Kawan-Kawan

Saturday, November 21, 2015

#DAMIA - Part III

#BOTW

Sebenarnya dah lama dah taip cerita ni. Dah sampai bab 4 dah pun. Tapi sejak start balik BOTW, asyik edit-edit je. Dan dua hari lepas, re-write balik bab 3 ni. JAdi, bab 4 dan seterusnya ada major changes jugakla... Hahahaha

Aaaaanywaaaayyy... Maaf, tak sempat reply komen-komen... NAnti bila betul-betul free saya reply. Setakat ni cuma mampu baca. Tapi percayalah, komen-komen kalian pemangkin semangat saya menulis. Hehehe

Okey, enjoy your read. :D


PART III





DALAM gementar, Damia naik ke atas pentas. Tangan Pengetua PIBG disalam dan dicium sebelum menerima sijil dengan tangan yang sedikit menggeletar. Selepas mengucapkan terima kasih, dia turun semula dengan gopoh. Dengan perasaan teruja dan gemuruh yang masih bersisa, dia terus keluar dari dewan melalui pintu di belakang pentas dan masuk kembali melalui pintu belakang sekali dan mencari mama yang dia nampak sebelum naik ke atas pentas tadi.
“Mama!” Bahu mamanya dicuit sedikit.
“Mia!”
Sang ibu bangkit dari kerusi dan terus memeluk anaknya. Selepas itu dibawanya Damia ke hujung sudut dewan untuk berbual.
“Datang jugak! Mia ingatkan mama tak cuti?”
“Mama tak cuti, mama keluar ofis sekejap je. Sekejap lagi mama kena balik ofis semula,” ujar Puan Aida, lembut. Sebelah tangannya tak berhenti dari membelai rambut Damia yang ditocang kemas. Sebelah lagi memegang sijil milik Damia. Perasaan bangga menggebu-gebu dalam hati biarpun hanya sijil kecemerlangan dalam matapelajaran Geografi Tingkatan Satu.
“Emm... ma... Mia punya persembahan lepas habis penyampaian sijil ni. Mama sempat tengok tak?” Damia memandang mamanya dengan penuh harapan.
Puan Aida kembali memandang wajah Damia.
“Mia sayang, mama minta maaf sangat-sangat. Mama tak boleh tunggu. Mama tumpang bos mama tadi, dia ada meeting dekat-dekat sini. Sekejap lagi dia habislah meeting tu.”
“Oh...” Damia tunduk.
“Takpe Auntie. Nanti saya tolong tangkapkan gambar banyak-banyak.”
Tak sempat Puan Aida bersuara lagi, Zamri lebih dulu mencelah. Dia berdiri tak jauh dari sebelah Damia yang spontan mencebik padanya sekali sebelum beralih berdiri di sebelah ibunya pula.
Puan Aida senyum. Bahu Damia dipaut dan digosok-gosok.
“Terima kasih ye Zamri. Auntie tak sempat nak jumpa kamu lepas Mia dapat result hari tu. Tak sangka dia boleh score tinggi macam tu. Terima kasih tolong ajar Mia ye?”
Zamri sengih.
“Saya tak buat apa pun auntie. Kalau dia sendiri takde usaha, saya ajar all out pun tak guna.” Pandangan sinis dihadiahkan buat Damia.
Damia kerutkan hidung dan menjeling.
“Memang dia tak buat apa pun. Setakat tunjuk-tunjuk sikit. Lepas tu bagi soalan suruh buat. Mia salah, dia ketuk jari Mia dengan pembaris. Kejam,” adu Damia kemudian menjelir.
Zamri cuma ketawa.
“Sekurang-kurangnya dia ajar jugak, kan Mia? Semua subjek Mia ada peningkatan kalau nak bandingkan dengan result awal tahun hari tu,” sela Puan Aida.
