz tu hantar. Kau dengan dia pun boleh tahan kamceng jugak, kan?” cadang Kak Sari.
Damien kerut hidung. Kamceng tu memanglah kamceng. Tapi tak pastilah mamat kepala angin tu ok ke tidak nak tolong hantar dia balik nanti.
“Takpelah, nanti saya tengoklah macam mana nanti. Rasanya lepas jumpa dia saya tak masuk balik kot. Nak tengok kereta dekat workshop. Hari tu diorang kata kereta saya tu sekejap je.”
“Ok, Damien. Ikut kau lah. Lagipun tak ada apa yang urgent hari ni,” jawab Kak Sari dalam senyuman.
“Ok kak. Thanks. Saya buat kerja dulu.”
Kak Sari tak membalas lagi bila Damien dah mula tunduk menghadap isi fail di hadapannya. Langkah segera diatur beredar ke meja sendiri untuk membuat kerjanya juga.


DAMIEN sedang menaip laporan di komputernya bila mejanya diketuk perlahan. Pandangan yang terhalang dek skrin tipis itu segera dialih. Kening dijungkit tinggi sebelah, soalan tanpa lisan.
Appointment,” sebutnya tanpa nada sambil mengetuk permukaan jam di pergelangan tangan kirinya.
Damien pandang pula pada jam di sudut skrin. Appointment jam tiga. Sekarang masih ada lebih kurang lima belas minit lagi nak jam dua.
“Akak tolong call kan teksi. Nanti teksi dah sampai, inform. Saya nak siapkan report ni sikit,” beritahunya sambil tangan terus lincah menaip di dada papan kekunci.
Kak Sari tak bersuara lagi, terus melakukan apa yang diminta. Sepuluh minit berselang, dia kembali mengetuk meja Damien.
“Teksi dah sampai,” beritahunya.
“Ok. Kejap,” balas Damien tanpa sedikit pun memandang ke arah Kak Sari. Report yang masih separuh jalan disimpan satu salinan dalam pemacu komputer dan satu salinan lagi ke dalam thumbdrive miliknya sebelum dia memadamkan komputer. Meja dikemas ala kadar. Dua buah fail dimasukkan ke dalam beg galasnya dan thumbdrive dicabut lalu diselit masuk ke dalam poket slack.
“Ok. Thank you kak. Saya pergi dulu. Sayang akak. Muah, muah!” Ciuman dilayang ke udara sambil berlari keluar dari pejabat menuju ke lobi lif.
Kak Sari cuma geleng kepala. Ada-ada saja budak sorang ni. Dia kembali ke mejanya semula, menyambung kembali kerja yang ditangguhkan sebentar tadi.
“Terima kasih bang. Keep the change ye?” Sengih Damien sambil menghulurkan wang tambang teksi. Pemandu teksi itu tersenyum lebar sambil berulang kali mengucapkan terima kasih kembali.
Keluar dari perut teksi, Damien bergegas menuju ke lobi Hotel Radius International itu. Dari jauh dia dah nampak kelibat mamat kepala angin tu sedang duduk di atas salah sebuah sofa yang ada sambil tunduk memeriksa telefon bimbitnya.
“Bro, sorry, lambat. Kereta tak ada, patah kaki sekejap aku.” Damien hulur sengih terlebih dahulu sebelum menghulurkan buku lima.
Fawwaz sengih. Telefon bimbit disisip ke dalam poket dan buku limanya dilagakan dengan milik Damien.
No sweat laa bro. Aku pun baru je sampai ni. Jom? Kopitiam?” ajaknya sambil menjinjit sebuah beg galas.
“Kau tak makan lagi ke?” soal Damien.
“Belum laa... Aku direct dari site tadi ni. Jomlah,” ajaknya lagi.
“Boleh jugaklah. Aku pun belum lunch. Breakfast pun belum. Dah nak naik kebulur dah cacing kerawit dalam perut nih,” seloroh Damien, mengundang tawa Fawwaz meletus.
Sambil berjalan ke arah Kopitiam, mereka dah pun mula berbincang secara tak rasmi. Setakat berdua, kawan-kawan pulak tu, dan dekat luar pulak lagi, nak rasmi-rasmi nak buat apa? Lainlah kalau jumpa dekat pejabat...
Selesai makan dan minum, urusan perbincangan ikut selesai. Damien dah sengih puas hati bila produk yang ditawarkan dapat kelulusan segera.
“Ok bro, next week bawak agreement baru. But meanwhile, tolong supply dulu. Memang nak pakai urgent,” ujar Fawwaz sebelum menyedut minuman teh sejuknya.
Damien angguk-angguk dan sengih lebar-lebar. Ini untungnya berurus niaga dengan kawan sendiri. Lebih kepada dasar percaya. Lagipun apa yang nak dirisaukan. Masing-masing pegang nama syarikat keluarga. Kalau buat khianat, yang dapat nama buruk, keluarga jugak, bukan orang lain. Jadi, trustworthy itu sangat penting.
“Tanggung beres, bro. First delivery aku aturkan untuk kau,” sengih Damien.
Alright... Oklah, aku nak gerak ni. Nak tumpang?”
Naa’aahhh.. I’ll pass. Aku nak pergi tengok kereta kat workshop. Patut dah boleh ambik dah ni.”
Still using that kereta lembu of yours?” Fawwaz tarik senyum senget.
“Oi, cakap baik sikit bro. Kereta lembu tu banyak jasa dengan kau apa?” Damien jegil mata.
Serentak, dua-dua ketawa. Teringat zaman muda remaja. Zaman nakal. Zaman jahat. Zaman gelap. Zaman yang sangat gelap. Tawa terus perlahan menyurut.
So, emm... Kira tak nak tumpang laa ni?”
Damien geleng. “Positive. Aku ambik cab je. Thanks anyway,” sengihnya.
Alright, if it suits you best. Aku blah dulu. Ciao.” Tangan diangkat.
Alright. Ciao,” balas Damien sambil memerhati kelibat sahabatnya itu beredar sebelum ikut beredar menunggu di kaki jalan depan hotel untuk menahan teksi. Tak sampai seminit menunggu, sebuah teksi berhenti bila ditahan. Laju Damien memboloskan diri masuk ke tempat duduk belakang.
Tali leher dilonggarkan. “Auto Bavaria, Jalan Tun Razak,” arahnya dan teksi terus meluncur laju.

