Kawan-Kawan

Wednesday, September 25, 2013

Iced Tea & Scones - Part 7

 Salam semua..

After a very long hiatus... Mempersembahkan the much anticipated story so far. Hahahahah :D



Part 7


Fawwaz duduk tenang bersandar pada sofa dengan siku kanannya bertongkat pada arm rest. Sengaja dia menyembunyikan senyuman di celahan jemari yang menongkat dagunya. Hanya lirikan matanya sahaja yang jelas pada pandangan semua. Dan jelasnya, pandangan matanya hanya terarah pada Andria yang terhenyak di hujung sofa seberang sana.


“Cuba kakak cakap betul-betul dengan ibu, dengan Uncle AJ, Uncle Him. Betul ke kakak lari dengan Fawwaz hari tu? Betul kakak takde buat apa yang dia cakap tu?” Tinggi suara sang ibu buat si gadis hanya mampu menggeleng kepala dalam esak tangisnya.
“Kakak! Ibu tanya ni, jawab!”
Andria terus menggeleng tanpa mampu bersuara. Kolam air matanya terus pecah tanpa dapat dibendung. Lencun sudah hujung kedua lengan bajunya yang digunakan untuk mengesat pipi.
Fawwaz tarik nafas panjang sebelum membuka silangan kakinya dan duduk tegak.
“Macam ni ajelah Aunty. Since I... Kind of like her too... Why not kita teruskan ajelah agenda papa dengan Uncle AJ tu. Case close. Tak payah kiralah whatever we have done dekat Cameron hari tu. Boleh?” selamba sahaja Fawwaz kemukakan cadangannya.
Dato’ Rahim saling berpandangan dengan sahabatnya. “Macam mana Lil? Ok ke?”
Uncle AJ kerling pada isterinya sebelum menjungkit bahu.
“Tak nak! Kakak tak nak! Ibu... Kakak memang tak pernah buat apa pun dengan dia, bu. Sumpah! Tolonglah bu, kakak tak nak kahwin dengan dia, bu. Ibu...” Bersungguh Andria merayu. Lengan si ibu digoncang-goncang.
“Kakak...”
Babe,” potong Fawwaz “are you saying that you don’t remember me now lepas apa yang dah kita buat? That hurts, babe. Hurts deep.” Dada kirinya ditepuk lembut. Kepalanya tunduk, menyembunyikan senyum yang terukir di bibir.
“Kau jangan nak merepek kat sinilah! Aku tak pernah buat apa pun dengan kau!” Andria dah berdiri. Tinggi suaranya bersama telunjuk yang lurus menuding ke arah Fawwaz. Bertukar sudah panggilannya. Tak ada makna nak beradab sopan dengan lelaki penipu yang seorang ini. Lagipun ini melibatkan maruahnya. Sampai mati pun dia akan berjuang untuk mempertahankan maruahnya.
Fawwaz ikut berdiri. Kali ini riaknya serius.
“Dah hilang ingatan eh? Yes, I know babe, I was wrong to leave you just like that the next morning. But we kissed and make out already the other day, kan? Everything’s good between us already, kan?” ujar Fawwaz, bersungguh. Memang dia tak peduli lagi dengan orang lain yang ikut berada di ruang tengah rumah banglo itu. Yang dia tau, dia nak Andria jadi milik dia. Tak tau sebab apa. Tapi dia nekad mahukan Andria jadi milik mutlaknya.
“Kau jangan buat cerita boleh tak? Aku tak pernah buat apa-apa pun dengan kau lah! Gila!” Sebiji kusyen dicampak ke arah Fawwaz sekuat hatinya namun sempat ditepis. Melihat senyum sinis yang tersungging di bibir lelaki itu buat Andria betul-betul rasa nak mengamuk.
“Kau tak ingat langsung ke? That night? Kau sendiri yang datang dekat aku. Kau sendiri yang masuk bilik aku. You basically threw yourself at me, babe. As a normal guy... Huh. Kucing mana yang tolak ikan, babe?” sinisnya selamba.
