Setelah sekian lama tak update blog. Kekok gila rasanya. Dah bersawang-sawang teruk dah ni. Hahahaha
Ini entry #BOTW saya. Nak up #AuraJiwa tak boleh sebab Bab 2 tengah rombak. Nak up #Merah pun tak boleh sebab rasa macam lame gila, nak kena rombak. Jadi kita kasi something new.
This is probably gonna be a short story je. Dah lama tak menulis cerita pendek. Percubaan menulis cerita budak sekolah.
Enjoy your read!
PART 1
DAMIA mengeluh perlahan. Hujung pen sudah mula
digigit-gigit. Dia rasa pandangan dia dah kabur dek terlalu lama merenung
kertas soalan di atas meja. Nombor-nombor, digit-digit, dan sedikit aksara yang
ada telah mengakibatkannya pening-pening lalat. Sekali lagi dia mengeluh. Kali
ini panjang. Haaiiiihhh... Matematik ni memang susah lagi menyusahkan!
“Aku suruh kau selesaikan soalan tu. Bukan suruh kau
mengeluh. Buat cepat!” Serentak dengan itu, sebutir kacang pistachio mengenai
dahi Damia sebelum jatuh pula di atas buku.
Damia panggung kepala. Kening sudah berkerut marah
dengan bibir sedikit memuncung. Pistachio di atas buku dikutipnya, berura-ura
mahu membalas serangan.
“Makan kacang tu, jangan baling. Biar cerdik banyak
sikit.”
Damia ketap gigi rapat-rapat. Sakitnya hati, Tuhan
aje yang tahu. Nafas diatur supaya kembali tenang. Sumpah dia rasa macam nak
tarik-tarik je bibir yang sudah menyungging senyum sinis tu.
“Aku taulah aku bodoh...” Perlahan Damia bersuara.
“Aku tak pernah cakap pun. Kau sendiri yang
mengaku...” Perlahan juga balasan yang diterima. Tapi kesannya macam kena
jerit, kena jerkah. Senak ulu hati.
“Memanglah kau tak pernah cakap. Tapi aku sedar
diri...” Cubaan memancing perasaan bersalah sebenarnya dan Damia harap sangat
pancingan mengena.
“Alhamdulillah kau sedar diri...” Kedua tangan
ditadah sebelum diraup ke muka.
“Zam!” Damia terjerit. Geram sangat.
“Ye, Dam?” Selamba menyengih.
Eeeiiii! Mamat niii.... Damia dah ketap-ketap gigi.
Geramnya... Geramnya...
“Aku cekik-cekik jugak kau nanti. Geramnya aku...
Eeeiiii...”
Zamri ketawa. “Kau ingat aku nak biar je laa kau
cekik aku? Sorry, aku bukan lelaki gentleman.” Dia sambung ketawa.
“Eeeiiii!” Damia genggam kedua tangannya. Menahan
sabar yang diuji. Nafas panjang ditarik sebelum dilepas perlahan.
“Dah, dah. Tak payah nak drama sangat. Siapkan
soalan yang aku bagi tu. Bukan banyak pun. Dua helai je. Tu baru Matematik.
Belum masuk subjek lain lagi. Buat cepat. Aku nak siapkan kerja rumah aku ni.”
“Yelah! Aku taulah!” rengus Damia. Kertas soalan atas
meja ditarik kasar. Protes kononnya. Sebal sungguh. Tumpuan kembali diberi pada
soalan yang tertera. Tekun dia cuba menyelesaikan masalah Matematik yang
diberi.
Sepuluh minit tunduk buat kerja, Damia berhenti.
Kepala dipanggung sedikit. Mencuri pandang sang jejaka yang duduk di hujung
kanan meja.
Lelaki itu sedang mengunyah kacang sambil tekun
menyelesaikan kerja rumahnya. Sesekali dia mengetuk dahi dengan hujung pennya
sambil memejamkan mata. Seolah-olah mencari ilham atau jawapan sebelum kembali
mencatat di dalam buku.
