Kawan-Kawan

Sunday, November 03, 2013

#Damien - Part Satu

Ini untuk special project... Full entry akan dapat bulan dua belas nanti... Heheheheh :D

Buat masa ni tajuk dia cuma #Damien sahaja... Heheheheh

Part I



Damien hentikan keretanya di belakang sebuah Mercedes Kompressor C230. Nafas panjang dihela. Tension rasanya. Penat sudah kakinya bermain dengan pedal brek dan klac. Hujan gerimis di luar tak sedikit pun membantu menyejukkan hatinya yang panas akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pagi-pagi begini. Jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak sendiri. Nak pasang radio tak boleh sebab radio rosak. Menambahkan lagi rasa panas dalam hati. Rasa-rasanya, kalau dia keluar dan berjogging sampai ke pejabat pun lagi cepat dia boleh sampai. Huh!
Bunyi muzik yang agak kuat kedengaran masuk melalui tingkap keretanya yang sedikit terbuka. Terpusing-pusing dia mencari dari arah mana datangnya dentuman muzik itu sehingga akhirnya dia perasan bunyi itu datangnya dari kereta yang baru sahaja berhenti di belakang keretanya.
Melalui cermin pandang belakang, dia perhatikan pemandu Gen2 itu yang sedang seronok menyanyi mengikut bait lagu sambil bergendang pada stereng kereta. Sesekali dia nampak pemandu itu tergeleng-geleng menyanyi penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata. Dia tarik senyum dan gelengkan kepala. Mood tension sebab terperangkap dalam kesesakan lalulintas di waktu pagi beransur pergi melihat gelagat pemandu Gen2 di belakang.
Kereta di depan mula bergerak perlahan dan dia mengekori dengan rapat, tapi dari cermin pandang belakang dia nampak Gen2 itu tak bergerak. Pemandunya leka menyanyi! Sampai kena hon, pemandu Gen2 itu terkejut dan kelam kabut menggerakkan keretanya ke hadapan sebelum berhenti dan mengurut dada.
Damien ketawa sendiri. Sungguh dia rasa terhibur melihat pemandu Gen2 itu sampai dia tak sedar kakinya tidak lagi menginjak pedal brek membuatkan kereta yang berada dalam keadaan bebas gear itu bergerak ke hadapan dengan sendirinya.
DUM! Damien kalut tekan brek bila merasa impak berlanggar di hadapan. Mujur tak kuat.
DUM! Kali kedua dia rasa impak dilanggar dari belakang. Dan dengan cepat juga impak dari depan sekali lagi dirasakan. Laju dia tarik handbrake dan terus keluar dari kereta. Nasib baik memang berada di lane paling kiri!
“Aarrgghhh!! Shit! Damn it! Exactly what I want on a beautiful Monday morning!” jeritnya sambil menghentak bumbung kereta bila melihat kerosakan di depan dan belakang kereta. Sadis!
Kompressor depan kereta dia kemek sikit. Seorang lelaki berbangsa Cina keluar dari tempat duduk pemandu Kompressor tersebut.
“Ini apa macam ni?” soal lelaki Cina itu sambil bercekak pinggang.
Damien garu kepala. “Err...”
“I mau cepat ni. You kasi you punya name card,” pinta lelaki Cina itu sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar belakang Kompressornya dan gambar depan kereta Damien diambil beberapa kali. Termasuklah gambar Gen2 yang di belakang sekali tu.
Damien tarik satu-satunya kad nama yang ada dalam kocek kemejanya dan dihulurkan sambil meminta maaf berulang kali. Dan pemandu Cina itu terus beredar pergi selepas itu.
Damien kalih pandang pada pemandu Gen2 di sebelah. Nak marah pun tak sampai hati. Terang-terang salahnya sendiri sebenarnya. Tapi dia tetap rasa tak puas hati. Tetap nak meletakkan semua kesalahan atas pemandu Gen2 tu! Kalau tak sebab dia, memang Damien yakin dia tak leka sampai jadi macam ni. Aaarrgghhh!!
Sorry... Awak ok?” perlahan suara itu bertanya.
Damien hela nafas panjang, menyabarkan hati yang dah menggelegak kepanasan.
“Ni macam mana nak settle ni?” soalnya, garang.
Gadis itu tayang muka serba tak kena. Muka orang takut sebab dah buat salah. Terkelip-kelip matanya. Bibir bawah terus digigit –gigit.
“Nak settle kat sini jugak ke?” soalan berbalas soalan akhirnya. Itu pun bunyinya takut-takut.
“Aku tak adalah nak kata settle terus kat sini. Kita pergi workshop la tengok berapa kena,” rengus Damien. Panas hati sungguh. Dalam nak cepat ke pejabat, ini pulak yang berlaku.
“Saya telefon abang saya dulu, boleh?”
Damien pandang tajam-tajam pada gadis itu. Muka memang muka dah nak menangis je dia tengok. Sekali lagi dia merengus.
“Haaiihh! Suka hatilah! Cepat sikit! Aku tak ada banyak masa ni!”
Kelam kabut gadis itu menunduk ke dalam Gen2nya, mencapai beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefon dikuis-kuis sebelum menekap telefon ke telinga.
Damien bersandar pada badan kereta. Jalan yang dah sedia sesak, makin sesak sebab kejadian ini. Nak berhenti dekat bahu jalan pun, bahu jalan kecil sangat. Nak terus pergi workshop, dia takut gadis itu lari meninggalkan dia. Sekurang-kurangnya dia perlu dapatkan sesuatu sebagai jaminan. Tapi… Nak dapatkan apa, ya?