Andria hampir jatuh terduduk. Jantungnya terasa seakan berhenti berdegup. Dia pandang keliling. Hampir semua orang melopong mendengar cerita lelaki itu. Dia sendiri tergamam. Maknanya mimpi tu... betul...? Tapi... kenapa dia tak sedar langsung? Tak... Tak mungkin... It was just a dream. Tak mungkin dia buat sesuatu yang tak masuk akal macam tu. Tak mungkin!
“Penipu! I would never do something like that!” jeritnya.
Fawwaz geleng kepala. “Babe, please, enough with being angry. Aku tau aku salah. So Uncle, Aunty, since I’m the first one who touched her, I’m willing to bear the responsibility. Macam mana?” Pandangan dihalakan pada pasangan suami isteri yang kelihatan agak bingung itu.
“Hoi! Gila! Kau jangan nak memandai reka cerita, ok? Apa bukti kau ada nak memandai cakap itu ini, hah?!”
Jerkahan Andria buat Fawwaz diam. Kotak memori ligat diselongkar. Tak lama, dia pandang Andria dan menarik senyum sinis.
“Betul kau nak aku bagi bukti?” Dan dia perasan, semua pasang mata tertumpu ke arahnya.
“Bagilah! Kalau kau ada,” sinis Andria. Betul yakin dia tak salah.
“Kalau aku cakap, kau jangan menyesal.” Fawwaz cuba bermain tarik tali. Andria merengus.
“Kau memang tak ada bukti apa pun, kan? Tu pasal kau nak main tarik tali dengan aku, kan? Lupakan jelah niat kau tu. Mati hidup balik pun aku takkan kahwin dengan lelaki macam kau ni, tau?!”
“Sudah! Tak payah nak bukti-bukti semua!”  tinggi suara ibu mematikan kata-kata semua. Fawwaz rebahkan badan semula ke sofa dan silangkan tangan ke dada sambil memandang sinis pada Andria. Yakin benar keadaan bakal berpihak pada dia.
“Abang Him, seminggu dari hari ni, kita nikahkan Liana dengan Fawwaz,” putus ibu.
“Ibu!!”
Fawwaz tarik senyum kemenangan. Dato’ Rahim dan Uncle AJ saling berpandangan.
“Tak apa ke, Lil?” soal Dato’ Rahim.
Uncle AJ hela nafas panjang. Wajah sang isteri dipandang seketika sebelum memandang pada Andria, kemudian pada Fawwaz dan akhirnya pada sahabat lamanya.
“Aku rasa, inilah yang terbaik untuk diorang,” putusnya.
Fawwaz pandang Andria yang sudah menangis teresak-esak tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Entah kenapa, timbul pula simpati dalam hatinya. Tapi segera dibuang jauh-jauh perasaan itu. Ini adalah akibat untuk gadis itu yang sebegitu lancang berkata-kata tentangnya.
“Ibu...” esak Andria.
Ibu tak bersuara. Tubuhnya kaku. Meruntun hatinya melihat si anak menangis sedih seolah sudah tiada lagi hari esok. Tapi dia keraskan hati. Apa yang berlaku di depan matanya tadi lebih merobek perasaan.
“Ibu... Kakak tak nak... Kakak tak-“
“Kenapa tak nak?”
Andria geleng. Airmata yang berjuraian diseka dengan belakang tangan.
“Kakak tak buat apa-apa pun-“
“Tak buat apa kata kakak? Tak buat apa?!” Ibu mula menyinga. “Depan mata ibu dia cium kakak, kakak tak melawan sampai ibu mencelah tu, apa?! Hah?! Itu depan ibu. Belakang ibu? Kakak.. Ibu dah tak kenal kakak lagi. Anak ibu dah berubah.”
“Ibu! Kakak tak-“
“Sudah. Ibu tak nak dengar sebarang alasan lagi daripada kakak. Abang, abang Him, muktamad. Minggu depan kita nikahkan budak-budak ni,” tegas ibu.