Damia tunduk pandang kerja rumah sendiri sambil
senyum sembunyi-sembunyi. Nafas panjang dihela. Teringat saat pertama kali
mereka berjumpa lebih kurang tiga bulan yang lepas.
Masa tu, dia dengan mama baru je beberapa hari
berpindah ke kawasan tu. Dan perlawaan pertama diterima dari Mak Cik Suri, yang
mengajak dia dan mama minum petang bersama.
“Ini Zamri, anak sulung mak cik. Tahun ni nak ambik
SPM. Abang, ini Damia dengan mama dia, Auntie Ida. Auntie Ida ni adik angkat ibu
masa dekat kolej dulu. Diorang baru je pindah. Damia ni pun baru tingkatan satu
je, bang. Sekolah sama dengan abang.”
Mak Cik Suri yang baik dan peramah. Tapi anak sulung
dia memang sombong dan kerek.
“Err... Abang Zamr...”
“Aku dah ada adik. Terima kasih je,” pangkas lelaki
itu. Dingin.
Terkedu terus Damia dibuatnya.
“Err...”
“Zamri. Tak payah panggil abang. Aku dah ada adik.
Dan aku tak teringin nak ada adik lagi.”
Wah! Kerek! Baik, aku pun boleh kerek jugak! Fikir
Damia.
“Okey... Err... Zam.” Damia tarik senyum senget.
“Ye, Dam?” Lelaki tu ikut senyum senget.
“Erks? Dam?” Berkerut seribu dahi Damia kali ini.
“Kau panggil aku Zam. Adil laa aku panggil kau Dam,
kan?”
Dam? Bulat mata Damia jadinya. Panggil Mia laa kalau
ye pun nak pendekkan! Hish!
Dan secara rasminya, panggilan itu terus melekat
antara mereka. Sungguh Damia tak rela sebenarnya. Sudahlah sesuka hati
memanggilnya begitu, lebih parah lagi bila hampir setiap patah kata yang keluar
dari bibir Zamri selalu membuat Damia rasa tersindir. Menyakitkan hati. Geram.
Tahulah awak tu pelajar kelas pertama. Calon pelajar cemerlang, gemilang lagi
terbilang kalau nak dibandingkan dengannya yang berada dalam kelas ketiga.
Masa mama usulkan dia belajar dengan Zamri dua kali
seminggu, memang Damia rasa nak mengamuk. Dia tau dia memang kurang cerdik,
tapi dia lebih rela belajar sendiri daripada berguru dengan mamat poyo lagi
kerek tu.
“Benda senang je kot. Kau banyak makan pedal ayam ye
Dam?” kata Zamri yang membuatkan Damia bungkam terus. Nak kata dia benaklah tu.
Hari pertama pergi, Damia balik menangis-nangis.
“Lain kali minum air masak lebih sikit. Bagi otak tu
cair sikit. Nak serap ilmu pun senang sikit.” Selamba tak ada nada, tapi bikin
Damia terbakar jiwa dan raga.
“Masa cikgu mengajar dalam kelas, lain kali jangan
menyorok dalam tandas.”
Panas hati, panas telinga, panas muka, panas badan.
Agak-agak kalau dia panggang Zamri ni, Ibu Suri marah tak, ye?
Cukup empat kali pergi, dia merayu untuk berhenti.
Tapi mama paksa juga. Mama kata tak mampu bayar duit tuisyen, dan Zamri pula
menawarkan khidmat tutor secara percuma. Dan akhirnya Damia mengalah. Hati
dikeraskan. Terpaksa menjadi tabah demi mendapatkan ilmu. Dia dah banyak
keciciran semasa mama sedang huru-hara selepas bercerai dengan papa awal tahun
itu.
