Ini untuk special project... Full entry akan dapat bulan dua belas nanti... Heheheheh :D
Buat masa ni tajuk dia cuma #Damien sahaja... Heheheheh
Buat masa ni tajuk dia cuma #Damien sahaja... Heheheheh
Part I
Damien hentikan keretanya di belakang
sebuah Mercedes Kompressor C230. Nafas panjang dihela. Tension rasanya. Penat sudah kakinya bermain dengan pedal brek dan
klac. Hujan gerimis di luar tak sedikit pun membantu menyejukkan hatinya yang
panas akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pagi-pagi begini.
Jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak sendiri. Nak pasang
radio tak boleh sebab radio rosak. Menambahkan lagi rasa panas dalam hati.
Rasa-rasanya, kalau dia keluar dan berjogging sampai ke pejabat pun lagi cepat
dia boleh sampai. Huh!
Bunyi muzik yang agak kuat kedengaran
masuk melalui tingkap keretanya yang sedikit terbuka. Terpusing-pusing dia
mencari dari arah mana datangnya dentuman muzik itu sehingga akhirnya dia
perasan bunyi itu datangnya dari kereta yang baru sahaja berhenti di belakang
keretanya.
Melalui cermin pandang belakang, dia
perhatikan pemandu Gen2 itu yang sedang seronok menyanyi mengikut bait lagu
sambil bergendang pada stereng kereta. Sesekali dia nampak pemandu itu
tergeleng-geleng menyanyi penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata. Dia tarik
senyum dan gelengkan kepala. Mood tension
sebab terperangkap dalam kesesakan lalulintas di waktu pagi beransur pergi
melihat gelagat pemandu Gen2 di belakang.
Kereta di depan mula bergerak perlahan
dan dia mengekori dengan rapat, tapi dari cermin pandang belakang dia nampak
Gen2 itu tak bergerak. Pemandunya leka menyanyi! Sampai kena hon, pemandu Gen2
itu terkejut dan kelam kabut menggerakkan keretanya ke hadapan sebelum berhenti
dan mengurut dada.
Damien ketawa sendiri. Sungguh dia rasa
terhibur melihat pemandu Gen2 itu sampai dia tak sedar kakinya tidak lagi
menginjak pedal brek membuatkan kereta yang berada dalam keadaan bebas gear itu
bergerak ke hadapan dengan sendirinya.
DUM! Damien kalut tekan brek bila merasa
impak berlanggar di hadapan. Mujur tak kuat.
DUM! Kali kedua dia rasa impak dilanggar
dari belakang. Dan dengan cepat juga impak dari depan sekali lagi dirasakan.
Laju dia tarik handbrake dan terus
keluar dari kereta. Nasib baik memang berada di lane paling kiri!
“Aarrgghhh!! Shit! Damn it! Exactly what I want on a beautiful Monday morning!”
jeritnya sambil menghentak bumbung kereta bila melihat kerosakan di depan dan
belakang kereta. Sadis!
Kompressor depan kereta dia kemek sikit.
Seorang lelaki berbangsa Cina keluar dari tempat duduk pemandu Kompressor
tersebut.
“Ini apa macam ni?” soal lelaki Cina itu
sambil bercekak pinggang.
Damien garu kepala. “Err...”
“I mau cepat ni. You kasi you punya name card,” pinta lelaki Cina itu sambil
mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar belakang Kompressornya dan gambar depan
kereta Damien diambil beberapa kali. Termasuklah gambar Gen2 yang di belakang
sekali tu.
Damien tarik satu-satunya kad nama yang ada dalam kocek kemejanya dan dihulurkan sambil
meminta maaf berulang kali. Dan pemandu Cina itu terus beredar pergi selepas
itu.