“Ibu... Kakak tak nak... Dia... Dia... Dia tak layak untuk kakak...” ngongoi Andria bersungguh-sungguh.
Fawwaz tarik nafas panjang. Panas telinganya mendengar kata-kata Andria itu.
“Tak layak?” suaranya sinis. Pandangan sudah mencerun ke arah Andria.
“Memang tak layak! Mati hidup balik pun kau tak akan layak!” bentak Andria. Sakit sungguh hatinya melihat lelaki itu tersenyum sinis sambil menggeleng.
“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Huh?” Fawwaz ketawa mengejek.
“Masa kau peluk cium aku tu, tak rasa pulak tak layak, huh?” sekali lagi dia ketawa mengejek.
“Jangan nak buat cerita lah!” bangkang Andria. Berganda-ganda sakit di dalam hatinya bila Fawwaz tetap ketawa.
“Buat cerita? Siapa yang buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?” Fawwaz jungkit sebelah kening.
Membuntang mata Andria. “No...”
There’s one... no, two on your right chest...”
Andria pekup mulut. “No...”
Ibu urut dada.
“Ada a few dekat perut...”
“Astaghfirullah... Kakak...” lirih suara ibu sambil memandang pada si anak dengan dada yang terasa berat. Sebak tak terkata.
Kedua tangan Andria menekup telinga. Kepala tergeleng-geleng tidak percaya. Tak mungkin... Tak mungkin... Tak mungkin! Tak mungkin!!
But what I love the most is the placing of your birthmark...” Fawwaz tarik senyum sinis.
“Allahuakbar...” ibu urut dada perlahan. Uncle AJ tolong usap belakang.
No...” suara Andria lemah. Bahkan seluruh tubuhnya sudah terasa longlai.
“Fawwaz.” Dato’ Rahim memandang si anak. Serius.
“Apa?” Fawwaz acuh tak acuh sahaja. Tubuh disandar malas pada sofa.
Stop it. Cukup,” tegas Dato’ Rahim.
Fawwaz tak menjawab. Hanya senyum sinis tersungging di bibirnya. Dia terus bangun dari sofa dan mengaut kunci keretanya dari atas meja.
Confirm minggu depan, kan Uncle? Aunty? Papa? Confirm, kan? Then I’ll take my leave now. Ada banyak urusan nak diselesaikan sebelum tukar status ni.” dia ketawa sendiri. Terasa lucu. Macam tak percaya pun ada. Gila punya kerja. Bukan main mengelak sebelum ni, tapi tiba-tiba hari ini pula nekad. Memang betul-betul gila punya kerja.
“Jangan buat kami menyesal-“
“Ye, pa. Saying it once is enough. Fawwaz tak pekak lagi. Belum nyanyuk lagi, pa. Dahlah, Fawwaz pergi dulu. See you at home.”
Dato’ Rahim terdiam. Hanya mampu melihat Fawwaz mengatur langkah santai menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.
“Uncle, Aunty,” dia berhenti depan pintu dan menoleh semula ke belakang. Senyuman dilemparkan pada kedua ibubapa Andria, “... saya balik dulu.”
Pandangan dialih pula kepada Andria yang terduduk di atas lantai, menyembamkan wajah pada sofa.
Babe, aku balik dulu. See you later on.”
Dan tanpa menunggu sebarang jawapan, dia terus keluar dan menyarung kasut sebelum bergegas mendapatkan keretanya.
Mitsubishi Lancer Evolution merah itu terus laju meluncur di atas lebuhraya. Fawwaz mengetuk-ngetuk stereng mengikut rentak lagu. Senyuman tanda kemenangan yang sedari tadi terukir di bibir tak mampu dihapuskan.
I’ll make you regret saying all those words you said, Andria. You just wait and see, you little miss goodie two-shoes...” ujarnya penuh dendam.
**************************