Dia seluk poket seluar slacknya. Note III yang baru dua hari jadi miliknya diaktifkan. Jari terus menguis skrin, mencari nombor telefon pejabat. Dari atas sampai ke bawah dia scroll phonebook, haram tak jumpa. Lepas tu dia baru ingat. Memang dia belum salin semua contacts. Terus dijentik dahi sendiri.
Pandangan dialih pada si gadis yang masih sibuk bercakap dalam telefon. Memang muka nak menangis. Kesian tu, memanglah kesian. Masalahnya sekarang, kalau dia kesian kat budak perempuan tu, siapa yang nak kesian kat dia?
Damien tunduk ke dalam kereta, mencapai kotak berisi kad namanya. Nombor pejabat yang tertera dalam kad didail dan dengan sabar dia menunggu panggilannya berjawab.
“Hello, Mr. Tan’s office.” Suara seorang wanita menjawab panggilannya.
“Kak Sari, saya ni.”
“Haa... Damien! Kat mana ni? Lambat lagi ke nak sampai? Lagi lima belas minit diorang dah nak start meeting ni.” Kak Sari bersuara cemas.
“Kak... Tolong bagitau big boss saya tak dapat join meeting. Saya accident ni,” beritahunya.
“Hah?! Accident lagi?! Teruk ke?!” Memetir suara Kak Sari buat Damien menjauhkan telefon dari telinganya. Berdengung!
“Saya...”
“Macam mana boleh accident lagi? Baru je accident hari tu, kan? Macam manalah bawak kereta ni?” dan bertubi-tubi lagi bebelan keluar dari mulut Kak Sari buat Damien berangin satu badan.
“Kak!”
“Ye!”
“Tolong bagitau dekat big boss tau? Saya nak settle dekat sini. Dah, bye!” dia terus matikan talian laju-laju. Malas nak dengar bebelan setiausaha yang dah hampir berusia separuh abad itu.
Note III disisip masuk kembali ke dalam poket slack sebelum dia mendekati si gadis yang masih lagi bercakap di telefon bersama tangan yang tergawang-gawang di udara. Pinggul disandarkan pada badan Gen2 merah menyala itu sambil tangan bersilang di dada. Sabar sahaja dia menunggu gadis itu menghabiskan perbualannya.
“Yelah bang. Nanti aku cakap. Hmm... Ok. Ok. Bye.” Perbualan di telefon ditamatkan dan telefon bimbit digenggam kemas. Pandangannya beralih pada si jejaka di hadapan yang bersandar pada pintu keretanya.
“Err... Kita pergi bengkel dulu ke, atau nak buat report dulu?”
Damien tadahkan tangan. Gadis itu terpinga-pinga memandang tapak tangannya, kemudian pada wajahnya semula. Penuh tanda tanya pada seraut wajah itu.
“Kad nama, kad bisnes, IC, lesen, apa-apa sajalah yang boleh aku pegang untuk memastikan kau tak lari dalam perjalanan nanti,” ujar Damien. Senada sahaja suaranya. Langsung tak ada perasaan.
“Saya takde kad nama... Err... IC... Lesen... Err... Awak... Awak takde hak mintak dokumen tu sebab awak bukan polis ke, JPJ ke. ..” suara gadis itu semakin perlahan. Kecut perut agaknya bila melihat Damien menjegilkan matanya.