Mula-mula memang seksa. Tapi, lama-lama, dia rasa
istimewa. Tak ada yang pernah memanggilnya Dam dan dia tak mahu pun ada yang
selain Zamri memanggilnya begitu. Dan dia juga tau, tak ada pelajar perempuan
lain yang lebih mesra dengan lelaki itu selain dia. Macam mana dia tau? Damia
sengih sendiri.
Sebab dia rajin pergi sekolah awal. Sejam dua
sebelum sesi pagi berakhir, dia selalunya dah berada di kawasan sekolah.
Memudahkannya untuk menjadi penyiasat tak bertauliah bila semua kelas pelajar
tingkatan lima berada di aras bawah sekali dan kelas Zamri berada di hadapan
sekali. Bonus juga bila lelaki itu tempat duduknya adalah di sebelah tingkap.
Memang rezeki Damia cuci mata setiap kali dia datang awal ke sekolah.
Sebiji kacang pistachio mendarat lagi di dahinya
sebelum jatuh atas meja. Elok Damia panggung kepala, beberapa biji lagi kacang
pistachio tepat mengenai dahinya.
“Hoi!” Damia bulatkan mata.
Zamri tarik senyum senget. “Ada cerita kpop apa kat
kertas soalan tu yang kau duk sengih-sengih sorang-sorang tu?”
Tersipu-sipu Damia jadinya. Sedar salah sendiri.
“Makan kacang tu. Biar cerdik lebih sikit. Suruh
belajar, kau berangan.”
Damia menjeling.
Zamri dah senyum sinis. Ada ayat baeeekkk punya dia
dah karang dalam kepala.
“Abang, Mia. Sudah dulu. Dah pukul sepuluh ni. Jom,
Mia. Ibu hantar balik.”
Teguran ibu mematikan senyum sinis Zamri. Dipandang
sahaja Damia yang terus mengemas alat tulis dan buku-bukunya yang bersepah di
atas meja.
“Bye Zam. Jumpa lagi lusa.” Damia bangkit dan
menggalas beg kainnya ke bahu. Tangan dilambai sekali sebelum melangkah
mendapatkan Ibu Suri yang sudah menunggu di depan pintu.
“Dah?” tanya Ibu Suri dengan senyuman penuh di
bibir.
Damia angguk. “Dah, ibu.” Senyumannya ikut mekar.
Selipar segera disarung. Tangan Ibu Suri yang terhulur terus dicapai. Langkah
diatur bersama-sama menuju ke rumahnya dengan perasaan penuh berbunga.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Okey. I know this is also lame. Staying away from writing for a very long time has taken its toll on me I guess. Hehehe
Okey, boleh hentam dah lepas ni. Saya nak pergi menyorok bertapa jauh-jauh lama-lama sikit. Heheheheheh
9 comments:
Alamak......citer budak sekolah......tenkiu syah...at last....
Errrr.....make sure your battle will be on every weekends ya......can't wait for next weekend. Keep on writing....
@fazliwati - Err.. alamak, kenapa? kenapa?
insyaAllah, botw akan cuba dikekalkan setiap minggu. badly needing it to boost my writing momentum. hehehehe
Laaaaa, habih dah?
Laaaaa, habih dah?
Xleh komen byk2 satgi hang xmo upload dah hahaha😆😆😆😆.Tp so far intro agak beza sikit drpd biasa tp sikap arrogant hero hang mmg trademark hang la. Ishk I like btoi.. So kipidap, dongibap, ainoyudebes Syah oiiii...👍👍👍👍
Ok nextttt he3
Bagi byk sikit next ye .. Tak cukup 😉😉
Bagi byk sikit next ye .. Tak cukup 😉😉
@lia : aah, seminggu satu bab je, tak bleh lelebih. hahaha
@Arn : aaahahahahah makasehh.. yelaa.. sesekali kena tukar jugak. asyik style intro yang sama, satgi boring. hehehe
@Nadia : minggu seterusnya.. hehehe
@suzie : isshh.. mana boleh banyak2. nanti basi. hahahaha
Post a Comment