 “Ria? Ria, bukak pintu ni aku nak masuk. Ria?” Pintu bilik itu diketuk bertalu-talu. Sesekali digegarkan sekuat hati.
“Ria! Bukaklah!” Jemari sudah naik merah mengetuk pintu, namun masih tak ada respond.
“Ibu ada kunci spare?” soal Gina.
Ibu hela nafas kesal dan menggeleng lambat. “Ibu tak ingat ada dekat mana. Nanti ibu cuba tanya dekat uncle.”
“Ok,” jawab Gina, pendek, lalu menyambung kembali mengetuk pintu sebaik ibu bergegas pergi.
“Ria! Bukaklah! Jangan buat aku macam ni, Ria!” Tombol dipulas-pulas kasar, namun tak juga terbuka. Gina dah rasa hampir hilang akal. Risaunya bukan main lagi. Dia yakin Andria kuat orangnya. Tapi kalau dah jadi macam ni? Bimbang juga kalau-kalau Andria buat perkara bodoh. Larikan diri tu tak apa lagi. Tapi kalau Andria cuba bunuh diri? Oh, tidak! Na’udzubillaahi minzaaliq!!
“Andria!” Tak berjaya gegar pintu sampai terbuka, Gina cuba rempuh pula. Sekali, tak berjaya. Kali kedua mahu mencuba, pintu terbuka perlahan.
“Gina...”
“Ria!” Tubuh gadis itu terus dirangkul. Lega bukan kepalang!
Andria tak bersuara. Rangkulan Gina dibalas erat. Tersedu-sedan dia menghamburkan tangis di bahu Gina.
“Kakak...”
Teguran ibu buat Andria kaku. Gina leraikan pelukan dan menyebak rambut Andria yang kusut ke belakang. Pipi Andria dipegang kemas. Matanya tajam menikam wajah Andria yang sangat sugul, langsung tak berseri.
“Kau ok, babe?”
Andria menjeling pada ibu sebelum kembali memandang sahabatnya. “How could I be, Gina? Macam mana aku nak ok kalau family sendiri belakangkan aku? You tell me, Gina. You tell me,” balasnya.
Ibu mengeluh perlahan. “Kakak... Ibu-“
Andria terus masuk semula tanpa sempat ibu menghabiskan kata-kata. Gina yang tertinggal di luar dah jadi serba-salah. Bahu ibu dipegang.
“Takpelah ibu, Gina cuba pujuk dia, ye?”
Ibu tak menjawab, sekadar mengangguk sahaja.
Gina melangkah perlahan masuk ke dalam bilik yang gelap dan kelam itu. Lampu tak dibuka. Langsir yang tebal sudah diseret menutup langsung pintu gelongsor keluar ke balkoni itu. Yang ada hanyalah sedikit cahaya lampu yang menerobos masuk dari jubin kaca lutsinar di atas pintu gelongsor.
“Ria...” Gina labuhkan punggungnya di atas tilam.
Andria yang asalnya meniarap, berkalih menelentang pula di atas katilnya. Pipi yang masih basah dengan sisa air mata dikesat dengan belakang tangan sebelum dia memeluk tubuh. Mata memandang  pada bilah kipas yang tidak bergerak di siling.
“Macam mana boleh jadi macam ni, Ria?” soal Gina sambil menarik tudung yang tersarung di kepala dan dibentang di sebelah. Perlahan dia merebahkan diri ikut baring di sebelah sahabatnya itu.