“Aku pegang sampai balai je. Lepas tu aku pulangkanlah semula,” rengusnya. Tapak tangan masih terngadah di depan si gadis yang terkebil-kebil serba tak kena.
“Tapi...”
“Selagi kau tak bagi, aku akan tunggu dekat sini. Tak bagi kau masuk kereta,” ugut Damien.
Si gadis menggigit bibir. Berkerut keningnya tanda tak bersetuju dengan cara itu.
“Yelah. Yelah. Tepi sikit saya nak ambil dompet!” Tajam jelingan mata yang dihadiahkan buat Damien buat lelaki itu sedikit terkesima.
“Tepilah!”
Lambat-lambat Damien bergerak, membuka ruang untuk gadis itu mengambil beg tangannya dan mengeluarkan dompet.
“Saya bagi IC. Nanti dah sampai balai, bagi balik!” jelas di wajah kesebalannya.
Damien sambut kad pengenalan yang dihulurkan.  Nama yang tertera dibaca sekilas sebelum matanya jatuh pada gambar pada kad pengenalan itu. Berulang dia pandang pada si gadis dan kembali kepada gambar dalam kad pengenalan sebelum dengan perlahan dia menarik senyum.
“IC baru mana? Ini IC lama.” Mujur dia tak gelojoh dan terus simpan. Gambar dalam IC pun gambar budak-budak. Jelas sangat IC lama, sebelum berumur lapan belas. Jangan harap dia nak tertipu.
“IC baru apa pulak? Itulah IC saya. Mana ada IC lain,” sungut si gadis. Sejak dia pegang kad pengenalan sendiri dua belas tahun lepas, tak pernah sekali pun lagi dia hilangkan untuk memungkinkan dia kena buat kad pengenalan baru.
“Ni IC zaman budak-budak. Mana IC baru?” gesa Damien lagi, tak puas hati.
“Mana ada, lah! Hish! Awak ni kenapa? Tak puas hati apa? Saya tak lari, lah. Nak pegang IC, dah bagi. Tapi lepas tu melalut bukan-bukan. Awak ni mental, tau tak?” marah si gadis. Geram sangat, tak boleh tahan dah.
Damien kerut kening. Budak ni tak tahu undang-undang ke?
“Kau tau tak? Lepas umur lapan belas, kena tukar IC baru? Tak pernah tau ke? Tak ada siapa-siapa bagitau kau ke? Abang kau tadi kau telefon tu, takkan tak tau jugak?”
Riak si gadis terus berubah cuak semula.
“Kena tukar IC lepas umur lapan belas? Eh? Biar betul ni? Tak pernah tau pun?” suara dia terjerit sikit.
Damien geleng kepala. Ada jugak manusia yang oblivious macam ni. Kad pengenalan si gadis disisip ke dalam poket seluar.
“Ni sekarang ni siapa yang bumiputera ni? Kau ke aku? Benda basic macam ni pun tak tau. Lain kali jadi warganegara Malaysia tu, sila lah alert lebih sikit pasal hal-hal macam ni. Sudahlah. Aku tak ada banyak masa ni. Kita pergi buat report sekarang!” jerkahnya di hujung bicara.
Terkejut, si gadis terus masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu. Geleng kepala lagi Damien dibuatnya. Macam ni punya orang pun ada. Hish!
Damien terus beredar ke keretanya. Enjin yang dah mati dihidupkan semula sebelum dia memasukkan gear dan perlahan memandu mengikut kenderaan yang bertali arus menuju ke balai polis terdekat bersama Gen2 merah garang mengekori dari belakang.