Damien kalih pandang pada pemandu Gen2
di sebelah. Nak marah pun tak sampai hati. Terang-terang salahnya sendiri
sebenarnya. Tapi dia tetap rasa tak puas hati. Tetap nak meletakkan semua
kesalahan atas pemandu Gen2 tu! Kalau tak sebab dia, memang Damien yakin dia
tak leka sampai jadi macam ni. Aaarrgghhh!!
“Sorry...
Awak ok?” perlahan suara itu bertanya.
Damien hela nafas panjang, menyabarkan
hati yang dah menggelegak kepanasan.
“Ni macam mana nak settle ni?” soalnya, garang.
Gadis itu tayang muka serba tak kena.
Muka orang takut sebab dah buat salah. Terkelip-kelip matanya. Bibir bawah
terus digigit –gigit.
“Nak settle
kat sini jugak ke?” soalan berbalas soalan akhirnya. Itu pun bunyinya
takut-takut.
“Aku tak adalah nak kata settle terus kat sini. Kita pergi workshop la tengok berapa kena,” rengus
Damien. Panas hati sungguh. Dalam nak cepat ke pejabat, ini pulak yang berlaku.
“Saya telefon abang saya dulu, boleh?”
Damien pandang tajam-tajam pada gadis
itu. Muka memang muka dah nak menangis je dia tengok. Sekali lagi dia merengus.
“Haaiihh! Suka hatilah! Cepat sikit! Aku
tak ada banyak masa ni!”
Kelam kabut gadis itu menunduk ke dalam
Gen2nya, mencapai beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefon
dikuis-kuis sebelum menekap telefon ke telinga.
Damien bersandar pada badan kereta.
Jalan yang dah sedia sesak, makin sesak sebab kejadian ini. Nak berhenti dekat
bahu jalan pun, bahu jalan kecil sangat. Nak terus pergi workshop, dia takut gadis itu lari meninggalkan dia.
Sekurang-kurangnya dia perlu dapatkan sesuatu sebagai jaminan. Tapi… Nak
dapatkan apa, ya?
Dia seluk poket seluar slacknya. Note III yang baru dua hari
jadi miliknya diaktifkan. Jari terus menguis skrin, mencari nombor telefon pejabat.
Dari atas sampai ke bawah dia scroll phonebook, haram tak jumpa. Lepas tu dia
baru ingat. Memang dia belum salin semua contacts.
Terus dijentik dahi sendiri.
Pandangan dialih pada si gadis yang
masih sibuk bercakap dalam telefon. Memang muka nak menangis. Kesian tu,
memanglah kesian. Masalahnya sekarang, kalau dia kesian kat budak perempuan tu,
siapa yang nak kesian kat dia?
Damien tunduk ke dalam kereta, mencapai
kotak berisi kad namanya. Nombor pejabat yang tertera dalam kad didail dan
dengan sabar dia menunggu panggilannya berjawab.
“Hello, Mr. Tan’s office.” Suara seorang wanita menjawab panggilannya.
“Kak Sari, saya ni.”
“Haa... Damien! Kat mana ni? Lambat lagi
ke nak sampai? Lagi lima belas minit diorang dah nak start meeting ni.” Kak Sari bersuara cemas.
“Kak... Tolong bagitau big boss saya tak dapat join meeting. Saya accident ni,” beritahunya.
“Hah?! Accident lagi?! Teruk ke?!” Memetir suara Kak Sari buat Damien
menjauhkan telefon dari telinganya. Berdengung!
“Saya...”
“Macam mana boleh accident lagi? Baru je accident
hari tu, kan? Macam manalah bawak kereta ni?” dan bertubi-tubi lagi bebelan
keluar dari mulut Kak Sari buat Damien berangin satu badan.
“Kak!”
“Ye!”
“Tolong bagitau dekat big boss tau? Saya nak settle dekat sini. Dah, bye!” dia terus matikan talian
laju-laju. Malas nak dengar bebelan setiausaha yang dah hampir berusia separuh
abad itu.