“Aku tak tau, Gina. Aku betul-betul rasa confused sekarang ni.” Andria mengeluh berat. Mata dipejamkan. Sisa air mata di hujung kelopak dikesat dengan jari sebelum menggesel hidung yang merah.
“Habis tu, apa plan kau?”
Sekali lagi Andria mengeluh sebelum berkalih mengiring menghadap Gina.
“Aku keliru, Gina. I don’t know whether he’s telling the truth or not. Aku... I don’t know... I just don’t know!” dia terlentang semula. Turun naik dadanya menahan sebak yang datang sekali lagi.
Gina meniarap dan menopang kepala memandang Andria di sebelah.
“Ibu kata... dia... dia tau semua tahi lalat kau. Kau punya birthmark pun...” Takut-takut Gina bersuara.
Andria pekup kedua belah telinganya dan menggeleng. Air matanya berlinang lagi tanpa dipaksa.
I don’t know what happened! Aku tak tau macam mana dia tau!” bentaknya sebelum meniarap dan menyembamkan wajah ke tilam pula. Cadar yang asalnya tegang sudah habis tertanggal diramas dan ditariknya.
“Mimpi kau make out dengan dia tu...? Memang mimpi... Kan?”
Andria angkat kepala memandang Gina.
“Sekarang aku dah tak tau sama ada that was just a dream, or it really did happen. Aku... Aku rasa samar-samar. Blur...” keluhnya.
“Jangan-jangan he spiked your drinks? Or drugged you? Apa yang last sekali kau ingat sebelum tu?”
Andria bingkas duduk bersila di atas katilnya. Gina ikut duduk. Bahu Andria dipegang.
“Pelan-pelan kau cuba ingat balik the last thing sebelum tu.”
“Aku ingat... Aku dalam bilik aku, feeling guilty sebab buat perangai padahal dia banyak dah tolong aku...” Lambat-lambat Andria mulakan cerita.
Gina angguk-angguk. “Then?”
“Lepas tu... Aku rasa macam aku ada decide nak pergi mintak maaf dengan dia, so aku pergi bilik dia...”
“Rasa?”
“Sebab aku tak pasti aku betul-betul pergi atau itu cuma mimpi...” bibirnya digigit kuat. Empangan air mata dah mula nak bertakung semula.
“Hmmm... Ok, tak kiralah. Kau cerita je dulu,” pujuk Gina.
Andria tarik nafas panjang.
“Aku ingat... Aku ada nak minta maaf, tapi bila depan dia, jadi speechless. Then all of a sudden, aku nampak ada fruit punch... Aku haus, aku mintak sikit. Mula-mula dia hesitant nak bagi. Tapi lepas tu dia kata ok. Dia limit segelas je. And since he went to the loo, dan aku rasa dia tu kedekut gila bagi segelas je, sengaja aku minum lebih... Lepas tu... aku rasa... badan aku panas... Lain macam...”
“Kau yakin ke fruit punch tu Ria?” tanya Gina, lain macam.
Andria diam. Merenung kosong ke ruang udara sebelum dengan perlahan dia pejamkan mata. Sebutir mutiara jernih mengalir lesu menuruni lekuk pipinya. Perlahan kelopak mata dibuka. Gina di hadapannya direnung sayu.


