Kawan-Kawan

Sunday, February 15, 2015

MLCA vs. GK - Pre Order dah dibuka

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Lama gila tak update blog. Ni nak umumkan projek sendirian berhad ni... Ingat tak lagi cerita Masak Lemak Cili Api vs. Gulai Kari tu? Yang pasal Esah dengan Haziq dengan Haikal tu?

Haaa... Cerita tu saya terbitkan sendiri... InsyaAllah, bulan depan keluarlah. Tapi korang boleh pre order sekarang.

Cerita ni bukan limited edition, jangan risau. Saya buat berdasarkan Print On Demand. Tapi permintaan yang logiklah. Misalnya 500 unit ke atas baru saya print semula. Kalau sikit sangat, tak pulang modal nanti... Hehe

Alright.


EDITED on 02/07/2015 at 1310hrs.

Nak order boleh email saya directly since masih belum masuk kedai2 buku lagi...
syah.shah81@yahoo.com atau syah.shah81@gmail.com  

Tajuk: Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari
Penulis: Syah Shah
Penerbit: Syah Shah
Genre: Cinta
Harga termasuk pos: RM33.00 (Semenanjung)/RM40.00 (Sabah & Sarawak)
Tarikh terbit: Pertengahan Mac





 Yang seorang dari selatan, seorang lagi dari utara.

Walau di mata sudah jatuh berkenan, namun hati yang sering disakiti buat Aishah keliru. Jarang ada bait-bait kata-kata Haziq yang menyenangkan hatinya, membuatkan dia sedaya upaya mengelakkan diri dari bertemu dengan ‘mamat kurang asam gelugor’ itu.

“Tak cantik pun muncung itik hang tu. Dah lekaih, lekaih, lekaih. Aku letih dah ni.”
Ya Allah, apasallaa mamat ni annoying sangat. Macamlah dia sorang je penat. Aku pun letih, okey?

Di saat Aishah mula timbul rasa sayang, Haziq tiba-tiba menghilang meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan membuatkan Aishah mengisytiharkan perang dengan masakan yang sinonim dengan orang utara itu.

Munculnya Haikal secara tiba-tiba buat dunia Aishah hampir huru-hara. Si ‘mamat sengal’ yang menghubunginya semula melalui telefon setelah lebih setahun menyepi. Tiba-tiba diangkat statusnya menjadi tunang. Walau sesekali dibayangi Haziq, cinta mulai hadir dalam hati Aishah buat Haikal walau belum pernah bertemu.

“Rindu awak. Saaaaayang awak. And I know, awak pun saaaayang sangat kat saya, kan?”

“Perasan.”

“Mana ada perasan. Memang kenyataan pun, kan?”

Semakin dekat saat pertemuan mereka, satu demi satu rahsia yang disimpan kemas oleh Haikal dan keluarga Aishah mula terungkap. Siapakah Haikal yang sebenarnya? Mengapakah Haziq menghilang? Dapatkah Aishah akhirnya mengecapi kebahagiaan bersama insan yang dicintai?
Post a Comment