Kawan-Kawan

Wednesday, April 16, 2014

Lelaki Sedingin Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah, finally Fawwaz & Andria keluar jugak...
Tajuk Semanis Scone, Sedingin Ice Tea telah ditukar kepada Lelaki Sedingin Dia




Tajuk asal yang telah ditukar...

LELAKI SEDINGIN DIA - Syah Shah
Harga : RM 23(Semenanjung)
RM26(Sabah Sarawak)
Muka Surat : 508


Sinopsis :
Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. 

Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta.

“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria

Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. 


“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz.

“Jangan nak buat cerita lah!” - Andria.


“Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz.


Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. 


“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz

Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?

*******************

Kisah biasa-biasa yang sangat banyak halangan untuk saya menemukan penamatnya sehingga ke saat-saat akhir. Itupun berkali-kali editor suruh tambah pages sebab nak cukupkan jadi 500 ms. Hahahahah

Finally. Alhamdulillah. Syukur.

Harapannya Lelaki Sedingin Dia ni mampu memenuhi dan menepati citarasa korang. Semoga ada pengajaran walau mungkin cuma sedikit hasil dari tulisan belasahan saya tu. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datangnya daripada saya...


 Selain buku saya, ada 4 lagi buku keluaran Idea Kreatif akan menemui anda di PBAKL nanti.

Datang ke booth kami di Bilik Mawar, booth nombor M30 untuk mendapatkan buku-buku keluaran IKP dengan diskaun yang menarik!


 
Note : Order online sudah dibuka tetapi pos hanya akan dibuat selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bermula 24hb April - 4hb Mei 2014.
Harga kombo 5 biji buku RM105 hanya terhad untuk bayaran sehingga 23hb April 2014 sahaja. Selepas daripada tu, harga kembali seperti normal.
Buku juga boleh dibeli secara berasingan dengan diskaun RM2 setiap buku...

Jadi, sila contact MY SUPER AGENT kak Sarinah Aini di alamat emel seperti berikut :
Email kuntilanak.sari@yahoo.com

Cara pembayaran :

-7015987649(cimb) SARINAH AINI
-162272572644(maybank)..noratikah aini

Selesai proses transfer or bank in...sila email details....
1. Nama
2. Alamat
3. No tepon
4. Nama buku yg d beli
5. slip pembayaran

KE...
Email kuntilanak.sari@yahoo.com

Sekian.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS SOKONGAN KORANG SEMUA. :D

12 comments:

Unknown said...

tahniah syah.. :)

kak na said...

tahniah syah,akak da order

Fiza said...

Dah order dgn kak sarinah aini...tp lmbtnya nk dapat...menanti n terus menanti

Syah Shah said...

@sharifah muda : terima kasih.. :)


@kak na : terima kasih kak.. :D


@Fiza : Terima kasih.. heheheh
Harap boleh bersabar.. kikikiki

All in One said...

Yeahh yeah...
Nanti ku cari...
Sekarang mood beli kat Popular sebab beli online x thrill...

Anonymous said...

sya pn dah order dgn Kak Liza.. x sbr rsanya tggu novel ni smpai ke pntu rmh.. and excited pnya psal.. smpai sya try buat 'iced passion fruit tea' ala2 fav drink c Fawwaz tu.. combination of californian sunkist + lychee.. hu3 mmg really2 'Passionate'.. ha3..

Unknown said...

wahhh teringin nak baca sbb sinopsis cam best..hmm baru lpas abis baca Awek Pisang Goreng..sgt enjoy

Unknown said...

Mntk maaf nak tnye kat mne Jb ade Jual buku nie eh

rintzpalil said...

Lama tak duduk2 baca novel. Bila tengok sinopsis macam teringin nak jadi kaki novel pulak!

Unknown said...

Dah lama juga x explore sini... Done LSD ;) had made a short review... congrats

Anonymous said...

Just finished read LSD. Good job Syah!
adila

Syah Shah said...

alin0ne78 : sila, sila. tak kisah beli kat mana pun.. heheheh


Anonymous : Alhamdulillah.. Dah baca jangan lupa tinggal review naa? :D


shahirah adnan : terima kasih sudi dapatkan APG.. terima kasih sudi nak dapatkan LSD juga... :D :D


Mariyam Syam : Kat MPH dan Popular serta kedai2 buku utama. Kawasan JB saya kurang pasti pulak..


azrinna nur : hehe tak salah mencuba. saya pun baru je belajar2 menulis. kalau tak kena di hati tu, maafkan saya.. :)


ME LadyV : terima kasih kak.. :)



adila : Terima kasiihh... :D