“Salah aku sendiri ke Gina? Salah aku ke? Aku tak tau itu... He was... Aku...” bicaranya sudah tersangkut-sangkut. Sudahnya bibir yang mula menggeletar digigit kuat. Dadanya rasa berat sangat.
“Andria... Aku...”
“Ginaaa...”
Andria terus merangkul sahabat baiknya itu dan menghamburkan tangis semahu-mahunya.
*********************************
“Woah! Biar betul kau ni, bro?” Berkerut hebat kening Mike mendengar bicara tanpa perasaan teman rapatnya itu.
Fawaz sekadar menjungkit sebelah kening sambil menyisip koktelnya dari dalam gelas tinggi itu.
What drove you to take that decision, bro? Soal masa depan kot. Yours. And hers. Kahwin tu. Ingat macam budak-budak kat kampung ke main kahwin-kahwin selalu kau tengok kat iklan tv tu?”
I’m dead serious about it, bro. Kalau aku cakap aku nak, pernah aku tak dapatkan?”
Mike diam. Riak serius lelaki di sebelahnya itu dipandang lama.
“Tak pernah... Tapi not everything you want, you can get.”
“Hah!” sangkal Fawwaz, sombong sekali bunyinya.
Don’t make me start listing, man. Tak terjawab kau karang,” sela Mike semula sambil mengangkat gelas vodkanya ke bibir.
Giliran Fawwaz pula diam.
Bro,” panggil Fawwaz setelah lama berdiam diri.
“Apadia?” jawab Mike acuh tak acuh. Kacang di dalam mangkuk disumbat satu demi satu ke dalam mulut sambil mata tak lepas memandang lantai tari yang penuh sesak dengan anak-anak muda sedang menari. Alunan muzik yang kuat diputar oleh DJ dan MC yang bertugas malam itu benar-benar membangkitkan suasana.
“Aku... Eh, Kyra is coming over laa pulak. Kau tolong cover aku. Aku nak blah.”
Fawwaz dah sedia nak bangkit dari duduknya bila melihat kelibat Kyra yang sedang berhati-hati melangkah membawa gelas koktelnya menuju ke arah tempat yang diduduki mereka.
Too late laa bro. Dia nampak kau tu. Kalau nampak aku je, takdenya nak datang sini. Ni kalau dia tau kau nak kahwin ni, confirm mau bergegar satu KL ni dia meraung ni,” seloroh Mike selamba menghamburkan tawa buat Fawwaz ikut gelak sama.
Bro, aku dengan dia casual friends with benefits je bro. You know that too damn well, kan?”
“Aku tau. Masalahnya, dia tu tau ke tak?”
“Awal-awal dulu lagi aku dah cakap. Kalau dia anggap aku lebih, memang silap besar laa. Aku takde masa nak layan benda-benda melibatkan perasaan ni. Melainkan perasaan seronok dan mengujakan, bolehlah nak make time.”
“Cakap jangan berlagak sangat bro. Ni nak kahwin ni, esok-esok tersungkur menyembah dekat kaki bakal bini kau tu, jangan kata aku tak warning.”
Fawwaz ketawa besar. Terasa lucu sekali kata-kata Mike itu pada pendengarannya.
“Aku ingat warning kau tu, Mike. Thank you,” ujarnya lalu menyambung tawa.
Hey boys. Fancy seeing you guys here malam ni... Ladies night ni biasanya tak nampak korang kat sini,” sapa Kyra yang baru tiba. Gelas berkaki tinggi berisi koktelnya diletakkan atas meja dan duduk terus dilabuhkan di sisi Fawwaz. Lelaki itu berginjak sedikit menjauh.
There’s always a first time,” jawab Fawwaz selamba sambil meneguk koktelnya.
“Bukan main lagi you ketawa tadi, Fawwaz. Apa yang kelakar sangat?” tanya Kyra.
Fawwaz cuma diam tak menjawab. Masih perlahan meneguk koktel di dalam gelasnya.
Nothing. Just boys’ talk.” Mike yang tolong jawab bila dilihatnya Kyra dah mula nak tarik muka.
“Ooohhh...”
Kyra segera merubah mimik mukanya. Dia senyum menggoda sambil melirik manja pada Fawwaz. Tas tangannya diletak di belakang sebelum menyengetkan tubuh menghadap sang jejaka idaman hati yang sehingga kini masih dingin dengannya walau dah berulang kali dia menghangatkan tubuh itu.
You...” jari telunjuknya dilarikan mengikut jalur kemeja dari bahu turun ke lengan dan berhenti di pelipat siku Fawwaz sebelum lelaki itu menepisnya perlahan.
“Apadia?” soal Fawwaz acuh tak acuh. Pandangannya sedikit pun tak terarah pada si genit di sebelah. Sebaliknya tajam memerhatikan pengunjung kelab yang masih asyik menari di tengah lantai tari.
Mike yang memandang dari sofa seberang, mengulum senyum. Lucu. Kyra yang tergedik-gedik dengan lenggok lemah gemalai di sisi Fawwaz yang keras dan kaku macam bongkah kayu. Ooppss! Bongkah ais lebih tepat kerana lelaki itu sangat dingin dan beku.
Vodka di dalam gelasnya terus disisip perlahan sambil terus memerhati the odd couple di depannya. Senyum terus disimpan kemas.
Fawwaz sudah mula rimas bila Kyra tak henti-henti meleser di sebelahnya. Menggesel manja mengalahkan kucing parsi. Berkali-kali ditepis pun, masih seperti langau yang masih juga terus datang menghinggap. Dikerlingnya tajam pada Mike di depan yang nampak jelas sedang menyimpan tawa. Isyarat minta tolong tanpa lisan terus dihantar tak berhenti. Dia tahu Mike nampak, tapi sahabatnya itu terus buat tak tahu.
“Fawwaz...” rengek Kyra, tak jemu.
Fawwaz berdiri tiba-tiba, buatkan Kyra yang sedang asyik meleser hilang imbangan dan terus terjatuh di atas sofa. Mike yang dari tadi mengulum senyum, terus menghambur tawa.
“Aku blah dulu Mike.” Blazer coklat gelap di atas arm rest ditarik dan disidai ke bahu.