Bab tu Damia tak boleh nak sangkal. Memang jauh berbeza keputusan peperiksaan awal tahun dengan akhir tahunnya.
“Budak ni cerdik sebenarnya auntie. Cuma kuat berangan. Tu pasal kena ketuk selalu. Auntie pun cuba-cubalah ketuk dia sekali-sekala. Confirm PMR esok-esok 9A.” Pecah lagi tawa Zamri, diikuti oleh Puan Aida.
Damia dah jegilkan mata. Sesuka hati je si poyo ni nak suruh mama dia ketuk-ketuk dia. Sekali lagi Damia menjelirkan lidahnya.
Reda tawa, Puan Aida tepuk bahu Zamri sekali.
“Tahun depan, sementara tunggu masuk U, boleh Zamri tolong ajar Mia lagi?”
Kalau tak sebab mereka di khalayak ramai, Damia dah rasa nak melonjak kegirangan. Mama dah suarakan hasrat dia tanpa dia minta. Happy!
Tengah kepala yang tak gatal digaru dengan telunjuk. Zamri sengih.
“Boleh kot. Takpe, saya ajar advance. Habis je final paper nanti, saya start ajar dia. Jadi, bila sekolah start nanti kira macam buat ulangkaji ajelah.”
Terangguk-angguk Puan Aida mendengar. Damia cuma gigit bibir, tak mahu terserlah sangat senyuman yang mahu memekar. Yes! Yes! Dan yes!!
“Hari ni takde paper ye?”
“Haah. Isnin depan baru ada.”
Puan Aida angguk-angguk lagi. Dan demi terpandangkan jam di pergelangan tangan, segera dia memeriksa waktu.
“Alamak, Mia! Mama janji dengan bos tunggu kat depan pagar pukul sebelas. Mama dah lewat ni. Mama pergi dulu ye?” Puan Aida kalut.
Damia angguk. Tangan sang ibu disalam dan dicium. Sekali lagi mereka berpelukan sebelum Puan Aida berlari-lari anak meninggalkan dewan.
Sebaik kelibat ibunya hilang, Damia kembali berpusing menghadap Zamri. Sijil yang dah digulung digenggam erat.
“Kau punya persembahan bila mula?” tanya Zamri sambil memeriksa memori kamera digitalnya.
“Sekejap lagi. Aku nak kena tukar baju dulu.”
Zamri angguk, masih lagi tidak memandang pada Damia.
“Nah, tolong pegang.” Skrol sijil dihulur.
Kali ini baru Zamri angkat pandang. Huluran disambut dan skrol disimpan dalam messenger bag yang digalas.
“Terima kasih tau? Walaupun sebenarnya kau tak buat apa pun,” ujar Damia. Riak wajahnya sengaja dibiar serius.
Tergelak kecil Zamri dibuatnya.
“Dah, pergilah cepat. Nanti dah settle semua, kita pergi town dulu. Aku belanja.”
Bulat mata Damia.
“Serius?” Kepastian dicari. Si poyo ni kadang-kadang, eh, selalunya bukan boleh percaya sangat. Suka cakap main-main.
“Iyelah. Hadiah. Cepatlah pergi. Aku tunggu depan pentas.” Zamri menjawab selamba.
“Okey! Nanti habis je persembahan, aku terus tukar baju, kita pergi terus!” Damia dah mula beredar.
“Tak payah tunggu persembahan lain ke?”
“Tak penting!” Dia bergerak pantas nak keluar dari dewan.
“Dam!”
“Apa?” Langkah Damia terhenti di luar dewan.
Good luck!” Senyum dan ibu jari diangkat.
Damia ikut senyum dan angguk. Perasaan seronok dan teruja menggebu-gebu tak tau nak dikata. Laju dia menghala ke bilik persediaan untuk menukar kostum. Teruja bukan sebab nak buat persembahan, tapi sebab nak keluar dating dengan Zamri lepas ni. Fuh, tak sabar!!