*************************



Ni part last kot masuk sini. Tengokla next week macam mana. Hahahahah :D

14 comments:

Anonymous said...

Aha! I saw Fawwaz name there. O la la. Adakah org yang sama? Eheh.

Unknown said...

Aikkk...dah abiss
alaaaaa...mane minah slurpee

Anonymous said...

Next week buh minah slurpee yek...hehehe..

Iz said...

Fuhhh..ek fawwaz ada hihihi...emmm budak baru yg bru nk masuk tu vina ek...
Teruskan yg k 4 plak heee..gd luck....n tq syah

Fiza Zainal Abidin said...

So damien bwk kete bmw lah ni..eh fawwaz pun ada

Unknown said...

aik!! awat pendek ja.. fawwaz pun tselit jgk.. damien dgn hyde org yang sama yaa?

-sj- said...

Saja je selit fawwaz... X nak bg org minta2.... Kereta lembu=bmw, Wah...kereta kita kereta apa ya?

Unknown said...

konfem budak baru tu vina kan kan??
cepat la lapor diri tak sabo nak fight2 ni. kakaka

mariam said...

Que sera sera n en.syah syah tlg la men cabar2 lagi yea. Nnt sini dpat damien, sana dapat mr.panda.. Haha..keep it up!!

Syah Shah said...

@Anonymous : Orang sama laa tu.. hahahah


@Sarinah Aini : Minggu ni minah slurpee kena sorok. hahahah


@Anonymous : Baiiikkk


@Iz : Aah, fawwaz pun ada menyelit. sibuk je dia tu. hahahah


@Fiza Zainal Abidin : Iyelaa kot.. AAh... Fawwaz si kaki sibuk. hahahahah



@zachry yahya : Damien memang cerita pendek2 je. malas nak panjang-panjang. hahahah :P
ye, damien dan hyde orang yang sama. heheheh


@@sj : Aah.. gitulah tricknya.. hahahahah :P
Kita kereta sorong laa jawab dia.. hahahahah



@fadz lina : Sabo... Sabo... jangan gelojoh.. hahahah :P



@mariam : minggu ni battle last kot. hahahahahah :P

kak na said...

syah, mana aci kena cabar baru ado n3
nk lggggg

Nursyafida said...

nak lagi..plzzzz!!!!!

zue said...


Enjoy baca kisah Damien n Vina nih.
Wah kereta lembu Damien = BMW. Ada sambungan? Also, apa jadi ngan Fawwaz n Andria...bila nak sambung? :D

Syah Shah said...

@kak na : hari ni, sebelum tengah malam nanti.. :D



@Nursyafida : Sabaaqqq... heheheheh



@zue : Ada. hari ni kot. insyaAllah.
Fawwaz & Andria next week. lepas tu kena peram untuk siapkan manuskrip. Heheheheh :D