“Ok, bro.” Penumbuk dilagakan.
“You nak pergi mana?” Kyra cepat-cepat ikut berdiri sambil menarik sedikit mini skirt sendatnya ke bawah.
“Balik. Aku ada meeting pagi-pagi esok.”
I ikut you?” Kyra kelip-kelipkan mata sambil menggigit bibir gaya menggoda.
“Kau gila, Kyra?” sela Mike tiba-tiba sebelum Fawwaz sempat membuka mulut pun.
“Apa?”
“Kau lupa? Fawwaz and his principles? No ladies allowed in his house?” Mike jungkit kening dan menghabiskan vodkanya dengan sekali teguk sebelum bangkit.
Kyra nampak agak terpinga-pinga. Mike pandang Fawwaz, dan Fawwaz pandang Mike. Masing-masing faham keadaan Kyra yang nyata sedang khayal.
You can have her bro. Aku memang nak kena balik. Esok pagi-pagi memang aku ada meeting,” ujar Fawwaz.
Naa’ah. Kau lupa aku masuk meeting yang sama esok pagi?” balas Mike pula.
Fawwaz hampir menepuk dahi. Terlupa walau mereka bukan dalam satu syarikat yang sama, tapi hubungan kerjasama masih ada. Bidang yang sama, cuma penawaran yang berbeza,  membolehkan dua sahabat sejak dari bangku sekolah itu tetap berhubungan rapat.
“Fawwaz, please. I nak ikut you...” rengek Kyra sambil berpaut pada lengan lelaki itu.
Segera Fawwaz meleraikan pautan gadis itu dan menjauh sedikit.
Sorry Kyra. Can’t play with you tonight. Have fun eh? Jom Mike,blah,” ajak Fawwaz.
Mike terus capai blazer hitamnya dari penyandar sofa dan memeluk bahu Fawwaz, sama-sama beriringan keluar dari kelab itu tanpa memperdulikan suara Kyra yang nyaring memanggil nama mereka.
Alright bro. See you tomorrow kat Kementerian.” Sekali lagi penumbuk dilagakan.
Right. See you.”mereka mula berpisah menuju ke arah kenderaan masing-masing.
“Weh! Fawwaz!” laung Mike tiba-tiba.
Fawwaz berhenti dan berpusing. “Apa?”
So, it would be next week... Hari apa?” soal Mike.
Fawwaz jungkit bahu. “Beats me. Hujung minggu depan kot. Whatever. Apasal?”
Mike tarik senyum senget. “Bachelor party this weekend?” Dia sudah ketawa.
Fawwaz ikut ketawa. “Of course! Make it a blast!”
“Kau find out tarikh dulu. Aku nak buat on the eve of your wedding. Biar kau drained out, tak boleh perform on wedding night!” Tawa Mike makin galak.
“Siot lu bro!” Fawwaz juga ketawa.
Last day of bachelorhood, bro. Mesti kasi baeeekkk punya!”
Fawwaz tunjuk penumbuk. “Marriage won’t tie me down, bro.”
Mike senyum. “I hope it will, bro. For your own good,” gumamnya sendirian.
“Blah dulu bro. See you tomorrow.” Fawwaz angkat tangan, berpusing dan terus ke keretanya. Enjin dihidupkan dan gear dimasukkan. Enjin Mitsubishinya terus mengaum garang bila pedal minyak ditekan.
*********************