BIBIR yang berminyak dikesat dengan tisu. Dengan pipi yang masih kembung dengan isi ayam goreng enak, minuman ringan disedut sedikit. Kemudian dia sambung mengunyah baki makanan sebelum ditelan. Sekali lagi minuman ringan disedut. Dengan Zamri, tak perlu cover cun. Belasah je. Kalau cover, lagi teruk dia kena sindir nanti.
“Pergi mana lepas ni?” soal Damia. Pinggan yang hanya tinggal sisa-sisa tulang ditolak ke tepi. 
“Aku ada nak cari barang sekejap. Lepas tu kita balik.” Jam di pergelangan tangan dikilas sekali.
“Dah lewat petang ni,” sambungnya lagi.
“Okey.” Damia tak banyak soal, ikut saja. Dah puas berjalan hari ni. Tengok wayang, ukur setiap inci pusat beli-belah tu, dan makan. Segala perbelanjaannya hari ini ditanggung Zamri. Apa lagi yang dia nak?
Selesai makan di restoran ayam goreng segera tu, Damia ikut sahaja ke mana langkah Zamri. Berpusing-pusing mereka di dalam gedung membeli-belah itu sebelum Zamri berhenti di sebuah kiosk menjual barangan perhiasan berasaskan perak.
Diperhatikan sahaja tingkah Zamri yang sibuk memilih cincin. Untuk dipakai sendiri kot. Tak berani Damia nak berangan lebih-lebih, takut kecewa.
Try ni,” arah Zamri sambil mengacukan sebentuk cincin perak yang cantik berukir kepadanya.
Damia terkedu. Terkejut, tergamam dan yang sewaktu dengannya.
“Cepatlah,” gesa Zamri.
Terketar-ketar Damia mencapai cincin itu sebelum disarung ke jari manisnya.
“Longgar sikit,” komennya. Cincin ditanggalkan lalu diserah semula pada Zamri yang tersenyum puas hati.
“Sikit je, kan?”
Damia angguk.
“Okey kak. Bungkus yang ni. Saya nak kotak warna biru, boleh?”
Eh? Damia bingung sendiri, tapi tak mampu bersuara. Kalau dia kata cincin tu longgar, tapi Zamri masih beli, maknanya lelaki itu hanya menjadikan jarinya sebagai acuan, bukan pemilik. Liur kesat ditelan. Sepanjang masa selepas itu dia hanya diam membisu.
Saat menunggu LRT tiba, Damia dekatkan diri pada Zamri.
“Zam,” panggilnya. Hujung lengan baju-t lelaki itu ditarik-tarik sedikit.
Zamri sedikit menunduk, mendekatkan telinganya pada Damia. “Apa?”
Dengan muka merah, Damia paksa juga dirinya bertanya. “Kau dah ada girlfriend ye?”
Zamri tegak. Lebar sengihnya memandang pada Damia. “Dah!”

“Oh.” Hanya itu yang mampu terlafaz. Hati Damia retak seribu. Saat ni dia cuma mahu balik rumah, masuk bilik, tekup muka dekat bantal dan meraung sekuat hati. Sampainya hati Zamri!



-------------------------------------------------------------

Sekian, Terima kasih.
Jangan lupa drop komen banyak-banyak ye? :)

7 comments:

Anonymous said...

ALa cincin tu mesti untuk damia in future;-)

Unknown said...

Damia la girlfren zamri kan???...ngeee...

normisyar abdul ghani said...

Ala....kesian Damia.

Unknown said...

Damia..rasa cincin tu mmg utk awak.. Tp mungkin tunggu lepas form 5 baru zam kasi..

Milla said...

Sabar ye Damia... Haha kalau dah jodoh x ke mana..cewah...belajar pun x abis lg...

Unknown said...

Nak part 4...

Syah Shah said...

@izzahmdshah : isshh... mana tau? serkap jarang sungguh...

@Mazliana : nanti nak tanya kat Zamri. hahahaha

@normisyar : kaann.. sampai hati sungguh budak Zamri nih.. isshh...

@Kartina : hahahaha serkap jarang ye... hehehehehe

@Milla : itulaa.. sekolah baru form one. gatei. hahahahahah :P

@salmi : seminggu sekali aaa... heheheheh