Kawan-Kawan

Tuesday, August 05, 2014

Cerpen Yang Lebih Indah dalam Antologi Cerpen Lebih Indah.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Cerpen bertajuk Yang Lebih Indah tulisan saya ada sedikit kesalahan editing yang saya cuma dapat tau setelah terima buku dekat tangan. Ada sebahagian cerita telah terpotong tanpa sedar oleh editor. Hence, saya tepekkan bahagian yang terpotong tu.



*******************************



“Dik, boleh mintak tolong tak?” Iqbal gamit pekerja kedai kek tu supaya datang mendekat.

“Apadia bang?”

“Awak...” panggil Iqbal pada sang gadis.

Si gadis menoleh. Rambut yang terurai menghalang penglihatan diselit ke belakang telinga sebelum dia menuding pada diri sendiri dengan kening yang terjongket. Iqbal angguk.

Dahi berkerut. Tubuh ditegakkan. “Apadia?”

Iqbal tarik senyum. “Kita share?”

Bertambah hebat kerutan di dahi si gadis. “Share?”

Iqbal angguk dan masih tersenyum. Pandangan dihala pada pekerja kedai kek dan penyelianya di belakang kaunter pula.

“Dik, yang lain semua pack. Tapi yang creme brulee tu, adik boleh tak bahagi dua, lepas tu letak dalam piring?”

Mata galak sang gadis sudah membulat. Sang penyelia dan pekerjanya yang mulanya berkerut dahi saling berpandangan sebelum tersenyum lebar bersama anggukan yang laju.

“Boleh bang, takde hal!” jawab remaja perempuan itu, teruja.

Iqbal sengih lebar. “Tambah Apple Lemon Fizz satu. Awak nak minum air apa? Sama, boleh?”

“Hah?” Bibir sang gadis separuh ternganga.

“Air apa?” gesa Iqbal.

“Hah?” Sang gadis masih terpinga-pinga, lambat menangkap apa yang berlaku.

“Hah, Apple Lemon Fiz dua. Tolong hantar ye? Ni saya bayar dulu. Balance nanti hantar sekali, ok?” Sekeping not RM100 diletak atas kaunter.

“Boleh, boleh. Nanti kami hantar.”

Iqbal tak tunggu lama, terus dicapainya hujung lengan blaus sang gadis dan ditarik menuju ke meja terdekat di tepi dinding.

“Hey!” Sang gadis berhenti melangkah tiba-tiba. Lengan baju disentap perlahan, terus terlepas.

Iqbal ikut berhenti.

“Saya tak kenal awak,” tegas gadis itu. Kedua tangan sudah disilang erat ke dada.

“Iqbal,” sebut Iqbal. Tangan kanan terus menyeluk poket slack di belakang dan menarik dompetnya. Sekeping kad dikeluarkan dan dihulur.

****************************
Okay.. Selamat membaca! :)
Post a Comment