********************************

next update would be entah bila... ITS kena KIV lama sikittt... Sekian... :D

17 comments:

Unknown said...

damien.. damien... jahat tul.. :D eh, tp aper nama heroin nie..? kena tgu next entry la yer.. hehe...

Unknown said...

Wahhh... best2... nanti kasi entry lagi enche shah yang baik hati..

Unknown said...

Best best best.....seb baek hujung taun dah leh pelok damein tau...

Unknown said...

Best best best.....seb baek hujung taun dah leh pelok damein tau...

camelia said...

Berapa agaknya umur pemandu Gen2 tu ye.....jahatnya Damien..kekonon buat muka garang la ye....tektik kotor tu...

kak na said...

ini damien geng fawwaz ke

Anonymous said...

Cpt2 wa gi tgk IC wa...sib dh tukar...hehehe...bagus..kali ni citer 1 Malaysia plak.....

Anonymous said...

Aku 28. Last month kwn aku ckp kena tukar ic.. Huhu ketinggalan zaman dh.. Huhu.. Tp aku kt oversea msa tu.. So logic la kan tatau n tak buat...
Tp bila damien marah terasa la gak... Haha..

Syah Shah said...

@Syania Ann : Mana ada Damien jahat.. hahahahah

Haa... next next entry. hahahah :P



@norien hamzah : aa... seminggu lagi kot. boleh? hahahahah :P




@Sarinah Aini : kak,excited lebey laa tu nama dia masuk sampai dua kali komen. hahahahahah



@camelia : cuba kira... heheheheh



@kak na : eh? mengapakah akak serkap camtu? hahahahah



@Anonymous : Hahahahah ramai yang oblivious kaa?? hahahahah



@Anonymous : Takpela, dimaafkan sebab kat luar negara.. hahahahah

kak na said...

akak terlebih igt fawwaz kot hehe

Anonymous said...

emmm..damien ni non-bumi la ek..bangsa ape..??

mariam said...

Smbgn bulan dpn?? Kejam tak hengat ni..

camelia said...

Berapa agaknya umur pemandu Gen2 tu ye.....jahatnya Damien..kekonon buat muka garang la ye....tektik kotor tu...

lalalalaa said...

Jangan tetibe yg nie pon KIV gak sudahhh la.... haihhhh

Syah Shah said...

@kak na : heheheheh mungkinlaa kot. heheheheh



@ctrain7474 : nanti part tiga kot ada laa... heheheheh



@mariam : sepatutnya minggu depan.. tapi dah apdet dah lebih awal.. heheheheh :D




@camelia : dpt IC umur dua belas.. dua belas tahun selepas itu jawapannya 24. heheheh




@lalalalaa : tak... yang ni tak KIV lama. heheheheh

Nursyafida said...

errr..nape nota kaki tu cm xbest utk dbaca..nape nk KIV lelama plak ni..rmai dh yg tnanti2..memang kannn..kalo bab torture jiwa org serah kt syah shah..

Eila Sharit said...

Syah shah, jd hero memang kena bwa keta mahal2 eah?