Note III disisip masuk kembali ke dalam
poket slack sebelum dia mendekati si
gadis yang masih lagi bercakap di telefon bersama tangan yang tergawang-gawang
di udara. Pinggul disandarkan pada badan Gen2 merah menyala itu sambil tangan
bersilang di dada. Sabar sahaja dia menunggu gadis itu menghabiskan
perbualannya.
“Yelah bang. Nanti aku cakap. Hmm... Ok.
Ok. Bye.” Perbualan di telefon
ditamatkan dan telefon bimbit digenggam kemas. Pandangannya beralih pada si
jejaka di hadapan yang bersandar pada pintu keretanya.
“Err... Kita pergi bengkel dulu ke, atau
nak buat report dulu?”
Damien tadahkan tangan. Gadis itu
terpinga-pinga memandang tapak tangannya, kemudian pada wajahnya semula. Penuh
tanda tanya pada seraut wajah itu.
“Kad nama, kad bisnes, IC, lesen,
apa-apa sajalah yang boleh aku pegang untuk memastikan kau tak lari dalam
perjalanan nanti,” ujar Damien. Senada sahaja suaranya. Langsung tak ada perasaan.
“Saya takde kad nama... Err... IC...
Lesen... Err... Awak... Awak takde hak mintak dokumen tu sebab awak bukan polis
ke, JPJ ke. ..” suara gadis itu semakin perlahan. Kecut perut agaknya bila
melihat Damien menjegilkan matanya.
“Aku pegang sampai balai je. Lepas tu
aku pulangkanlah semula,” rengusnya. Tapak tangan masih terngadah di depan si
gadis yang terkebil-kebil serba tak kena.
“Tapi...”
“Selagi kau tak bagi, aku akan tunggu
dekat sini. Tak bagi kau masuk kereta,” ugut Damien.
Si gadis menggigit bibir. Berkerut
keningnya tanda tak bersetuju dengan cara itu.
“Yelah. Yelah. Tepi sikit saya nak ambil
dompet!” Tajam jelingan mata yang dihadiahkan buat Damien buat lelaki itu
sedikit terkesima.
“Tepilah!”
Lambat-lambat Damien bergerak, membuka
ruang untuk gadis itu mengambil beg tangannya dan mengeluarkan dompet.
“Saya bagi IC. Nanti dah sampai balai,
bagi balik!” jelas di wajah kesebalannya.
Damien sambut kad pengenalan yang
dihulurkan. Nama yang tertera dibaca
sekilas sebelum matanya jatuh pada gambar pada kad pengenalan itu. Berulang dia
pandang pada si gadis dan kembali kepada gambar dalam kad pengenalan sebelum
dengan perlahan dia menarik senyum.
“IC baru mana? Ini IC lama.” Mujur dia
tak gelojoh dan terus simpan. Gambar dalam IC pun gambar budak-budak. Jelas
sangat IC lama, sebelum berumur lapan belas. Jangan harap dia nak tertipu.
“IC baru apa pulak? Itulah IC saya. Mana
ada IC lain,” sungut si gadis. Sejak dia pegang kad pengenalan sendiri dua
belas tahun lepas, tak pernah sekali pun lagi dia hilangkan untuk memungkinkan
dia kena buat kad pengenalan baru.
“Ni IC zaman budak-budak. Mana IC baru?”
gesa Damien lagi, tak puas hati.
“Mana ada, lah! Hish! Awak ni kenapa?
Tak puas hati apa? Saya tak lari, lah. Nak pegang IC, dah bagi. Tapi lepas tu
melalut bukan-bukan. Awak ni mental, tau tak?” marah si gadis. Geram sangat,
tak boleh tahan dah.
Damien kerut kening. Budak ni tak tahu
undang-undang ke?
“Kau tau tak? Lepas umur lapan belas,
kena tukar IC baru? Tak pernah tau ke? Tak ada siapa-siapa bagitau kau ke?
Abang kau tadi kau telefon tu, takkan tak tau jugak?”