20 comments:

Anonymous said...

tak sabar nk baca smbungan yer.. :)

Sue Isma said...

Err... Jahatnya Fawwaz. Kejam. Boleh tak nak debik aje si Fawwaz ni?

hk said...

memang la tak de manner punya Fawwaz, meh sini nak ajar.. Ria, lepas ni tolong ajarin dia... hehe

Anonymous said...

1st..tq en writer..lama dh menunggu dak Fawwaz nih.
tup2 dpt n3 yg...ohmaii...asa cam nk cepuk lelaju ja dak Fawwaz nih..geram weh..sengal tolla..
kemain tk nk kawen, tup2 dia plak punya aura gatai terlebey nk mntk kawen cepat..hahahaha

selalu2 la apdet ye encik syah..

>>Leen<<

Ixorariana said...

mujur masih ingat lg jalan cerita ni.. hehe.. banyak sangat baca special entry dah nyaris2 lost sikit.. x sabar tggu next entry.. x puas baca.. haha

kak na said...

sitan fawaz ni...

eifa said...

isk..isk..isk.. Fawwaz....fawwaz

All in One said...

Si fawwaz ni kalau ku lempang laju2 pun bukan dia hengat...
Baik ku bazooka kan j kepala dia

Unknown said...

The only one penulis lelaki yg terbaik.... tak skem....

Anonymous said...

Finally.... *senyum lebar ... ok, next en3 plz jgn lepas rayer haji yea tuan penulis...plz3...

Syah Shah said...

@Anonymous : Harap boleh bersabar lebih sikit. hehehehheh :D



@Sue Isma : Silakan. He really does need to be smacked hard on the forehead. keh keh keh keh


@hk : Hang nak ajaq padia kat Fawwaz tu? Mamat tu terel serba-serbi... Kakakakakak :P


@Leen : Sesama.. Hahahahahah :P
Bukan gatal nak kawen cepat, ada agenda lain tu... Tercabar tu Andria kata gitu kat dia. hahahahahah


@Ixora Riana : Yang tu tak valid. yang nih baru cerita yang valid. haahahahhah


@kak na : Marahnya akak... hahahahahahah

Syah Shah said...

@eifa : Kenapa dengan Fawwaz kak? hahahhah



@alin0ne78 : Sabo kak.. Sabo... Hhahahahah



@noorliyana Shamsuddin : Err... Terima kasih.. Baru belajar menulis.. Kalau ada salah tolong tunjukkan.. heheheheh



@Anonymous : Yeah... finally... InsyaAllah, dah boleh masuk entry dengan konsisten at least once every week kot. atau paling2 lewat pun dua minggu sekali. hahahahah :D

mariam said...

Alrite tuan penulis... mohon janji ditepati yea... ehem...

ONE MOMENT IN TIME said...

superb!!!! an outstanding story line. Geram betul dgn perangai Fawwaz...haha

Farz Malique said...

Hmm..boleh tahan jugak cerita ni..
terima kasih sebab aku tertarik..
nanti sambung lagi ye..

Iman Kyuhee said...

wahh... first sekali, nk ckp.. AWESOMEEE!!! haha... siyes, gaya penulisan best, tak mcm penulis lelaki yg lain. serius tak tipu. ;D watak kejam fawwaz sgt menjadi. i like watak lelaki yg kejam. it makes that guy cool. ahah.. good luck penulis. i'll always follow this story. :)

Syah Shah said...

@mariam : ya, harapannya begitulah. :)


@ONE MOMENT IN TIME : Terima kasih. saya masih belajar. :)
Simpan sikit geram tu. Lama lagi ni Fawwaz nak jadi baik. hahahah :P



@Farz Malik : Terima kasih sudi baca. :)
InsyaAllah akan sambung bila ada kesempatan.



@Iman Kyuhee : Terima kasih. Saya masih lagi dalam proses belajar menulis. Alhamdulillah ada orang suka. hahahah :)

kak na said...

tajuk da balik asal ke?

kak na said...

tajuk da balik asal ke?

Syah Shah said...

@kak na : aah kak. rebranding semula. sekaligus rebranding diri sendiri. heheheheh :D