Riak si gadis terus berubah cuak semula.
“Kena tukar IC lepas umur lapan belas?
Eh? Biar betul ni? Tak pernah tau pun?” suara dia terjerit sikit.
Damien geleng kepala. Ada jugak manusia yang
oblivious macam ni. Kad pengenalan si gadis disisip ke dalam poket seluar.
“Ni sekarang ni siapa yang bumiputera
ni? Kau ke aku? Benda basic macam ni
pun tak tau. Lain kali jadi warganegara Malaysia tu, sila lah alert lebih sikit pasal hal-hal macam ni.
Sudahlah. Aku tak ada banyak masa ni. Kita pergi buat report sekarang!” jerkahnya di hujung bicara.
Terkejut, si gadis terus masuk ke dalam
kereta dan menghempas pintu. Geleng kepala lagi Damien dibuatnya. Macam ni
punya orang pun ada. Hish!
Damien terus beredar ke keretanya. Enjin
yang dah mati dihidupkan semula sebelum dia memasukkan gear dan perlahan
memandu mengikut kenderaan yang bertali arus menuju ke balai polis terdekat
bersama Gen2 merah garang mengekori dari belakang.
********************************
next update would be entah bila... ITS kena KIV lama sikittt... Sekian... :D
17 comments:
damien.. damien... jahat tul.. :D eh, tp aper nama heroin nie..? kena tgu next entry la yer.. hehe...
Wahhh... best2... nanti kasi entry lagi enche shah yang baik hati..
Best best best.....seb baek hujung taun dah leh pelok damein tau...
Best best best.....seb baek hujung taun dah leh pelok damein tau...
Berapa agaknya umur pemandu Gen2 tu ye.....jahatnya Damien..kekonon buat muka garang la ye....tektik kotor tu...
ini damien geng fawwaz ke
Cpt2 wa gi tgk IC wa...sib dh tukar...hehehe...bagus..kali ni citer 1 Malaysia plak.....
Aku 28. Last month kwn aku ckp kena tukar ic.. Huhu ketinggalan zaman dh.. Huhu.. Tp aku kt oversea msa tu.. So logic la kan tatau n tak buat...
Tp bila damien marah terasa la gak... Haha..
@Syania Ann : Mana ada Damien jahat.. hahahahah
Haa... next next entry. hahahah :P
@norien hamzah : aa... seminggu lagi kot. boleh? hahahahah :P
@Sarinah Aini : kak,excited lebey laa tu nama dia masuk sampai dua kali komen. hahahahahah
@camelia : cuba kira... heheheheh
@kak na : eh? mengapakah akak serkap camtu? hahahahah
@Anonymous : Hahahahah ramai yang oblivious kaa?? hahahahah
@Anonymous : Takpela, dimaafkan sebab kat luar negara.. hahahahah
akak terlebih igt fawwaz kot hehe
emmm..damien ni non-bumi la ek..bangsa ape..??
Smbgn bulan dpn?? Kejam tak hengat ni..
Berapa agaknya umur pemandu Gen2 tu ye.....jahatnya Damien..kekonon buat muka garang la ye....tektik kotor tu...
Jangan tetibe yg nie pon KIV gak sudahhh la.... haihhhh
@kak na : heheheheh mungkinlaa kot. heheheheh
@ctrain7474 : nanti part tiga kot ada laa... heheheheh
@mariam : sepatutnya minggu depan.. tapi dah apdet dah lebih awal.. heheheheh :D
@camelia : dpt IC umur dua belas.. dua belas tahun selepas itu jawapannya 24. heheheh
@lalalalaa : tak... yang ni tak KIV lama. heheheheh
errr..nape nota kaki tu cm xbest utk dbaca..nape nk KIV lelama plak ni..rmai dh yg tnanti2..memang kannn..kalo bab torture jiwa org serah kt syah shah..
Syah shah, jd hero memang kena bwa keta mahal2 eah?
Post a Comment